Zayyan membelek fail yang di serahkan oleh Nara padanya. Dengan sangat teliti, dia membaca isi fail itu. Kepala dianggukkan beberapa kali.
"Abang, apa yang abang angguk-angguk kan tu?"soal Nara berasa sedikit hairan dengan kelakuan Zayyan. Sungguh dia berasa rimas bila melihat Zayyan seperti itu. Tak lenguh ke leher tu? Nara menepuk lembut dahinya.
Sudahlah aku banyak kerja nj. Dia boleh bermain.
"Apa? Abang sedang menilai kerja yang Arhan dan Emiir bagi ni hah. Salah ke?"soal Zayyan kembali sambil menjongketkan keningnya sebelah kiri.
"Tak salah. Tapi abang ni kalau yea pun fokus sangat. Janganlah macam tu."omel Nara perlahan.
Zayyan tertawa kecil. Seronok sangat mendengar adiknya membebel.
"Abang! Ee benci laa macam ni." Nara menghentakkan kakinya tanda protes. Dia tahu Zayyan saja mengusik dirinya.
Nara memegang perut. Tiba-tiba sahaja perutnya berkeroncong. Hah sudah! Malulah depan abang kau berbunyi pula.
Makin galak Zayyan mentertawakan Nara. Nara mengetap bibir geram. Seronoklah tu gelakkan orang.
"Lapar ke adik abang yang comel ni hurm?" Zayyan menopang dagu memandang tepat ke arah Nara.
"Eh taklah. Tengah diet ni hah." Jelingan maut diberikan kepada Zayyan. Boleh senak perutnya kalau terus menerus ketawa.
Zayyan berdiri lalu membutangkan kot bajunya. Rambut di singkap ke belakang. Kaki mengorak langkah mendekati Nara. Kepala Nara diusap lembut.
"Jom abang belanja makanan kegemaran adik abang ni."ajak Zayyan dengan nada memujuk. Mahunya Nara merajuk, seminggu dia tidak ditegur nanti. Nara mencebikkan bibir.
"Fine but Nara nak makan MCD."ujar Nara sambil menyilangkan tangannya. Zayyan mengangguk tanda setuju.
"Jangankan MacDonald. Kfc, Pizza semua adik nak abang bagi. Hah cakap je." Zayyan mencuit hidung Nara.
"Ee abang nj. Dahlah jom." Nara memeluk lembut lengan Zayyan. Mereka melangkah keluar bersama-sama dari office.
Petang itu, Lukman dan Asmah meluangkan masa bersama ditemani Suha dan juga Naura. Suha hanya diam membisu.
"Sayang…!"
Suha pantas memandang ke arah pintu utama. Kedengaran suara Arhan sangat ceria. Tidak seperti sebelum ini. Arhan melangkah mendekati Naura. Naura yang sedang rancak berborak dengan Asmah segera dipeluk Arhan. Wajah Naura dikucup beberapa kali.
"Abang kenapa ni?"soal Naura berasa sedikit lemas bila Arhan memeluknya serta mengucup pipinya.
Lukman dan Asmah hanya ketawa melihat gelagat anak dan menantu mereka. Pasangan yang bahagia. Asmah mengusap lembut rambut Arhan.
"Ada apa ni sayang? Happy semacam je." Begitu lembut suara Asmah menyoal Arhan. Terserlah sifat keibuan yang tidak pernah dia tunjukkan pada Suha.
Arhan mengucup lembut tangan Asmah.
"Masalah dah selesai ibu. Semuanya berkat Naura yang membantu Arhan selesaikan kerja Arhan. Thank you sayang." Arhan kembali memeluk tubuh Naura.
Suha hanya tersenyum melihat adegan bahagia di hadapannya. Baguslah, masalah Arhan akhirnya selesai.
Tak sangka pertolonganku yang tidak seberapa dapat menyelesaikan masalah Arhan.
"Abang, Naura tak… "
Pantas Suha mengelengkan kepala sebaik sahaja Naura memandang ke arahnya. Naura hanya diam membisu. Arhan terus menerus memuji Naura begitu juga Asmah.
"Haih untung ada Naura yang tolong. Bukan macam seorang tu tahu datangkan masalah je. Dahlah menyusah orang."sindir Asmah mengerling ke arah Suha.
Suha menundukkan wajah. Perlian Asmah benar-benar membuatnya rasa seperti tergigit cili padi. Pedas!
Keluhan dilepaskan. Apalah nasib kau Suha? Memang betul apa yang dikatakan Asmah. Suha tahu semua ini berpunca dari dirinya. Andai sahaja dia tidak meminta pertolongan dari Arhan, semua ini tidak akan terjadi.
Arhan hanya memandang sepi ke arah Suha. Sedikit pun dia tidak membela apalagi mempertahankan Suha.
"Salena!"
Semua memandang ke arah pintu utama sebaik sahaja ada satu suara memanggil nama Suha.
"Emiir, ada apa ni? Buat ibu terkejutlah."soal Asmah yang benar-benar terkejut dengan Emiir yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana.
nEmiir hanya tersengih dan mengelengkan kepala. Dia melangkah ke arah Suha. Tangannya memegang sejambak bunga yang dipenuhi dengan coklat. Jambakan itu diserahkan kepada Suha. Berkerut wajah Suha. Suha berdiri berhadapan dengan Emiir. Suha memandang jambakan bunga dan wajah Emiir silih berganti.
"Untuk saya ke?"soal Suha terpinga-pinga. Emiir mengangguk.
"Tanda terima kasih dari I pada you."ujar Emiir dengan senyuman manis terukir pada bibir.
Suha tidak mengalihkan pandangannya dari Emiir. Seakan tidak percaya Emiir memberikannya hadiah seperti itu. Keningnya Suha terangkat. Jambak bunga itu bertukar tangan.
"Tapi terima kasih untuk apa? Saya buat apa?"soal Suha kebingungan. Dia sendiri tidak memahami apa yang berlaku saat itu.
"Untuk apa kau berterima kasih pula ni Mir?" Arhan memandang Suha dan Emiir silih berganti. Jelas wajahnya tidak senang dengan kelakuan Emiir terhadap isterinya.
Suha mula berasa tidak sedap hati. Habislah kalau Arhan marah dirinya akan menjadi mangsa.
"Terima kasih sebab Suha tolong aku siapkan kerja aku. Kalau dia tak tolong aku, mesti aku dah blank masa meeting tadi. Thank you Suha."ujar Emiir sambil mengenyitkan mata sebelah kirinya pada Suha.
Membulat mata Suha bila mendengar ucapan Emiir. Bilanya aku tolong dia? Lelaki ni tak betul ke? Saja nak kenakan aku ke apa ni?
Arhan mengetap bibir. Mata memandang tajam ke arah Suha. Suha yang perasan akan pandangan Arhan itu pantas mengelengkan kepala menidakkan apa yang diucapkan Emiir.
Naura menundukkan wajahnya. Berasa hampa kerana Emiir menyangka Suha yang membantunya. Sedangkan Naura lah yang telah menyiapkan kerja Emiir pada malam itu.
"Macam mana perempuan ni tolong Mir? Bila masa?"soal Asmah dengan riak tidak puas hati seperti biasa.
Emiir merenung Suha lama. Kaki melangkah mendekati Suha. Rambut Suha dielus lembut. Suha terkaku. Mulutnya terkunci rapat seakan tidak mampu mengeluarkan kata-kata.
"When I fall asleep?"ujar Emiir seraya tersenyum sinis.
Arhan mengenggam kuat tanganya. Api kemarahan saat ini membuak lebih-lebih melihat adegan seperti ini di hadapannya. Suha mengalihkan wajah saat Arhan berdehem kuat menyentak tatapan matanya dan Emiir.
"Dasar perempuan murahan! Eh kau tak tahu malu ke hah?! Masuk bilik lelaki lain sedangkan kau tu dah ada suami hah? Kau nak apa sebenarnya sampai kedua-dua anak aku kau nak?!"tempik Asmah. Dengan mudahnya dia mempercayai apa yang dikatakan Emiir.
Baru sahaja Naura ingin bersuara, Suha mengelengkan kepala. Tidak mahu Naura turut terlibat dalam masalah yang dia hadapi.
"Ibu, apa cakap macam tu. Tak eloklah. Kan Suha hanya berniat baik nak tolong Emiir. Okay lah tu. Pujilah Suha sikit sebab dah mudahkan kerja Emiir." Imran memujuk Asmah agar tidak terus menerus memarahi Suha. Eh eh ni pandai pula Emiir ni berlakon.
Asmah menghela nafas. "Dahlah."
Sempat Asmah menjeling ke arah Suba sebelum berlalu naik ke atas biliknya. Emiir hanya ketawa melihat gelagat ibunya. Suka sangat agaknya. Manakala suasana tegang di antara Arhan dan Suha.
"Suha,aku nak jumpa kau sekarang dalam bilik."arah Arhan dengan nada tegas. Arhan berlalu meninggalkan Suha dan Emiir. Naura membuntuti langkah Arhan.
Suha hanya tersenyum tawar. Jantungnya berdegup kencang. Perasaan takut mula menyerbu dirinya. Janganlah berlaku apa-apa.
"You memang jenis takde perasaan ke apa? Masih mampu tersenyum even dah kena maki dengan ibu."
Suha hanya menatap kosong wajah Emiir. Jambakan bunga itu Suha beri semula pada Emiir.
"Kenapa awak buat semua ni? Awak yang timbulkan masalah ni. Awak suka bila ibu maki dan marah saya ke?"soal Suha naif. Bibir Emiir terangkat senyum sumbing. Tidak dinafikan ini adalah rancangannya. Saja mahu mengenakan Suha.
"Ohh you boleh agak ye. Pandai juga awak ni." Emiir ketawa sinis. Berkerut seribu dahi Suha. Mengapa?
"Awak tahu bukan saya yang masuk bilik awak malam tu. Tapi kenapa awak cakap saya yang tolong awak siapkan kerja awak. Awak sendiri kenal Naura Naqila bukan. Gerak geri dia awak mesti tahu. Kenapa awak libatkan saya? Awak nak apa?" Suha cuba mengawal perasaan marahnya.
Emiir menarik tangan Suha. Dengan gaya selambanya, tangan itu dikucup lembut. Suha pantas menarik tangannya dari disentuh Emiir. Emiir merenung lama wajah Suha.
"Kau tahu kenapa aku buat semua ni kan. Aku tak perlu jelaskan apa-apa dekat kau Salena Suha."ujar Emiir perlahan. Rambut Suha diselitkan ke belakang telinga. Emiir berlalu meninggalkan Suha terpinga-pinga di ruang tamu.
Suha turut menaiki anak tangga. Dia harus bertemu dengan Arhan dan jelaskan semua. Arhan pasti marah.
Hai semua.. sorry ye bru dpt updated.. n maaf kalau chapter kali ni sendu.. Cherry nk ckp thank you sebab stia tnggu KKM kna updated.. Cherry mnta maaf buat korng trtnggu² ..enjoy oky :)
Share this novel
xada update terbaru ke
kenapa Emir buat Suha mcm tu.bila nak update lagi