Nara duduk di sebelah Suha. Tangan Suha digenggam. Wajah pucat Suha dipandang lama. Hanya bunyi mesin hayat saja yang kedengaran.
"Kak maafkan Nara. Nara tak sepatutnya biar kakak sorang sorang. Nara silap. Maafkan Nara..."
Zayyan yang berdiri di pintu terdengar bualan Nara pada Suha. Dia semakin serba salah pada nara. Sepatutnya dia tak salahkan Nara. Dahlah Nara mengandung ditengking pulak tu. Adui Zayyan Zayyan. Kau ni marah tak tengok situasi.
"Er abang. Duduklah. Nara keluar dulu."
"Nanti.."
Langkah Nara terhenti. Kepala didongakkan memandang ke arah Zayyan yang berdiri di hadapannya.
"Kenapa?" Dah kenapa pula Zayyan tahan dia. Tak cukup lagi dah tengking hari tu ke.
"Abang minta maaf." Zayyan menarik Nara ke dalam pelukannya. Belakang tubuh Nara diusap lembut.
"Abang tak salah pun. Nara okay saja. Jangan risau."
Zayyan terdiam. Menyesal sangat marah satu-satunya adik kesayangannya ini. Padan muka kau Zayyan. Konon nak jadi mithali tapi last last gagal juga. Ikutkan sangat perasaan marah.
"Nara okey je. Abang jangan risau." Tangan naik mengusap belakang tubuh Zayyan. Bibir mengukir senyum.
"Abang....."
Nara dan Zayyan toleh ke belakang. Kelihatan Suha baru saja menyedarkan dirinya. Terkebil kebil dia memandang suasana sekeliling.
"Sayang...." Zayyan duduk di atas kerusi. Tangan Suha digenggam erat. Nara diri di belakang kerusi Zayyan.
"Kat mana..."
Zayyan mengucup tangan Suha.
"Kat hospital sayang. Sayang kemalangan semalam."
Suha terdiam. Cuba ingat apa yang terjadi. Dia ingat yang ada kereta melanggarnya kemudian kereta itu terus memecut meninggalkannya.
"Sayang okay? Sakit mana mana."
Suha tersenyum. Kepala digelengkan.
"Adam mana..."
"Adam ada dengan Zariff. Dia tidur baru lepas minum susu."
Suha menghelakan nafas lega. Risau betul pada anak lelakinya itu. Satu-satunya pengarang jantung hati dia dan Zayyan. Takut saja adam diapa-apakan. Dia tahu akan ada orang yang cuba menghancurkan kebahagiaannya.
"Terima kasih Nara sebab jaga Adam. Akak tak tahu nak balas jasa nara."
Nara menggelengkan kepala.
"Tak ada lah kak. Salah Nara sebab biarkan kakak sorang sorang. Nara rasa serba salah sangat."
Suha berkerut. Wajah Nara dipandang dalam.
"Siapa salahkan Nara? Kan akak yang suruh nara tunggu dekat kereta dengan Adam. Ada orang marah Nara ke?"
"Erk." Nara menggaru kepalanya.
Zayyan mengeluh.
"Abang tak sengaja termarah Nara. Masa tu abang takut sangat kehilangan sayang. Abang tak tentu arah."
Suha menggelengkan kepala. Haish suami dia ni. Tak pasal pasal nara kena marah. Kira baiklah ada orang nak jaga anak dia. Zayyan Armand ni memang.
"Sorry." Zayyan tayang sengih.
"Jangan buat lagi macam tu."
Zayyan menganggukkan kepalanya. Seram pula bila Suha keluarkan aura ketegasan dia tu. Lain macam...
Sudah beberapa hari, Suha selalu termenung jauh. Tangan menghenjut buaian Adam. Nara pula sudah masuk kerja. Tinggallah dia berdua dekat rumah besar ni. Bosannya...
"Anak mama tidur je kerjanya. Mama bosanlah. Senang anak mama ni lepas susu terus tidur. Haish..." Suha merungut sendiri. Bosan sangat nampaknya tu sampai anak tidur pun dirungutnya.
Telefon Suha berdering menandakan ada notifikasi masuk. Segera Suha membacanya. Terus saja bibirnya mengukir senyum lebar. Macam tau tau je dia tengah bosan. Nara memang pandai baca isi hati dia sekarang ni.
"Aunty Nara ajak kita jalan jalan, Adam. Mama siap siap dulu okay!" dengan seronoknya Suha membuka almari pakaian dan mengeluarkan pakaian yang nak dipakai.
Nara mengucup pipi Adam beberapa kali. Melepaskan rindu katakan. Padahal baru 3 hari tak jumpa. Suha mengerling ke arah Nara. Pelik pulak Nara ajak dia pergi kafe. Katanya tunggu seseorang. Fikirkan nak shopping tadi. Shopping jelah kerja kau Suha.
"Kita tunggu siapa? Lama lagi ke?" nampak sangat tak sabar Suha ni. Nara menggelengkan kepala. Sudah 7 kali suha menanyakan soalan yang sama. Sakit tekak dia nak menjawabnya.
"Hai, Nara. Hai Suha."
Nara tersenyum. Kepala dianggukkan.
"Hai abang Emiir. Abang Emiir sihat?"
Jantung Suha bagaikan terhenti seketika. Emiir? Emiir ada dekat sini?
"Emiir?"
Emiir tersenyum. Kerusi yang berada di samping Nara ditarik. Dia duduk di atas kerusi itu. Tangan menopang dagu. Lama dia merenung ke arah suha dan adam bersilih ganti.
"Comelnya Adam. Banyak ikut muka Zayyan. Congratulations Suha. Aku happy tengok kau sekarang."
Suha seakan akan tak percaya. Betul ke depan dia ni Emiir kenapa lain sangat?
"Kak ingat sikit kak. Akak not single anymore. Jeles Abang nanti tenung abang Emiir lama lama."
Suha menyiku lengan Nara. Berdecit Nara dibuatnya. Tulah siapa suruh sindir macam tu. Malu.
"Err tak adalah. Dah... Dah lama tak dengar citer pasal Emiir. Apa khabar?"
Emiir menganggukkan kepalanya.
"Sihat je. Macam biasa. Aku baru balik dari London. Uruskan apa yang patut."
Suha tersenyum. Kepala dianggukkan. Syukurlah kalau Emiir dah boleh move on. Bina hidup yang baru.
"Eh abang Emiir. Mana sorang lagi? Kata dia ada sekali?"
Emiir mengerling ke arah pintu masuk. Mana pula sekor ni pergi? Angkat call sikit punya lama.
"Oh ada orang call dia tadi. Nanti dia masuk. Kenapa rindu ke? Tak sabar."
Nara mencebik. Suka suka je abang ipar dia bercakap. Dia dah cukup ada Zariff sorang.
"Eh hello. Sorry sikit. Kalau rindu sebagai abang ipar okay lagi. Nara sayang Zariff je."
Emiir ketawa. Kepala digelengkan. Tercuit pula hati dengan Nara ni. Bukan main susah nak dapat greenlight dari Zariff nak jumpa Nara. Takut sangat isteri kecik dia ni kena kebas. Padahal niat nak jumpa je. Dah lama tak jumpa. Suha pandang blur. Siapa yang dorang cakapkan ni? Ada orang lain datang dengan emiir ke? Siapa?
Tiba-tiba saja Adam menangis. Dia meronta ronta di atas riba Suha. Suha mendukung Adam. Belakang tubuh Adam diusap perlahan.
"Adam yak lah."
Nara ketawa kecil.
"Nak Nara tukarkan pampers ke?"
Laju suha menggelengkan kepala.
"Tak apalah. Tandas situ je kan. Dekat je. Nara borak dulu dengan Emiir. Akak pergi kejap."
Nara menganggukkan kepalanya. Emiir pula pandang dengan penuh rasa tak sedap hati. Harap harap suha tak ada apa apa. Lagipun tandas tak adalah jauh mana.
Suha menukar lampin anaknya. Tubuh Adam didukung. Beg Adam disangkut pada bahunya. Bibir mengukir senyuman.
"Anak mama dah wangi!" pipi labuh adam dikucup kucup beberapa kali.
Bum!
"Ah!" Suha menjerit kecil saat pintu tandas perempuan itu dihempas kuat oleh seseorang yang memakai hoodie.
"Sia...siapa..."
Sarah ketawa besar. Hoodie di kepala ditolak ke belakang. Terserlah wajahnya yang berparut akibat kemalangan dulu.
"Hai sis. Rindu i tak?" Sarah menghampiri Suha. Suha mengundurkan langkahnnya sehingga tubuhnya tersandar pada dinding. Adam dipeluk erat ke dadanya.
"Wah sis dah ada anak ya. Bahagia hidup sis sekarang. Sampai sis lupa dekat kembar sis ya?"
Suha menggelengkan kepalanya.
"Kak Suha tak lupakan akak. Suha cari akak. Tapi tak dapat. Polis pun..."
Dub! Sarah menumbuk dinding betul betul di sebelah Suha. Adam menangis kerana terkejut.
"Konon tak lupakan aku. Ingat aku tak tahu yang kau terlalu bahagia dengan Zayyan? Dari dulu sampai sekarang sama je. Kau je yang dapat apa kau nak!" Sarah menengking betul betul depan muka Suha.
Suha menggelengkan kepala. Air mata mengalir ke pipi. Dia cuba memegang tangan Sarah tetapi Sarah pantas menepis.
"Sebab kaulah. Aku tak dapat nak rasa kasih sayang dari mama. Kau je dapat. Aku benci kau!" Pisau dikeluarkan dari poket jaketnya. Pisau itu diacukan pada leher Suha.
"Kau ikut aku! Kalau tak anak kau mati!"
Suha mengangguk. Dia akur saja apa kehendak sarah. Dia tak nak adam diapa-apakan. Sarah menarik Suha mengikut pintu belakang. Suha ternampak susuk tubuh seseorang yang sangat dikenali sedang membelek telefon bimbitnya.
"Pandanglah sini. Pandanglah..."
Seseorang itu mengangkat wajahnya. Pandangan mereka bertentangan lama sebelum tubuh Suha ditolak masuk ke dalam sebuah kereta.
"Suha?" Dahinya berkerut. Suha dengan siapa tu? Kenapa cara suha macam nak mintak tolong? Lama dia pandang nombor plat kereta itu.
"Suha..."Dia bergegas masuk ke dalam kafe itu dan mencari kelibat Emiir dan Nara. Dia kena cepat sebelum apa-apa terjadi pada Suha.
Asslmualaikum smua.. maaf lmbt updated besalah cherry kna fkir ending dia mcm mna hahaaah.. Terus Mencintaimu esok laa updated..
Share this novel