Suha hanya mampu tersenyum girang melihat layanan mesra Arhan pada Naura yang duduk di,sampingnya. Kemesraan mereka berdua telah menarik perhatian pelanggan mahupun pelayan yang berada di dalam restoran mewah itu.
Perasaan cemburu mula timbul dalam hatinya. Meskipun dia tahu Naura layak mendapat perhatian lebih dari dirinya memandangkan Naura sedang mengandung sekarang.
"Abang sakitlah. Apa ni cubit pipi Naura?" Naura mencebik saat Arhan mencubit lembut pipinya.
Arhan ketawa. "Abang geram sayang comel sangat."
Suha hanya tertawa melihat mereka berdua sebelum seorang pelayan datang mendekati meja mereka untuk mengambil pesanan.
"Encik dan puan nak makan apa?"soal seorang pelayan lelaki kacak yang berdiri di sisi Suha.
Arhan dan Naura lagi masih bergurau manja di hadapan pelayan itu membuatkan pelayan tersenyum melihat kemesraan mereka berdua.
"Saya pun nak yang sama."pesan Arhan pada pelayan itu. Dia memesan hidangan yang Naura membuatkan Naura mencebik menyampah dengan perangai mengada Arhan.
"Sibuk je nak ikut Naura."omel Naura tidak puas hati.
Arhan semakin galak mengusik Naura membuatkan omelan Naura semakin panjang berjela. Suha hanya memandang gelagat mereka berdua seakan dirinya tidak wujud di situ.
"Awak nak makan apa?"soal pelayan itu pada Suha dengan senyuman manisnya.
Suha membelek menu sebelum pandangannya beralih ke arah pelayan itu.
"Ada tak makanan manis?"soal Suha naif.
Pelayan itu ketawa sebelum mengangguk.
"Ada, tapi taklah semanis saya. Awak nak tak?"
Kali ini Suha pula ketawa dengan soalan pelayan itu membuatkan Arhan berkerut pelik melihatnya kerana sebelum ini Suha tidak pernah seramah itu dengan lelaki lain selain dirinya.
"Saya nak beef dan jus oren.." Santai saja Suha bercakap dengan pelayan lelaki itu.
"Jus oren okay. Nak tambah perisa cinta tak?"
Sempat lagi pelayan itu bergurau membuatkan Naura turut ketawa bersama Suha. Arhan hanya mendengar tiap bait bicara mereka.
"Tak naklah. Cinta tak baik untuk kesihatanlah." Seronok Suha bergurau senda dengan pelayan itu sehingga dia tidak menyedari pandangan tajam yang diberikan Arhan.
Pelayan itu berlalu menyiapkan pesanan mereka. Entah mengapa meja mereka menjadi sepi setelah mood Arhan berubah.
"Naura nak ke tandas kejap ye."pamit Naura.
"Hati-hati sayang."pesan Arhan membantu Naura berdiri dari tempat duduknya. Naura hanya mengangguk lalu berlalu meningglakan mereka berdua.
Keadaan menjadi kekok antara Suha dan juga Arhan. Untuk seketika mereka hanya melayani perasaan. Arhan membelek telefon bimbitnya.
"Erm abang."
"Hmm apa?"soal Arhan tanpa memberi perhatian kepada Suha.
"Saya nak minta izin abang untuk benarkan saya kerja boleh tak?" Teragak-agak Suha ingin bertanya. Harap Arhan izinkan dia untuk berkerja.
Kening Arhan terangkat bila mendengar soalan itu. Dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket. Tangan naik menyilang ke dada. Kini, perhatiannya sepenuhnya kepada Suha. Suha hanya tersenyum paksa bila melihat wajah Arhan seakan tidak menyetujui pemintaannya ini.
"Kerja? Kau nak kerja apa?"soal Arhan.
"Saya nak kerja dekat.."
Arhan ketawa mengejek sambil menganggukkan kepala. Berkerut seribu dahi Suha. Apa yang kelakar sangat ni?
"Kau nak kerja semula dekat tempat tu ke? Jadi pelacur?" Selamba saja Arhan menyoal tanpa mempedulikan orang di sekeliling mereka.
Riak wajah Suha berubah. Pelacur? Dia masih anggap diri aku macam tu. Suha mengenggam hujung bajunya. Wajah ditundukkan.
"Tak bukan.."
Arhan menepuk meja kuat membuatkan semua pelanggan di restoran itu mengalihkan pandangan kepada mereka. Tubuh Suha mula mengigil kuat.
"Kau jangan nak tipu aku. Aku tahu tak dah kerja yang sesuai untuk kau selain kerja macam tu." Bibir tersunggin senyuman sinis.
"Lagipun aku tengok tadi bukan main kau layan jantan tu ye."ujar Arhan berbaur sinis.
Suha mengeleng.
"Tak abang, Suha cuma nak.."terhenti bicara Suha saat pelayan itu kembali untuk menghantarkan pesanan mereka.
"Ini makanan encik dan puan. Awak ni pula awak punya."ujar pelayan itu dengan ramah.
Arhan hanya memandang tajam lelaki itu.
"Argh." Suha menjerit saat jus oren miliknya tertumpah di atas pangkuannya membuatkan pelayan itu panik dan pantas membantu Suha membersihkan baju Suha.
"Alamak awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja."ujar pelayan itu sambil mengelap baju Suha.
Suha hanya tersenyum dan terus mengeleng.
"Takpe takpe. Salah saya juga sebab cuai sangat." Paha Suha terasa sangat sejuk saat itu lagi-lagi bila disentuh oleh pelayan lelaki yang mencangkung di sisinya sekarang.
"Suha balik." Suara Arhan kedengaran begitu tegas. Pelayan itu berdiri dari cangkung lalu meminta maaf kepada Arhan.
"Saya betul-betul minta maaf encik. Saya tak sengaja. Maafkan saya sebab terlalu cuai."ujar pelayan itu betul-betul menyesali kecuaiannya.
"Kau jangan nak sentuh isteri aku!"amuk Arhan saat pelayan itu ingin kembali menyentuh Suha. Tergamam semua pelanggan dan pelayan yang turut menyaksikan kejadian itu. Pelayan itu tercengang bila mengetahui hubungan Arhan dengan wanita di hadapannya.
"Balik!"arah Arhan dingin sebelum meletakkan duit di atas meja.
Suha hanya terkebil-kebil menuruti perintah suaminya. Mereka berdua melangkah keluar dari restoran itu.
"Abang, Naura.."
"Kau masuk sekarang!"
Belum sempat Suha menghabiskan ayatnya, Arhan sudah menengkingnya. Suha masuk ke dalam perut kereta. Arhan menekan pedalalu meninggalkan perkarangan restoran itu.
Sepanjang jalan mereka hanya diam membisu. hanya memberikan sepenuh perhatian kepada pemanduannya.
"Erk abang, saya.."
"Kau memang tak tahu batas hubungan kau dengan lelaki lain?"soal Arhan dingin. Suha telan liur. Takkan dia marah pula ni.
"Saya tahu tapi kan tadi tu tak sengaja."
Arhan ketawa sinis. Tak sengajalah sangat. Kau memang suka buat angin aku naik.
"Kau memang suka kan lelaki lain sentuh kau sebab tu memang pekerjaan kau dulu kan."ujar Arhan berbaur sinis. Tanpa menghiraukan perasaan Suha, dia hanya mengungkapkan apa saja yang terlintas di mindanya.
Kolam mata Suha mula terasa panas. Suha mengigit bibir lembut menahan air mata dari mengalir. Sungguh dia tidak percaya kata-kata itu sekali lagi keluar dari mulut suaminya sendiri.
"Abang saya tak macam tu. Abang dah salah tafsir tentang diri saya."ujar Suha menahan sebak.
Kening Arhan terangkat bila mendengar pengakuan Suha. Arhan memarkir kereta miliknya di dalam garaj rumah. Wajah ditoleh memandang wajah Suha yang sudah kemerahan menahan tangisnya. Bibir tersungging senyuman sinis. Pandai perempuan ni buat muka minta simpati.
"Kau takkan boleh sorok siapa diri kau yang sebenarnya. Kau tu cuma pelacur yang aku kutip tepi jalan. Aku peliklah kenapa aku kena tolong kau dulu.dahlah menyusahkan aku je kau ni." Arhan menunjal dahi Suha kasar sebelum dia melangkah keluar meninggalkan Suha seorang diri di dalam kereta itu.
Suha menghela nafas berat. Air mata mengalir laju tidak mampu lagi dia menahan sebak di dadanya. Tangan naik memukul lembut dadanya. Suha kau kena kuat. Kau tak boleh macam ni. Kuat Suha.
Hai semua.. hah dah baca sila jangan marah saya haha
Share this novel
bila ntah la arhan nie nk ceraikan suha.. tu dia tgl kn naura dkt restoran, cnfrm dia slhkn suha lg.. stupid la arhan nie.. haish..  ̄ˍ ̄
Kesiannya kat Suha. Padan muka Arhan. Aku cubit jap agi kang