Aila menghela nafas berat. Pelbagai cara telah dia fikirkan. Macam mana nak buat kak Salena bahagia ni? Mata meliar mencari orang yang harus dia temui hari ini.
Mana dia ni? Kata on the way. Jem ke?
Jam di pergelangan tangan dikilas beberapa kali. Haih, dah nak dekat sejam lebih kot. Aila menyedut minuman yang dipesannya.
"Aila sorry sorry. Aku kena tolong handle meeting pula tadi."pinta Nara sebaik saja dia sampai. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggung berhadapan Aila.
"Ceh busy sangat kau sekarang ye." Nara ketawa kecil.
"Alaa macam biasalah. Abang Zayyan tu saja bagi aku kerja lebih-lebih. Penat tahu tak."adu Nara dengan nada merajuk.
Aila ketawa seraya mengeleng. Macam-macamlah dua beradik ni.
"Kau orderlah. Mesti kau tak makan lagi kan." Semestinya Nara tidak sempat menjamah apa-apa sejak dari pagi tadi. Akibat terlalu sibuk membantu abangnya.
Selesai memesan makanan, Nara memandang ke arah Aila yang sudah berada di dunia ciptaannya sendiri. Apa saja yang dia fikirkan ni? Nara menopang dagu wajah Aila direnung lama. Jauh sangat dia termenung ni.
"Hey kau kenapa?" Nara menepuk meja perlahan. Tersentak Aila dari lamunannya. Untung saja dia tidak melatah. Kalau tak mahu malu dibuatnya.
"Tak dah apa."ujar Aila perlahan. Nara menjongketkan kening. Like seriously tak dah apa terang lagi bersuluh kot muka dia macam tengah fikir something.
"Kau tak payah nak tipu aku. Baik kau cakap. Kalau tak aku tak nak kawan dengan kau lagi."ugut Nara dengan nada serious.
Riak wajah Aila berubah. Membuntang matanya bila mendengar ugutan dari Nara. Amboi dia ni sampai macam tu sekali.
"Hah cakap kenapa? Apa kau fikirkan?"
Aila menghela nafas.
"Aku tak tahu Nara. Aku buntu dengan abang aku tu." Berkerut seribu dahi Nara.
"Abang kau? Yang mana satu ni?"soal Nara bingung. Banyak sangat abang sampai Nara sendiri tak tahu yang mana satu.
"Arhan lah."jawab Aila dengan wajah menyampah. Seakan malas menyebut nama abangnya itu.
"Kenapa dengan dia?" Seorang pelayan meletakkan pesanan Nara di atas meja. Nara menyedut minuman yang dipesannya. Fuh segar, dari tadi tekak ni kering.
Mereka saling berpandangan. Nara memberikan sepenuh perhatiannya kepada Aila. Aila mula menceritakan segalanya kepada Nara. Tentang layanan Arhan kepada Suha sehinggalah masalah yang Suha hadapi.
"Kejap kejap. Kak Suha isteri abang Arhan yang nombor dua?"soal Nara seakan tidak percaya. Aila mengangguk tanda mengiyakan soalan Nara. Nara menerkup mulut. Riak wajahnya jelas sangat terkejut. What?! Jadi abang Emiir telah menipu dia dan Zayyan.
Aila pula mula berkerut. Hairan dengan kelakuan Nara.
"Kenapa kau terkejut sangat ni?" Nara mengeleng.
"Tak dah apa. Abaikan aku just you know shock."tipu Nara sambil ketawa yang dibuat-buat. Tak mungkin dia bagitahu Aila tentang Emiir mahunya Aila pening nanti. Dahlah sekarang Aila dah banyak sangat masalah dia kena fikirkan.
"Hurm macam mana ni Nara? Aku tak nak Kak Salena terseksa lagi. Aku tak sampai hati kau tahu tak."
Nara turut berasa jatuh simpati dengan apa yang harus Suha jalani. Tak sangka, selama ini dia dan Zayyan fikirkan Suha bahagia tapi rupa-rupanya sebaliknya macam ni pula kehidupan yang Suha jalani. Nara menyilang tangan ke dada, tubuh disandarkan pada kerusi. Otaknya ligat memikirkan cara yang mereka boleh gunakan agar Suha boleh tersenyum kembali.
Bingo. Bibir tersungging senyuman lebar. Aila menjongketkan kening sebelah kirinya.
"Aku rasa aku tahu siapa boleh tolong kita."ujar Nara dengan penuh keyakinan.
"Who?"soal Aila ingin tahu.
"Abang Zayyan."jawab Nara selamba. Hah?! Zayyan biar betul Nara ni. Apa Zayyan boleh buat untuk bantu Suha?
"Why abang Zayyan? Apa abang Zayyan boleh buat?"soal Aila seakan tidak percaya Zayyan boleh membantu Suha.
Nara ketawa kecil.
"Takpe, esok kau hantar kak Suha dekat kafe office aku. Pandailah aku nanti." Aila hanya mengangguk meskipun dia sendiri tidak memahami apa yang Nara cuba lakukan.
Nara menikmafi makanan yang dipesannya tanpa menghiraukan riak wajah Aila yang masih ragu terhadap dirinya.
Kau kena yakin dengan aku Aila. Aku percaya apa yang kak Suha perlukan adalah pendengar yang baik untuk dia luahkan apa yang sedang dia pendam. Dan orang yang tepat untuk menjadi pendengar luahan hati kak Suha adalah abang Zayyan.
Zayyan membelek fail yang berada di atas meja. Jari mula bermain di atas keyboard laptop miliknya. Selesai saja makan malam, dia langsung masuk ke dalam bilik kerjanya bagi menyiapkan kerja yang tertangguh.
Knock knock.
Nara memulas tombol pintu lalu melangkah masuk ke dalam bilik kerja Zayyan. Mug berisi hot chocolate diletakkan di atas meja.
"Thanks Nara."ujar Zayyan dengan senyuman. Nara melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Zayyan.
Tangan mencapai mug lalu ditiup perlahan sebelum dia menghirup sedikit air yang dibuat oleh Nara.
"Abang."
"Hurm nak apa?"soal Zayyan tanpa berpaling ke arah Nara. Zayyan memberikan sepenuh tumpuannya ke skrin laptop.
Nara mencebikkan bibir. Eee dia ni.
"Abang.." Nara menarik tangan Zayyan. Zayyan menghela nafas. Haih budak ni. Mesti ada something dia nak ni. Kacau betullah.
"Hah nak apa dia adik sayang?"soal Zayyan lembut. Kini perhatiannya beralih ke Nara. Nara ketawa kecil.
"Abang esok jumpa kak Suha ye."
"Hah? Dah kenapa nak jumpa dia pula?" Dah agak dah abangnya mesti terkejut dengan permintaannya kali ni.
"Abang ni janganlah terkejut sampai macam tu sekali. Apalah."
Zayyan ketawa. Dah tentu dia terkejut tak dah angin tak dah ribut nak kena jumpa Suha. Baru je dia bertekad nak lupakan Suha. Dia dah terima hakikat Suha bukan miliknya.
"Abang kalau abang nak tahu kak Suha tak bahagia. Dia terseksa abang." Terangkat kening Zayyan bila Nara berkata sedemikian.
"Nara how many times I have to remind you. Jangan nak buat cerita tentang orang. Aku dah cakapkan."ujar Zayyan dengan nada sedikit dingin.
Kecut perut Nara bila tengok wajah abangnya yang dah nak berubah jadi singa ni. Pantang Zayyan kalau adiknya suka buat cerita. Tapi dia tak buat cerita pun.
Nara mengeleng. "Tak abang, Nara tak buat cerita pun. Aila sendiri bagitahu Nara semua."
Zayyan menyandarkan tubuh. Semakin tertarik dengan apa yang hendak Nara sampaikan.
Nara berdehem menghilangkan gugup dalam hati. Cuak juga bila tengok muka Zayyan yang dah serious nak tahu apa yang dia nak cerita. Nara mula bercerita dari A sampailah ke Z. Tak dah satu pun yang tinggal.
Wajah Zayyan berkerut-kerut. Otaknya cuba mencerna apa yang baru saja Nara ceritakan. Pelbagai soalan mula timbul di minda. Kenapa Suha nak bertahan kalau dia sendiri terseksa? Aku kena cari tahu semua ni dari mulut Suha sendiri.
Zayyan mengigit kukunya. Nara yang berada di hadapannya bagaikan halimunan. Eh eh kalau pasal Suha laju je dia fikir. Langsung tak hiraukan aku. Tapi takpe aku suka. Nara ketawa mengekek dalam hati.
"Hah so abang jumpa dia esok ye. Nara nak tidur dulu. Jangan tidur lewat ye abang bye bye night."ujar Nara lalu melangkah keluar dari bilik itu.
Keluhan berat dilepaskan. Zayyan mengurut pelipis kening. Suha, kenapa kau tak bagitahu aku semua ni? Aku akan cuba bantu kau semampu aku Salena Suha. Mata dipejam rapat, bayangan sewaktu mereka di bangku sekolah menyapa matanya. Bibir tersungging senyum.
Suha meliar memandang sekeliling. Tsk mana Aila ni takkan dia tinggalkan aku dekat kafe ni sorang diri pula. Perasaan takut mula menyerbu dirinya. Tidak pernah lagi dia keluar sendirian seperti ini.
Sengaja Aila meninggalkan Suha seorang diri di kafe itu. Ini semua kerana rancangan Nara. Nara tahu Suha bukanlah jenis seseorang yang suka menceritakan masalahnya pada orang lain melainkan orang itu adalah orang yang dia percaya. Oleh itu, Nara mahu Zayyan menjadi orang yang dipercayai oleh Suha.
Zayyan melangkah masuk ke dalam kafe dengan penuh bergaya. Semua mata memandang ke arah bagaikan dirinya mempunyai auranya sendiri. Zayyan menarik kerusi dihadapan Suha. Tanpa meminta izin, dia terus duduk di atas kerusi itu.
Terkebil-kebil Suha bila melihat orang di hadapannya kini ialah Zayyan. Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia tahu aku kat sini?
"Hai awak."sapa Zayyan lembut. Entahlah bila berhadapan dengan Suha hatinya sentiasa berdegup kencang.
"Erm hai, awak buat apa dekat sini?"soal Suha takut.
Zayyan ketawa.
"Nak makanlah takkan nak beli kereta pula kan." Amboi kemain kau loyar buruk. Zayyan menopang dagu memandang Suha.
"Suha, awak okay ke? Saya tengok awak macam ada masalah je."soal Zayyan dengan senyuman terukir di bibir.
Patutkah aku cerita semua apa yang jadi dekat Zayyan? Aku boleh percayakan dia ke?
Suha mula termenung. Mustahil untuk dia ceritakan semua pada Zayyan tentang dirinya. Dia tidak memerlukan simpati dari semua orang.
"Suha awak okay tak?"soal Zayyan kembali bila Suha tidak memberikan apa-apa respons.
"Erm saya.. Saya okay. Maafkan saya, saya balik dulu." Suha mencapai beg tangan. Baru saja dia ingin melangkah keluar dari kafe itu tangannya dipegang Zayyan.
"Suha." Suha menoleh ke belakang. Zayyan sudah berdiri dari dudukkannya. Pandangan mata mereka bertaut seketika.
Zayyan tersenyum lalu memberi name card miliknya. Teragak-agak Suha mengambil name card itu.
"Kalau ada apa-apa awak nak saya tolong or you need someone I will always be there for you."ujar Zayyan dengan perlahan. Dia berharap dia boleh membantu Suha dalam bentuk apa pun meskipun harus menjadi tempat Suha meluah. Dia akan buat apa saja bukan hanya kerana perasaan cintanya kepada Suha tetapi juga kerana Suha pernah menjadi rakannya sewaktu di zaman sekolah mereka.
Suha mengangguk.
"Thanks Zayyan." Suha melangkah keluar dari kafe itu meninggalkan Zayyan seorang diri.
Zayyan hanya mampu melihat bayangan Suha berlalu pergi. Zayyan melihat tapak tangannya. Perlahan-lahan bibirnya tersungging senyuman lebar. Sah kau dah angau Zayyan Armand.
Naura keluar dari tempat dia bersembunyi. Senyuman sinis terukir di bibir. Telefon bimbit yang berada di tangan dipandang. Gambar yang baru saja dia tangkap dibelek.
Wow dua jiwa akhirnya bertemu ke ni? Naura ketawa. Dasar perempuan sundal semua lelaki kau nak kebas ye. Tunggulah nasib kau.
Asslmualaikum smua.. maafkan Cherry smlm busy sngt.. ni bru dpt taip smpai hbis.. n sorry kalau chapter kali ni sendu.. thank you sbb support Cherry yg tk sbrapa ni hehe
Share this novel
harap perangai jahat naura tu ketahuan..
banyak sangat yg minat kat suha..hingga ada yg cemburu n akhirnya suha menderita
best aper, chapter kali ni. tapi....berapa ramai lelaki yg nakkan suha ni....confious i, dear.....