Bab 49

Romance Series 191605

Nara mundar mandir dengan perasaan resah gelisah. Kenapa benda macam ni boleh terjadi lagi? Sedangkan tandas tu dekat saja. Bukannya jauh berbatu dari mereka. Macam mana Suha dengan Adam boleh kena culik? Dengan perempuan? Biar betul dia ni cakap...

“Seriuslah perempuan yang culik dorang. Kau yakin ke?” soal Emiir kepada Arhan.

Arhan mengusap dagunya. Kepala dianggukkan sekali. Wajah Nara dipandang lama. Seolah olah memikir sesuatu.

“Abang Han abang rasa siapa yang culik kakak? Macam mana rupa dia? No plat kereta?”

Arhan menepuk dahinya. Kenapalah dia ni dungu sangat? Lepas jumpa nara dengan Emiir dia boleh lupa nak cakap pasal nombor plat kereta yang dia hafal tadi. Bongok kau ni Arhan.

“Ah nasib kau cakap Nara. No plat dia aku ingat.”

Dengan selambanya nara memiat telinga Arhan. Lelaki ni memang nak kena. Punya berjam-jam dorang memikir. Last last dia tahu nombor plat kereta penculik Suha dengan Adam tu.

“Aduh duh sakit... lepas lepas..” Arhan beberapa kali menepis tangan nara. Nara tetap tidak mahu lepaskan. Dasar lelaki tak guna. Rasain lorh.

“Nara!”

Nara mendongakkan kepala. Kelihatan Zayyan sudah sampai bersama Zariff di sisi. Okey agak janggal dekat sini. Yang lain semua lelaki dan dia sorang saja yang perempuan. Aduh. Kak Suha siapa yang culik kak Suha? Mungkin ke Sarah...

“Abang... Nara minta maaf...” Nara menundukkan wajahnya. Takut takut ditengking oleh Zayyan seperti tempoh hari. Boleh tahan kecut dibuatnya. Zayyan memegang kedua-dua belah bahu Nara. Sedaya upaya mengawal emosinya. Tidak mahu lagi menengking adiknya itu.

“Nara macam mana? Aku tak nak marah kau. Tapi macam mana? Siapa?” Kedua-dua belah bahu nara digoncang perlahan. Nara menggelengkan kepala. Sumpah dia tak tahu macam mana boleh terjadi perkara macam ni dengan tempoh masa yang singkat. Tu lah Zayyan dah nasihat hari tu jangan biarkan Suha sorang sorang tapi sekali lagi dia buat kesilapan yang sama.

“Abang Han tahu nombor plat kereta tu...” Nara menunding jari ke arah Arhan. Perlahan Zayyan mengangkat wajahnya memandang ke Arhan dengan reaksi terkejut. Kenapa dia tak boleh perasaan Arhan ada dekat sini?

Arhan hanya tersenyum kecil. Dia menolak helaian kertas yang dikoyak tadi kepada Zayyan. Zayyan terus mengambil helaian kertas itu. Berkerut dahi dibuatnya. No plat kereta tu sangat familiar baginya.

“Ni no plat kereta Sarah. Macam mana dia boleh...”

Nara memandang Zayyan dengan pandangan terkejut. Tekaan dia betul.

“Abang entah entah sarah nak balas dendam pasal hal lalu? Abang tahukan apa jadi masa majlis perkahwinan abang tu...”

Zayyan membisu. Bibirnya digigit kuat. Dia gagal melindungi suha dan anaknya. Ini tak boleh jadi. Dia kena selamatkan suha dengan kadar segera.

“Kita report polis sekarang.” Zayyan menarik tangan nara. Zariff dari tadi hanya memerhati begitu juga dengan Emiir. Arhan menggelengkan kepalanya.

“Zay kau tahukan prosedur nak report polis. Kena tunggu 24 jam. Sekarang ni belum cukup 24 jam. Kau rasa polis nak layan kau ke?”

Zayyan berdecit. Kedua dua belah tangannya digenggam kuat sehingga menimbulkan urat. Bibir diketap ketap sehingga merah. Tak guna kau Sarah.

“Habis kau nak aku buat apa? Suha dalam bahaya. Tak akan kita nak duduk sini diam diam. Kau gila!!” suara Zayyan mulai naik seoktaf. Nara mengusap bahu abangnya itu supaya tenang.

“Abang sabar bang. Macam ni nara cadangankan kita trace no plat kereta tu lepas tu abang, abang han dengan abang emiir pergi jejak lokasi tu. Nara dengan Zariff akan bersedia untuk buat report polis tapi abang kena update dekat nara secepat yang mungkin. Boleh?”

Zayyan mengangguk anggukkan kepalanya. Bersetuju dengan cadangan bernas nara. Nara melepaskan keluhan panjang. Zariff memegang bahu isterinya supaya bertenang. Sudahlah berbadan dua banyak pula masalah yang menimpa.

Suha menangis teresak esak. Jam sudah menunjukkan pukul 11:30 malam. Adam pula sudah nyenyak selepas disusukan. Mereka berdua sekarang berada di satu gudang yang terbiar di dalam hutan. Suasana sekitar gudang itu sangat menyeramkan. Sarah pula dari tadi tak muncul-muncul. Mana dia pergi pun tak tahu.

Krek

Suha mendongak. Wajah sarah muncul disebalik pintu yang ditolak dari luar. Sarah tersenyum sinis. Dia mendekati Suha dengan sebilas pisau di genggamannya.

“Aku rasa kau mati sekarang okey kut. Lepas tu aku buang kau dekat sungai belakang ni. Tak ada siapa boleh trace jejak kau. Padan muka kau.”

Suha mengetap bibirnya. Perlahan dia menggelengkan kepala. Wajah Adam dipandang sayu. Dia tak kisah apa apa yang terjadi padanya tapi jangan Adam. Adam langsung tak salah apa apa.

“Akak buatlah apa yang akak rasa boleh buat akak puas hati tapi tolong jangan sentuh anak suha. Dia tak bersalah. Kalau akak nak bunuh suha sekalipun dipersilakan. Pulangkan anak suha pada zayyan. Tolonglah suha merayu sangat sangat. Adam tak ada kena mengena dengan masalah kita kak. Dia kecil lagi.” Teresak esak suha menangis. Kepala digeleng geleng beberapa kali.

Sarah mendongakkan kepala. Ketawa besar dilepaskan sehingga bergema gema suasana gudang yang luas itu. Terkejut Adam dibuatnya. Cepat-cepat Suha memujuk adam supaya tidak menangis.

“Anak kau tu aku nak jaga. Aku akan jaga dia. Aku akan bagi kemewahan dekat dia. Kau jangan risau. Adam akan jadi anak aku. Boleh kan?”

Suha menggeleng. Bibirnya diketap kuat sehingga merah. Dia tidak mahu Adam dijaga oleh Sarah. Entah apa yang terjadi pada anaknya itu.

“Kak apa salah suha kak? Akak cakap Suha bahagia. Sama sekali tak kak. Suha tak pernah rasa bahagia walau sedikit sebelum suha berkahwin dengan zayyan. Sebelum adam lahir. Suha tak pernah rasa bahagia. Suha dicaci kak. Suha ditindas teruk oleh orang. Kenapa akak boleh cakap yang suha hidup bahagia?”

Sarah mencebik. Menyampah mendengar suara suha yang sebak tu. Langsung tak ada rasa simpati. Rayulah macam mana pun. Selagi dia tak puas hati selagi tu jangan harap dia lepaskan.

“Apa apa jelah aku malas nak cakap banyak dengan kau. Buang air liur aku je. Dah lah aku malas nak buang masa kau. Kau mati jelah erk. Adam tu pun mati sekali lah dengan kau. Tak adalah menyusahkan sesape. Anak dengan mak sama je.” Sarah menghala pisau ke arah Suha. Suha mengesot kebelakang. Tubuh adam dipeluk erat. Air mata tak berhenti mengalir dari tadi.

“Abang... tolong Suha...”

Sarah ketawa mengekek.

“Abang tolong Suha... tolong tolongg...” Sarah mengajuk cakap Suha. Dia meninggung depan Suha. Pisau itu diletakkan dibawah dagu Suha.

“Lets say goodbye world!” ujar Sarah. Senyuman sinis terukir di bibir. Suha memejamkan matanya. Adam mula menangis lantang.

Buk! Sarah jatuh terduduk apabila Emiir menarik kolar bajunya dari belakang lalu dilepaskan. Arhan dan Zayyan segera mendekati Suha. Mujur sempat dorang sampai sebelum suha diapa apakan. Hampir saja.

“Kau dah gila ke Sarah!!” tempik Emiir. Dada berombak laju. Rambut sarah direntak sehingga kepala sarah terdongak ke atas. Sarah ketawa besar.

Pang! Emiir melepaskan perasaan geramnya dengan menampar sarah. Lantaklah kalau orang nak cop dia lelaki dayus ke apa. Sarah memang dah melampau. Sanggup sakiti adik kembar sendiri dengan alasan yang tak munasabah.

“Memang aku gila Emiir. Aku gila!!” jerit Sarah dengan suara lantang.

Zayyan mendirikan Suha. Kepala adam diusap lembut. Risau betul sekiranya apa apa terjadi pada Suha. Dia tak akan maafkan. Zayyan terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menangkap beberapa keping gambar lalu diberikan kepada nara yang sedang berada di balai polis.

“Ahhh!!” Emiir menjerit kuat apabila Sarah menusuk bahunya dengan pisau tadi.

“Emiir!!” jerit Suha. Tangan naik menekup mulutnya. Kepala digeleng gelengkan. Kenapa Sarah bertindak agresif macam ni? Besar sangat ke salah dia sampai sarah sanggup nak bunuh orang?

“Emiir!” jerit Zayyan. Dia berlari ke arah Emiir yang sedang terbaring di atas lantai. Sarah ketawa. Dari tadi dia tak berhenti ketawa.

Arhan memandang Zayyan, Emiir dan Suha bersilih ganti. Dia kena buat sesuatu. Sarah akan bertindak lebih teruk dari ini.

“Suha... kau... kau keluar...”

Suha merenung wajah Arhan. Kepala digelengkan.

“Aku cakap keluar tu keluar lah suha. Apa hal kau degil sangat?!” tengking Arhan.

“Tapi...” Suha tergagap gagap. Dia tak tahu. Kepala otak dia tengah buntu sekarang ni. Emiir tercedera disebabkan dia. Keadaan jadi huru hara disebabkan dia. Semuanya disebabkan dia.

“Suha kau tengok anak kau. Kau tak kesiankan. Keluar!!”

Suha teragak agak.

“Mati jelah kau Suha!!” tiba-tiba saja Sarah menjerit kuat sambil berlari ke arah Suha dengan sebilah pisau diangkat tinggi.

“Sarah!!” Zayyan menjerit sambil berlari ke arah Suha. Dia tidak mahu gagal melindungi Suha lagi sekali.

“Urkkk!!”

“Abang!!” jerit Suha kuat. Air matanya lebat mengalir.

Sarah mengundur setapak demi setapak. Kepala digelengkan. Tak lama itu dia melepaskan tawa terbahak-bahak. Pisau yang berada pada genggaman tangannya dipandang dengan senyuman sinis. Pisau itu ditusuk pada dadanya sendiri.

“Akak!!”

Emiir terkesima memandang Sarah yang sudah rebah di atas lantai. Sarah merenung ke arahnya dengan senyuman dan air mata yang mengalir ke pipi.

“Sarah...” Emiir mengesot ke arah Sarah. Kepala Sarah dipangku.

“Kenapa kau jadi gila Sarah?! Aku sayang kau Sarah! Aku cintakan kau!!” tempik Emiir.

Suha hanya menangis teresak esak. Dari tadi kepalanya tidak berhenti menggeleng. Tolonglah jangan ada sesiapa yang pergi meninggalkannya hari ini. Tolonglah hadir secebis kebahagiaan dalam hidup dia bersama dengan orang yang dia sayang. Tolonglah...

Asslmualaikum.. korng ready ke esok dh ending ni haih.. Cherry sdih huwaaa.. trima ksih skong Cherry smua brkat korng Cherry smpai ke sni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience