Bab 20

Romance Series 191605

     Daun pintu bilik dibuka oleh Arhan. Mata meliar mencari kelibat Suha. Suha yang baru saja keluar dari bilik air terkejut melihat Arhan kini berada di hadapannya. 

   "Kenapa kau pandang aku macam kau nampak hantu ni?" Arhan membuka tali lehernya. Tubuh berasa sungguh letih. Terlalu banyak meeting yang kena dia handle.

  "Erk tak.. Saya cuma terkejut je awal abang balik hari ni."ujar Suha perlahan. Pakaian di atas meja dicapai. Suha menyarungkan pakaiannya ke tubuh. 

  "Kenapa kaki kau lebam tu?"soal Arhan yang tadinya terlihat kesan lebam yang ada apa kaki kiri Suha. 

  Suha mengaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh, apa aku nak jawab ni. Riak wajahnya mula gelisah. 

  "Erk saya.. Saya jatuh."bohong Suha sambil mengemam bibirnya. 

  Arhan menjungkitkan keningnya sebelum menghela nafas berat. Arhan duduk di birai katil dan melihat ke arah Suha yang sudah berpakaian kemas dihadapannya. 

  "Kau boleh tak jangan cuai sangat. Dekat rumah ni kau duduk rehat je tak payah nak buat kerja sangat."

  Biar betul mamat ni. Semalam bukan main garang lagi dekat aku. Hari ni siap nasihat aku pula. Desus hati Suha. 

  "Kau dengar tak?" Suha tersedar dari lamunannya segera menganggukkan kepala. 

  "Yea saya faham. Saya bosan je tak dah apa nak buat. Takkan nak duduk diam goyang kaki pula."terang Suha. 

 

  Sengaja mahu berceloteh manja dengan Arhan memandang moodnya pada hari ini sedikit baik. Arhan tersenyum nipis lalu wajah Suha ditatap lama. 

  "Maafkan aku."

  Tangan Suha digenggam kemas oleh Arhan. Wajah Arhan jelas mempamerkan riak bersalahnya. Berkerut dahi Suha mendengar perkataan maaf dari Arhan. 

  Biar betul dia ni. Dia minta maaf dekat aku. 

  "Maaf untuk apa abang?"soal Suha berasa bingung dengan sikap Arhan pada hari ini. 

  "Tentang semalam. Naura dah ceritakan semua dekat aku tentang perkara sebenar. Terima kasih sebab tolong aku siapkan kerja aku. Tanpa bantuan kau, mungkin aku takkan dapat siapkan semua tu." Rambut Suha diselitkan ke belakang telinga. Pipi Suha diusap lembut. 

  Suha tersenyum lagi. Tangan Arhan yang berada di pipinya diusap. 

  "Saya tolong sikit je abang. Lagipun semua ni jadi sebab salah saya kan. Syarikat abang hampir muflis sebab saya. Maafkan saya abang. Kalau saya tak.."

  Arhan meletakkan jari pada bibir Suha membuatkan Suha terhenti berkata-kata. Arhan melekapkan dahinya pada dahi Suha. Terkaku Suha seketika. 

  "Bukan salah kau. Kau dah tolong aku selesaikan masalah aku. Terima kasih." Arhan mencuit hidung Suha. Wajah Suha kembali ditatap. 

  "Oleh sebab tu, aku nak ajak kau makan malam. Our first dinner date malam ni." Arhan mengucup tangan Suha yang masih lagi mematung. Seakan berada di dalam dunianya sendiri. 

  Arhan melambaikan tangannya dihadapan Suha. Berkerut seribu dahinya bila Suha hanya memandang ke arahnya tanpa berkedip. Pipi Suha dicubit lembut. 

  "Hah apa?"soal Suha bodoh. Hah sedar pun jauh sangat termenung. 

  Arhan ketawa melihat gelagat Suha. Kali ini Suha pula yang berkerut. Eh apa benda lawak sangat ni? 

  "Aku cakap aku nak ajak kau dinner sayang oi." Sekali lagi pipi Suha dicubit lembut. Geram! 

  "Date pertama kita?!"soal Suha teruja. 

  Arhan mentertawakan lagi gelagat Suha. Alahai isteri siapa ni? Nak berapa kali kena cakap baru dia faham. 

  Suha mencebikkan bibir. Gelak pula dia. Orang nak betul-betul pastikan tak salah dengar. Bibir Suha tersungging senyum melihat Arhan yang sedang galak ketawa. 

  "Kalau kau happy begini mesti Naura pun akan happy kan kalau aku ajak dia nanti." 

  Senyuman Suha mati. Hatinya terasa bagaikan sedang retak secara perlahan-lahan tika ini. Naura, mahu sahaja dia ketawa saat ini. Bodohnya kau Suha. Naura tu antara orang terpenting dalam hidup Arhan semestinya Arhan akan mengajak dia sekali. 

  "Naura?"soal Suha inginkan kepastian. 

   Arhan mengangguk teruja. 

  "Kan Naura ada bantu kau sikit. Jadi aku nak ajak Naura sekali, kau tak kesah, kan?"

  Suha mengeleng dengan senyuman yang cuba dia kuntumkan buat Arhan. Tangannya diusap Arhan dengan penuh lembut. 

  "Sekarang aku happy sangat sebab tak lama lagi aku akan jadi seorang ayah. Sama juga dengan Naura yang akan jadi seorang ibu dan kau pula akan jadi mama pada anak-anak kami."ujar Arhan dengan senyuman terukir pada bibir. Jelas kelihatan riak wajah itu terlalu bahagia. Tidak sabar menanti kelahiran anak pertamanya bersama Naura. 

  Suha hanya tersenyum walaupun kata-kata yang Arhan ucapkan telah mengores hatinya. Jadi bagi Arhan, Suha hanyalah orang luar yang akan menjadi ibu kedua kepada anaknya dan Naura nanti. 

"IBU!"

   Suha dan Arhan berlari keluar dari bilik setelah mendengar jeritan Asmah yang datang dari tingkat bawah. Dengan segera, Arhan menerpa ke arah Asmah yang tangannya terluka. 

  "Ya Allah ibu. Macam mana boleh jadi macam ni?"soal Arhan penuh risau. Tangan Asmah ditilik sebelum dia cuba memberhentikan pendarahan di jari Asmah. 

  "Maafkan Naura abang. Semua ni salah Naura."rayu Naura yang sedang menangis di sisi Asmah. 

  Asmah laju mengelengkan kepalanya sebelum wajah manis Naura diusap lembut penuh kasih sayang menggunakan tangan kanannya. 

  "Tak, sayang. Ni semua bukan salah Naura tapi salah perempuan tu!"

  Asmah menunding jari tepat ke arah wajah Suha yang berdiri dihadapannya. Arhan dan rakan-rakan Asmah yang datang menziarahi Asmah berkerut hairan memandangkan Suha berada di atas saat Asmah terluka. 

  "Salah Salena?"soal Suha turut berasa hairan. 

  Asmah menjelingnya. 

  "Ya salah kau! Disebabkan nama kau aku luka. Bukan salah Naura tapi kau! Nama kau tu dahlah hodoh, bawa sial pula tu. Dengar nama kau pun dah buat aku rasa jijik!"tengking Asmah terus. Suha mengemam bibirnya. 

  Air mata mengalir perlahan di pipi. Suha tidak mampu menahan air matanya. Namanya dihina sedangkan nama itu adalah pemberian arwah ibunya. 

  "Puan sri, you ni melebih-lebih pula."tegur dari salah seorang daripada rakan Asmah. 

  

  Suha cepat-cepat mengesat air matanya saat Asmah merenung tajam ke arahnya. 

  

  "Kau memang saja nak minta simpati kan? Pergi dari sini!"arah Asmah dingin. 

  "Maafkan Salena ibu."

  "Pergi!"jerkah Asmah. 

  Suha meminta diri daripada rakan-rakan Asmah dan berlalu masuk ke dapur. 

  "Boleh berikan saya ruang?"soal Suha dengan senyuman manisnya pada pembantu rumah Yang sedang berkumpul di dapur. Mereka mengangguk faham dengan keadaan Suha sebelum kesemua mereka berlalu meninggalkan Suha. 

  Suha duduk di atas yang berpasangan dengan meja kabinet di tengah dapur luas itu. Suha menghamburkan tangisnya. Wajahnya ditekup pada telapak tangan sebelum tangisannya menjadi semakin lebat. Zariff hanya memerhati. Suha yang menyedari kehadiran Zariff membuatkan tangisannya mati serta-merta. 

  "Erk Zariff nak makan?"soal Suha ramah dengan senyuman manisnya. 

  Bodoh agaknya perempuan ni. Kenapa nak bertahan kalau tahu dah nasib kau akan jadi macam ni? 

  Zariff tidak mengendahkan soalan Suha sebelum meneguk rakus air mineral yang disusun kemas atas meja kabinet. 

  "Terseksa, kan?" 

  Soalan Zariff menarik perhatian Suha. Zariff ketawa sinis sebelum wajah Suha ditatap lama olehnya. 

  "Kau takkan boleh kalahkan Naura. Dia adalah yang pertama di dalam hati ibu ataupun Arhan."

  "Zariff." 

  Suha menoleh ke arah Emiir. Emiir mendekati mereka berdua. Wajah Suha dan Zariff dipandang silih berganti. 

  "Kenapa ni? Apa kau buat Zariff?"soal Emiir tegas. Zariff menjeling Emiir. 

  "Sibuk je. Kau kena ingat tu." Sempat dia mengingatkan Suha sebelum dia berlalu meninggalkan Suha dan Emiir. 

  Emiir hanya memandang hairan ke arah Zariff. Suha hanya tersenyum dan tidak mengambil serious apa yang Zariff katakan. Dia tidak akan mengalah kerana ini yang sentiasa dia inginkan. 

  Keluarga. 

  

  

Hah smlm gntung kan.. nah cherry pnjngkn hri ni hahah.. alhamdulillah jmput bca smua.. hri ni Arhan mood oky skit hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience