Bab 9

Romance Series 191605

   Malam telah menjelang saat Suha keluar dari bilik. Suha mengorak langkah menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan. Mata memandang setiap pelusuk ruang tamu rumah. Sunyi. Semua sudah pasti sedang lena dibuai mimpi. 

  Dengan langkah perlahan, Suha menapak ke ruang dapur. Gelas dicapai lalu jug berisi air dituang ke dalam gelas tersebut. Suha membawa gelas itu ke bibir lalu meneguk perlahan. 

  "Eh kau! "

  Hampir tersedak Suha bila disapa secara mengejut seperti itu. Suha mengelap bibir lalu menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu dalam gelap datang mendekati Suha. 

  Gila apa mamat ni. Duduk dalam gelap. 

  "Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau rampas along dari Naura?! "tengkingnya kuat. 

  Bahu Suha terhinjut akibat terkejut. Lebih-lebih lagi bila ditengking seperti itu oleh seseorang yang tidak dia kenali. 

  "Awak siapa? " soal Suha. Berkerut dahi Suha. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba je nak tengking orang. 

  Tubuh Suha ditolak kasar ke dinding. Lalu lehernya dicekik membuatkan Suha lemas 

  "Kau memang perempuan murahan! Kau rampas suami kawan baik sendiri!  Kau tak tahu ke Naura merana hah?! " tengkingnya lagi. 

  Suha berusaha menolak tubuh lelaki itu. Namun semakin kuat cengkaman tangan lelaki itu di leher Suha membuatkan nafas Suha terasa sesak. 

  "Angah! " 

  Seorang gadis yang baru sahaja turun bergegas mendekati mereka. Tubuh lelaki itu ditolak menjauh dari Suha. Suha terduduk di atas lantai cuba mencari nafas. Tangan naik menyentuh lehernya. Lelaki itu berlalu naik ke atas. 

  "Maafkan angah kak. Kak Salena tak apa-apa? " soal gadis itu dengan lembut. 

  Suha mengangguk perlahan. Tangan naik menutup mulut yang terus batuk kuat. Gadis itu menepuk lembut belakang tubuh Suha. 

  "Okay tak?"

 

  "Okay, terima kasih." ujar Suha. Senyuman manis diberikan kepada Suha. 

  "Kakak ingat saya tak? Adik bongsu along, Aila. " jelas riak wajah gadis itu teruja. 

  Suha mengelengkan kepala tanda tidak ingat. Wajah Aila berubah cemberut. 

  "Kita satu sekolah dulu laa kak. Saya junior akak. " terang Aila. Berkerut-kerut wajah Suha cuba mengingati seraut wajah yang berada di hadapannya kini. 

  Junior..?  Aila..? Budak ni ke yang… 

  "Aila budak ketot tu ke.? " soal Suha. 

  Aila laju mengangguk teruja. 

  "Ehh akak apa ni. Ketot apanya?  Aila dah besar lah. " Aila menyilangkan tangannya tanda protes. 

  Suha tertawa kecil. "Sorry sorry. Akak gurau jelah. " 

  "Takpelah janji akak dah ingat siapa Ila. " 

  Suha hanya tersenyum melihat gelagat Aila. Tidak seperti Arhan yang lebih kepada menakutkan. 

  "Aila tadi tu abang Aila ke? "soal Suha perlahan. Risau jika lelaki itu memandang telinga perbualan mereka. 

  "Ohh yea akak. Tu abang Zariff. Maafkan dia ye. Dia tu sebenarnya crush dekat kak Naura sejak dulu. Dia tak boleh tengok kak Naura tu sedih ke apa ke." jelas Aila.

    Aila menundukkan pandangan. Rasa bersalah menyelebungi dirinya meskipun bukan salahnya. Namun perbuatan Zariff sungguhlah tidak boleh diterima. 

  "Eh kenapa minta maaf pula ni. Bukan salah Aila. Akak tak marah Aila pun lah."Suha mengusap lembut lengan Aila. 

   Aila mengangkat wajahnya. Wajah Suha ditatap lama. Suha menoleh kebelakang. Eh budak ni tengok apa? Macam nak tembus wajah aku ditenungnya. Sempat dia mengomel sendiri. 

  Suha memetik jari di hadapan wajah Aila membuatkan Aila tersentak. 

  "Kenapa ni?  Ada apa-apa ke kat wajah akak? " soal Suha sambil menyentuh wajahnya. Kot kot ada comot ke apa ke. 

  Aila mengelengkan kepala sambil tersengih.

   "Takde apa. Akak makin cantiklah. Tak berubah langsung. " puji Aila. Pipi Suha merona merah. 

  "Eh kamu ni. Mana adalah. Aila lagi cantik. " Pipi Aila dicubit perlahan. Aila tertawa kecil. 

  Suasana menjadi sepi seketika. Kedua-duanya tidak tahu harus membuka topik apa. Suha mengigit bibir lembut. Ini kesempatan baginya untuk bertanya kepada Aila mengenai ibu. 

  Suha berdehem beberapa kali. Otaknya ligat menyusun ayat-ayat yang sesuai agar Aila tidak terasa hati mahupun berfikir bahawa Suha tidak suka pada Asmah. 

  "Erm Aila.. Akak nak tanya sikit boleh tak? " soal Suha dengan nada serious. 

  "Akak ni. Dah tentu boleh. " ujar Aila. Suha menarik nafas dalam lalu menghembus dengan perlahan. 

  "Ibu tak suka akak sebab akak dah rampas Arhan dari Naura ke?  Sebab tu ke? " soal Suha bodoh. 

  Keluhan dilepaskan. Sememangnya apa yang Suha fikirkan itu benar. Asmah menganggap Suha perampas kebahagian Naura. Sungguh dia sanggup menghancurkan kebahagian sahabat baiknya sendiri. 

  "Maafkan ibu kak Salena. Ibu tak bermaksud pun nak buat akak terasa hati. Tapi ibu memang tak suka tengok kak Naura tu terluka or dilukai. Ibu dah anggap Naura tu macam anak sendiri. Ibu sangat sayangkan kak Naura kak. "

  Suha hanya tersenyum hambar. Inikah balasan bagi dirinya?  Aila memeluk lengan Suha. Aila menguap keletihan. 

  "Ngantuk ke ni? " Aila mengangguk. Suha mengorak langkah naik ke atas diikuti Aila. 

  "Ohh Aila ada nampak along tak? " soal Suha yang baru teringat tentang Arhan. Sejak dari tadi kelibat Arhan tidak kelihatan. Terakhir kali ialah bila Arhan membawanya ke bilik. 

  Aila mengangguk. "Along dah balik tadi dengan kak Naura. Mungkin along kat bilik kak Naura kot. "

  "Naura..?  Dia ada dekat sini ke?  Bila dia sampai ?" 

  Bertalu-talu soalan diajukan pada Aila. Aila di sisi sudah ketawa mengekek. 

  "Akak satu-satulah. Yea kak Naura baru je sampai. Abang jemput ,ibu suruh tadi."ujar Aila. 

  "Akak, Aila teman akak erk malam ni. Boleh ye. " pinta Aila dengan gaya comelnya. 

  Suha hanya tersenyum kecil. Kepala Aila diusap lembut. 

  "Dah tentu boleh. Lagipun akak takde kawan." Jelas kelihatan wajah Aila yang teruja bila Suha membenarkannya untuk menemani Suha pada malam ini. 

  

  Tombol pintu bilik dipulas pantas Aila masuk ke dalam lalu merebahkan tubuh ke atas katil. Suha hanya tergelak kecil melihat gelagat Aila yang sudah seperti anak kecil.

  Suha baring di samping Aila. Aila memeluk erat tubuh Suha tanpa kekok. Suha hanya membiarkan sahaja. Bahu Aila ditepuk lembut oleh Suha. 

  Dengan mudah Aila sudah lena dibuai mimpi indahnya. Naura? Tidak dinafikan nama itulah yang hanya ada dalam hati Arhan. Keluhan berat Suha lepaskan. 

  Tangan naik ke dada. Timbul satu perasaan yang kurang senang. Perasaan apa ini?  Cemburu?  Tidak, tidak mungkin. Perasaan ini tidak seharusnya ada. Suha tidak layak. Cinta?  Jika benar perasaan ini adalah cinta. Adakah Arhan berasa sama sepertinya?  

  Suha mengelengkan kepala. Tidak, jangan pernah bermimpi Suha. Kau hanyalah penganggu dalam hubungan Naura dan Arhan. Orang ketiga yang hanya menumpang kasih. Suha memejamkan mata rapat. Semoga hari esok menjadi hari yang baik baginya. Desus hatinya. 

  

Chak...!! Nah ramai sngt mnta Cherry bgi laa ye.. maafkan kekurangan d chapter ni.. hehe happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience