Bab 16

Romance Series 191605

   Suha hanya memerhati keadaan Naura Naqila dari luar bilik sahaja. Itu adalah cadangan Arhan kerana takut Asmah mengamuk lagi jika melihat Suha datang bersama Arhan. 

  "Jom, kita makan dulu."ajak Arhan lalu melangkah meninggalkan Suha. Suha terkebil-kebil mengejar langkah Arhan. 

  Suha mengambil tempat di sisi Arhan sebelum beg plastik berisi makanan dihulurkan kepada Suha. 

 "Kau dah lama ke kenal Emiir tu? Macam mana kau boleh kenal dia?"soal Arhan memecah kesunyian antara mereka berdua. 

Air mineral diteguk Suha untuk membasahkan tekaknya sebelum dia berdehem beberapa kali. Otaknya ligat berfikir jawapan apa harus dia berikan kepada soalan Arhan. Jujur, Suha belum bersedia untuk bercerita mengenai hubungannya dan Emiir pada masa lalu. 

 "Susah sangat ke soalan aku tu? Sampai kau nak mengambil masa begitu lama untuk jawab soalan aku hah." Nada suara Arhan sudah berubah sedikit tegas. 

   Suha menelan liur. Hah, sudah tulah kau Suha. Dia tanya macam tu pun kau nak gelabah bagai. 

Bunyi deringan telefon bimbit Arhan telah menyelamatkan Suha. Suha menarik nafas lega. 

  "Kau tunggu sini." 

Suha mengangguk dan Arhan berjalan menjauhi Suha untuk menjawab panggilan itu. Dari gaya Arhan, kelihatan panggilan itu cukup penting. 

 "Isy, aku tak sukalah datang hospital ni. Takut."omel Emiir. Terhinjut bahu Suha akibat terkejut. Takde angin, takde ribut tiba-tiba sahaja Emiir duduk disamping Suha. 

Berkerut wajah Suha sebaik mendengar kata-kata Emiir. Dah kenapa dia tak suka pula ni? Sedangkan semasa kami remaja, dia seorang yang gagah perkasa. 

  "Kenapa awak tak suka?" soal Suha ingin tahu puncanya. Emiir mengeluh berat. 

 "Kau ni sibuklah. Suka hati akulah." Jelingan maut diberikan pada Suha. Suha terdiam. Tanya pun salah ke. 

"Ohh yea, saya ada benda nak tanya awak sebenarnya.Sekejap ye." Emiir menjongketkan kening sebelah kirinya. Pandangan tidak lepas dari Suha. 

 Suha membuka rantai di leher lalu menunjukkan cincin pemberian Emiir kepadanya.

 Dia masih simpan cincin tu. Biar betul! Selama ni dia tunggu aku ke? Tapi kenapa dia kahwin dengan Ayden? Desus hati Emiir. Pelbagai soalan mula timbul.

"Awak ingat tak pada cincin ni?"soal Suha dengan senyuman terbit pada bibir. Berharap Emiir mengingati dirinya. 

Mahu saja aku memeluk Emiir yang sedang memandangku. Sungguh aku gembira jika Emiir berkata yea. Dan aku yakin dia Imamku! 

  "Suha.. "

Arhan yang sudah kembali melabuhkan punggung di atas kerusi di sisi Suha yang satu lagi. Cepat-cepat Suha mengesat air matanya. 

"Kenapa ni?"soal Arhan pada Emiir. Wajah Emiir cukup tenang berhadapan Arhan. 

"Bini kau ni kenal aku. Kami dah nak berkahwin rupa-rupanya."ujar Emiir dengan senyuman sinis. 

Arhan begitu terkejut mendengar kata-kata Emiir. Pantas Suha mengelengkan kepala menafikan ucapan Emiir yang sudah pastinya dianggap serious oleh Arhan. 

 "Ini buktinya. Aku yang bagi dekat kau kan?" Emiir merampas cincin lalu ditunjukkan pada Arhan. 

 "Betulkah ni Suha?"soal Arhan nengetap bibir menahan marah. 

Suha mengangguk kemudian mengeleng kemudian mengangguk lagi. Eh eh kau ni mana satu Suha. 

 "Urm yea memang betul ini Emiir yang bagi tapi hubungan kami berdua tidak lebih."terang Suha bersungguh-sungguh. 

Tidak mahu Arhan salah sangka terhadap mereka. Emiir menarik Suha rapat padanya. Tangan naik memeluk bahu Suha. Membulat mata Suha memandang Emiir yang masih lagi kelihatan tenang. 

"Aku bagi kau cincin tu menandakan kau seorang yang istimewa dalam hati aku kan?" Emiir mencuit hidung Suha lalu tersenyum nakal. 

Arhan bangkit dari kerusi lalu tangan Suha ditarik sekali membuatkan Suha ikut berdiri. 

"Cerita yang dah lama berlalu tak perlu diungkit lagi. Sekarang Suha adalah isteri aku."ujar Arhan dengan riak dingin. 

Suha menoleh memandang Arhan. Terkejut dengan pengakuan yang keluar dari mulut Ayden Arhan. Emiir ketawa sumbing sambil mengangguk. 

 "Ya, sama juga seperti Naura Naqila.. Kau memang nak rampas semua perempuan yang aku cinta kan?"sindir Arhan. 

Senyuman Emiir mati ditukar dengan riak bengisnya. Tangan Suha dicapai lalu dikucup oleh Emiir di hadapan Arhan sebelum dia berlalu dari koridor hospital. 

Arhan mengetap bibir. Bengang! Beraninya Emiir berbuat begitu di hadapannya. 

"Apa hubungan kau dengan dia sebenarnya hah?!"soal Arhan yang tiba-tiba saja meninggikan suaranya pada Suha. 

Suha menundukkan pandangan. Terasa hati dengan sikap Arhan yang tiba-tiba sahaja berubah. Tangan Suha yang digenggam dilepaskan. Arhan mula melangkah pergi untuk berlalu dari hospital. Suha pantas mengiikuti langkah Arhan dengan terpinga-pinga. 

"Abang, saya dengan Emiir takde hubungan apa-apa. Kami dah macam adik dan abang je. Tak lebih abang."ujar Suha dengan jujur. 

  Arhan terus melangkah tanpa mempedulikan Suha sebelum dia menahan teksi. 

"Aku ada kerja. Kau balik jelah dulu."

    Duit diberikan pada pemandu teksi dan Arhan berlalu masuk ke dalam keretanya. Keluhan berat dilepaskan. Suha masuk ke dalam teksi lalu meminta pemandu itu menghantarnya ke rumah Asmah. Mata terus memerhati kereta Arhan yang masih belum bergerak dari tempat parkirnya. 

  

    Emiir menghempaskan punggung ke atas kerusi empuk yang berpasangan dengan meja kerja sambil mengurut pelipis keningnya. 

  "Suha.. "

  Memang benar dia telah hilang ingatan sewaktu umur 18 tahun akibat kemalangan yang menimpa dirinya. Sejak itu, keluarga Arhan telah menjaga dirinya. Ingatannya sudah kembali sejak dulu lagi. Emiir berpura-pura tidak mengenali Suha sedangkan hanya Allah sahaja tahu betapa gembiranya dia saat bertemu Suha. Namun pada masa yang sama dia juga berasa kecewa kerana Suha telah menjadi adik iparnya. Dia sudah berusaha mencari Suha tetapi usahannya tidak membuahkan hasil. 

 Gambar seorang gadis ayu berbaju kurung yang berdiri di sisi Emiir di dalam gambar itu ditatap lama. Bibir tersungging senyum. Gadis itu kelihatan sungguh comel sehingga membuatkan dirinya jatuh cinta. Keluhan dilepaskan. Rambut diraup kasar. Argh! Buntu. Apa harus dia lakukan? Suha.. 

Sorry Cherry lmbt updated.. maaf klau chapter ni pndek ye ^_^

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-02-05 11:13:49 

tqvm my dear


NovelPlus Premium

The best ads free experience