Tangan naik memegang palang besi balkoni. Palang dicengkam kuat. Jika boleh mahu sahaja dia melepaskan amarahnya yang sedang membuak-buak ini. Bayangan wajah gadis itu bermain di mata.
"Suha, kenapa? Bukankah aku suruh kau tunggu aku? " gumamnya perlahan. Bibir diketap.
"Kau aku punya. Selamanya milik aku Suha. "
Senyuman sinis terbit pada bibir. Tubuh disandarkan pada palang besi. Otaknya ligat memikirkan sesuatu rencana yang harus dia lakukan.
"Hurm…bingo." Senyuman senget terukir. Akhirnya, satu idea muncul bagaikan sebiji mentol menyala terang di kepalanya
Hidangan makan malam pada malam itu dimasak oleh Naura Naqila. Tidak dinafikan Naura seorang gadis yang sempurna. Mempunyai adab yang baik dan sangat bersopan santun. Malahan hatinya terlalu baik sehingga sanggup berkongsi suami.
"Erm sedapnya anak ibu masak.. " puji Asmah tak sudah-sudah. Dari tadi asyik memuji Naura. Naura tersipu malu mendengar pujian dari Asmah.
Suha hanya tersenyum melihat kemesraan Asmah dan Naura.
"Alaa ibu, biasa jelah. Suha masak lagi sedap tau. " sampuk Emiir yang dari tadi menyedari air muka Suha yang hanya memaksa diri untuk beriak biasa.
Semua mata dialihkan memandang ke arah Suha dan Emiir silih berganti. Suha juga turut terkejut dengan Emiir yang tiba-tiba sahaja memujinya. Ini bermakna Dzafri tak lupa pada dirinya bukan.
"Haih Miir, dah terkena sihir perempuan yang tak tahu malu ni ke? " Sinis saja kata-kata yang Asmah lemparkan. Lukman mengeluh berat.
"Tapi memang betul ibu. Masakan Suha memang sedap. " sampuk Naura menyakinkan lagi kenyataan Emiir.
Suha tersenyum bila Naura turut memuji dirinya. Meskipun dirinya tidak suka akan pujian sebegini tapi entah mengapa malam itu dia merasa senang bila dipuji.
"Betul betul.. Masakan kak Salena memang terbaik. " sorak Aila dengan gembira.
Suha tertawa kecil melihat gelagat Aila. Asmah mengetap bibir bila semua sibuk memuji Suha.
"So Arhan, macam mana kau boleh kahwin dengan bini nombor dua kau ni? " soal Emiir ingin tahu kisah cinta tiga segi mereka. Arhan memalingkan wajah ke arah Suha. Mereka saling berbalas pandangan.
"Perempuan tu goda Ayden. Jual badan agaknya. " ujar Asmah berbaur sindiran. Suha menundukkan wajah. Mata dipejam rapat. Tangan mencengkam seluar tidur cuba menahan diri.
Aku kena kuat. Abaikan Suha , abaikan.
"Taklah, Naura memang nak abang jaga Suha. Naura ...uwekk!" Naura menekup mulutnya. Pantas dia berlari ke bilik air.
"Sayang.. " Arhan mengejar langkah Naura. Jelas kelihatan riak wajah Arhan yang risau akan keadaan Naura.
"She's pregnant. " ujar Emiir kepada Suha. Entah apa motif Emiir berkata sebegitu, namun Suha amat terkejut dengan kenyataan yang dia terima.
Jika benar Naura mengandung. Aku macam mana..
Dari meja makan dapat dilihat Arhan sedang memapah Naura dengan penuh lembut. Terbit perasaan cemburu di dalam hati Suha. Cemburu akan layanan Arhan yang agak berbeza bila bersama dirinya. Naura mendapat perhatian, kasih sayang dari Arhan. Sedangkan dia, Arhan hanya menyimpan dirinya kerana perkataan tanggungjawab sahaja. Suha mengharapkan agar Arhan mahu melayaninya seperti Naura suatu hari nanti.
"Ayah naik dulu. " Lukman meminta diri. Aila juga turut naik ke atas biliknya. Tinggallah Emiir berduaan bersama Suha di ruang makan itu.
"So macam mana you boleh kahwin dengan Arhan? " soal Emiir memecahkan kesunyian diantara mereka.
Terangkat kening Suha bila mendengar soalan Emiir. Suha mencapai gelas berisi jus oren itu lalu diteguk bagi membasahkan tekaknya yang terasa kering. Emiir menyandarkan tubuh pada kerusi. Pandangan tidak dialihkan dari Suha.
"Sebenarnya kami.. Kami kena tangkap basah." jelas Suha perlahan. Malu. Tapi itulah kenyataannya.
Emiir mengangguk dengan riak wajah tidak berminat.
"Very difficult since be a third person, right? "
Emiir tersenyum sumbing lalu jus di dalam gelas diteguk rakus. Emiir menolak kerusi kasar. Kaki mengorak langkah mendekati Suha. Suha menelan liur. Emiir menarik kerusi Suha agar mengadapnya. Suha berundur menyandarkan diri pada kerusi. Anak mata Emiir ditenung.
Tiba-tiba sahaja Emiiri membongkokkan tubuh lalu meletakkan kedua-dua belah tangan di kepala kerusi yang sedang di duduki oleh Suha.
"Would you like to some tea with me at gazebo?" begitu rapat wajahnya dengan Emiir. Suha hanya mengangguk setuju.
Emiir melangkah meninggalkan Suha dan ke gazebo. Suha pantas mengemas meja makan. Suha ke gazebo dengan membawa dulang.
"You gadis yang macam mana ye sebenarnya? You nak duit ke? "
Suha tersenyum sebelum cawan berisi teh panas Suha letakkan di hadapan Emiir. Suha tertawa kecil. Geli hati bila mendengar soalan Emiir sedangkan Emiir bukanlah seseorang yang suka mengambil kisah mengenai orang lain.
"Duit boleh je cari. Saya cuma nak perhatian dari Arhan je. " ujar Suha jujur menjawab soalan Emiir. Emiir menjongketkan kening sambil menghirup teh panas. Emiir tertawa sinis.
"You really don't know much about Ayden Arhan. Aren't you? "
Suha menjongketkan bahu sebelum mengangguk. Emiir tersenyum. Emiir mengeluarkan telefon bimbit miliknya dari dalam poket seluarnya. Telefon bimbit diserahkan pada Suha. Terkebil-kebil Suha. Emiir membuka kunci telefonnya sebelum menunjukkan gambar skrin pada Suha.
Suha menatap lama gambar yang dijadikan wallpaper pada skrin telefon bimbit Emiir.
"Awak dan Naura.. " belum sempat Suha menyoal. Emiir menayang wajah loyar buruknya sebelum merenung lama gambar itu dan mengangguk perlahan.
"This is a big mistake that I ever made in my whole life. I love her so much till the day she chose to be my sister-in-law." Emiir mengeleng dan ketawa hambar. Jadi selama ini Emiir mencintai Naura, bukan dirinya.
"Awak suka Naura sejak zaman sekolah lagilah ye. " soal Suha dengan nada sedikit hampa. Emiir sebolehnya menyembunyikan senyuman. Bingo! Aku tahu cinta kau masih untuk aku.
Emiir menghirup lagi minumannya. Berpura-pura bodoh atau berpura-pura tidak mengingati siapa diri Suha.
"Sekolah? I baru jelah kenal Naura tu. I ingat lagi masa tu I kena teman ibu pergi kenduri. Masa tu I baru balik dari luar negara." jelas Emiir bersungguh-sungguh.
Suha merenung wajah Emiir tanpa berkedip. Pelbagai soalan timbul di minda. Mengapa cerita yang Emiir ceritakan padanya agak berbeza dengan apa yang mereka jalani? Benarkah dia Dzafri yang Suha tunggu?
"Why you look at me like that? " soal Emiir tersenyum sumbing sambil membalas renungan Suha.
"Takde apa, muka awak. Muka awak mengingatkan saya pada someone. " balas Suha sebelum mengelengkan kepala perlahan. Bila difikirkan semula agak mustahil Dzafri melupainya memandang Dzafri telah berjanji akan kembali pada dirinya. Tetapi Emiir yang berada dihadapannya ini terlalu sama dengan abangnya.
"Someone? Who? Is it Arhan? " teka Emiir dalam tawa.
Suha turut ketawa. Kau ingat aku angau sangat dekat Arhan sampai terbayang wajah Arhan dekat kau?
"Suha.. "
Serentak mereka menoleh.
"Panjang umur. " gumam Emiir.
Suha menolak kerusi kebelakang dan bangkit dari kerusi.
"Dah lewat dah ni. Kau memang dah tak reti masuk bilik ke? " soal Arhan bernada tegas lalu jam di tangannya dijeling sekilas.
Suha berdehem perlahan cuba menghilangkan rasa kekok antara mereka.
"Ohh I lupa. You isteri orang. Btw nice to have a long conversation you sister-in-law number two. Good night and sweet dreams. " ujar Emiir beria-ria mengucapkan selamat malam sebelum berlalu meninggalkan Arhan dan Suha.
Suha membawa dulang ke dapur sebelum naik ke atas bersama Arhan yang sedang menunggunya.
"Urm abang tidur sini dekat sini? " soal Suha sebaik sahaja melihat Arhan turut mengikutinya masuk ke dalam bilik. Arhan mengunci pintu bilik.
Kaki melangkah mendekati Suha. Pinggang ramping Suha dirangkul erat. Terkedu Suha bila Arhan bertindak sebegitu.
"Ab.. Abang.. "
Tangan bermain lembut pada pipi Suha. Suha menelan liur, kecut perutnya melihat wajah Arhan yang tidak seperti biasa.
"Kau dengar sini. Tidak kiralah aku tidur dengan kau ke atau tak. Kau tetap kena awal masuk bilik. Bukannya kau nak sibuk bersembang dengan adik ipar kau sendiri pada lewat malam macam ni. Kau faham tak apa aku cakap ni. " arah Arhan bernada tegas. Sejak dari tadi dia memerhati gelagat si isteri bersama adiknya bergurau senda.
Suha mengangguk faham. Salahkah dia cuba beramah mesra bersama ahli keluarga Arhan?
"Kau tidur sekarang. " Arhan meleraikan rangkulan pada pinggang Suha. Lalu mencapai beberapa helai pakaiannya dari dalam almari sebelum berlalu keluar dari bilik Suha.
Suha duduk di birai katil. Sangkaannya meleset. Suha fikir Arhan akan menemaninya. Tapi harapan hanyalah tinggal harapan.
Maaf tau Cherry bru dpt updated.. thank you utk 20k views.. Cherry amat hrgai.. maafkan Cherry andai story ni tk brapa nak jd story hahaha
Share this novel
hi dear. bila nk update lg
best aper, dear...i like'it
hi. dear. tqvm. love u