Arhan memandang sepi beg kertas yang diberikan oleh adik perempuannya, Aila. Pemberian dari isteri keduanya itu langsung tidak menarik perhatian Arhan. Dia sudah berjanji dengan Naura untuk makan tengahari bersama.
Pintu bilik diterjah oleh seseorang tanpa diketuk terlebih dahulu. Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan wajah bengis.
"Apa kau buat ni, Arhan? Semuanya salah! " tengkingnya. Fail yang dibawa bersama dicampak ke atas meja Arhan.
Arhan mengeluh berat. Fail dicapai lalu disemak.
"Salah apa pula ni Mir? Dah lebih sepuluh kali aku check lah. " ujar Arhan. Berkerut-kerut wajahnya menyemak semula fail itu.
"Kalau kau ada semak, asal banyak salah ni. Aku tak nak kau buat kerja sambil lewa je. Pastikan kau bagi balik fail tu kat aku dalam keadaan sepatutnya atau aku bagi tugasan ni dekat Aila. " ugut lelaki itu.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar. Dia ditahan Arhan.
"Eh kau ni serious sangat. Nah ambil ni makan supaya kau tu berisi sikit." pujuk Arhan sambil menghulurkan beg kertas yang diberikan Suha. Tanpa rasa bersalah dengan mudah Arhan memberinya kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya menerima pemberian Arhan.
Lelaki itu melangkah keluar dari bilik Arhan. Tombol pintu bilik pejabatnya dipulas, kaki mengorak langkah ke meja. Beg kertas diletakkan di sisi meja kerjanya sebelum dia duduk di atas kerusi lalu menyambung kerjanya.
Keluhan berat dilepaskan. Pelipis keningnya diurut lembut. Begitu dirinya sibuk saat ini. Entah berapa meeting yang harus dia kendali.
Beg kertas dipandang lama. Jam di tangan dikerling. Sejak tadi dia tidak mengisi perutnya. Mungkin dia perlu mengisi perutnya sebelum melanjutkan kerjanya yang berlambak pada hari ini. Dengan berhati-hati dia mengeluarkan bekas makanan dari dalam beg.
Terdapat nota kecil di dalam beg kertas. Kertas itu dicapai lalu di baca.
Selamat menjamu selera abang. Semoga abang menjalani hari yang baik pada hari ini. :)
Tersenyum dia membaca. Jadi kakak iparnya memberikan bekal ini pada Arhan. Tapi selalumya jika Naura memberi bekal pada Arhan, Arhan agak kedekut untuk berkongsi bekal itu. Kenapa kali ni mudah saja lelaki itu memberi bekal ini?
Nasi goreng disuap ke dalam mulutnya sebelum mengunyah laju. Tidak di sangka masakan Naura sesedap ini. Kali terakhir dia merasai masakan perempuan itu ialah 5 tahun lalu sewaktu hubungan mereka harus diputuskan akibat lamaran Arhan pada Naura.
Mulutnya tersenyum sumbing bila mengimbau kenangan buruk ketika itu. Bagaimana Arhan sanggup merampas kekasih adiknya. Dan saat itu ibu dan ayah merestui hubungan Arhan dan Naura.
"Wake up Emiir. Perkara lalu jangan dikenang. " gumamnya sendiri.
"Emiir! "
Uhuk uhuk! Tersedak Emiir saat menyuap nasi kedalam mulut. Aila Azzahra ketawa terbahak-bahak melihat wajah abangnya. Pantas Emiir mengambil botol air miliknya dan meneguk laju. Bibir dilap kasar. Tak guna punya adik, bukannya nak tolong. Dia boleh gelakkan abang dia.
"Kau memang takde adab ke? Masuk tak reti ketuk dulu ke. " omel Imran pada adik perempuannya yang hanya tersengih dan mengambil tempat di hadapan abangnya.
Emiir menyambung semula makannya. Beg kertas di atas meja dipandang Aila lama.
"Mir bila nak balik rumah ni? Eh tu bukan along punya ke? " soal Aila sedikit hairan bila melihat beg kertas untuk Arhan berada di bilik pejabat Emiir. Emiir hanya mengangguk.
"Sampai hati along. Kak Salena susah payah masakkan tu untuk dia. Along langsung tak hargai usaha akak Salena."omel Aila pula. Tangan disilangkan ke dada.
Berkerut wajah Emiir mendengar nama baru dalam kisah hidup Arhan dan Naura.
"Kak Salena mana pula ni? "
Jelingan diberikan kepada Emiir. Tulah lari rumah lagi. Merajuk lama sangat.
"Hah padan muka Mir. Lain kali jangan merajuk lama sangat. Balik rumah bila ayah suruh. Tengok sekarang, apa pun Mir tak tau. " Aila terus menerus membebel pada abangnya.
Emiir mengetap bibir geram. Eh budak ni, orang tanya dia boleh membebel pula.
"Dah dah keluar. Aku tak nak dengar bebelan kau. " halau Emiir.
"Eh Mir, orang nak melawat dia. Takpelah tak nak kawan bye. " Aila keluar dengan wajah cemberutnya.
"Eee budak ni, soalan aku dia tak jawab lagi. Dia dah merajuk bagai. " bebel Emiir sendiri. Bekas makanan di tutup lalu dimasukkan semula ke dalam beg kertas.
Sementara di rumah agam…
"Ibu, Suha masuk ye.. " ujar Suha meminta izin.
Pintu bilik di buka. Suha melangkah masuk ke dalam bilik Asmah. Suha mendekati Asmah Yang sedang duduk di sofa sambil membaca buku.
"Ibu, Suha masak nasi goreng. Ibu rasalah sedikit. " pujuk Suha bila Asmah langsung tidak mengendahkan dirinya.
Asmah menutup buku lalu merenung tajam ke arah Suha.
"Kau nak aku makan masakan kau ke?"soal Asmah dengan nada tegas.
"Tak Suha cuma nak ibu.. " Belum sempat Suha menghabiskan ayatnya, Asmah sudah mencantas bicara Suha.
"Kau dengar sini. Aku, sekali dah benci orang tu sampai bila pun aku benci. Lagipun perempuan macam kau ni memang layak dibenci dari bela terus."tempik Asmah.
Suha menundukkan wajah dengan mata terpejam. Kata-kata Asmah tidak ubah seperti pisau yang menghiris perasaannya.
"Eh perempuan kau nak apa sebenarnya? Duit? Berapa duit kau nak aku boleh bagi. Kau cakap je. Tapi kau kena pergi dari hidup anak aku. "
Suha mengeleng perlahan, air mata dikesat.
"Salena tak nak apa-apa ibu. Duit ibu Salena tak nak. Salena cuma nak kasih sayang dari Arhan sahaja. " jawab Suha perlahan.
Asmah mengetap bibir. Nafasnya turun naik. Buku dihempas ke meja.
"Dasar perempuan tak tahu malu!" Tawa sinis Asmah lepaskan. Kaki mengorak langkah mendekati Suha. Pinggan berisi nasi goreng diambil lalu ditumpahkan ke atas kepala Suha. Jus oren juga turut dijirus ke atas kepala Suha.
Senyuman sinis terukir di bibir. Asmah berlalu masuk ke dalam bilik air. Suha mengetap bibir menahan sebak di dada. Perlahan-lahan dia mengutip setip butiran nasi. Kaki melangkah keluar dari bilik Asmah.
"Ya Allah puan kenapa ni? " soal salah seorang pembantu yang kebetulan sedang mengelap lantai tangga rumah itu. Pantas dia mengambil dulang di tangan Suha.
"Takpe saya okay. Tolong bawa ni ke dapur ye. Saya nak bersihkan diri kejap."pinta Suha dengan senyuma di bibir. Dulang bertukar tangan.
Suha masuk ke dalam biliknya. Pakaiannya yang telah kotor dibuka lalu bathrobe disarungkan ke tubuh menutupi tubuhnya yang terdedah sebaik pakaiannya kotor dibuka.
Suha melangkah masuk ke dalam bilik air. Tubuh menghadap cermin.Nasi yang melekat pada rambutnya ditarik perlahan dari pantulan cermin. Senyumannya mula mati saat dia tersedar betapa menyedihkan keadaannya dan air matanya menitis juga.
"Aku nak balik.. " gumam Suha. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dia katakan sekarang memandangkan dia tidak mempunyai rumah lain. Tapi kehidupannya seharian di sini seolah dia berada di dalam neraka.
Dia menangis sekuatnya untuk melepaskan rasa sedih yang sedang dia lalui kini.
"Good luck Suha..kau kena kuat.. "
Minggu dpn hri slasa bru Cherry updated lg ye.. Cherry nak fokus kt something lg.. n nk focus dkt krja Cherry.. thank you pada smua yg sudi baca n support Cherry.. maaf tau kalau crita ni tk sberapa..
Share this novel
morning.. thank you so much
morning, my dear cherry. i baru baca this cerita not bad. i suka. sedap jln cerita nyer. good luck n try your best.