Suha menopang dagu. Pelbagai soalan mula timbul di minda. Mustahil Sarah dan Emiir menipu. Tapi laporan yang dia terima juga tidak mungkin salah.
"Apa jadi sebenarnya ni? Kenapa mereka nak ke Malaysia? Bukankah kak Sarah dah janji akan lupakan benda yang telah berlaku."gumamnya perlahan.
Perlukah aku ke sana? Tapi bagaimana kalau Arhan tahu? Arhan.. Sebaris nama yang telah dia lupakan. Cintanya pada Arhan sudah lama terkubur. Tapi entah mengapa dia berasa gugup untuk bertemu mereka semula.
.
'Aku nak jumpa kau esok'- Nara.
Lama mesej itu direnung. Entah sudah kali ke berapa dia membaca mesej itu. Mimpi apa pula dia nak jumpa aku ni?
Bibir tersungging senyum. Hatinya mula berbunga. Takkan dia rindu kot. Hah tulah dah ada depan jual mahal lagi. Tubuh direbahkan di atas katil. Bayangan wajah Nara bermain di minda.
"Haih Nara Alena, kenapa kau buat aku angau ye? Nakal sangat kau ni."
Bantal dicapai lalu menerkup wajahnya. Konon malu. Aduhai dah gila bayang dah Zariff Iskandar ni.
Kerana ingin bertemu Nara, seawal pukul 7 pagi lagi dia telah bersiap. Fuh semangat nak jumpa buah hatilah katakan. Zariff menyembur minyak wangi ke tubuh. Sah-sah dari kejauhan lagi orang ramai dapat menghidu bau minyak wangi Zariff.
"Hah baru lah kacak. Zariff Iskandar sememangnya kau seorang yang kacak."pujinya seraya memandang ke arah pantulan cermin.
Kunci kereta di capai lalu dia mengorak langkah keluar dari bilik tidurnya. Aila yang baru saja menaiki anak tangga menutup hidungnya. Wajah Zariff dipandang.
"Ya Allah angah, wanginya. Mandi perfume ke apa ni?"soal Aila berbaur sindiran. Gila tak wangi hampir nak habis perfume tu disemburnya.
Zariff menyingkap rambut ke belakang. Tangan diangkat tinggi lalu dia mencium bau badannya sendiri.
"Eh standard laa ni. Kalau tak wangi, karang orang cakap tak mandi pula."jawab Zariff.
Aila mengelengkan kepala. Aduh boleh pening macam ni. Orang dalam rumah dah tak betul agaknya.
"Angah agak-agaklah. Kuat kot. Angah nak jumpa siapa? Buah hati?"
Mendengar saja perkataan buah hati dari mulut Aila membuatkan Zariff tersenyum malu. Eh malu malu kucing pula.
"Jap tapi angah tak dah buah hati."ujar Aila selamba.
Mati terus senyuman Zariff. Tak guna punya adik. Aku dah syok bayang moment bahagia aku. Dia boleh musnahkan dengan cakap macam tu.
Dahi Aila dijentik.
"Aww sakitlah."adu Aila seraya mengusap dahinya. Bibir dicebikkan.
"Hah siapa suruh? Sibuk sangat. Dahlah aku nak keluar. Kalau ibu cari, cakap je aku keluar."
"Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta." Sempat pula dia nyanyi lagi sambil melangkah turun.
Berkerut seribu dahi Aila. Pandangan tidak dialihkan dari Zariff. Gila apa agaknya abang aku sorang ni? Siap nyanyi bagai. Senang sangat hati tu.
Sarah mengunci pintu biliknya. Aila menoleh memandang ke arah Sarah pula. Bibir tersungging senyum tawar.
"Selamat pagi kak Salena."sapa Aila lembut.
Sarah melangkah mendekati Aila.
"Yea selamat pagi."jawab Sarah bersahaja. Malas nak beramah mesra dengan orang dalam rumah ni. Bukannya baik pun.
"Akak nak ke mana?"soal Aila penuh ramah. Senyuman tidak lekang di bibir.
"Jangan sibuk urusan I. I keluar dulu."jawab Sarah bernada serious.
Berkerut wajah Aila. Eh kak Salena okay ke? Kenapa dia macam lain sangat hari ni?
Sarah melangkah keluar dari rumah tanpa menghiraukan Aila. Dia sudah cukup letih harus berpura-pura menjadi Salena Suha. Menjadi seorang yang lemah lembut bukanlah taste Sarah.
Sarah masuk ke dalam perut kereta. Stereng kereta dipukul kuat.
"Arghhh!!"
Rambut diraup kasar. Apa aku nak buat sekarang ni? Macam mana aku nak bongkarkan perangai perempuan tak guna tu kalau Emiir asyik nak jaga aku? Erghh aku kena buat way aku sendiri. Kereta dipecut keluar dari perkarangan rumah agam itu. Dah rupa nak berlumba gayanya.
Zariff menunggu Nara di salah satu kafe berhampiran dengan pejabat Nara. Jam di pergelangan tangan dikerling beberapa kali. Dah nak dekat dua jam aku tunggu takkanlah tak jadi jumpa pula ni.
Beberapa minit kemudian, matanya menangkap sosok tubuh Nara yang melangkah ke arahnya. Senyuman tidak mampu ditahan lagi.
"Sorry aku lambat."pinta Nara sebaik saja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Zariff.
Zariff mengelengkan kepala.
"Eh takpe takpe. Aku pun baru je sampai." Amboi menipu nampak. Takpe takpe tipu demi buah hati.
"Okay aku tak nak buang masa. Aku ada benda nak minta tolong sebenarnya."ujar Nara tidak mahu membuang masa.
Zariff menjongketkan kening. Wajah Nara di pandang seraya menopang dagu.
"Tolong apa tu?"soal Zariff berasa ingin tahu.
Nara mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Lock skrin di buka lalu Nara menyerahkan telefon itu kepada Zariff. Zariff melihat gambar yang terpampang di skrin telefon milik Nara.
"Apa ni? Naura? Tak mungkin." Seakan tidak mempercayai apa yang sedang dia lihat. Sesuatu yang mustahil untuk Naura berbuat sedemikian.
"Aku mulanya tak nak berburuk sangka. Tapi depan mata aku sendiri aku nampak dia buat macam tu dengan lelaki lain."
Aduh apa semua ni? Takkan Arhan tak tahu kelakuan isterinya.
"Sebab tu aku nak minta kau bantu aku. Aku nak tahu siapa lelaki tu? Dan aku nak tahu apa hubungan Naura dengan lelaki tu. Semua ni aku lakukan sebab aku sayangkan abang Arhan seperti abang aku sendiri. Aku tak sanggup nak tengok abang Arhan diperbodohkan sampai macam ni sekali."
Tergamam Zariff bila mendengar ucapan Nara. Sungguh dia tidak menyangka meskipun hubungan mereka tidak terlalu rapat seperti dulu. Nara masih menyayangi mereka.
Perlahan-lahan Zariff menganggukkan kepala.
"Baik aku bersetuju. Kita akan cari tahu tentang ni."
Nara ketawa. Tanpa dia sedar, tangan Zariff dicapai lalu digenggam erat. Terlalu gembira agaknya.
"Thank you Zariff. Thank you."ucap Nara.
Jantung Zariff bagaikan ingin meledak. Aduh hah sudah dah kenapa aku ni? Baru pegang tangan kau dah macam ni. Zariff behave.
"Welcome Nara."balas Zariff seraya tersenyum. Suka dia melihat senyuman gadis kecil molek di hadapannya inii.
Sarah merenung wajahnya dari pantulan cermin meja solek di dalam bilik persalinan itu. Wajah ini yang membuat orang menyangka dirinya adalah Salena Suha. Tubuh dipusing ke belakang. Cardigan diturunkan sedikit memperlihatkan bahagian tubuh belakangnya. Tanda lahir yang dia milik adalah satu-satunya tanda yang membezakan dirinya dengan Salena Suha.
Keluhan berat dilepaskan. Seseorang menerjah masuk ke dalam bilik persalinan itu membuatkan Sarah pantas menutupi tubuhnya. Senyuman cuba diukirkan.
"Cik Salena saya diminta Encik Zayyan untuk memberikan ini kepada Cik."ujar gadis itu seraya memberikan Sarah sejambak bunga.
"Untuk saya?"soal Sarah menginginkan kepastian.
Gadia itu mengangguk membenarkan soalan Sarah.
"Saya minta diri dulu. Encik Zayyan menunggu Cik dekat pantai hujung sana tu." Gadis itu pun melangkah keluar dari bilik persalinan itu.
Sarah mengambil kad yang berada di dalam jambakan bunga itu. Isi kad itu dibaca dengan sangat tekun.
'Saya tak pandai nak berkata-kata manis. Tapi saya nak jumpa awak. Ada kejutan menanti awak.' - Zayyan Armand.
Hurm kejutan? Birthday Suha ke apa ni? Apa-apa jelah. Jumpa jelah.
Tanpa membuang masa, Sarah menuju ke tempat di mana Zayyan berada. Terhenti langkah Sarah saat melihat suasana yang dihiasi dengan sangat cantik. Candle light dinner? But kenapa cantik sangat? Dah rupa nak melamar pula.
Zayyan tersenyum saat melihat Sarah berdiri tidak jauh daripadanya. Tangan dihulurkan kepada Sarah. Teragak-agak Sarah menyambut tangan Zayyan.
"Salena Suha.." Zayyan menarik tangan Sarah rapat kepadanya.
Sarah seakan tidak mampu berbicara. Dia hanya mampu mengikut rentak apa yang ingin Zayyan lakukan.
"Salena Suha binti Ahmad, sudikah awak menjadi suri hati saya?" Zayyan mengeluarkan sekotak cincin dari dalam poketnya lalu melutut di hadapan Sarah.
Tangan naik menekup mulut. Sarah berundur setapak. Apa? Zayyan tengah melamar ke? Aduh hah sudah apa aku nak buat ni?
Asslmualaikum.. hai hai.. rndu tk tu.. hahah double chapter kan hri ni.. hah yg stu chapter lg tnggu Cherry updated sma ad ptng or mlm ogheeey.. maceeeh
Share this novel