Suha ketawa melihat wajah Adam yang sedang menghisap susu badannya. Mata Adam membulat besar memerhatikan suasana sekeliling ruang tamu. Tinggallah mereka berdua di dalam rumah ini. Zayyan pula bekerja setelah lama bercuti menjaganya ketika pantang. Mujur saja Nara menemaninya harini. Tiadalah dia terasa bosan.
"Kak, Adam baru bangun ke?" Nara menghampiri Suha dengan dua gelas air diletakkan di atas meja kopi.
"Haah baru bangun. Terus nak susu." suha menepuk-nepuk punggung anak kecilnya itu. Nara menganggukkan kepala. Kepala Adam diusap lembut. Kemudian dahi anak kecil itu dikucup.
"Muchuk."
Suha tertawa kecil. Pipi gebu Adam diusap lembut. Adam banyak mewarisi wajah Zayyan. Cuma di bahagian bibir dan hidung lebih kepada dia.
"Kak kita keluar nak petang nanti? Bosanlah. Nara dah cakap dengan Zariff. Akak cakaplah dengan abang nanti."
Suha mengusap dagunya. Betul juga. Bosan pula hari ni duduk di rumah. Zayyan dan Zariff mungkin lewat balik hari ni.
"Boleh juga. Akak nak beli barang untuk Adam sikit. Dia pun makin besar makin debab sekarang." Adam dibaringkan di atas tilam bayi yang diletakkan di atas sofa.
"Cun. Kalau macam tu sekejap lagi kita siap siaplah. Nara boleh siapkan Adam."
Suha tersenyum. Kepalanya di angguk-angguk.
"Tak lama lagi nara nak dapat baby. Bolehlah jaga baby lepas ni. Dah arif dah. Akak tengok nara uruskan adam pun tak kekok."
Nara tersengih. Bangga pula dipuji. Memang dirinya suka akan budak-budak terutamanya bayi. Memang tak lepas.
"Boleh kak. Mesti boleh. Zariff je nak kena ajar."
Suha tertawa kecil. Tak sangka Nara berkahwin dengan Zariff. Kononnya bermusuh dulu. Bak kata pepatah, benci bilang cinta. Eh tu dah macam tajuk lagu.
Zayyan meraup wajahnya beberapa kali. Dia langsung tak boleh nak fokus pada kerjanya. Nara pula cuti hari ni. Fikirannya melayang memikirkan suha dan adam yang berada di rumah. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.
"Arh tak boleh jadi. Aku balik jelah. Semuanya tak kena." gumam zayyan lantas mengemas meja kerjanya.
Kaki mengorak langkah keluar dari pejabatnya. Telefon bimbit dikeluarkan. Ada dua panggilan yang dibuat oleh suha tidak berjawab kemudian dia membuka chat di WhatsApp.
"Suha keluar dengan Nara kat mall berdekatan syarikat abang."
Zayyan pantas menyimpan telefon bimbitnya di poket seluarnya. Semakin ketara pula jantungnya berdetak kencang. Mujur saja suha berada dekat dengannya.
Suha dan Nara serentak ketawa. Seronok mereka keluar bersama hari ni. Macam-macam barang yang mereka beli.
"Kak akak rasakan baby nara nanti girl ke boy?"
Suha tersenyum.
"Girl!"
Nara tertawa kecil.
"Eleh akak ni. Mesti teringin nak baby girl kan? Tambah lah lagi kak."
Terbeliak mata suha dibuatnya. Adam pun belum setahun lagi dah disuruh tambah lagi. Isk isk nara nara...
"Gurau jelah kak." nara ketawa. Suka melihat wajah kakak kesayangan yang sepertinya terkejut besar.
"Nara tunggu dekat kereta dulu. Akak bayar tiket parking ni. Boleh pegangkan adam?"
Nara mengangguk. Tubuh kecil adam didukung perlahan. Pipi adam dikucup kucup beberapa kali.
Suha ke mesin pembayaran tiket, tiket parking tadi dimasukkan kemudian membayar mengikut jumlah yang tertera pada skrin. Suha memerhatikan suasana sekeliling bangunan itu. Sepi.
"Eh!" tiket tadi terlepas dari pegangan suha dan mendarat di tengah tengah jalan. Suha berlari anak ke arah tengah jalan dan mengutip tiket tadi tanpa melihat kiri dan kanan.
Vroom...
Srekk....
Bumm!
Dahi Nara berkerut. Kuat betul bunyi brek kereta tu dan sepertinya kereta itu terlanggar sesuatu. Ada beberapa orang berkerumun di situ namun kereta tadi sudah tidak ada. Cepat cepat nara berlari ke tempat kejadian itu.
"Kak Suha!!" jerit nara tanpa sengaja. Mengejutkan adam yang baru saja hendak lena. Adam meraung kuat. Nara sudah menggeletar melihat darah yang mengalir dari tubuh Suha.
"A... Akak..." telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangannya. Adam cuba dipujuk sambil menepuk-nepuk belakang tubuhnya.
"Hello Nara.." Zayyan menjawab panggilan Nara.
"Abang.. Abang... Akak..."
"Kenapa?!" Tanpa sedar Zayyan menengking adiknya. Jantungnya semakin tak keruan.
"A..akak...kena langgar...."jawab nara terketar-ketar.
Tut.
Nara melihat skrin telefon bimbitnya. Gelap. Panggilan sudah dimatikan. Apa yang dia nak buat sekarang ni? Ada salah seorang dari mereka sudah pun menelefon ambulans. Nara memangku kepala Suha sambil memeluk adam erat.
"Akak tolong bertahan. Maafkan nara..."
Nara mundar mandir. Dia menunggu kehadiran Zayyan dan Zariff. Adam tertidur di dalam dukungannya. Mujur saja Adam mudah saja dipujuk. Jantung Nara bagaikan mahu terkeluar. Bayangan Suha tadi masih lagi lekat di ingatannya.
"Nara! Nara!" Tak sempat nara menoleh kedua-dua bahunya dicengkam oleh Zayyan.
"Ab..."
"Mana Suha? Mana Suha?"
Nara mengetap bibirnya. Menahan tangis yang bakal terhambur. Tak pernah lagi dia melihat Zayyan seperti ini. Inilah kali pertama. Bahunya berasa sakit dicengkam oleh zayyan. Namun nara sedaya upaya menahan. Dia biarkan saja zayyan mencengkam bahunya.
"Kak... Kak... Kat ICU. Doktor... Tengah rawat..."
Zayyan terpempan. Air mukanya berubah semakin keruh. Dia merenung tajam ke arah nara.
"Kenapa kau tak jaga Suha? Kan aku dah cakap kalau nak keluar tu sentiasa dengan Suha. Kau ni dah kenapa?! Argh!!" tengking Zayyan.
Nara memejamkan matanya saat itu juga air matanya mengalir deras. Tubuh kecil Adam dipeluk erat.
"Nara... Nara... Minta maaf... Nara tak tahu yang..."
"Memang kau tak tahu! Sebab kau tak ada dengan dia! Kau tahu tahu tak dia tu nyawa aku? Apa apa jadi dekat dia kau nak cakap apa nara?"
Teresak-esak Nara menangis. Dia menundukkan wajahnya. Zariff yang baru saja sampai terkejut melihat Nara ditengking oleh abang iparnya itu.
"Kau dah kenapa?! Asal tengking Nara?" giliran zariff menengking.
Nara menarik narik lengan zariff. Tidak mahu suaminya mengeruhkan keadaan lagi. Memang salah dia. Dia akui salah dia tidak sentiasa bersama dengan Suha. Memang layak pun dia dimarahi oleh abangnya itu.
"Kalau kau marah nara akan sembuhkan suha ke? Tak kan? Aku cadangkan baik kau tenangkan diri kau daripada hamburkan emosi kau dekat adik kau sendiri. Yang kau marah tu adik kau!"
Zayyan terdiam. Dia merenung ke arah wajah nara yang sudah basah dengan air mata. Serta merta hatinya dihurung perasaan serba salah. Selama dia menjaga nara dia langsung tak pernah meninggikan suara pada nara. Ini kali pertama dan tanpa dia sedar. Dia menyakiti hati Nara.
"Nara..."
Nara tersenyum. Kepala digeleng.
"Tak apa abang. Nara tau Nara salah. Nara tak jaga kak Suha. Kak Suha nyawa abang bukan Nara lagi. Nara tak sepatutnya biar kak Suha sorang sorang bayar tiket tadi." ujar Nara dengan tersedu-sedan. Zariff memeluk tubuh isterinya erat.
Zayyan terkedu mendengar ayat Nara. Hatinya tersentap. Dia semakin terhimpit dengan perasaan serba salah.
"Puan Nara, saya ada berita yang nak disampaikan."
Nara menoleh menghadap doktor yang merawat Suha.
"Ya doktor. Apa dia?"
"Puan Suha kehilangan banyak darah. Kami perlukan penderma darah secepat yang mungkin..."
Zayyan terus mara ke depan. Dengan yakinnya dia mahu menderma darah kepada isterinya itu.
"Saya doktor. Saya suami dia. Biar saya yang derma darah."
Doktor menganggukkan kepalanya.
"Sila ikut saya."
Nara memberi ruang kepada Zayyan. Zariff menarik lengan Nara ke kerusi ruang menunggu.
"Awak... Salah saya..." nara menangis di bahu Zariff. Zariff mengusap kepala nara sambil menggelengkan kepalanya.
"Awak tak salah sayang. Benda dah nak terjadi. Kita tak boleh salahkan sesiapa. Sekarang ni kita doa untuk Suha."pujuk zariff.
Nara menganggukkan kepalanya. Wajah Adam diusap lembut. Nara mendongakkan wajahnya memerhatikan suasana sekeliling. Pandangannya terpaku pada susuk tubuh seseorang di sebalik dinding tidak jauh dari situ. Sepertinya mengintai ke arah mereka. Hati Nara mula tidak sedap.
"Siapa tu?" gumam Nara sendiri.
Done untuk malam ni.. fuh haha
Share this novel