Alat kawalan jauh ditekan beberapa kali. Sejak dari tadi dia hanya menukar rancangan TV. Kalau TV tu boleh bersuara dah tentu dia mengadu penat. Hari ini merupakan hari cuti bagi dirinya tapi entah mengapa hari ini dia berasa terlalu bosan.
Nara mencapai kunci kereta yang berada di atas meja. Kabinet kasut dibuka, dia mengambil kasut tumitnya.
"Hah nak ke mana pula tu?"soal Zayyan yang masih statik duduk di atas sofa ruang tamu. Nara menyarungkan kasut tumit tingginya. Rambut diselitkan ke belakang telinga.
"Bosanlah abang. Nara nak keluar kejap. Abang can you stop do that? Nanti TV tu rosak kena beli yang baru pula."
Zayyan hanya mengangguk. "Yea yea. Ni keluar dengan siapa?"
"Sorang jelah. Abang nak teman ke?" Nara sudah tersengih. At least kalau ada Zayyan tak dahlah dia macam orang gila jalan sorang-sorang. Lonely gitu.
Zayyan meregangkan tubuh. Alat kawalan jauh diletakkan di atas meja. Dia menoleh memandang ke arah Nara.
Amboi budak ni. Nak ke shopping mall ke or annual dinner. Macam-macam.
Zayyan mengelengkan kepala perlahan. Berkerut seribu dahi Nara melihat tingkah laku abangnya. Nara menilik pemakaiannya. Ada yang tak kena ke? Nara hanya mengenakan gaun berwarna putih paras lutut dengan cekak rambut berwarna putih.
"Abang kenapa? Ada yang tak kena ke?"soal Nara ingin tahu.
"Tak, kau nak pergi shopping ke or annual dinner? Pakaian kau tu dah macam nak dinner date kau tahu." Sengaja dia mengusik Nara. Sehari tak nampak wajah cemberut adiknya rasa sunyi sahaja harinya.
Nara mencebik. "Eh ni fesyen tahu tak. Abang tu kuno sangat." Flip hair sikit. Hah see macam model kan. Amboi perasan sangat ni.
Zayyan hanya ketawa. Ada tiga orang adik macam perangai Nara ni boleh gila dia.
"Abang dahlah tu. Asyik gelak je dah macam orang gila tahu tak. Cepatlah sikit pergi bersiap. Nara tunggu dalam kereta okay." Nara melangkah keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.
Amboi budak ni nak arah-arah aku pula. Haish sabar jelah. Zayyan mengorak langkah naik ke atas bilik untuk bersiap.
Kiri kanan tangannya penuh dengan beg kertas hasil shopping adiknya. Penyesalan mula menyerbu diri. Zayyan menghela nafas berat. Aduh apa jelah budak ni beli, tak cukup lagi ke pakaian dalam almari baju dia tu.
"Abang, abang jom masuk kedai tu pula. Nampak comellah baju tu."ajak Nara sambil menunding ke arah salah satu butik yang tidak jauh dari mereka.
Zayyan mengelengkan kepala.
"No, no. Kau pergi sorang. Aku penat. Aku tunggu kau dekat bangku hujung sana tu." Bibir menjuih ke arah bangku yang telah disediakan untuk para pegunjung berehat.
Zayyan mengorak langkah ke arah bangku tanpa menunggu Nara menjawab arahannya.
"Ceh baru sikit dah letih."gumam Nara perlahan.
Buk!
Sepasang tangan pantas merangkul pinggangnya. Nara memejamkan mata. Eh tak jatuh, patutnya punggung aku ni dah rasa sakit. Nara membuka mata perlahan memandang jejaka yang berada di hadapannya.
Zariff menjungkit kening sebelah kirinya. Pandangan mereka bertaut seketika. Perempuan ni asal tengok aku lain macam. Aku tahulah aku kacak. Cairlah tu.
"Eh lepaslah." Nara menepis kasar tangan Zariff.
Zariff ketawa kecil.
"Eh kau buta ke hah?!"tempik Nara. Ee mata letak mana entah. Rabun agaknya mamat ni. Harap muka je hensem. Haish Nara behave.
Zariff tersenyum sinis. Tubuh Nara dipandang dari atas ke bawah. Budak pendek.
"Eh eh minah ni. Kau yang langgar aku. Mata kau mana?" Zariff menyilang tangan ke dada.
Nara mengetap bibir. Eh dia ni, aku korek biji mata kau tu karang.
"Eh kau, kau tak nampak ke aku berdiri kat sini. Kau yang halang jalan aku tahu tak." Nara merenung wajah Zariff. Dia ni macam pernah nampak. Berkerut-kerut wajahnya cuba mengingati di mana dia pernah bertemu dengan lelaki itu.
"Argh! Kau!" Nara menerkup mulut.
"Kau kenal aku?"soal Zariff mula berasa hairan.
"Kau Zariff kan? Betul tak?"
Zariff mengangguk mengiyakan apa yang disoal Nara. Riak wajah Nara jelas amat terkejut.
"Kau tak kenal aku ke?"soal Nara semula. Takkan dia dah lupa aku kot.
Zariff mengeleng. Zariff memandang Nara dari atas ke bawah. Siapa dia ni? Macam mana dia boleh kenal aku pula ni? Pelbagai soalan mula timbul dalam minda Zariff.
"Aku Nara Alena, adik kepada Zayyan Armand. Ingat tak?"
Nara? Pecah ketawa Zariff saat mengingati beberapa kenangan zaman bangku sekolahnya.
"Nara budak perempuan yang aku reject tu ke? Wah wah tak sangka boleh jumpa kau ye. Badan tetap sama pendek."ujar Zariff selamba.
Pendek? Amboi dia ni dah lebih ni.
Nara melangkah mendekati Zariff. Tangan naik menunding ke wajah Zariff. Kepala terpaksa di dongakkan sedikit akibat ketinggian mereka agak berbeza.
"Eh siapa pendek? Kau tu yang tak berubah. Mulut puaka. Bau longkang."bidas Nara. Panas hatinya bila Zariff mengelar dirinya seperti itu.
Sejujurnya sewaktu berada di bangku sekolah, dia menyimpan perasaan terhadap Zariff tetapi lelaki itu menolak dirinya.
Zariff menundukkan wajah. Wajah didekatkan ke wajah Nara. Bibir tersungging senyuman sinis. Dahi Nara dijentik.
"Sakitlah."adu Nara.Tangan naik memegang dahi. Suka hati je sentuh dahi aku.
"Dasar pendek."ujar Zariff lalu melangkah meninggalkan Nara.
"Aku benci kau Zariff!"tempik Nara. Ish aku jumpa kau lagi siap.
Pandangan dari orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan itu tidak dihiraukan. Beg tangan digenggam erat. Perasaan benci terhadap Zariff kembali membuak-buak.
Sumpah aku benci kau, Zariff Iskandar.
Hai Hai.. okaylah malam ni kita bagi chance untuk Nara n Zariff plk ye.. korng tak nak kn stress sbb Arhan so Cherry bgi chapter light²..enjoy oky
Share this novel
haa. kan best skit conflik takde. Tapi kalau panjang lagi best. Btw singgahlah baca novel saya ya. tajuknya the Twins Forever. bye