"Are you ready?"soal Emiir dengan lembut. Senyuman sinis terukir di bibir. Kepala diangguk sekali. Matanya memandang sekeliling.
Rambut diselitkan ke belakang telinga. Sudah lama dia tidak menginjakkan kaki di negara ini.
"Dah jom. Ingat kau kena jaga perwatakan kau. Faham "ujarnya memperingatkan gadis itu. Jelingan maut diberikan kepada Emiir.
"Ish I tahu lah. Jangan nak ingatkan I berulang kali. Rimas." Beg ditarik menuju kereta yang sedang menanti mereka. Tanpa menunggu Emiir, dia langsung masuk ke dalam kereta.
Emiir mengelengkan kepala. Susah sangat nak handle. Berharap agar rancangan mereka berjalan dengan lancar. Emiir masuk ke dalam perut kereta. Wajah gadis itu direnung lama. Aku cuma berharap kau tidak melakukan sesuatu yang melampau. Desus hatinya.
Dia menopang dagu memandang keluar. Pemandangan bandar yang agak asing bagi dirinya.
Kereta diberhentikan di hadapan rumah agam milik Lukman. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Mata meliar memandang sekeliling. Emiir mengeluarkan beg dari bonet kereta.
"Hah dah jom masuk."arah Emiir bernada tegas. Tsk suka hati je kau nak arah aku.
Kaki mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang setiap pelusuk rumah agam itu. Sayu hatinya. Air mata di tahan dari jatuh. No, kau tak boleh lemah. Kau kena kuat. Ingat tujuan utama kau.
"Mana semua orang? Sunyi semacam je."ujar Emiir yang berdiri disampingnya.
"You ingat I tahu ke? I pun baru datang ke sini dengan you kot." Gula-gula getah di masukkan ke dalam mulut. Emiir menepuk dahi. Aduhai pening kepala aku.
Aila melangkah menuruni anak tangga dengan wajah yang berkerut. Siapa pula ni?
"Yea cari siapa ye?"soal Aila yang sedang berdiri di belakang mereka berdua.
Emiir menoleh memandang Aila. Senyuman terukir di bibir.
"Hai Aila."sapa Emiir seraya menyingkap rambutnya kebelakang. Ceh ingat macho laa tu.
Aila menerkup mulut.
"Emiir.." Aila berlari pantas tubuh Emiir dipeluk erat. Dia amat merindui Emiir. Meskipun Emiir hanyalah abang angkatnya.
Emiir mengusap lembut belakang tubuh Aila. Kedengaran esakan kecil Aila. Adakah dia sedang bermimpi? Aila mendongak merenung wajah Emiir. Pipi Emiir dicubit kuat.
"Aduh sakitlah."adu Emiir sambil mengusap pipinya. Dia ingat pipi aku ni apa. Eee budak ni.
Aila ketawa kecil. Gadis disamping Emiir dipandang lama.
"Kak Salena?"soal Aila ingin kepastian.
Gadis itu menjungkitkan kening. Tubuh Aila ditilik dari atas ke bawah. Siapa pula gadis mentah ni.
"Kak Salena. Ya Allah kak rindunya dengan akak." Kali ini Aila memeluk tubuh gadis itu.
"Ee apa ni? You siapa?" Dia menolak tubuh Aila kuat sehingga Aila terundur ke belakang.
Berkerut wajah Aila. Pelbagai persoalan bermain di minda. Selama ini Suha melayanimya dengan baik. Mengapa dia berubah seperti ini sekali?
"Kak Salena ke.. kenapa?"soal Aila terasa hati dengan penolakkan Suha.
Emiir menarik tangan gadis disampingnya. Mata dikecilkan merenung tajam ke arah sisinya.
"Apa?"soalnya separa berbisik.
"Hah Miir bawa Salena naik rehat dulu laa ye."ujar Emiir sambil menarik tangan Suha naik ke atas.
Terpinga-pinga Aila dibuatnya. Ditinggalkan dalam kebingungan. Aila mengeleng perlahan. Macam-macamlah. Aila melangkah ke dapur.
Emiir mengunci pintu biliknya. Beg dihempas ke lantai. Turun naik nafasnya menahan marah.
"Aku dah kata jaga kelakuan kau.Apa yang susah sangat kau nak faham ni hah?!"tempik Arhan. Nadanya sudah mula naik.
Sarah menyilang tangan ke dada. Wajah Emiir direnung tajam. Sedikit pun dia tidak berasa gentar. Senyuman sinis terukir di bibir.
"Hey what do you expect? I datang sini berlakon jadi Salena Suha perlukan masa tau."bidasnya selamba. Sarah melangkah menerokai bilik Emiir.
Emiir menghela nafas berat. Tangan naik mengurut pelipis kening.
"Sarah please. Aku minta sangat kau act like Salena Suha. Tak susahkan. Kau lupa kau sendiri yang bersetuju untuk balas dendam." Emiir mengingatkan kembali perjanjian mereka berdua sewaktu di London.
Sarah mengetap bibir. Tangan digenggam kuat. Yea dia harus membalas segalanya demi Salena Suha.
"Fine! I cuba. Tapi you jangan harap I boleh jadi selembut Suha. I tak bodoh Emiir." Sarah melangkah ke balkoni bilik itu.
Emiir hanya memandang sepi. Sarah Afeeya, siapa sangka selama ini Salena Suha mempunyai kembar. Dia sendiri baru tahu mengenai hal ini. Untung saja dia menyiasat mengenai latar belakang Sarah Afeeya.
Sarah Afeeya merupakan kakak kembar kepada Salena Suha. Tetapi mereka terpaksa dipisahkan akibat orang tuanya yang membuat keputusan untuk bercerai. Sarah telah dibawa oleh ayahnya Ahmad berhijrah ke luar negara. Manakala Suha telah menetap bersama ibunya.
Hanya Sarah menjadi harapan terakhirnya untuk membalas semua yang telah mereka lakukan pada Suha. Semua ini dilakukan tanpa pengetahuan Suha yang sedang berada di London. Mereka berdua terpaksa membohongi Suha dengan mengatakan mereka berdua harus ke luar negara atas urusan kerja.
Emiir melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia harus membersihkan dirinya. Tubuhnya berasa melekit.
"Akak janji dengan adik, kita bina hidup baru bersama. Kita lupakan apa yang telah mereka buat ye. Maafkan mereka ye akak."
Masih terngiang-ngiang di mindanya janji yang telah dia buat bersama adiknya. Tetapi dia tidak dapat menepati janji itu. Sungguh dia tidak sanggup harus melihat mereka bahagia di atas penderitaan adik kembarnya, Suha.
"Maafkan akak Suha. Akak terpaksa.Akak janji aku akan balas semuanya."gumamnya perlahan.
Kereta milik Arhan masuk ke dalam perkarangan rumah agam itu. Sarah menopang dagu memandang pasangan suami isteri itu. Kelihatan Arhan dan Naura sempat bertekak di luar rumah. Naura melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Arhan.
"Ohh itulah Naura dan Arhan ye. Interesting."ujarnya perlahan. Bibir tersungging senyuman sinis.
Sarah menilik pemakaiannya.
"Hurm maybe I kena pakai sesuatu yang lebih sopan." Sarah melangkah masuk ke dalam bilik.
Arhan merentap pergelangan tangan Naura. Naura menepis tangan Arhan.
"Apa?"soal Naura tidak berpuas hati.
"Apa? Sayang what happened to you hah? Kenapa sayang berbeza sangat dengan yang dulu? Ni bukan Naura yang abang kenal tau. Mana isteri abang yang dulu?"soal Arhan menahan sebak. Sungguh dia berasa terkilan dengan perubahan Naura selama dua tahun ini.
Naura ketawa sinis. Berkerut wajah Arhan melihat isterinya seperti itu. Naura menyilang tangan ke dada. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Arhan. Pipi Arhan dielus lembut.
"Naura yang tu dah mati."ujarnya dengan nada berbisik. Pipi Arhan dikucup lembut. Tergamam Arhan seketika. Mati?
"Sayang please. Abang ada salah ke sampai sayang hukum abang macam ni." Arhan memegang tangan Naura. Tangan itu diusap lembut.
"Yes memang ada salah. Abang lupa abang dah tipu Naura. Abang kahwin dengan gadis Suha tu senyap-senyap." Naura meraup rambut kasar.
"But sayang sendiri tak kesah abang kahwin dengan dia. Kenapa sekarang sayang nak persoalkan? Salah abang ke?"
Langkah Sarah terhenti di penghujung tangga. Seronok juga dapat tengok wayang free ni.
"Su.. Suha?" Tergamam Naura seketika bila melihat Sarah yang disangkakan Suha sedang berdiri memandang mereka.
Sarah tersenyum manis. Wah aku kena jadi macam Suha laa ni ye.
Arhan menoleh ke belakang. Membuntang matanya saat melihat gadis yang sedang berdiri di hujung tangga itu. Pemakaian gadis itu ditilik. White dress paras paha yang menampakkan bentuk tubuh badan gadis itu sangat menjolok mata.
Suha? Tak mungkin.
Sarah melangkah mendekati mereka berdua. Senyuman tidak lekang dibibir. Flip hair sikit Sarah.
"Hai."sapa Sarah saat berhenti dihadapan mereka berdua.
Emiir yang memerhati di atas sudah tersenyum. Laju dia buat kerja ye. Emiir menyingkap rambut ke belakang.
Naura dan Arhan tidak mengalihkan pandangan mereka daripada Sarah. Riak wajah mereka amat terkejut seperti sedang berjumpa hantu.
"Su.. Suha? Betulkah awak Suha?"soal Arhan gagap. Naura mengetap bibir. Sial! Hidup lagi perempuan ni.
Sarah mengangguk sambil tersenyum.
"Yea, saya laa ni Salena Suha. Dah lupa saya ke?" Sarah ketawa manja.
Arhan mengelengkan kepala. Cantiknya. Tak sangka Suha cantik macam ni sekali.
Sarah mengerling ke sarah Naura. Senyuman sinis terukir. Kening dijungkitkan.
"Naura rindunya dekat awak." Tubuh Naura dipeluk erat.
"Arr.. Yea saya pun rindu awak Suha. Awak pergi mana? Puas saya cari awak tau."
Carilah sangat bukan kau nak bunuh adik aku ke. Kau jangan ingat aku tak tahu. Desus hati Sarah.
Sarah meleraikan pelukan. Senyuman palsu cuba diukir. Ikutkan hati nak saja aku bunuh kau ni.
"Sorrylah, saya ke luar negara. Merajuk dengan korang semua."gurau Sarah. Rambut diselitkan ke belakang telinga.
Arhan hanya diam membisu. Sedikit pun dia tidak mengalihkan pandangan daripada menatap wajah Sarah.
"Sayang." Dengan selamba Emiir merangkul pinggang Sarah.
"Emiir?"
Emiir tersenyum.
"Hai korang berdua. Sihat tak?"soal Emiir sambil mengeratkan rangkulan pinggang Sarah.
Naura yang melihat adegan itu mengigit bibir kuat. Panas hatinya melihat Emiir memeluk Suha dihadapan mereka. Tak mungkin. Emiir dan Suha dah kahwin ke?
"Sayang laparlah. Makan jom."ajak Emiir sambil mengelus pipi Sarah. Eh dia ni melebih pula.
Sarah mengangguk perlahan.
"Okay baby. Jom makan ye." Sarah mencuit hidung Emiir membuatkan Emiir ketawa kecil.
Emiir berpaling memandang Naura dan Arhan.
"So kita orang minta diri dulu ye. Jumpa malam nanti."
Emiir menarik Sarah melangkah keluar dari rumah itu.
"Perlu ke you peluk I macam tu?"soal Sara separate berbisik.
Emiir menarik tubuh Sarah rapat padanya.
"Perlu."bisiknya lembut pada telinga Sarah. Geli Sarah dibuatnya.
Naura mengorak langkah naik ke atas. Manakala Arhan hanya memandang sepi Emiir dan Sarah. Suha, kenapa? Begitu mudahnya Suha lupakan abang.
Chak..!! terkejut tk hahahah.. so ingt ye.. cherry cuti dua hari sbb busy ..
Share this novel
bodoh kau yang ceraikan suha