Bab 12

Romance Series 191605

     Sudah seminggu berlalu, selama seminggu itulah Arhan dan Naura tidak pulang ke rumah Asmah. Mungkin mereka ingin meluangkan masa bersama. Suha masih bertahan sebagaj isteri nombor dua dalam keluarga itu. Dengan harapan, Suha diterima dalam keluarga itu. 

.
 Dalam masa seminggu itu, Suha menerima bermacam hinaan dan makian dari Asmah dan Zariff. Meskipun Zariff bukanlah seorang yang banyak bicara tetapi jika dia merasa meluat, dia pasti akan mengingatkan Suha mengenai kata-kata Asmah. 

  "Aku takkan terima kau sebagai menantu sampai bila-bila."

  Kata-kata itu segar diingatan Suha. Tidak pernah sedetik pun dia melupakan kata-kata itu. 

  "Puan."

  Hampir terlepas senduk yang dipegang Suha akibat terkejut dijerkah oleh pembantu rumah Asmah.

  

  "Kenapa ni?  Ada apa? " soal Suha sambil mengurut dadanya. Nasib baik dia tidak mengetuk kepala pembantu itu dengan senduk kalau tak mahunya dia berdosa sebab pukul orang lagi tua darinya. 

  "Maaf puan, sebenarnya cik Aila suruh saya tanya puan nak masak apa untuk malam ni. Sebab malam ni ada tetamu istimewa dan lagi satu Tuan Arhan akan balik." ujar pembantu rumah itu. 

  Suha termenung semula bila nama Arhan disebut. Hampir Suha terlupa bahawa minggu ini adalah minggu untuk dirinya bersama Arhan. Senyuman terukir dibibir tanpa dia sedar. 

  "Suha! "

  Naura yang entah dari mana terus berlari memeluk tubuh Suha erat. Suha menjadi kaku seketika. Dalam masa yang sama, Suha berfikir sejenak. Apa yang Naura lakukan di sini? 

  "Rindunya saya dekat awak. Awak sihat tak?  Macam mana tinggal sini?  Mesti bestkan. " soal Naura dengan teruja. 

  Best apanya? Hidup di sini bagaikan hamba abdi. Setiap hari ada sahaja kesalahan yang diungkit. Hati ini sudah tidak sanggup lagi namun aku harus kuat. 

  Belum sempat Suha ingin menjawab soalan Naura. Kelihatan Asmah sedang berjalan mendekati mereka. 

  "Naura, menantu ibu. " Pantas sahaja tubuh Naura dibawa masuk dalam dakapan. 

  Suha hanya memandang. Terasa hati?.Semestinya. Cemburu? Semestinya. Selama dia tinggal di sini sedikitpun Asmah tidak pernah melayaninya dengan baik. Tidak seperti Naura, gadis itu cukup disayangi semua orang. 

  Haish apa aku fikir ni?  Cepat-cepat Suha menepis fikiran kotornya. 

  "Ibu sihat tak? Naura rindulah kat ibu."ujar Naura dengan nada yang manja. 

  "Ibu sihat. Ibu pun rindu dekat Naura. Hah macam mana honeymoon?  Okay tak? " Naura tergelak kecil. 

  "Best.. Thank you ibu sebab sponsor. "Naura memeluk lengan Asmah. 

   Honeymoon? Patutlah. Selama seminggu Arhan langsung tidak menjenguk Suha. Jangankan menjenguk, menelefon juga tidak pernah. 

  "Ibu.. " Arhan mengucup tangan Asmah lalu memeluk tubuh ibunya itu. 

  "Naura dan Arhan sihat tak? Perut tu dah ada isi ke? " ujar Asmah saja menyakat anak dan menantunya. 

  Naura menundukkan pandangan tersipu malu manakala Arhan sesekali mengerling ke arah Suha. 

  "Ohh okay okay, ibu faham. Mesti kamu tak nak orang tahu kan. Maklumlah dekat sini ada orang luar sedang mendengar. " sindir Asmah. Pandangan tajam beralih ke arah Suha. Arhan mengeluh perlahan. 

  "Hah ibu, jom ikut Naura. Naura ada benda nak bagitau ni." Naura menarik lembut tangan Asmah. Tanpa membantah, Asmah membontoti langkah Naura. 

  Suasana sepi diantara Arhan dan Suha. Suha tidak tahu harus bertanyakan apa kepada Arhan. Perlukah dia membuka bicara?. 

 "Ehem urm abang dah makan? " soal Suha perlahan. 

  Arhan kelihatan sangat gugup laju sahaja dia mengangguk. 

  "Sudah. Kau dah makan ke? " Arhan menyoal semula Suha. 

  Suha mengangguk dengan senyuman terukir di bibir. 

  "Abang okay ke?  Kenapa macam gugup je ni? " 

  Arhan mengaru kepala sambil tersengih. Alahai dia ni kenapa? Ada je perangai dia nak buat. 

  "Puan, biar saya ambil alih. Puan pergilah depan ye, luang masa dengan keluarga Tuan. " senduk bertukar tangan. Arhan melangkah ke ruang tamu diikuti Suha. 

  Suha melabuhkan punggung di atas sofa single yang masih kosong. Suha hanya menjadi pendengar kepada topik yang mereka sembangkan. 

  Aila dan Zariff melangkah masuk ke dalam rumah membuatkan perbualan Naura dan Asmah terhenti.

  "Aila, Zariff meh sini join ibu dan kak Naura korang. " ajak Asmah bila melihat Aila dan Zariff yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. 

  "Mana Miir? " soal Asmah sebaik sahaja Aila duduk bertentangan Asmah dan Naura. 

  Aila memandang ke Zariff seakan meminta kepastian di mana Emiir berada. Zariff hanya menjongketkan bahu bukan kerana tidak tahu tapi sememangnya dia seorang yang malas untuk masuk campur urusan orang lain. 

 "Hah panjang umur Miir. " ujar Naura teruja sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta dimatikan di perkarangan rumah. Berubah riak wajah Arhan bila melihat keterujaan Naura menunggu ketibaan orang yang ditunggunya itu masuk ke dalam rumah. 

  Suha yang perasaan akan perubahan reaksi wajah Arhan hanya diam membisu. 

  "Assalamualaikum.. " Suara itu. Suha cuba mengamati suara yang baru sahaja memberi salam. 

  Perlahan-lahan Suha memandang seraut wajah yang sudah berdiri bertentangan dengan dirinya. Suha menjadi kaku, seakan hilang kata-kata. Air mata mengalir perlahan membuatkan dada Suha berasa sesak. 

  "Suha kenapa ni? " soal Arhan risau. Segera Arhan mendekati Suha. 

  Suha cuba mengatur nafasnya semula. Tetapi dadanya semakin berasa sesak. 

  "Dzafri..? " hanya satu nama yang berjaya keluar dari mulut Suha. 

  Emiir yang tadinya berdiri agak jauh dari Suha. Perlahan-lahan melangkah mendekati Suha.

  "Miss, miss okay tak? " soal Emiir lembut. Senyuman terukir pada bibir. 

  Semua mata memandang ke arah Emiir dan Suha. Suha mengangguk lalu mata dipejam rapat. Cuba mengatur nafasnya. 

  "Amboi memang kalau dah nama perempuan tak tahu malu. Asyik nak perhatian dari orang lain je. "sindir Asmah dengan menjeling ke arah Suha. 

  Sindiran Asmah hanya bagaikan angin ditelinga Suha. Suha tidak makan membiarkan sindiran itu merosak saat ini. Akhirnya Emiir menunaikan janjinya. 

  "Mari kita naik. Kau nampak tak sihat. " ujar Arhan sambil memapah Suha. 

  Suha tidak mengalihkan pandangan dari Emiir. Sedikitpun lelaki itu tidak berubah. Sejak dari dulu sehingga sekarang dirinya tetap sama. 

  "Kau kenal adik aku? " soal Arhan berasa hairan. 

  Soalan Arhan di biar sepi. Adik? Jika benar Emiir adik kepada Arhan. Bererti.. 

  "Adik abang?  Dia adik abang ke? " Suha menyoal Arhan semula. 

  Arhan hanya mengangguk. Selimut ditarik paras dada Suha. Arhan mengusap lembut rambut Suha. Entah mengapa mendengar kenyataan dari Arhan membuatkan Suha berasa sedikit kecewa. 

  "Kau rehatlah ye. Malam ni aku makan teman Naura tidur. Kau tak keberatan kan? " 

  Suha hanya tersenyum tawar. Meskipun hatinya menjerit tidak. Arhan melangkah keluar dari bilik Suha. 

  "Teman Naura? Bukankah patutnya malam ni.. "gumam Suha sendiri. 

  Keluhan dilepaskan. Bertuah menjadi Naura, dia tidak perlu kawan mahupun sesiapa kerana hubungannya dengan Arhan dan keluarga Arhan sangat baik. Berbeza dengan Suha, saat ini dia amat memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaannya. 

  Cincin pemberian Emiir yang Suha jadikan sebagai rantai leher diusap perlahan. Bagaimana Dzafri boleh ada abang?  Bukankah dia anak yatim piatu? Nampaknya Dzafri sudah melupakan Suha. 

  Miss? Apa yang terjadi pada Dzafri?  Tidak pernah lagi Dzafri memanggil diriku dengan panggilan itu. Cukuplah aku sudah takde sesiapa lagi. Janganlah ambik Dzafri dariku.. Desus hati Suha. 

Hah yealah yealah.. Cherry updated.. maaflah sebab lambat buat korng tnggu lama.. tapi oleh sebab ad yg dm kata nk chapter bru.. tk smpai hti.. so ni last tau.. Cherry tkde taip utk chapter bru.. ni je ..jadi maafkan Cherry kalau updated lmbt lepas ni..

Share this novel

ctnr_blqs
2021-01-25 21:28:22 

bestt

Cherry
2021-01-24 20:19:38 

welcome dear

YAZNI-ERNIE
2021-01-24 20:16:57 

tqvm.my lovely dear. muahh muahh muahh


NovelPlus Premium

The best ads free experience