Nara pandang dengan penuh harapan. Zayyan hanya menayang wajah kosong. Matanya kekal memandang ke arah wajah manis milik Suha. Dia tak akan memaksa Suha sekiranya Suha memilih Arhan. Asalkan Suha bahagia dengan cinta hatinya sendiri.
“Maafkan Suha, abang. Cinta Suha untuk abang dah lama mati. Abang sendiri yang bunuh perasaan itu. Jangan paksa untuk Suha beri abang peluang. Suha pilih Zayyan sebagai pasangan sehidup semati Suha. Maafkan Suha sekali lagi.”ujar Suha dengan linangan air mata. Tunggu masa saja untuk jatuh. Dia menggenggam tangan Zayyan seolah-olah meminta semangat daripada Zayyan.
Arhan memandang tajam ke arah Zayyan. Pandangannya penuh benci. Zayyan Armand, lelaki yang telah merampas suha daripadanya. Kalaulah lelaki itu tidak wujud, semestinya suha akan memberi dia peluang yang terakhir.
“Suha!!” jerit Arhan sepertinya mahu menerkam Suha. Zayyan menarik suha ke belakang tubuhnya. Melindungi suha daripada terkena tindakan agresif Arhan.
“Kau tak boleh paksa dia. Dia berhak nak pilih siapa yang dia nak.”tegas Zayyan. Suha yang berada di belakang hanya memeluk lengan Zayyan. Air matanya mengalir lebat.
“Tak! Aku tak akan lepaskan dia dekat sesiapa!” Arhan sudah seperti orang gila. Nara sudah tidak senang duduk melihat tindakan Arhan yang semakin agresif. Segera dia memanggil doktor berdekatan situ.
“Kau milik aku, Suha!” tempik Arhan sekuat hatinya.
Suha mengesat air matanya menggunakan hujung pergelangan baju. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah katil Sarah. Hanya kedengaran bunyi mesin hayat yang menghidupkan suasana wad Sarah. Tangan Sarah digenggam.
“Kak Sarah, Suha datang ni. Suha nak minta maaf. Suha tak ada niat nak muncul secara tiba-tiba. Suha tak tahu apa motif kak sarah dengan emiir untuk buat semua ni? Kenapa kak sarah buat macam ni?” Teresak-esak Suha menangis. Kenapa semua ahli keluarganya menindas dirinya?
“Suha...”
Suha menoleh ke belakang dengan senyuman kecil. Wajah Zayyan ditatap lama.
“Imran abang tiri awakkan?” soal Zayyan sambil mengusap bahu Suha.
Suha menganggukkan kepalanya.
“Nara beritahu saya yang Imran dah kena tangkap dengan polis. Dia dituduh kerana menikam Naura tempoh hari.”
Suha menekup mulutnya. Dia terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Zayyan. Imran tikam Naura? Kenapa sampai macam ni sekali? Adakah Sarah terlibat dalam kes itu?
“Sabar ya, Suha. Jangan bersedih. Saya dah janji dengan awak kan yang saya akan jaga awak sampai saya mati. Saya dah tak nak lepaskan awak lagi, suha. Cukuplah dulu. Hati saya perit nak tanggung macam-macam perasaan lagi. Tolong jangan tinggalkan saya.”lirih Zayyan.
Suha menganggukkan kepalanya perlahan. Perlahan Zayyan menyeka air mata Suha. Mereka saling berpandangan dan mengukirkan senyuman kecil.
“Suha, kalau awak tak kisah. Saya nak kita bernikah dalam masa terdekat ni. Awak sudi?”
Suha tersenyum malu. Kepalanya diangguk sekali.
“Terima kasih, suha.”ucap Zayyan dengan penuh rasa gembira.
Suha memandang ke arah Sarah yang masih tidak sedarkan diri. Tangan Sarah digenggam semula dengan harapan Sarah akan sedar dalam masa terdekat. Dia mahu Sarah ada di sisinya. Hanya Sarah Afeeya saja yang dia ada sekarang ni. Satu-satunya keluarga kandungnya.
Zariff termenung jauh. Apalah nasibnya sekarang ni? Keluarganya huru-hara. Ibu dan ayah dah meninggalkannya. Arhan pula sepertinya sudah kurang waras. Emiir entah menghilangkan ke mana. Sudahnya hanya Aila saja yang ada di sisinya. Nara. Nara Alena, gadis yang dicintainya. Adakah cintanya berbalas sekiranya dia meluahkan isi hatinya?
“Zariff...”
Buk! Zariff terduduk di atas lantai. Mata dipejam menahan rasa sakit di bahagian punggung. Suara siapalah yang merdu sangat memanggilnya sampai terjatuh dibuatnya. Tak pasal-pasal punggungnya kena ciuman lantai.
“Zariff, kau dah kenapa? Okey tak?” Nara berkerut memandang Zariff yang tiba-tiba saja jatuh terduduk di atas lantai. Entah betul ke tak mamat ni. Bukan dia sergah pun. Panggil pun dengan suara perlahan saja.
“Haa... bidadari...”
Semakin berlapis dahi Nara dibuatnya. Bidadari apa pulak ni? Mengigau agaknya jantan ni.
“Hoi! Bidadari apa?” sergah Nara sambil menampar bahu Zariff. Tadi dapat ciuman lantai. Sekarang dapat tamparan manja dari Nara. Sakitnya sehinggakan berkerut dahi dibuatnya.
“Tak. Salah panggil. Nara, kau nak apa?” Zariff melabuhkan duduknya di atas kerusi bersebelahan dengan Nara. Selamba saja Nara melentukkan kepalanya di atas bahu Zariff. Bibirnya menahan ditahan dari mengukirkan senyuman. Saja dia menyakat Zariff sebenarnya.
“Erk.. kau kenapa? Tak sihat?” dahi nara disentuh lembut. Risau pula kalau si cinta hati sakit. Yelah macam-macam hal nak fikirkan.
“Suka-suka kau saja sentuh aku. Kalau dah sentuh kena kahwin, tak boleh lari mana.”
Membulat mata Zariff mendengar ayat Nara. Biar betul perempuan ni? Baru sentuh dahi, dah kena kahwin? Habis dia lentuk atas bahu ni bukan sentuh ke?
“Tak nak sudah.” Nara mengangkat kepalanya.
“Eh nanti. Kau serius ke dengan apa yang kau cakap? Kau nak aku kahwin dengan kau?”
Pap!
“Aduh!” Zariff mengusap dahinya. Apalah nasib dia hari ni?
“Bengap tu simpan sikit. Ye. Aku seriuslah. Kau ada dengar aku ketawa ke? Tak ada kan?” marah Nara. Sejak bila Zariff ni jadi bengap? Bukan ke lelaki ni bijak pandai dulu?
“Sorry sorry. Aku nak. Aku nak kahwin dengan kau. Jangan tarik balik...” dah serupa budak-budak merayu nak akan sesuatu.
“Bukan kau tak suka aku ke?”
Zariff mengusap belakang tengkuknya. Malu pulak.
“Aku minta maaf. Aku ego dulu. Aku dah lama sukakan kau. Aku cintakan kau, Nara Alena.”luah Zariff setelah lama mengumpul keberaniannya untuk meluah dekat Nara.
Nara tersenyum. Bahu Zariff ditepuk-tepuk.
“Tak sangka aku, senior cintakan aku. Rasa macam mimpi pulak. Kalau rasa dah cinta tu jumpalah abang aku eh. Kau kenalkan abang aku? Zayyan Armand. Haa... sila berjumpa dengan dia untuk dapatkan lampu hijau.”
Zariff tersenyum. Kepala diangguk-angguk beberapa kali. Kalau dengan Zayyan rasa-rasanya dia boleh kaw tim punya. Tak sabar dia mahu memiliki Nara untuk jadi suri hatinya. Ada anak ramai. Ah sudah Zariff kau dah berangan sampai langit ke tujuh ke ni?
Suasana di dewan itu sungguh meriah. Ramai tetamu hadir memenuhi ruangan dewan itu. Nara dan Zariff berpakaian sedondon. Hari ini merupakan hari raja sehari Zayyan Armand dan Salena Suha. Berseri-seri wajah pasangan pengantin itu. Nara gembira melihat senyuman kebahagiaan yang terukir pada bibir abang kesayangannya itu.
“Selamat pengantin baru abang dan kakak. Nara sayang korang berdua.” Tubuh Zayyan dan Suha dipeluknya erat. Zariff yang berdiri di belakang Nara hanya tersenyum. Tak sabar gilirannya nanti. Hanya menghitung hari saja.
“Terima kasih Nara. Kalau tak kerana Nara, akak tak tahulah apa jadi kat akak sekarang. Kak Sarah pun tak sedarkan diri lagi. Kita doa sama-sama ya?”
Nara menganggukkan kepala.
“Abang jaga kakak elok-elok tau.”pesan Nara kepada abangnya.
Zayyan tersenyum. Kepala diangguk sekali. Dia sendiri tidak sangka yang dia sudah sah menjadi suami kepada gadis yang dicintainya, Salena Suha. Sudah bertahun-tahun penantiannya akhirnya tercapai juga impiannya mahu memperisterikan Salena Suha.
Suha duduk di atas katil sambil memerhatikan Zayyan yang sedang menyisirkan rambutnya di hadapan meja solek. Bibirnya mengukirkan senyuman. Senyuman bahagia.
“Abang, abang nak tidur ke lepas ni?”
Zayyan menoleh sedikit ke kanan. Melihat Suha dari ekoran matanya.
“Tak sayang. Abang nak luangkan masa dengan sayang.”ujar Zayyan dengan suara lemah lembut.
Suha tersenyum. Kepala dianggukkan.
“Abang tak penat? Seharian kita uruskan majlis tadi.”
Zayyan meletakkan sikat di atas meja solek. Kaki mengorak langkah ke katil. Punggung dilabuhkan di atas katil. Bahu Suha dipeluk mesra.
“Selagi sayang ada dengan abang. Abang tak akan rasa penat.”jawab Zayyan dengan senyuman.
Suha memeluk tubuh Zayyan. Kepalanya dilentukkan pada bahu suaminya itu.
“Terima kasih sebab sudi terima abang. Bagi abang peluang untuk jaga sayang. Macam-macam ujian yang abang tempuh untuk memiliki sayang.”ucap Zayyan.
Semakin erat pelukan Suha pada tubuh Zayyan. Dia menganggukkan kepalanya.
“Terima kasih sebab sudi tunggu Suha untuk sekian lamanya. Suha sayang abang.”
Kepala Suha diusap lembut. Zayyan membalas pelukan Suha sebelum ditarik tubuh itu baring ke atas tilam.
“Abang harap yang hubungan kita akan kekal sampai bila-bila...”
Suha tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Sebelum terlena, dia berharap agar semua ini bukan lagi mimpi. Izinkan dia berada di dalam alam kebahagiaan ini bersama Zayyan. Sampai dia mati...
Asslmualaikum smua.. Terus Mencintaimu esok ye.. korng ready ke Kerana Kau Milikku road to ending dh huhu..
Share this novel