Sebulan telah berlalu semenjak bunga yang menyebabkan Naura dimasukkan ke dalam hospital. Tiada apa yang berubah Asmah masih melayaninya dengan sangat teruk. Malahan sekarang Asmah sentiasa membuat jarak antara Naura dan Suha kerana takut Suha akan mencederakan cucu pertamanya.
Suha menatap ruangan bayi yang telah disediakan di dalam satu bilik di tingkat atas rumah agam milik keluarga Arhan. Keluhan dilepaskan. Fikirannya mula bercelaru. Kesemua permainan milik cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak lama lagi Suha lihat satu persatu.
Suha mengusap lembut perutnya. Mata mula terasa hangat. Suha memejamkan matanya rapat dan air mata mengalir perlahan.
Apa yang akan terjadi agaknya kalau dirinya mengandung anak Arhan? Apa bayinya akan ditendang keluar rumah ini atau bayinya akan merasakan kasih sayang daripada semua orang yang berada di dalam rumah seperti bayi pertama Arhan dan Naura?
"Suha."
Pantas Suha mengesat air mata sebelum menoleh memandang Naura.Naura mengusap lembut perutnya melangkah mendekati Suha.
"Awak okay ke?"soal Naura dengan penuh prihatin.
Suha mengangguk dengan senyuman terukir pada bibir. Suha mengambil satu kerusi untuk Naura. Mesti dia berasa letih jika berdiri terlalu lama.
"Awak fikirkan tentang ibu ke?"soal Naura lagi. Naura melabuhkan punggung pada kerusi yang diberi Suha.
Suha hanya mengelengkan kepala membuatkan Naura tersenyum. Fikirnya mungkin Suha tidak mengambil hati dengan kata-kata Asmah tempoh hari. Naura mengenggam kemas tangan Suha.
"Saya yakin satu hari nanti ibu akan terima dan layan awak sama macam dia layan saya."ujar Naura lembut. Dia cuba memberi keyakinan kepada Suha.
Senyuman cuba diukir meskipun ianya hanyalah senyuman paksa. Benarkah dia akan diterima dalam keluarga ini? Dia sendiri tidak pasti. Di mata Asmah hanyalah Naura sebagai menantunya. Tiada siapa mampu mengantikan Naura.
"Salena!"
Suha dan Naura memandang ke arah pintu bilik. Suha membantu Naura untuk berdiri. Mereka kemudian keluar dari bilik itu lalu turun ke bawah bersama-sama.
"Ada apa ibu?"soal Suha dengan sedikit getar. Suha melangkah mendekati Asmah.
Pang!
"Kau perempuan tak tahu malu! Kehidupan buruk! Tiada didikan agama! Perempuan kotor! Kenapalah menantu aku baik sangat nak kutip binatang kurap macam kau?!"tempik Asmah lantang.. Cacian dan makian dari Asmah begitu sakit menusuk ke dalam hati Suha. Tidakkah Asmah memikirkan perasaannya?
Suha menundukkan wajah sambil mengemam bibirnya tidak mahu tangisannya didengari.
"Ibu, sabar. Bawa bertenang ibu. Kenapa ni ibu? Kenapa ibu marah sangat macam ni?"soal Naura cuba memujuk agar Asmah sedikit bertenang.
Asmah memberikan Tabletnya kepada Naura. Naura merenung gambar yang terpampang di skrin Tablet itu dengan tekun. Gambar sewaktu Suha bekerja di kelab malam. Dengan pakaian yang cukup menjolok mata. Rahsianya sudah diketahui. Siapa yang tergamak menyebar gambarnya waktu dia bekerja di kelab malam?
"Disebabkan pekerjaan tak senonoh perempuan ni nama Arhan menjadi buruk. Keluarga kita menanggung malu! Entah-entah dia ni bawa sial. Sebab tu sekarang company kita mengalami kerugian yang besar."ujar Asmah menahan amarahnya. Bibir diketap geram. Mahu sahaja dia menampar pipi Suha itu untuk kali kedua.
Suha hilang kata-kata. Dia hanya diam membisu. Disebabkan dia, Arhan sekarang menghadapi masalah yang cukup besar.
"Ya Allah." Naura menekup mulutnya sebelum Asmah memapah Naura duduk di atas sofa. Air mata mengalir perlahan. Naura buntu memikirkan masalah yang dihadapi syarikat Arhan.
"Maafkan Salena." Hanya perkataan itu yang mampu Suha ucapkan. Rasa bersalah mula menyerbu dirinya.
Asmah tidak menghiraukan Suha. Asmah membantu Naura naik ke atas untuk berehat. Suha hanya memandang kosong ke arah mereka. Apa kau dah buat ni Suha? Keluhan dilepaskan. Suha melangkah ke arah dapur. Dia perlu menyediakan makan malam.
Selesai melakukan kerjanya di dapur, Suha naik ke tingkat atas. Pintu bilik ditolak perlahan menyangka Arhan sudah lena memandangkan dia sering pulang lewat malam.
"Abang tak tidur lagi ke?"soal Suha mencapai tuala yang berada di dalam almari.
Arhan mengelengkan kepala. Perhatiannya ditumpukan sepenuhnya kepada skrin komputer berselang-seli dengan fail-fail kerjanya.
Suha hanya tersenyum. Suha melangkah masuk ke dalam bilik air. Sebaik sahaja mengunci pintu bilik air, Suha menghamburkan tangisnya. Sakit. Benarkah apa yang dikatakan Asmah semua ini berlaku disebabkan dirinya?
Suha memandang wajahnya dari pantulan cermin. Wajahnya sembab akibat menangis.
"Kenapa aku tak pernah hidup bahagia? Susah sangat ke? Kenapa kau kena susahkan semua orang Suha? Kenapa?"omel Suha sendiri. Wajah ditundukkan. Suha mengenggam kuat bucu singki. Ingin saja dia meraung sekuat hatinya.
Suha mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Mata memandang ke arah Arhan yang masih tekun melakukan kerjanya. Mesti Arhan dahaga, baik aku buatkan dia air.
Suha melangkah keluar dari bilik dan turun semula ke dapur membuat minuman untuk Arhan. Arhan sama sekali tidak berpaling memandang Suha. Tidak mengambil masa yang agak lama, Suha kembali naik ke atas dan kembali ke bilik.
"Ada apa-apa saya boleh tolong?"soal Suha lalu menghulurkan air yang dibuatnya kepada Arhan.
Arhan mengeleng lagi. "Terima kasih."
Perlahan saja suaranya ketika mengucapkan terima kasih kepada Suha sepertinya Arhan benar-benar keletihan. Suha duduk di birai katil sambil merenung wajah Arhan.
"Abang, saya minta maaf sebab dah susahkan abang. Mesti semua ni jadi disebabkan saya kan."ujar Suha menahan sebak. No, don't cry Suha.
Arhan menghela nafas panjang sebelum fail-failnya ditutup. Kini, perhatian Arhan beralih ke arah Suha.
"Tiada apa kau boleh buat untuk bantu aku. Baik kau tidur je dulu. Aku banyak kerja lagi nak buat ni."arah Arhan dengan sedikit tegas. Dia tidak mahu diganggu sesiapa. Fikirannya cukup serabut saat ini.
Arhan berdiri meregangkan tubuhnya lalu masuk ke dalam bilik air. Suha berasa kasihan melihat keadaan Arhan sekarang. Kalaulah ada benda aku boleh tolong, aku nak. Suha merebahkan tubuh, mata cuba dipejam.
Suha mengeliat kecil mata digosok beberapa kali. Jam di sisi di kerling sudah pukul tiga pagi. Suha berpaling ke arah Arhan yang sudah terlena di atas kerusi. Kesiannya, suamiku benar-benar keletihan akibat masalah yang aku timbulkan.
Suha berdiri melangkah mendekati Arhan. Tangan Arhan ditepuk lembut.
"Abang.. Bangun. Tidur dekat katil."ujar Suha lembut. Rambut Arhan diusap lembut. Begitu kasihnya dia pada Arhan hanya dia yang tahu.
"Erm..yea.." Perlahan-lahan Suha memapah Arhan yang mamai ke atas katil. Setelah Arhan kembali lena, Suha melangkah ke arah meja kerja milik Arhan. Suha memerhati fail dan juga skrin komputer manatau dia boleh melakukan sesuatu untuk membantu Arhan.
"Bismillah, aku rasa aku tahu benda ni. Takpe aku cuba buat manalah tahu boleh ringankan beban Arhan."gumamnya perlahan. Tanpa menunggu lama, jari-jemarinya mula menari di atas keyboard komputer dan mata melihat ke arah catatan di dalam fail di sisi keyboard.
Harap-harap bantuan aku malam ni dapat memudahkan Arhan esok pagi. Saya akan cuba bantu abang selagi saya mampu.
Asslmualaikum smua.. cherry mnta maaf sbb lma nd updated.. cherry akan usahakan untuk updated stiap hri lpas ni inshaAllah.. trima ksih sbb sntiasa tnggu cite n support cherry.. thank you
Share this novel