Tangan naik mengurut pelipis keningnya. Hah masa-masa macam nilah migrain datang. Mata meliar memandang ke arah jalan. Tsk! Mana pula Emiir ni? Dah cakap kan aku balik dah, dia ni saja je kan.
Jam di pergelangan tangan di kerling. Dah senja kot. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangannya. Bibir tersungging senyum. Gambar Suha diusap lembut. Sungguh dia berasa rindu pada kembarnya.
"Akak rindu adik. Jangan risau akak akan pastikan mereka semua terima balasannya."gumamnya perlahan.
Air mata mula bergenang. Bahu Sarah ditepuk seseorang membuatkan dia terkejut. Pantas dia menutup lock screen telefon bimbitnya. Sarah menoleh ke belakang. Kelihatan Zayyan sedang berdiri di belakangnya dengan senyuman. Berkerut seribu dahi Sarah.
Dah lama ke dia berdiri belakang aku?
"Awak tak balik lagi?"soal Zayyan. Sarah cuba menenangkan dirinya. Risau jika Zayyan mengesyaki sesuatu.
"Urm saya tunggu Emiir."jawab Sarah kekok. Aduh Sarah kau dah kenapa? Cuba bertenang.
Zayyan menganggukkan kepala. Senyuman tidak lekang di bibir. Tak penat agaknya mamat ni asyik senyum. Senyum jelah. Sarah turut membalas senyuman Zayyan.
Pin!
Sarah berpaling ke arah bahu jalan. Kelihatan kereta milik Emiir sudah menanti dirinya. Emiir memandang Sarah dari dalam kereta. Zayyan? Dia nak apa dari Sarah? Opps lupa Sarah adalah Suha.
"Erm saya balik dulu ye Zayyan. Jumpa esok."pamit Sarah lalu meninggalkan Zayyan.
Zayyan hanya memandang sepi ke arah Sarah yang sudah masuk ke dalam perut kereta. Perlahan-lahan senyuman yang terukir pudar. Perasaannya mula mencurigai gadis yang disangkakan Suha.
Kenapa dia nak usap gambar dia sendiri? Akak?
Berkerut-kerut wajah Zayyan cuba memecahkan teka teki yang bermain di mindanya. Kepala digelengkan sekali. Mata meliar mencari kelibat adiknya. Hah sudah mana pula budak kecil ni? Kata nak balik bersama. Keluhan berat dilepaskan.
Nara mencapai beg tangan di atas meja. Sempat dia melambai ke arah juru solek sebelum melangkah keluar dari bilik solek itu. Kaki mengorak langkah menuju ke tempat letak kereta.
"Eh tu kan..?"
Langkahnya terhenti saat melihat sosok tubuh yang dia kenali. Mata disepetkan untuk melihat wajah itu. Tangan naik menerkup mulut. Naura!
"Eh jap, tu bukan Naura ke? Tapi siapa lelaki yang dengan dia tu?" Berkerut wajah Nara bila melihat Naura sedang bermesraan dengan lelaki lain.
Naura memeluk mesra lengan Imran. Kepala digesel manja. Begitu mesra sekali sehingga sesiapa saja yang melihatnya pasti akan menganggap mereka pasangan suami isteri.
Hujung bibir diketap. Tak guna! Sanggup kau buat abang Arhan macam ni. Nara mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan. Dia menangkap gambar adegan kemesraan Naura bersama Imran. Imran mengucup lembut pipi Naura dengan selamba.
"Oh no.. Aku tengah tengok drama free ke apa ni? Tsk tsk.."gumamnya perlahan. Uwerk nak muntah pula aku baik aku berambus dari tengok benda macam tu.
Pantas Nara masuk ke dalam perut kereta Zayyan. Pintu dihempas kuat. Terhinjut bahu Zayyan sebab terkejut. Wajah Nara dikerling. Monyok saja budak ni.
"Kau kenapa? Monyok semacam. Gaduh dengan Zariff ke tu?" Saja mahu menyakat adiknya. Bukan dia tak tahu Zariff menyimpan perasaan pada Nara. Nara saja keras hati.
Nara mencubit lengan Zayyan kuat.
"Aduh sakitlah apa ni?"adu Zayyan sambil mengusap lengannya. Boleh tahan kuat juga cubitan Nara ni. Tengok sikit manatau lebam boleh bawa kes penderaan. Aipp lebih lebih kau ni Zayyan.
"Hah padan muka. Sebut lagi nama dia bukan takat cubit je Nara belasah abang. Ala-ala smackdown hah."ujar Nara dengan yakin. Ceh ada hati nak smackdown orang, tak sedar badan tu kecik.
Kening sebelah kiri dijungkitkan. Zayyan menilik tubuh Nara dari atas ke bawah. Jari diletakkan ke dagu.
"Dah kenapa pandang macam tu?"soal Nara hairan. Tangan naik menyilang ke dada.
"Muka kau nak smackdown aku. Tu kaki kau pun tak sampai tau nak tendang aku.. Ada hati."
"Eh dahlah. Jalan cepat letih tahu tak."arah Nara.
"Yea yea mak cik sabar." Selamba saja Zayyan panggil adiknya mak cik.
Nara hanya diam membisu sepanjang jalan. Otaknya masih ligat memikirkan kejadian yang berlaku di hadapannya. Pelbagai soalan mula timbul di minda. Tsk tak boleh jadi. Aku kena cari tahu siapa lelaki tu? Apa hubungannya dengan Naura? Ke aku patut minta tolong Zariff? Eww amit-amit gue. No way.
"Macam mana kerja? Okay tak?"soal Emiir saja mencari topik untuk dibualkan. Senyap saja keadaan kereta tu boleh buat dia berasa kekok.
"Hurm okay."jawab Sarah sepatah. Aiii sepatah je kau jawab, bad mood ke apa dia ni?
Wajah Sarah dikerling sekejap. Emiir cuba mengingati kesalahan apa yang dia dah buat pada Sarah.
Aku ada sakitkan hati dia ke? Hah tulah kau Miir suka sangat sakat dia kan. Dah mendapat kau. Padan muka.
"Erm Sarah."
"Apa?"soal Sarah malas. Ee apa lagi dia nak ni? Aku dah lah sakit kepala ni. Penat satu hal.
"Tengok aku."arah Emiir yang masih fokus pada pemanduaannya.
Dengan keadaan super duper malas, Sarah palingkan wajah memandang Emiir. Sarah merenung lama wajah Emiir. Bila fikir balik handsome juga mamat ni. Hah sudah, Sarah apa kau fikir ni?
"Aku minta maaf."pinta Emiir lembut. Riak wajah Sarah berubah. Terkejut juga dengar ucapan maaf dari Emiir.
"Why you minta maaf?"soal Sarah. Musykil juga dengan Emiir ni kadang. Dia ni ada angin kus-kus agaknya. Tak dah angin tak dah ribut tetiba minta maaf.
Emiir menghela nafas berat.
"Aku minta maaf andai kau terasa hati dengan aku. Yealah kadang kan aku suka sakat kau, suka bergurau dengan kau. Aku takut kau berkecil hati ke dengan aku. Tak pun marah aku ke? Hah tak ke susah hidup aku nanti kalau kau merajuk." Boleh tahan panjang juga ulasan Emiir ni.
Sarah cuba menahan ketawa. Comel pula Emiir ni. Ehem aku kena berlakon.
"Tu lah.. You buat I lagi macam tu. I nak merajuk setahun dengan you."ujar Sarah tenang.
Membulat mata Emiir mendengar bicara Sarah. Mak aii setahun.
"Alaa janganlah. Nanti aku tak dah kawan. Kau jangan merajuk eh."pujuk Emiir.
Eleh yea ke tu? Entah-entah ramai lagi perempuan kau jadikan kawan kau. Macam tak kenal buaya darat macam kau ni.
"Yea laa. I tak jadi merajuk setahun dengan kau. But ada syaratnya." Bibir tersungging senyum penuh makna. Hah sudah apa pula syaratnya ni.
"Hah apa dia?"soal Emiir ingin tahu.
Sarah ketawa.
"I nak you belanja I makan makanan paling sedap yang ada dekat Malaysia ni."
Emiir menghela nafas lega. Belanja je kot siapa tak lega. Kepala dianggukkan sekali.
"Boleh dear. Anything for you."
What the..? Hah nasib tak jadi mencarut. Yea yea je dear. Nak muntah.
Sarah tayang wajah menyampah. Emiir ketawa melihwat wajah Sarah. Amboi senang hati ye.
Hahah hai semua asslmualaikum.. finally Kerana Kau Milikku capai 100k views yeayy haha smua brkat kmu smua.. thank you arr sbb skong Cherry.. actually Cherry not in mood mnaip hahah hlng smngt Cherry but I still buat sbb kmu smua heheh.. feel free dm cherry d ig okay.. kita brchat chit gitu hahah..
Share this novel