Bab 24

Romance Series 191605

   Suasana sepi di rumah agam itu membuatkan Suha berasa bosan. Keluhan berat dilepaskan. Dia ditinggalkan sendirian di rumah agam itu manakala Arhan dan keluarganya sudah berlepas ke Singapore untuk bercuti. 

  "Kasihan kau Suha."gumamnya perlahan. Suha membuka laci meja di samping katil. Tangan mencapai sampul duit yang Arhan tinggalkan untuknya. 

  Sempat Arhan memberinya duit belanja. Siapa tahu Suha hendak keluar ke mana-mana dan memerlukan wang. 

  "Baik, aku keluar ambil angin. Asyik terperap dalam rumah ni je. Bosan." Suha menyimpan sampul itu ke dalam beg tangannya. 

  Kaki mengorak langkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Suha melangkah keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambut dengan tuala kecil. Blouse berwarna ungu dan jeans berwarna hitam disarungkan ke tubuh. Rambutnya dibiarkan terurai. Rantai pemberian Emiir dikalungkan ke leher. 

  Suha memandang ke arah ruang tamu. Sunyi. Mana semua pembantu rumah ni? Berkerut seribu dahi Suha. 

  "Takkan dekat daput kot." 

  Baru saja Suha ingin melangkah ke dapur, tangannya telah direntap seseorang membuatkan tubuh Suha hilang pertimbangan. Pinggang Suha dirangkul erat. 

  Suha memandang tepat ke seraut wajah yang berada dihadapannya kini. Tak mungkin. Bukankah dia pergi bercuti dengan yang lain. 

  Emiir menjongketkan kening. Senyuman sinis terukir dibibir. 

  "Em..Emiir..?" Riak wajah Suha jelas sangat terkejut. Pelbagai soalan mula timbul di minda. Macam mana dia boleh dekat sini? 

  "Why? Kau terkejut?" Suha mengangguk perlahan. Sah-sah terkejut. Semalam mereka semua bergerak bersama ke lapangan terbang tapi boleh pula Emiir berada di sini. 

  "Bukan patutnya awak.."

  "Aku ada hal yang kena aku settlekan. Tu yang aku terpaksa batalkan tiket semalam."terang Emiir. Suha mengangguk mulutnya terbentuk 'O'. 

  Emiir semakin mengemaskan rangkulan di pinggang Suha. "Kau suka ye aku peluk macam ni."

  "Hah eh tak sorry.. " Suha menepis tangan Emiir dan menjarakkan dirinya dari Emiir. 

  Pipinya terasa panas. Eh Suha jangan nak mengada. Ingat kau tu isteri orang. 

  Emiir menilik pemakaian Suha dari atas ke bawah. Tangan naik menyilang ke dada. 

  "Kau nak pergi mana ni?"soal Emiir bernada sedikit tegas. Berani sangat keluar sorang-sorang kalau kau hilang macam mana? 

  Suha menyelitkan rambut ke belakang telinga. 

  "Erm saya nak keluar kejap. Bosanlah duduk sorang-sorang kat rumah. Tak dah yang teman."ujar Suha perlahan. 

  "Bukan memang kau selalu berseorangan ke? Kau kan selalu tak dianggap wujud dalam rumah ni."sindir Emiir dengan selamba. Sakit. Tapi itulah kenyataannya. Tidak dinafikan Suha hanyalah ibarat bayang-bayang saja.

  "Yea, tapi saja nak ambil angin. Lagipun saya nak beli barang keperluan saya sikit." Suha hanya tersenyum hambar. Mulut Dzafri memang macam ni ke tak dah insurans. 

  "Okay jom aku teman."ajak Emiir. Teman? Biar betul. 

  "Erk takpelah saya boleh pergi sendiri."

  "Kau jangan nak degil. Cepat sikit." Emiir melangkah keluar dari rumah tanpa menunggu jawapan Suha. 

  "Eh.. Awak.." Suha pantas mengejar langkah Emiir yang sudah masuk ke dalam perut kereta. Degil, dia yang degil. 

   Zayyan memandang tajam ke arah adiknya. Ee budak ni dari tadi baju dua tu juga dia tenung. Ambil jelah yang mana-mana sama je kot beza design je. Bebel Zayyan dalam hati. 

  "Abang yang mana cantik. Ini ke yang ni?"soal Nara sambil mengangkat kedua helaian baju yang berada ditangannya. 

  Zayyan keluh. "Kau dah berapa kali tanya aku soalan sama. Tadi aku cakap yang belah kiri,kau nak yang kanan. Pastu aku cakap belah kanan, kau nak belah kiri. Susah-susah ambil jelah dua-dua tu."

  Nara mencebikkan bibir. 

  "Abang ni, orang nak minta pendapat dia. Dia boleh merungut pula. Takpelah Nara tak nak." Nara meletakkan semula baju itu ke tempat asalnya. Nara melangkah keluar dari butik itu meninggalkan Zayyan yang terpinga-pinga. 

   Hah sudah. Merajuklah pula. Habislah aku. 

  Zayyan meraup rambut kasar. "Nara wait.."

Buk! 

  Tubuh Suha terundur ke belakang. Beg tangan miliknya terlepas dari genggaman. Tsk, tak dah mata ke nak langgar orang. Jalan luas kot. 

  "Sorry sorry."pinta Zayyan serba salah melanggar gadis dihadapannya ini. Zayyan mengambil beg tangan lalu menyerahkan semula Suha. 

  Zayyan merenung wajah Suha. Salena Suha. Tak mungkin. Betulkah dia Salena ke aku silap orang ni? 

  "Takpe, thanks ye."ujar Suha sambil menyambut beg yang dihulurkan Zayyan. Eh dia ni dah kenapa pandang aku macam nampak hantu ni. 

  "Encik.. Encik okay tak?" Suha melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Zayyan membuatkan Zayyan tersedar dari lamunannya. Syok sangat tenung wajah gadis tu. 

  Zayyan ketawa kecil sambil mengangguk. 

  "Saya okay. Sorry ye saya tak sengaja langgar awak tadi." Bibir tersungging senyuman manis. 

  "Takpelah, saya okay. Don't worry."ujar Suha bernada lembut.

  Nara menoleh ke belakang. Kelibat Zayyan tidak kelihatan. Eh mana pula dia pergi ni? Tsk, dia ni kan. Nara mengorak langkah kembali ke butik di mana dia tinggalkan Zayyan. 

  Langkah Nara terhenti tatkala melihat seorang gadis yang berdiri di hadapan Zayyan. 

  "Kak Suha..?"gumamnya perlahan. Nara pantas mendekati Suha. Tubuh Suha dipeluk dari belakang menbuatkan Suha terkejut. Hampir saja dia menjerit. 

  "Kak Suha, Ya Allah rindunya." Nara mengeratkan pelukan. 

  Suha? Aku dah agak dia Salena Suha. Zayyan hanya memerhati gelagat adiknya. 

  Suha memusingkan tubuh menghadap Nara. Wajah Nara ditenung lama. 

  "Nara Alena. Awak Nara Alena kan?"soal Suha separuh teruja. Nara mengangguk laju. 

  "Yea kak, saya Nara Alena. Wah tak sangka akak masih ingat saya."ujar Nara memeluk lengan Suha. Sememangnya sejak dari zaman sekolah lagi Nara manja dengan Suha. 

  Zayyan tidak mengalihkan pandangannya dari Suha. Senyuman tidak lekang di bibir. 

  "Ehem abang.." 

  Zayyan menoleh ke arah Nara. Nara sudah tersengih. Sah budak ni saja nak kenakan aku. 

  "Kak, kakak ingat lagi tak dengan abang Nara ni? Abang Zayyan." 

  "Za.. Zayyan?"soal Suha dengan riak wajah sedikit terkejut. Biar betul ni Zayyan. 

  Zayyan mengangguk lalu tersenyum. Tak berubah langsung Suha ni dari dulu lago dia memang cantik. Zayyan merenung wajah Suha. Wajah yang dia selama ini membuat hatinya tidak keruan menahan perasaan rindu.

  "Yea ini saya Suha. Zayyan Armand."ujar Zayyan. 

  "Wah awak tak berubah ye walau sikit. Masih macam dulu." 

  Zayyan ketawa kecil. Tidak dinafikan dia memang tidak berubah masih Zayyan yang dulu. 

  "Awak pun tak berubah. Masih cantik macam dulu."puji Zayyan. Merona merah pipi Suha bila mendengar pujian dari mulut Zayyan. 

  Nara menahan tawanya. Amboi kemain abang kita ni. 

  "Suha." 

  Mereka menoleh memandang ke arah Emiir yang sedang mendekati mereka. 

  "Kau ni boleh tak tunggu dekat tempat aku suruh tadi. Kan aku dah pesan jangan jalan sorang-sorang. Aku pergi toilet kejap je kau dah hilang."bebel Emiir tidak menyedari Nara dan Zayyan berada di hadapannya. 

  "Eh abang Emiir. Buat apa dekat sini?"soal Nara. Emiir memandang ke arah Zayyan dan juga Nara. Eh bila masanya dorang dekat sini ni? 

  "Erm abang teman isteri abang ni hah keluar."ujar Emiir selamba. Membulat mata Suha memandang Emiir bila mendengar pengakuan darinya. Isteri? Sejak bila aku kahwin dengan kau ni. 

  Hati Zayyan bagaikan berkecai bila mendengar perkataan isteri itu dari mulut Emiir. Jadi Suha dah kahwin. Nara menatap wajah abangnya yang sudah berubah. Nara tahu saat ini perasaan Zayyan semestinya terluka. 

  "Ohh isteri abang ni kak Suha ke?"soal Nara meminta kepastian.

  "Yea dia isteri abang."terang Emiir memeluk bahu Suha. 

  Nara ketawa kecil. 

  "Tak sangka kecil je dunia ni kan. Erm takpelah kita orang balik dulu ye abang, kak. Nanti kita jumpa lagi."pamit Nara sambil memegang lengan Zayyan. 

  Emiir hanya menganggukkan kepala manakala Suha hanya diam membisu. Apa tujuan Emiir berkata begitu dihadapan Nara dan Zayyan? 

  Hilang saja bayangan Zayyan dan Nara, Suha menepis tangan Emiir yang berada di atas bahunya. 

  "Awak dah gila? Kenapa nak mengaku saya isteri awak dekat mereka?"soal Suha tidak berpuas hati dengan tindakan Emiir. 

  Emiir menggantungkan kaca mata hitam pada hidungnya. Riak tak bersalah dipamerkan. 

  "Tsk awak dengar tak ni?"

  "Aku dengarlah. Dahlah jom." Emiir melangkah meninggalkan Suha. 

  Suha hanya memandang Emiir. Tsk apa masalah dia ni ye? Dulu tak macam ni. Janganlah ada masalah lepas ni. 

Yeayy Zayyan dh jmpa Suha tapi hurm....

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-03-07 08:23:14 

morning, dear. tqvm. love u, so much.muahh muahh muahh


NovelPlus Premium

The best ads free experience