Bab 42

Romance Series 191605

Nara dari tadi hanya mendiamkan diri tetapi telinganya setia mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Suha. Sekarang mereka berada di rumah kawan Nara, Shazira. Mujur saja Nara ada seorang kawan yang boleh dipercayai dan sudi menolong mereka saat diperlukan.

“Jadi sekarang, yang ada dengan abang Zayyan sekarang ni, Kak Sarah? Nara tak pernah tahu yang kak suha ada kembar. Inilah kali pertama Nara dengar.” Ujar Nara sambil mengusap tepi lehernya. Terkejut juga bila dapat tahu suha mempunyai kembar.

Suha menganggukkan kepala. Sekarang ini dia berasa pelik. Kenapa Sarah menerima lamaran Zayyan sedangkan Sarah tak kenal siapa Zayyan? Kenapa Sarah sanggup berpura-pura menjadi dia? Apa muslihat Sarah sebenarnya? Emiir pula mana?

“Nara, mana Emiir? Nara ada jumpa dengan dia tak?”

Nara menganggukkan kepala. Tangan suha digenggam.

“Ada kak. Waktu tu, Nara terserempak dengan abang Emiir dekat shopping mall. Abang pulak tengah pilih cincin dengan kak Sarah. Tapikan kak, abang Emiir macam mengelat sesuatu. Nara pelik tengok dia.” Nara melepaskan keluhan kecil.

Suha terdiam. Dia sendiri pun buntu. Apa rancangan Sarah dan Emiir sebenarnya? Tak akanlah... bukan ke dia dah berpesan dengan mereka berdua yang dia sudah maafkan kisah lalu dan lupakannya?

“Akak, akak tolong Nara. Nara tak nak abang terpedaya dengan kak sarah. Abang cintakan kakak. Bukan Sarah. Tolong Nara, kak. Abang satu-satunya keluarga yang Nara ada. Nara tak nak dia tertipu. Teruk dia kecewa nanti.”

Suha memandang Nara dengan sebuah senyuman tipis. Kepala dianggukkan sekali.

“Nara jangan risau. Nara tolong kakak juga, ya.” Memikirkan tentang Zayyan membuatkan dirinya pada zaman mereka sekolah dulu.
Zayyan, saya Suha yang sebenar di sini. Bukan dia. Dia kembar saya. Bukan diri saya yang sebenar. Awak tunggu saya...

Beberapa kali dia meraupkan wajahnya. Kasar. Penampilannya sudah tidak lagi kemas seperti dulu. Sejak dia dapat tahu Naura dimasukkan ke hospital akibat ditikam, hidupnya mula tidak tentu arah. Sampai sekarang dia gagal menjejak orang yang menikam isteri kesayangannya itu.

“Abang, kenapa abang dari tadi tak duduk diam? Tak pening ke? Cuba bawa bertenang. Pening Aila tengok abang ni. Dengan keadaan tak terurus. Macam orang mati bini je...” sindir Aila yang sedang duduk di atas sofa. Kepala digeleng beberapa kali.

“Hoi! Mulut kau jaga eh! Suka suka kau aje nak cakap macam tu! Kau nak sangat Naura mati ke? Kan? Kau suka kan?” tuduh Arhan dengan nada suara sudah naik satu oktaf. Bergema suasana rumah dibuatnya.

“Yang abang nak angin kenapa? Aila tak maksudkan kak naura. Aila cakap abang tu.” Lawan Aila. Naik meluat dia melihat perangai abang dia yang semakin baran sejak akhir akhir ini.

Arhan mendengus kasar. Ada juga dia naik tangan karang. Nasib baik fikir adik. Kalau tak dah lama makan penampar. Mulut langsung tiada insurans.

“Tak sekarang ni Aila malas nak cakap pasal abang ke kak naura ke... Aila nak tahu mana ibu dengan ayah? Kenapa dah malam-malam macam ni dorang tak balik lagi? Tak pelik ke? Abang bukan nak kisah pasal keluarga ni. Asyik kisah pasal kak Naura je. Dia dah curang dengan abang pun. Abang masih buat buat bodoh!” marah Aila sambil melepaskan dengusan kasar. Makin lama makin menyampah dengan Arhan ni.

“Kau pergi carilah sendiri. Aku malas nak serabutkan fikiran aku!” balas Arhan.

Aila menjeling. Jenis anak apalah. Langsung tak kisah kedua-dua orang tuanya. Aila mengeluarkan telefon bimbitnya. Ngam ngamlah terpampang satu nombor yang tidak kenali tertera pada skrin telefonnya. Berkerut dahi dibuatnya. Segera dia meleretkan butang hijau sebelum dilekapkan pada telinganya.

“Hello...” sapa Aila kepada orang yang berada di hujung talian itu. Tak lama itu kedengaran suara seseorang membalas sapaannya.

“Apa?!!” jerit Aila sehinggakan telefon bimbitnya melorot jatuh dari telinganya. Arhan yang sedang duduk termenung turut terkejut mendengar jeritan Aila. Pantas dia mengambil telefon bimbit adiknya dan menyambung semula percakapan dengan orang di hujung talian itu.

Pejam celik pejam celik. Tak sangka sudah dua minggu dia menunggu saat ini tiba. Dari tadi dia tersenyum-senyum. Lagi beberapa minit saja majlis perkahwinan mereka akan bermula. Tak sabar rasanya mahu menjadi suri hati Encik Zayyan Armand. Beberapa kali dia membelek tubuhnnya yang tersarung dengan busana pengantin yang dipilih oleh dirinya sendiri di hadapan cermin.

“Tak sangka aku cantik juga ya bila pakai baju kahwin ni. Macam tak percaya je yang aku nak jadi isteri orang.” Ucap sarah sambil tersengih di hadapan cermin. Angkat bakul sendiri nampaknya. Sudahlah menipu boleh pula puji diri sendiri.

“Sarah, apa rancangan kau sebenarnya? Kenapa kau buat semua ni?” soal seseorang yang tiba-tiba saja masuk ke dalam bilik khas secara mengejut.

Sarah menoleh secara mengejut. Berkerut dahinya melihat lelaki di hadapannya ini. Heh dia lagi. Tak boleh move on ke? Aku tak suka kaulah!

“Kau nak apa lagi, Emiir? Blahlah. Aku nak kahwin dah. Stop distubing me. Mengarut jelah kau ni. Rimas kau tahu tak!” marah Sarah.

Emiir terdiam. Sungguh hatinya seperti disiat-siat mendengar butir kata yang keluar dari mulut Sarah. Selama ini dia silap memberi cintanya kepada Sarah. Sedikit pun sarah langsung tak pandang akan dirinya. Hina sangat ke dia?

“Sarah, stop it. Kau tak kesian ke dekat zayyan? Dia cintakan suha bukan kau. Aku ni yang cintakan kau, sarah. I admit it. Aku tahu aku silap. Silap sebab aku ego. Tak nak luahkan perasaan aku. Let it go, sarah. Kenapa kau buat semua ni? Ini bukan seperti yang kita rancang. Kau dah ikut rancangan kau sendiri. Apa ni, sarah? Kau tipu aku?” lirih Emiir. Sungguh dia kecewa dengan sikap sarah yang semakin liar ini.

“Ini bukan urusan kau. Siapa suruh kau percayakan aku? Kau tak kenal siapa aku..boleh pergi mampus dengan cinta kau tu. Aku tak ingin!” sinis sarah membalas.

Emiir terdiam sejuta bahasa. Tegarnya sarah membuat dia begini. Salah ke dia mencintai sarah? Dia ikhlas.

“Sarah, aku merayu. Batalkan semua ni. Kau bukan Suha. Kau Sarah.”

“Berambus!” jerit Sarah.

Emiir akur. Dia tersenyum tipis sebelum mengorak langkah keluar dari bilik itu. Nara yang memerhatikan di sudut berhampiran bilik itu melepaskan keluhan panjang.

“Nara, kenapa kau tercegat dekat situ?” soal Zayyan pelik.

Nara menggelengkan kepalanya. Dia memeluk lengan Zayyan dan membawa Zayyan pergi dari situ. Majlis akan berlangsung tak lama lagi. Bermakna rancangannya juga akan berjalan tak lama lagi.

“Abang tunggu sini. Nara nak teman kak Sarah...”

Zayyan terkebil-kebil. Sarah? Siapa Sarah? Ke dia yang salah dengar.

“Haa... oh... okey...” balas Zayyan blur.

Nara tersengih. Aku salah sebut ke tadi? Nasib baiklah abang aku ni lembap sikit orangnya. Kalau tak mesti dia dah tanya. Aduhai, Nara. Kau ni hampir aje plan nak hancur tahu tak?
Tanpa membuang masa lagi, Nara terus membawa langkah masuk ke dalam bilik khas tadi. Kelihatan Sarah sedang memperkemaskan penampilannya.

“Kak Suha... dah siap ke?” lakonan sudah bermula. Nara tersenyum lebar. Dia merangkul lengan Sarah dengan penuh manja. Sengaja dia mahu membuat Sarah rasa rimas dengan sifatnya. Dah sememangnya sifat dia manja sekiranya bersama Suha.

“Arr... ya.. dah...” balas Sarah sedikit kekok. Dalam hati sudah menyumpah seranah Nara yang manja tak tentu pasal. Terpaksa dia biarkan Nara memeluk lengannya itu. Kalau tak nanti nampak sangat yang dia bukan Suha.

Nara memimpin Sarah sehingga ke dewan besar. Kelihatan ramai tetamu yang diundang sudah memenuhi ruangan dewan. Zayyan sudah duduk di atas pentas bertentangan dengan tok kadi. Nara mendudukkan Sarah di atas sebuah pelamin berdekatan dengan Zayyan dan tok kadi.

“Pengantin perempuan pun dah ada. Boleh kita mulakan?” soal tok kadi. Zayyan tersenyum sambil menganggukkan kepala. Sempat lagi dia mengerling ke arah Sarah. Sarah tersipu malu. Nara yang duduk di sebelah Sarah menayangkan wajah menyampah.

Tangan tok kadi dan Zayyan saling bersalaman.

“Aku nikahkan dikau dengan Salena Suha Binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak RM800 tunai.”

Zayyan menarik nafas sebelum melafaskan akad nikahnya.

“Aku terima nikahnya...”

“Nanti!” jeritan seseorang mengejutkan seluruh tetamu yang ada di dalam dewan itu. Termasuklah Zayyan, Sarah dan tok kadi. Nara hanya tersenyum. Sudah tiba masanya untuk mereka tahu kebenaran terutamanya Zayyan.

“Jangan teruskan! Ada salah faham!” suara itu sekali lagi menggemakan suasana dewan.

Zayyan tercengang. Sarah terdiam seribu bahasa. Nara hanya kekal beriak biasa. Sarah sepertinya tak puas hati dengan kehadiran dia. Kenapa masa macam dia nak muncul?

Bukan ke... sepatutnya Suha diculik?

Chakk.. asslmualaikum smua.. Cherry ucapkan slmat mnymbut bulan puasa.. fuh.. okay bgni oleh sbb kita puasa.. Cherry hnya akn updated waktu malam saja kdua² baby.. n lg stu bkn stiap mlm ye.. Cherry tnguk klau dpt idea ka apa ka haha.. anyways thank you smua sbb support Cherry.. lg stu kmu kmu jmput bca karya baru dri kwn Cherry Mr Alpha -Kerana Cinta.. jmput arr kmu pigi srbu tu novel hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience