Bab 27

Romance Series 191605

   Suha mengusap lembut perutnya. Anak mama. Maafkan mama, mama cuai sangat sampai tak sedar kamu dalam rahim mama. Perlahan-lahan air matanya mengalir ke pipi. Andai saja dia tidak keguguran, mesti Arhan akan bahagia bila dapat berita tentang kehamilannya. 

  Namun, apa dayanya untuk melawan takdir. Mungkin saja ada hikmah disebalik apa yang terjadi. 

  "Suha." Emiir meletakkan mangkuk berisi bubur ke atas meja. Plastik berisi ubat milik Suha juga diletakkan disamping mangkuk itu. 

  Suha hanya diam. 

  Emiir menghela nafas berat. 

  "Suha sampai bila kau nak macam ni? Makanlah sikit dari pagi lagi kau tak makan. Makan ye."pujuk Emiir lembut. 

  Suha mengeleng perlahan. Pipi basah dek air mata yang mengalir deras. Emiir menjadi buntu. Sakit. Sakit hatinya melihat Suha seperti ini. 

  "Suha hey, look at me." Perlahan-lahan Emiir menarik dagu Suha agar memandang ke arahnya. Senyuman terukir di bibir. Air mata Suha dikesat lembut. Seakan bukan dirinya yang sebenar. Emiir turut menjadi lemah bila melihat Suha lemah seperti ini. 

  "Jangan nangis. Kau kena kuat Suha." Tangan Suha digenggam erat. 

  "Tapi.. Emiir anak saya.." Suha menundukkan wajah. Mata dipejam seketika. 

  Emiir mengelus rambut Suha. Cuba menenangkan Suha. Haa, jangan macam ni. Aku tak boleh tengok kau macam ni. Desus hati Emiir. 

  Emiir menarik tubuh Suha masuk dalam pelukan. 

  "Dah, jangan macam ni. Kau dah janji dengan aku yang kau takkan bersedih lagi."ujar Emiir perlahan. Belakang tubuh Suha ditepuk lembut. 

   Suha menganggukkan kepala. Dirinya juga memerlukan masa untuk menerima semua ini. Suha mendongakkan wajah memandang Emiir. Emiir tersenyum manis. Rambut Suha diselitkan ke belakang telinga. 

  "Salena Suha!"

  Mereka menoleh ke arah pintu utama rumah. Arhan mengetap bibir. Wajahnya berubah bengis. Pandangan tajam tidak dialihkan daripada Suha dan Emiir. 

  "Ab.. Abang..?" Suha pantas menolak tubuh Emiir menjauh darinya. Habislah aku, Arhan dah salah faham. 

  Emiir hanya beriak biasa. 

  "Apa kau buat hah?!"tempik Arhan. Nafasnya turun naik. Melampau kau hari ni ye perempuan. 

  "Abang kenapa jerit-jerit ni?" Naura bergegas masuk ke dalam rumah sebaik mendengar suara Arhan. Naura menoleh ke arah Emiir dan Suha. Berkerut seribu dahinya. Emiir? Bukan dia kata dia dekat Melaka ke? 

  "Aku tanya kau Salena Suha!" Bergema ruang tamu rumah agam itu. 

  "Ya Allah kenapa ni? Dah kenapa menjerit ni Ayden?"soal Asmah berasa hairan. 

  Aila, Zariff dan Lukman turut melangkah masuk ke dalam rumah. 

  "Abang, abang dah salah faham. Saya dan Emiir.."

  "Kau jangan nak bagi alasan. Kau ingat aku tak nampak apa kau buat hah?" Makin dibiarkan makin menjadi perangai perempuan ni. 

  Naura mengusap lengan Arhan. 

  "Abang cuba bawa bertenang. Jangan macam ni."pujuk Naura. Wajah Suha dikerling seketika sebelum dia memandang ke arah Emiir. 

  "Hah kan ibu dah pernah kata. Perempuan ni memang perempuan tak baik. Tengok tu dah ada suami pun sempat lagi nak mengatal dengan jantan lain."sindir Asmah. Saja mahu membuat api kemarahan Arhan meletus. Padan muka kau perempuan. 

  Lukman menghela nafas berat. Baru saja niatnya ingin berehat setelah pulang dari bercuti. Tetapi sekali lagi dia harus mengendalikan masalah anak menantunya. 

  "Dah, semua naik atas. Rehat. Malam nanti kita bincang tentang ni. Naura bawa Ayden masuk bilik."arah Lukman sedikit tegas. 

  Naura menarik tangan Arhan naik ke atas. Sedikit pun Arhan tidak membantah. Suha menundukkan wajah, bibir digigit lembut. 

  "Apa punya menantu lah kau ni? Sehari tak buat masalah tak sah. Memang bawa sial agaknya kau ni."ujar Asmah selamba. 

  "Sudah, naik atas sekarang." 

  Sempat Asmah menjeling tajam ke arah Suha sebelum dia turut menaiki anak tangga diikuti Lukman. 

  Zariff ketawa sinis. Tangan naik menyilang ke dada. Aila berpaling ke arah Zariff. Eh dia ni dah kenapa? Gila agaknya. 

  "Aku dah pernah cakap kan. Kau takkan dapat gantikan Naura dalam hati mama. Kau tu tak ubah macam perempuan simpanan along aku je." Terbuntang mata Aila mendengar ayat yang keluar dari mulut Zariff. 

  "Abang apa cakap ni? Tak baiklah."ujar Aila serba salah dengan kakak iparnya. Semestinya perasaan kakak iparnya itu akan terluka kerana mulut lancang Zariff. 

  "Betullah apa aku cakap. Dia ni je tak sedar diri. Masih nak bertahan. Ke kau nak harta along aku sebab tu kau tak nak tuntut cerai dari along aku." Senyuman sinis terukir di bibir. Tubuh Suha dipandang dari atas ke bawah. Dasar perempuan perampas. 

  "Zariff baik kau tutup mulut kau sebelum penumbuk aku hinggap kat pipi kau."ugut Emiir. 

  Zariff ketawa persis seperti orang kurang siuman. 

  "Wah wah tak sangka. Apa kau bagi Miir makan ni sampai dia nak bela kau sekarang? Nasi tangas erk ke kau goda dia?"

  "Ya Allah abang Zariff! Apa abang ni?" Aila mengetap bibir geram. Dah melampau sangat Zariff kali ni. Sampai hati cakap macam tu. Tuduh kak Salena sampai macam tu sekali. 

  "Dahlah, baik aku keluar. Nanti tak pasal-pasal aku pun kena sihir perempuan tu." Zariff ketawa sinis lalu melangkah keluar dari rumah. 

  Aila mengelengkan kepala. Betul-betul dah melampau. Aila mendekati Suha. Tubuh Suha dipeluk erat. 

  "Maafkan mereka kak. Mereka tak sengaja. Aila minta maaf tau. Akak kena kuat. Aila ada untuk akak." Aila mengusap belakang tubuh Suha. Dia tahu selama ini Suha telah menghadapi pelbagai ujian. Suha sememangnya wanita yang kuat. 

  Aila meleraikan pelukan. Bibir tersungging senyum. 

  "Akak kena kuat tau. Aila percaya one day akak akan rasa bahagia yang akak nak selama ni. Aila sentiasa ada dengan akak."ujar Aila menahan sebak. Tidak kuat dia melihat Suha terus menerus diperlakuan seperti ini. 

  Suha memegang pipi Aila. Begitu kasihnya Aila pada dirinya. Tidak pernah sekalipun Aila membandingkan dirinya dengan Naura. Bagi Aila, kedua-duanya adalah kakak ipar yang dia sayangi. 

  "Aila naik dulu ye kak. Akak rehat tau. Jangan fikir apa-apa."pesan Aila. Suha mengangguk perlahan. 

  Aila melangkah naik ke atas biliknya. Baru saja Emiir ingin melangkah, tangannya dipegang Suha. Berkerut wajah Emiir. Wajah Suha direnung lama. 

  "Janji pada saya. Awak takkan bagitahu sesiapa tentang anak saya."

   "Hah? Kenapa? Arhan berhak tahu supaya dia lebih hargai kau. Kau bodoh ke apa?" Emiir mula tidak berpuas hati. Apa ke lembabnya dia ni? Nak rahsiakan kenapa? 

  Suha membalas renungan mata Emiir. Wajahnya sayu. Bayangan matanya kosong. Seakan tidak mempunyai semangat. 

  "Please. Saya merayu. Awak kena janji Emiir."rayu Suha lemah. Tangan Emiir digenggam erat. 

  "Tapi kenapa? Kenapa kau nak sembunyikan?" 

  Suha menundukkan wajah. Nafas dihela berat. Wajah diangkat merenung mata Emiir sekali lagi. 

  "Saya akan bagitahu sebabnya tapi bukan sekarang. So please Emiir, i'm begging you. Jangan bagitahu sesiapa."pinta Suha. Sebolehnya dia tidak mahu sesiapa pun mengetahui tentang kegugurannya. 

  Emiir mengurut pelipis kening. Aduh macam-macamlah dia ni. Kalau tak buat kesian pula. Hah apa-apa jelah. 

  "Yealah yealah. Aku tak bagitahu sesiapa. Puas hati?" Jelingan diberikan kepada Suha. 

  Suha tersenyum manis. Tergamam Emiir melihat senyuman Suha. Akhirnya kau tersenyuma seperti dulu. Aku janji senyuman itu tidak akan hilang lagi. Aku akan pastikan kau tetap tersenyum seperti ini. 

  Emiir turut membalas senyuman Suha. Rambut Suha dielus lembut. Naura yang berada di atas hanya memerhati mereka berdua. Bibir diketap kuat. Tangan digenggam erat. Salena Suha, dari dulu kau memang nak rampas apa yang patutnya jadi milik aku. Kau tunggu. 

  Naura mendengus lalu masuk ke dalam bilik. Niatnya tadi mahu turun ke bawah untuk makan tapi bila melihat scene romantis Emiir bersama Suha membuatkan dia hilang selera. 

  "Sayang eh kata lapar. Kenapa tak turun makan?"soal Arhan yang baru saja keluar dari bilik mandi. Tuala disangkut ke atas bahu. 

  Naura mencebik. Lalu duduk di atas katil. 

  "Naura jeles nampak scene romantis sepasang kekasih tadi."ujar Naura sambil memeluk Teddy Bear miliknya. 

  Arhan menjongketkan kening. Punggung dilabuhkan di sebelah Naura. 

  "Who?"soal Arhan berasa hairan. 

  "Suha and Emiir. You know what dorang nampak sangat rapat tau dah macam pasangan kekasih."

   Sedaya upaya dia menyembunyikan senyumannya. Dia harus kekal berlakon dihadapan Arhan. 

  "Tapi tak salah pun dorang rapat kan abang. Yealah Suha dan Emiif kan pernah jadi abang and adik angkat dulu." Naura menyambung bicaranya. 

  Wajah Arhan dikerling seketika. Sudah pasti riak wajah Arhan berubah bengis. Naura tayang muka menyampah. Sikit-sikit Suha. Tapi takpe ,aku tahu Arhan marah bukan disebabkan perasaan cinta pada Suha tapi sebaliknya. Perasaan rasa tercabar pada Emiir. Sejak dari dulu lagi hubungannya dengan Emiir tidak berapa baik lebih-lebih lagi bila dia tahu Emiir bekas kekasih Naura. Bagi Arhan, apa yang Arhan ada semuanya Emiir nak. 

   Suha, kau memang perempuan tak tahu bersyukur. Aku dah kutip kau tepi jalan. Ini balasan kau untuk aku. Dasar perempuan tak tahu malu. Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau. Kau tunggu nasib kau. Arhan menggenggam penumbuk. 

   Suasana di meja makan malam itu sepi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu. Suha mengangkat wajah sedikit memandang Arhan yang duduk dihadapannya manakala Naura berada disamping Arhan. Sejak dari tadi Arhan tidak menegur dirinya. Jangan nak tegur, pandang muka pun tak. 

   Suha menghela nafas berat. Emiir yang berada di samping Suha menyedari sikap Suha. Emiir mengambil gelas. Susu putih dituang ke dalam gelas itu. 

  "Nah kau tak boleh minum sejuk. So minum ni." Teragak-agak Suha mengambil gelas yang diberikan Emiir. 

   "Terima kasih."ucap Suha perlahan. Gelas berisi susu itu diteguk Suha. 

  "Amboi Miir prihatin sungguh ye. Ada apa-apa ke ni?"soal Asmah berbaur sindiran. Suha meletakkan gelas ke atas meja. Air liur ditelan terasa kesat. Hah sudah, takkan tuang air pun jadi masalah. 

  "Alaa apa salahnya? Miir just tuangkan je. Kesian Suha. Mesti dia dahaga kan?" Emiir menopang dagu memandang Suha. Suha sudah tidak keruan. 

  "Hah kak Salena nak tambah lagi tak? Aila tengok kak Salena makan bubur je. Nak ayam tak?" Baru saja Aila ingin mencedokkan lauk ayam kari ke pinggan Suha, Emiir menghalang tindakan Aila. 

  "No, Suha tak boleh makan tu. Biar dia makan bubur je."ujar Emiir sedikit tegas. 

  "Erm baik. Maafkan Aila."pinta Aila kembali menyambung makannya. 

  "Dah kenapa Salena tak boleh makan pula? Diet ke? Kau diet untuk apa? Bukannya ada orang tertarik pun dengan kau."sindir Zariff. 

  

  Naura memandang ke arah Suha. Heh, mestilah tak boleh makan. Dia kan baru je keguguran. Kesian. Senyuman sinis terukir pada bibir. 

 

  Selesai menjamu selera, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Lukman memandang setiap wajah isteri dan anak menantunya. 

  "Okay macam ni, apa masalah sebenarnya ni? Kenapa Arhan marah sangat tadi? Hah Suha, Emiir." Wajah Emiir dan Suha dipandang silih berganti. 

  "Mana ada masalah apa-apa. Arhan je overreact."jawab Emiir tenang. Tubuh disandarkan pada sofa. 

  "Tak dah apa-apa kau kata. Habis yang kau dengan isteri aku berpelukan tu apa hah?!"tengking Arhan. Mengigil tubuh Suha. 

  "Eh kau salah fahamlah. Masa tu Suha nak jatuh pengsan tu yang aku sambut. Tapi pandangan mata kau ingat aku peluk dia." Emiir terpaksa menipu. Ikutkan hati mahu saja dia memberitahu cerita sebenarnya tetapi kerana janjinya pada Suha dia terpaksa mengunci rahsia ini. 

  Arhan mendengus. 

  "Abang janganlah macam ni. Tak baik salah sangka tau. Takkan Emiir nak menipu pula kan. Abang ni." Lengan Arhan diusap lembut. Amboi pandainya kau ye Naura. 

  "Yea yea je sakit. Entah-entah memang perempuan gatal. Semua dia nak." Zariff ketawa sinis. 

  "Abang Zariff! Abang sejak dari pada tadi tak habis-habis nak burukkan kak Salena."ujar Aila tidak berpuas hati. Melampau sangatlah dia ni. Ada je nak menyampuk. 

  "Eh susah-susah Ayden ceraikan jelah perempuan ni." Asmah menunding jari ke arah Suha. 

  Mereka semua terkejut. Semua mata memandang ke arah Asmah. Cerai? Biar betul ibu mereka ni. 

  "Ibu."

  "Kau diam Aila. Kau budak mentah lagi jangan nak sibuk."bentak Asmah. Aila menundukkan wajah. 

  "Hah bagus juga tu idea ibu tu. Zariff setuju." 

  Emiir berpaling ke arah Suha. Dia hanya diam membisu. Mungkin tidak berani mengeluarkan apa yang terbuku dalam hati. 

  "Ayden takkan lepaskan Suha. Suha tetap isteri Ayden. Ini keputusan Ayden."ujar Arhan. Arhan melangkah meninggalkan mereka semua. 

  "Abang." Naura mengejar langkah Arhan yang sudah naik ke atas. 

  "Susah sangat ke Ayden nak lepaskan perempuan ni."

  "Dah kita dah dengar apa keputusan Ayden. Tu tandanya dia cintakan Salena. Dia nak jaga Salena." Lukman tersenyum ke arah Suha. Lega. Dia berharap selepas ini hubungan mereka baik-baik saja. 

  Asmah tayang wajah menyampah. Entah apa-apa. 

  Patutkah dia berasa lega bila Arhan membuatkan keputusan untuk tidak menceraikannya?  Atau sebaliknya? Suha buntu. Perasaan cinta terhadap Arhan semakin lama semakin berkembang. Sungguh dia berasa takut kehilangan Arhan tetapi memilih keputusan untuk kekal bersama Arhan keputusan yang betul kan? 

Maafkan Cherry tkdpt nk reply komen korng.. Cherry punya line kdng problem hahah...nnti Cherry reply tau.. maafkan klau ad typo ke apa ke.. n klau chapter yg ni sendu sorry ye.. thank you smua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience