Bab 14

Romance Series 191605

    Suha membelek kiriman bunga dari seseorang yang tidak dikenali. Senyuman terbit di bibir berserta kerutan di dahi. Hairan. Pada petang hari begini dapat bunga daripada seseorang yang tidak dikenali sememangnya agak menakutkan. Tapi macam mana kalau itu pemberian dari Arhan? Kad yang diselitkan di dalam jambak bunga ros merah itu Suha ambil. Mata meliar memandang sekeliling sebelum kad itu Suha baca. 

  You're are my red rose in his garden. 

 Rose? His Garden? Bingung dengan ucapan yang terdapat pada kad itu. Suha memasukkan semula kad itu ke dalam jambak bunga ros mekar dengan indah itu. Perasaan takut mula menyerbu diri. Ini semestinya bukan pemberian dari Arhan. Takkan nak buang bunga cantik seperti ini. 

  "Suha. "

  Suha terkebil sendiri saat melihat Arhan sedang berdiri di hadapannya. Sejak bila Arhan berada di situ? Kenapa aku tidak menyedarinya? 

  Naura dan Asmah berdiri di samping Arhan. Asyik sangat dengan bunga sehingga Suha tidak menyedari kepulangan mereka dari klinik. 

  "Siapa bagi bunga tu? " soal Arhan dengan keningnya yang terangkat. 

  Suha memandang ke arah Naura yang turut memandang bunga ros di tangan Suha sebelum ketawa sinis Asmah membuatkan Suha bertambah panik. 

  "Tengoklah tu Ayden. Baru je Ayden keluar kejap dia dah dapat hadiah dari lelaki lain." sindir Asmah saja membuat Arhan naik angin. 

  Wajah Arhan sudah kelihatan tegang. Suha mengelengkan kepala lalu bunga itu dihulurkan kepada Naura. 

  "Tak, bunga ni sebenarnya Suha tempah untuk Naura. Tahniah untuk baby baru." Suha berpura-pura tersenyum. Berharap mereka mempercayai dirinya. Suha tidak mahu Arhan berburuk sangka terhadap dirinya. 

  Naura tersenyum. Jambak bunga diambil dari Suha lalu dihidu. 

  "Ermm wanginya. Terima kasih Suha. I loved it!."ujar Naura dengan teruja. 

  Suha tersenyum lalu mengangguk. Fuh! Lega dapat lepaskan diri dari situasi begini. Tapi rasa bersalah juga kerana terpaksa menipu mereka. 

  "Eh tak payah terima pemberian perempuan ni. Kita tak tahu apa dia simpan dalam bunga tu. " Asmah membuang bunga itu ke atas lantai lalu dipijaknya berkali-kali sehingga hancur. 

  "Naura tak boleh terima pemberian orang sembarangan. Lebih-lebih lagi orang tu madu Naura."ujar Asmah dengan senyuman sinis terukir pada bibir. 

  Suha mengigit bibir lembut menahan sebak di dada. Sampai begitu sekali Asmah menilai dirinya. Betapa hinanya Suha di mata Asmah. Bibir cuba mengukir senyuman meskipun air mata sudah bertakung. 

  "Argh!." Naura mengenggam perutnya dengan kuat. Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit. 

  "Sayang, sayang kenapa ni?"soal Arhan risau. Lengan Arhan digenggam Naura. 

  "Ab.. Abang sakit."adu Naura mula menangis. 

  Pantas Arhan mencempung tubuh Naura masuk ke dalam kereta diikuti Asmah. 

  "Naura." Suha mengekori mereka dari belakang. 

  Sebaik sampai di hospital, Suha berdiri bersandar pada dinding hospital. Sempat Arhan menelefon Aila meminta mereka untuk ke hospital. Naura di rawat di bilik kecemasan. Ibu bapa Naura turut berada di situ. 

  "Kau perempuan tak tahu malu! Ini semua rancangan kau kan?! Kau dengki dengan Naura kan sebab mengandungkan anak Arhan. Kau nak dia keguguran! Kau jampi apa dalam bunga tu hah?!"tempik Asmah terus menyerang Suha sambil memukul-mukul tubuh Suha. Suha tidak mampu menahan tangisnya lagi. 

  "Ma.. Maafkan Salena."rintih Suha teresak-esak. Semua ini tidak akan terjadi jika dia tidak memberi bunga itu kepada Naura. 

 "Ayden! Takkan kamu diam je. Perempuan ni dah hampir buat bini kamu tu keguguran." 

  Arhan mengorak langkah mendekati Suha. Suha mengangkat wajahnya saat Arhan sudah berdiri di hadapannya. 

  "Ab.. Abang say.. "

Pang! 

  Semua orang menjadi kaku saat melihat Arhan naik tangan pada Suha. Tangan naik memegang pipi yang terasa pedih. Sakit! Tapi tidak sesakit hatinya. Suha memejamkan mata rapat. Dadanya terasa sesak. Asmah sudah tersenyum puas. 

  "Along! " Aila pantas mendekati Suha lalu mengusap lembut bahu Suha. Aila memandang tajam ke arah Arhan. 

  "Apa along buat ni? Kenapa buat akak Salena macam ni?"soal Aila mula bengang. 

  "Kau bawa perempuan ni berambus dari sini."ujar Arhan dengan nada tegas. 

  "Abang.. " 

  "Aku cakap kau berambus perempuan!" Tubuh Suha ditolak kasar membuatkan Suha terundur ke belakang. 

  "Along!" Aila mula hilang sabar dengan perangai Arhan. 

  Lengan Aila ditepuk lembut Suha. Aila mengalihkan pandangan ke sisinya. Suha tersenyum seperti memberitahu dirinya baik- baik sahaja. 

  Suha melangkah pergi dari situ. Esakannya menjadi semakin kuat saat kaki menyusuri langkah ke arah kereta. Dadanya mula berasa sesak akibat esakannya yang menjadi-jadi. Pandangan orang sekeliling tidak dihiraukan. Suha hanya mahu segera masuk ke dalam kereta dan bernafas dengan tenang. 

Ponn! 

 "Kau nak mati ke?!"tengking Emiir yang menarik Suha ke sisi jalan. 

  Tengkingan Emiir langsung tidak diambil peduli oleh Suha. Suha cuba meleraikan lengannya dari dipegang Emiir. Dia hanya mahu bergegas pergi dari situ. 

  "Kenapa ni?"soal Emiir mula panik melihat keadaan Suha. 

  Suha menunding ke arah keretanya. Malangnya Emiir sama sekali tidak memahami apa yang Suha inginkan. Suha mengambil tangan Emiir lalu Suha tekap ke mulutnya. Penyakit pelik yang dia dapat sejak zaman sekolah akibat trauma hampir dirogol beramai-ramai sewaktu zaman sekolahnya. 

  Emiir hanya membiarkan apa yang Suha lakukan tanpa bertanya apa-apa. Itulah kebiasaan yang Suha akan lakukan. 

  "Terima kasih." Suha melepaskan tangan Emiir bila dia sudah berasa sedikit lega. Suha mengorak langkah meninggalkan Emiir. 

  "Macam tu je?" Emiir mengelengkan kepala perlahan. 

  Suha masuk ke dalam perut kereta lalu memandu meninggalkan kawasan hospital. Suha mengesat air mata yang mengalir dengan sendirinya tanpa dipinta. Sakit. Sungguh sakit. 

  Sampai sahaja di rumah, Suha meluruh naik ke atas biliknya. Punggung dilabuhkan di atas birai katil. Suha mengenggam cadar katil dengan kuat. 

  "Arghhhh!"

  Suha meraung sekuat hatinya. Dia sudah tidak peduli lagi. Cukuplah! Cukup. Dia sudah terlalu menahan, memendam rasa sakit ini. Suha menekup wajahnya. Suha menangis tersedu-sedan. Tanpa ada seorang pun yang mahu memujuknya. Menenangkan dirinya. 

  Sampai bila lagi dia harus berhadapan dengan semua ujian ini. Suha sudah tidak kuat. Arhan sama sekali tidak memberi peluang pada dirinya. Tidak memberi ruang untuk Suha masuk ke dalam hatinya. 

  

Terima kasih kepada semua yang sudi baca novel Cherry yg tk sberapa ni.. maafkan Cherry seandainya cerita ni agak slow ye.. maceh smua ..hah jngn mrh Cherry, marah Arhan tu hahahaa

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-30 23:03:16 

tqvm dear


NovelPlus Premium

The best ads free experience