Suha memulas tombol pintu bilik. Mata memandang ke arah Arhan yang sedang berdiri membelakangi dirinya. Suha melangkah masuk ke dalam. Pintu bilik di tutup semula.Perasaan takut menyerbu dirinya. Dia tahu semestinya Arhan akan memarahinya.
"Ab.. Abang."
Suha mendekati Arhan dengan langkah yang perlahan. Bahu Arhan ditepuk lembut. Sedikit pun Arhan tidak berganjak. Arhan menyilang tangannya. Suha mengigit lembut bibirnya. Wajah ditundukkan.
"Apa hubungan kau yang sebenarnya dengan Emiir?"soal Arhan memecahkan kesunyian di antara mereka.
"Bukan ke saya dah cakap dengan abang. Saya dan Emiir dah macam adik beradik abang."ujar Suha cuba menyakinkan Arhan. Arhan tak percaya pada aku ke?
Arhan memusingkan tubuhnya mengadap Suha. Wajah Suha ditatap lama. Suha membalas renungan mata Arhan. Berharap agar Arhan mempercayainya.
Senyuman sinis terukir pada bibir Arhan. Pipi Suha diusap lembut sebelum dia mencengkam pipi itu. Suha meringis kesakitan.
"Abang sakit. Lepas." Suha memegang pergelangan tangan Arhan. Kedengaran suaranya serak menahan sebak di dada.
"Kau ingat aku percaya setiap perkataan yang keluar dari mulut perempuan macam kau ke? Kau jangan lupa Suha. Kau tu isteri aku. Kau jangan nak mengatal dengan lelaki lain dekat luar sana termasuk adik aku."arah Arhan tegas.
Air mata mengalir perlahan di pipi. Wajah bengis Arhan direnung lama. Begitu bencinya Arhan pada dirinya. Tidak bolehkah Arhan melayani dirinya sama seperti Naura? Sakit! Hati ini tidak mampu menahan sakitnya lagi.
"Kenapa? Kenapa awak tak percayakan saya? Saya dah cuba berusaha jadi yang terbaik untuk awak. Tapi awak.."
"Percaya? Lepas apa kau buat, kau ingat aku semudah itu percayakan kau." Arhan melepas kasar cengkaman tangan di pipi Suha.
Suha mengenggam erat hujung bajunya. Mata di pejam rapat. Cukup! Aku dah tak tahan dengan semua ni. Semua orang dalam rumah ni buat aku macam sampah.
Turun naik nafas Arhan menahan api kemarahannya. Selama ini dia hanya menahan kerana Naura. Naura sering kali mempertahankan Suha. Pandangannya tidak dialihkan dari Suha.
"Lepaskan saya.."ujar Suha perlahan. Dia sudah nekad. Selama ini hanya Naura di mata Arhan. Hati Arhan hanyalah milik Naura Naqila. Meski pun pahit untuk ditelan namun itulah hakikatnya.
Baru sahaja Arhan mahu mengangkat tangannya tepat mengenai wajah Suha, bunyi pintu dikuak daripada luar lantas membantutkan tindakannya. Terus dibawa tangannya jatuh turun ke sisi semula. Terpampang wajah Naura di sebalik pintu
"Abang"
Naura melangkah masuk ke dalam bilik. Wajah Arhan dan Suha di pandang silih berganti. Suha cuba mengawal riak wajahnya. Tidak mahu membuat Naura risau sekiranya dia tahu permasalahan yang Suha hadapi.
"Kenapa ni? Muka tegang semacam. Ada apa-apa yang jadi ke? Suha ,Arhan marah awak ke?"soal Naura berbaur risau. Tangan Suha di capai lalu digenggam erat.
Pantas Suha mengelengkan kepala. Dia tidak masalah ini berlarutan. Cukuplah hanya dia dan Arhan saja yang tahu. Naura sudah cukup terbeban.
"Takde apa. Abang Arhan cuma tegur tentang batas pergaulan saja."ujar Suha dengan senyuman terukir pada bibir. Maafkan aku, Naura.
Naura menjungkitkan kening sebelah kirinya. Wajah Suha di renung lama. Suha mula berasa gugup.
"Sayang abang lapar." Arhan mula bersuara. Pinggang Naura dirangkul erat. Rambut Naura dielus lembut.
Naura cuba meleraikan tangan Arhan dari pinggangnya. Perasaan malu menyerbu dirinya. Andai hanya dia dan Arhan dalam bilik ini tidak menjadi masalah tetapi dalam bilik ini ada madunya."Abang behave. Suha ada dekat sinilah."
Arhan tidak mengendahkan bebelan Naura. Malah dia makin mengeratkan rangkulan di pinggang Naura. Wajah Suha dikerling.. Suha cuba menahan dirinya daripada menitiskan air mata. Bibir terukir senyuman sinis berasa puas melihat riak wajah Suha. Cemburu, sakit hati. Yes, itulah yang Arhan inginkan.
Kau memang layak dilayan seperti sampah. Kau hanya isteri di atas kertas sahaja Suha.
"Ee abang lepaslah. Dahlah turun makan." Naura menolak lembut tubuh Arhan. Sempat Naura mengukir senyuman kepada Suha sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
Baru sahaja Suha ingin mengikuti langkah Naura, pantas tangannya direntap Arhan. Arhan mengenggam kuat pergelangan tangannya membuatkan Suha meringis kesakitan.
"Abang." Tubuh Suha mengigil kuat. Riak wajah Arhan kembali bengis. Tidak seperti sewaktu Naura berada di dalam bilik ini. Sememangnya Arhan layak mendapat anugerah pelakon paling popular.
"Sekali lagi."
Arhan menyelitkan rambut Suha kebelakang telinga. Bibir dirapatkan ke telinga Suha. Suha tidak berganjak walau sedikit. Air mata cuba ditahan dari mengalir.
"Sekali lagi kau sebut perkataan cerai tu, siap kau. Kau tahu kan, apa aku boleh buat? Kan sayang?"ugut Arhan dengan nada berbaur sinis. Pipi Suha dikucup lembut.
Arhan melangkah keluar dari bilik itu. Teragak-agak dia mahu mengangkat kakinya mahu mengikut langkah Arhan namun hatinya sarat dengan perasaan sebak. Dia mencengkam baju di bahagian dadanya sebelum jatuh melorot ke bucu katil lalu memeluk betisnya. Melepaskan tangisan yang terbuku di dada.
Apa? Apa lagi perlu aku lakukan? Sampai bila aku kena hadap macam ni? Aku dah tak sanggup. Mama bencikan aku. Arhan sedikit pun tidak peduli padaku. Emiir? Aku tidak tahu apa dia mahu dari aku.
Maafkan Cherry sbb lmbt updated.. n klau chapter kali ni sendu sorry Cherry cuba prbaiki d chptr akn dtng oky.. love you all muaah
Share this novel
memang sedikit sendu dan kurang menarik