Jam di pergelangan tangan dikilas beberapa kali. Sudah hampir dua jam dia menunggu kemunculan seorang gadis yang sudah lama meninggalkan tanah air kelahiran mereka. Si gadis kecil molek itu menyambung pengajiannya di Korea dalam bidang fesyen. Lama dah dia tunggu, tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung gadis itu? Dia kena prank ke apa sekarang ni?
“Bah! Annyeonghaesayo, oppa!” Nara menyergah dari belakang tubuh Zayyan, si abang kesayangannya. Tekun sangat tengok jam sampaikan tak sedar dia sebenarnya dah lalu depan mata Zayyan tadi.
“Hah, budak. Kau ni terkejut abanglah. Bila masa muncul ni? Tak nampak pun.” Cebik Zayyan sambil menggosok kepala adik perempuannya itu.
Nara menepis laju. “Sakitlah. Hish.”
Zayyan tersengih. Tanpa berlengah lagi, dia terus mengajak Nara singgah ke Family Mart untuk mengisi perutnya yang dari tadi sudah berbunyi tidak henti.
“Asal tak makan kat sini je?” soal Nara hairan.
“Tak apalah. Ramai sangatlah. Bising. Abang nak balik rumah, boleh berborak dengan kau dalam keadaan yang aman sikit.”
“Ada-ada ajelah.” Jeling Nara.
Selesai saja misi mengenyangkan perut, Zayyan duduk bersandar pada bucu sofa manakala Nara membasuh tangannya di dapur. Anak mata Zayyan terhenti pada satu album yang terletak di bawah meja kopi. Laju saja tangannya mencapai album itu kemudian diselak satu per satu. Ada gambarnya bersama Nara sewaktu kecil dan juga di sekolah. Satu keping gambar menarik perhatiannya. Dalam gambar itu bukan dia berdua saja dengan Nara tetapi ramai. Semua dalam gambar itu tampak gembira dan ceria. Mungkin ketika ini mereka semua sedang menyambut Hari Sukan di sekolah kalau dilihat melalui pakaian.
“Hah! Tengok apa tu!” terjah Nara. Dia merampas sekeping gambar yang berada di tangan Zayyan.
“Ish. Kau ni. Bagilah abang tengok dulu.”
Nara menjelirkan lidahnya. Perangai kanak-kanak Ribenanya masih terlekat lagi walaupun umurnya sudah meningkat dewasa. Dia merenung lama pada gambar itu sebelum bebola matanya dialihkan ke arah Zayyan. Wajah si abang ditatap lama dengan senyuman senget. Senyuman penuh makna. Zayyan pula sudah menjungkitkan keningnya. Hairan.
“Apa hal pandang macam tu? Ada hutang ke?” soal Zayyan sambil meregangkan otot badannya yang terasa lenguh. Kepalanya ditelengkan ke kiri kemudian ke kanan. Penat sungguh kerja seharian semalam.
“Rindu akak Suha, eh?” usik Nara.
Berkerut dahi Zayyan. Ini yang dia malas layan kerenah Nara ni. Dari sekolah dulu sampai sekarang mesti nak gandingkan dia dengan Suha. Suka sangat mengusik dia dengan gadis itu. Lagipun itu semuanya hanya tinggal kenangan. Dia sendiri tak tahu di mana Suha tinggal sekarang. Ada juga dia mencari tetapi sehingga sekarang tak dapat.
“Jangan nak merepek. Hah, ni. Abang nak tanya. Ni kau dah habis belajar apa semua. Nak kerja kat mana? Dah survey? Jangan nak rehat-rehat sangat. Mentang-mentang abang boleh sara kau.” Bebel Zayyan.
“Ish. Bebel pulak dia.” Nara melabuhkan punggung di sebelah Zayyan kemudian lengan abangnya itu dipeluk penuh manja. Dari kecil, dia memang manja dengan Zayyan. Sikit-sikit mengadu dekat abang dia tu kalau ada sesiapa yang berani mengusiknya.
“Hah. Mula dah. Apa dia?” Terjungkit kening Zayyan. Dia tahan senyum sebenarnya melihat telatah comel adiknya itu. Tak pernah berubah. Perlahan tangannya naik ke kepala si adik lalu diusap mesra.
“Kerja dekat company abanglah. As fashion designer. Boleh kan?” soal Nara seraya mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali. Fikir comellah tu.
“Yelah. Tak payah nak kelip-kelip mata macam tu. Ni malam ni kita jalan-jalan. Abang nak rehat jap. Sakit belakang.” Adu Zayyan.
“Alolololo... kesian abang kita ni...” Nara tergelak.
Zayyan memusingkan bebola matanya sebaik saja merebahkan diri di atas sofa. Nara pula menghidupkan televisyen. Mahu layan Kdrama!
Rambut yang masih basah dilap dengan tuala kecil. Dia baru saja membersihkan diri. Kaki dihayun keluar dari bilik air kemudian menghampiri almari untuk memilih baju untuk tidur sebentar lagi. Kelibat Arhan masih tidak kelihatan. Tak baliklah tu.
Dalam keadaan berkemban, dia membongkokkan sedikit tubuhnya kemudian mencari baju pijama kesukaannya sehingga tidak sedar yang Arhan sudah pun masuk ke dalam bilik itu. Dia langsung tak dengar bunyi pintu dibuka. Tekun sangat mencari pijama.
“Suha.” Tangannya melingkar ke pinggang Suha yang hanya ditutupi dengan sehelai tuala.
“Erk. Abang? Dah balik?” soal Suha terkejut. Hampir saja kepalanya nak terhantuk pada bucu almari. Terkejut punya pasal.
“Kenapa kau tak suka ke aku balik?” soal Arhan. Suara sedikit dingin.
“Eh, bukan.” Laju Suha menggelengkan kepala. Tak nak dia cari nahas dengan Arhan lagi. Sudahlah kena tampar. Sampai sekarang kesan sakitnya terasa.
“Ermph...” Arhan meletakkan dagunya di atas bahu kiri Suha. Dia memejamkan mata sekaligus menghidu bau rambut Suha yang wangi. Baru lepas disyampukan dengan sabun yang sangat wangi. Mampu menaikkan nafsunya yang tadi kosong.
“Kau nak goda aku ke apa malam ni? Wangi betul rambut kau.” Soal Arhan. Caranya macam menyindir halus.
“Erk. Tak. Sebab...”
“Shuh...” Jari telunjuknya diletakkan pada bibir Suha menyebabkan isterinya itu tidak dapat meneruskan percakapan.
“Ermph....”
Arhan menyelak rambut Suha ke tepi kemudian tengkuk gadis itu dikucupnya. Suha pula sudah mematung. Meremang bulu romanya secara tiba-tiba. Dah kenapa pula dengan Arhan ni? Tadi bukan main, marah dia sampai naik tangan. Ni balik-balik macam ni pula jadinya.
“Abang... ma... macam mana dengan... Naura?”
“Dia okey. Dia ada alergik dengan bunga. Aku lupa. Maafkan aku sebab tampar kau tadi.” Pipi Suha diusap-usapnya lembut. Tubuh Suha yang masih berkemban dipandang dari atas sehingga ke bawah. Baju pijama yang berada di tangan Suha diambil kemudian disimpan semula ke dalam almari.
“Ya. Ya. Suha maafkan....”
Arhan tersenyum kecil. Dia merapatkan tubuh Suha ke dadanya. Rambut Suha yang masih lagi suku basah dibelai lembut. Suha mula hanyut dengan belaian Arhan. Inilah yang dinanti-nantikannya selama ini dari seseorang yang bergelar suami. Dia cuma inginkan kasih sayang dari Arhan. Tidak lebih dari itu.
Terasa bibir Arhan menyentuh cuping telinganya. “Layan aku.” Dua perkataan itu jelas di pendengaran Suha.
“La... layan?” soal Suha tergagap.
Arhan tidak menjawab sebaliknya menanggalkan baju di tubuhnya kemudian dimasukkan ke dalam bakul. Tali pinggang dilonggarkan sebelum ditarik keluar. Suha terkaku. Buntu.
“Suha.” Panggil Arhan sekali tetapi Suha masih tidak berganjak.
“Suha.” Kali ni suara Arhan dikuatkan sedikit bagi menyedarkan Suha.
“Ya?” Suha tersedar dan ketika itu juga tubuhnya ditarik sehingga jatuh terhempap di atas tubuh Arhan. Tanpa amaran, Arhan terus mengucup lehernya beberapa kali dan meninggalkan kesan lovebite.
Suha pada mulanya terkaku tetapi lama-kelamaan dia mengikut rentak Arhan yang mula menaikkan keghairahannya. Dia sendiri ketika itu bagaikan lenyap dari dunia dan masuk ke dalam dunianya sendiri. Dia berharap selepas ini Arhan akan melayaninya sama adil dengan Naura. Dia akui. Dia cemburu melihat kemesraan Arhan dengan Naura. Dia juga ada hak sebagai isteri kedua.
Share this novel
tqvm dear