Sarah menilik pemakaian dari pantulan cermin. Bibir tersungging senyum sinis. Dia hanya mengenakan kemeja putih dan short pants paras paha. Rambut dibiarkan terurai.
Aku rasa baju ni tak seksi sangat kan. Hurm okay laa kot.
Botol minyak wangi miliknya dicapai lalu disembur ke badan. Fuh wangi semerbak bilik tu dbuatnya. Lipgloss dicalitkan pada bibir munggilnya.
Done! Beg tangan di atas meja dicapai. Kaki mengorak langkah turun ke bawah. Sunyi je rumah ni. Mana semua orang agaknya.
Tangannya direntap seseorang membuatkan tubuh Sarah hilang pertimbangan. Pantas pinggangnya dirangkul agar tubuhnya tidak jatuh mencium lantai.
Pandangan mata mereka bertaut. Tangan Saran melekap pada dada sosok tubuh lelaki yang berada di hadapannya kini.
"Kau nak ke mana ni?"soal Emiir sambil menjungkitkan kening. Dengan bau perfume Sarah yang menyegat masuk ke dalam hidung.
"I ada shootinglah. You lupa ke? You sendiri yang recommend kan I dekat kawan you tu."jelas Sarah cuba mengingatkan Emiir.
Berkerut wajah Emiir cuba mengamati apa yang Sarah bicarakan. Oh hampir dia terlupa. Dia telah menyuruh Sarah menjadi model under company Zayyan dibawah jagaan Nara. Macam mana dia boleh lupa benda macam ni? Kepala digelengkan beberapa kali.
"Hah ingat tak? Ke you nak I ketuk kepala you dulu baru you ingat."ujar Sarah seraya ketawa mengekek. Amboi suka kau kenakan aku ye.
Emiir menundukkan wajah rapat ke wajah Sarah. Terkedu Sarah saat jarak wajah mereka hanya seinchi. Sarah telan liur.
Hah sudah apa lagi ni? Dup dap dup dap. Boleh meletup jantung kalau terus menerus macam ni. Entah mengapa setiap kali Sarah bersama Emiir jantungnya seakan tidak mampu berdetak normal.
Senyuman sinis terukir di bibir. Suka bila melihat wajah takut Sarah.
"Why ni? Pucat semacam. Kau takut aku buat apa-apa dekat kau ke?"ujar Emiir separa berbisik di telinga Sarah. Naik meremang semua bulu roma Sarah. Geli.
Sarah menolak tubuh Emiir jauh darinya. Hujung bibirnya diketap. Kecil besar je aku tengok kau ni.
"Dah hantar I. I dah lambat tahu tak."arah Sarah lalu melangkah keluar dari rumah meninggalkan Emiir.
Emiir ketawa. Sarah Sarah. Kenapa kau ni istimewa sangat? Emiir membuntuti langkah Sarah.
Zariff menopang dagu. Sejak daripada dia hanya memerhati gelagat dua sejoli yang membuat adegan romantis di dalam rumah agam ini. Perasaannya kuat mengatakan bahawa gadis yang saat ini yang berada di dalam rumah agam ini bukanlah Salena Suha yang sebenar. Mustahil Suha mampu berubah drastik sehingga begitu sekali.
"Siapa kau sebenarnya? Apa tujuan kau masuk ke dalam rumah ni?"gumamnya perlahan.
Kereta di berhentikan di samping jalan. Dari kejauhan terdapat set pengambaran sedang dijalankan. Sarah membetulkan rambutnya. Beg tangan disilang. Emiir hanya memandang Sarah.
Sarah yang menyedari tatapan mata Emiir pantas menoleh ke sarah Emiir.
"You kenapa pandang I macam tu? Muka I ada something ke?"soal Sarah tidak berpuas hati. Tangan naik menyentuh pipi sendiri.
Emiir tersenyum.
"Cantik."
Membulat mata Sara bila dipuji Emiir seperti itu. Mulutnya ternganga sedikit. What?! Dia puji aku seriously.
Pecah ketawa Emiir melihat wajah Sarah seperti itu. Lawak, dia boleh percaya cakap aku. Emiir mengesat air mata dek terlalu gelak.
"Tak guna." Sarah keluar dari perut kereta dengan perasaan marah. Pintu kereta ditutup kuat membuatkan Emiir tersentak.
"Hoi tercabut pintu kereta aku." Emiir mengetap bibir. Gila.
Dia memandang Sarah yang sudah berjalan ke sarah set. Perlahan-lahan bibirnya tersungging senyum. Tapi tidak dinafikan Sarah sememangnya cantik. Emiir kau dah kenapa? Kepala digeleng sekali. Kereta dipandu laju meninggalkan kawasan itu.
Sempat Sarah menoleh ke belakang. Ceh ingatkan ikhlaslah puji aku rupanya. Pandangan beralih ke sarah set. Semua mata tidak lepas dari memandang Sarah. Pakaiannya cukup simple tetapi entah mengapa dia mempunyai daya tarikan tersendiri.
"I kena cari someone nama apa erk? I lupalah."gumamnya perlahan. Otaknya ligat mengingati sebaris nama yang harus dia temui.
"Nara Alena!" Tangan ditepuk sekali. Oppss terjeritlah pula. Kepala yang tidak gatal digaru. Malu pula bila berkelakuan macam tu.
Nara yang mendengar namanya disebut pantas mendekati Sarah. Kini dia berdiri betul-betul di belakang Sarah.
"Yea awak cari saya ke?"soal Nara perlahan. Siapa ni?
Tubuh dipusingkan ke belakang. Senyuman terukir di bibir. Nara menerkup mulutnya. Kak Suha? Lidahnya menjadi kelu.
"Hai you Nara ke? I model untuk baju yang makan you launch." Tangan dihulur pada Nara. Senyuman tidak lekang di bibir.
Teragak-agak Nara menyambut salam dari Sarah. Bibir cuba diukir senyum. Mata tidak dialihkan dari Sarah.
Berkerut wajah Sarah bila Nara memandangnya seakan berjumpa hantu. Sarah memandang sekeliling.
"Erm you okay tak? Ke ada apa-apa kat wajah I?"soal Sarah sekali lagi meraba wajahnya. Ee malulah kalau ada apa-apa kat muka aku ni.
"Hah? Eh tak tak. Muka awak. Muka awak mengingatkan saya pada seseorang."jelas Nara seraya tersenyum.
Terjungkit kening Sarah bila mendengar penjelasan dari Nara. Suha ke yang dia maksudkan. Dia kenal adik aku ke?
"Awak kak Suha kan? Salena Suha."soal Nara serak. Air mata mula bergenang.
"Erm yea. I Salena Suha."jawab Sarah tergagap. Aduh asal jawab tak yakin pula ni.
"Kak Suha."
Pantas tubuh Sarah dipeluk erat Nara. Nara menghamburkan tangisnya. Tidak mampu lagi dia menahan tangisnya. Nara mengeratkan pelukan membuatkan Sarah berasa sedikit tidak selesa.
Apa aku nak buat ni? Aduh.
Sarah mengusap lembut belakang tubuh Nara.
"Laa janganlah nangis. Nanti awak tak cantik." Sengaja dia mengusik Nara agar Nara sedikit tenang. Sayang sangat dengan Suha.
Nara meleraikan pelukan. Air mata dikesat. Kedengaran ketawa kecil dari Nara.
"Akak pergi mana? Kenapa hilang macam tu je? Akak tak sayang Nara ke? Puas Nara cari dengan abang tau." Bertalu-talu soalan diberikan pada Sarah.
Hah sudah. Banyak betul pula soalan budak ni.
Sarah mengaru kepala yang tidak gatal. Apa aku nak jawab ni?
"Akak ke luar negara. Akak kena teruskan hidup kan. Nara tahu kan apa yang akak lalui selama akak berada di sini."tipu Sarah berharap Nara mempercayainya.
Nara mengangguk sekali. Yea setiap apa yang berlaku dia tahu. Kerana itulah dia dan Zayyan cuba menjejaki Suha. Tetapi siapa sangka mereka bertemu pada hari ini.
Tapi…
Nara menilik pemakaian Sarah. Biar betul kak Suha ni. Lama sangat duduk luar negara sampai budaya sana nak ikut ke. Sexy sangat. Bukan Suha seperti dulu.
Sarah menjungkitkan kening sebelah kirinya. Dah kenapa budak ni pandang aku macam ni? Pakaian aku tak sesuai ke? Ni je pakaian paling simple aku rasa.
"Akak nampak berbeza. Makin cantik."puji Nara.
Merona merah wajah Sarah bila dipuji. Naik kembang macam ni asyik kena puji je.
Sarah senyum tersipu malu.
"Thank you. Nara pun cantik, bergaya. Muda lagi dah jadi pereka. Hebat tau tak."ujar Sarah sambil menunjukkan ibu jari ke atas.
Nara ketawa kecil.
"Thank you akak. Ni semua pun sebab abang Zayyan yang banyak ajar Nara. Kalau dia tak dah entah Nara pun tak sure nak buat apa."jelas Nara seraya tersenyum.
Sarah turut tersenyum. Untung mash ada yang sayang pada Suha. Setidaknya Suha berasa sedikit dihargai.
Zayyan melangkah keluar dari perut kereta. Kot baju dibetulkan. Zayyan memerhati setiap pelusuk set. Semuanya berjalan lancar. Senyuman terukir di bibir.
"Baguslah. Tanpa aku, Nara boleh handle benda macam ni."gumamnya perlahan.
Baru saja dia ingin masuk semula ke dalam kereta. Matanya menangkap sosok tubuh yang amat dia kenali. Mata dikecilkan bagi melihat seraut wajah itu.
"Suha?"
Sebaris nama itu yang terkeluar dari bibirnya. Kepala digelengkan. Tak mungkin. Kaki mengorak langkah mendekati gadis itu.
Buk!
Sarah mengusap dahinya. Aduh dah kenapa mamat ni berhenti depan aku pula ni? Nasib kepala aku tak benjol.
Sarah terlanggar tubuh Zayyan yang menghalangi jalannya. Perlahan-lahan Sarah mengangkat wajahnya. Nafas Zayyan seakan tersekat saat melihat wajah Sarah.
"Su.. Suha!" Zayyan menarik tubuh Sarah masuk ke dalam dakapannya. Berkerut wajah Sarah bila Zayyan tiba-tiba saja memeluk dirinya.
Siapa mamat ni? Desus hatinya.
"Saya rindu awak. Mana awak pergi selama ni Suha?"soal Zayyan menahan sebak. Air mata deras mengalir di pipi. Rambut Sarah dielus lembut.
Sarah meleraikan pelukan Zayyan. Tubuh Zayyan ditolak kasar menjauh darinya. Wajahnya berkerut.
"Eh kau siapa nak peluk-peluk aku ni?"soal Sarah seraya mengetap bibirnya. Suka hati je peluk orang, kenal pun tak. Rambut diselitkan ke belakang telinga.
Kali ini Zayyan pula berkerut. Setapak demi setapak mendekati Sarah. Tangan Sarah digenggam erat.
"Suha ni saya Zayyan. Awak tak kenal saya ke?"soal Zayyan serak. Air mata masih mengalir di pipi.
"Za.. Zayyan?" Sarah menilik wajah Zayyan. Dia ni kenalan Suha juga ke? Asal aku tak tahu. Ni mesti Emiir lupa nak cerita semua.
Zayyan mengangguk sekali. Tubuh Sarah ditarik rapat padanya. Pipi Sarah dielus lembut.
"Yea ni saya Zayyan."ujar Zayyan bernada lembut.
Sekali lagi tubuh itu dipeluk erat. Sungguh dia merindui gadis itu. Siapa sangka akhirnya dia bertemu dengan Suha. Teragak-agak Sarah membalas pelukan Zayyan. Meskipun dia tidak selesa tapi dia harus berpura-pura mengenali mereka.
"Awak pergi mana selama ni? Puas saya cari awak. Merata tempat. Saya risau tau tak. Saya dah fikir bukan-bukan. Saya ingat awak dah mati."
Sarah meleraikan pelukan. Wajah Zayyan direnung lama. Zayyan tersenyum. Pipi Sarah dielus lembut. Dapat Sarah rasakan bahawa Zayyan menyimpan perasaan pada Suha. Sarah mengesat lembut air mata Zayyan.
Tak sangka ada juga jejaka yang menyintai Suha seikhlas hatinya. Bertuah kau Suha.
Sarah membalas senyuman Zayyan. Tangan Zayyan yang berada di pipinya dipegang.
"Saya ada je. Cuma saya kena pergi tempat jauh daripada sini. Saya nak tenangkan hati saya. Thank you sebab risaukan saya. Saya tak sangka ada juga yang risaukan saya."ujar Sarah sambil ketawa kecil.
Zayyan masih merenung wajah Sarah. Mungkin ini masanya dia meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya. Perasaan yang selama ini dia pendam. Dia tidak mahu kehilangan Suha lagi. Cukuplah sekali.
"Suha."
Pandangan mata mereka bertaut. Seriousnya muka dia.
"Saya cintakan awak. Saya sayang awak Suha." Akhirnya dia mengungkapkan kalimat itu kepada Suha.
Terkedu Sarah bila mendengar luahan hati Zayyan. Dadanya terasa sesak. Ap.. Apa?
Hai smua sorry lmbt updated.. haha cherry writer blok utk novel ni.. hehe thank you support cherry ye smua maaf jika ad slh ke apa ke tau..
Share this novel