Bab 29

Romance Series 191605

   Suha memulas tombol pintu biliknya. Kad nama pemberian Zayyan dipandang lama. Keluhan berat dilepaskan. Suis lampu dinyalakan. Hampir saja dia menjerit tatkala melihat susuk tubuh Arhan yang sedang baring di atas sofa biliknya. 

   Suha melangkah ke arah meja solek. Pinggangnya dirangkul seseorang. Pipinya dikucup lembut. Perlahan-lahan kucupan itu turun ke jinjang lehernya yang terdedah. 

  "Abang...saya.." Arhan menarik tubuh Suha menghadap dirinya. Pipi Suha dielus lembut. Suha diam merenung anak mata Arhan. 

   "Kau pergi mana hurm..?"soalnya dengan suara dingin. 

   "Saya keluar dengan Aila,"jawab Suha sedikit gagap. 

  Arhan menjungkitkan kening. Seakan meragui apa yang Suha katakan. Dagu Suha ditarik lembut. Mata Suha direnung tajam. 

  Bibir tersungging senyum sinis. Pipi itu dicengkam kuat membuatkan Suha meringis kesakitan. 

  "Abang sakit." Suha memegang tangan Arhan yang mencengkam pipinya. 

  "Kau nak tipu aku ke? Pandai kau sekarang kan. Makin hari aku tengok kau ni makin menjadi perangai kau ye. Dah berani kau keluar tanpa kebenaran aku hah!"tempik Arhan dengan suara lantang. Baru saja dia pulang ke rumah dia sudah mendapat berita isteri keduanya ini keluar tanpa dia ketahui. Lebih teruk lagi keluar bersama lelaki lain. 

  Naura bersandar pada dinding pintu bilik Suha. Mana mungkin dia melepaskan peluang sebegini. Senyuman terukir pada bibir. Gambar yang berada di tangannya dibelek satu persatu. Untung saja dia sempat memberi Arhan gambar sewaktu Suha bersama Zayyan bertemu. 

  "Haih Suha Suha kesiannya kau kan. Dalam rumah ni takkan ada yang percaya pada kau. Kau tu tak ubah macam hamba abdi saja. Sekarang baru kau tahu tinggi rendah langit tu."ujarnya perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. 

  

Pang! 

  Pipi Suha terasa pedih. Air mata deras mengalir di pipi. Suha memejam mata rapat, bibir diketap menahan tangisnya. 

  "Hey perempuan, kau memang jenis tak reti bersyukur ke hah! Aku ni dah cukup baik kutip kau tepi jalan ini kau balas dekat aku!!" Rambut Suha direntap lalu dicengkam kuat. Selama ini dia hanya mampu bersabar dengan kelakuan isteri nombor duanya ini. Tapi tidak pada hari ini, dia sudah tidak mampu bersabar lagi. Panas hatinya melihat gambar mesra Suha bersama Zayyan. 

   Suha menangis teresak-esak. Kepalanya begitu sakit tapi tidak sesakit hatinya saat ini. Arhan melampau! Apa salah aku? Dia tidak pernah beri peluang untuk aku jelaskan semuanya. 

  "Abang saya bukan tak nak bagitahu abang tapi abang yang tak jawab call saya."ujar Suha tersedu-sedan. 

  Arhan ketawa sinis. Arhan menolak kasar tubuh Suha ke atas katil. Tali pinggang yang terlilit di pinggangnya dibuka kasar.

   “Kau ni kalau tak kena ajar perangai kau makin menjadi-jadi!"

  Suha menjerit kesakitan apabila sebuah libasan hinggap tepat di belakang perutnya. Arhan melibas tubuh gadis itu menggunakan tali pinggangnya tanpa belas kasihan. Raungan Suha langsung tidak diendahkan. Bagaikan dirasuk Arhan tidak berhenti melibas tubuh Suha. 

  Suha terbaring lemah di atas katil. Air mata seakan tidak mampu menitis lagi. Sungguh tubuhnya saat ini berasa amat sakit. 

  Arhan melabuhkan punggung di sisi Suha. Tubuh Suha dipandang lama. Rambut Suha dibelai lembut. 

  "Kau kalau tak nak sakit, dengar cakap aku. Faham tak sayang?"ujar Arhan dengan nada cukup lembut. Suha memejam mata rapat. 

  Arhan mengorak langkah meninggalkan Suha di dalam bilik.Suha menghamburkan tangisnya sekali lagi. Kenapa? Kenapa hidup aku macam ni? Sampai bila aku kena hadap semua ni? 

   

   Aila bersandar pada palang balkoni biliknya. Fikirannya melayang memikirkan apa yang Naura katakan. Tak mungkin Naura orang ssperti itu. Mustahil! Dia mendengar setiap bait apa yang Naura katakan sewaktu Naura berdiri dihadapan pintu bilik Suha. Dia juga mendengar abangnya memukul Suha tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. 

  "Apa aku kena buat?"gumamnya perlahan. Keluhan dilepaskan. Skrin telefon bimbitnya dipandang lama. Dalam kepalanya saat ini hanya Nara yang dapat membantunya.

  Nara yang baru saja keluar dari bilik air segera mendapatkan telefon bimbitnya yang berasa di atas meja solek. Nara melihat nama si pemanggil. 

  "Aila." Pantas dia mengangkat panggilan dari Aila. 

  "Helo Aila kau nak apa?"soal Nara dengan nada sedikit tegas. Kedengaran esakan kecil Aila. Berkerut wajah Nara. Perasaan mula berasa risau. 

  "Hey kau kenapa?"soalnya lagi sekali. 

  "Nara tolong kak Salena. Please selamatkan dia Nara."ujar Aila dengan serak. Hah? Selamatkan dari apa pula ni? 

  "Aila calm down. Kau relaks. Okay erm kau tenang dulu pastu kau cite kat aku semua okay?"pujuk Nara menenangkan Aila. 

  

   Aila menarik nafas lalu menghembus perlahan. Begitu sayangnya dia pada Suh sehingga dia tidak sanggup melihat Suha terseksa lagi. Merasa dirinya sedikit tenang, Aila mula menceritakan setiap apa yang dia lihat mahupun dengar. Dengan penuh setia, Nara mendengar luahan hati Aila. 

  "Apa?! Naura?!"soal Nara separa menjerit. Sungguh dia tidak sangka Naura seperti itu. 

  Zayyan yang mendengar jeritan adiknya dari bilik segera masuk ke dalam bilik Nara. 

  "Nara! Kau okay tak?"soal Zayyan cemas. Jelas kelihatan riak wajahnya yang amat risau dengan keadaan adiknya. 

  Zayyan mendekati Nara. Tubuh Nara dibelek. 

  "Tsk apa ni abang? Ee Nara okaylah."ujar Nara selamba. Menyampah dengan perangai Zayyan tak boleh dengar dia menjerit. Mesti disangkakan dia terluka atau berada dalam keadaan bahaya. 

  Zayyan menghela nafas lega. Nasib baik adiknya okay kalau tak. Berkerut seribu dahi Zayyan. Eh kalau dia okay, dah kenapa menjerit pula? 

  "Aila esok aku jumpa kau. Abang ni hah kecohlah." Nara tayang muka menyampah pandang Zayyan. 

  Eh eh aku pula. Dia yang menjerit buat orang risau je. 

  Nara menamatkan panggilan bersama Aila. Haih baru je nak bergosip, Zayyan pula datang mengganggu. Nara tidak menghiraukan Zayyan. Mesin pengering rambut dicapai. 

  "Nara siapa tadi tu?"soal Zayyan sambil bersandar pada meja solek Nara. 

  "Aila."jawabnya sepatah. 

  "Aila? Kenapa dengan dia?" Nara mematikan suis pengering rambut. Wajah Zayyan dipandang lama. 

  "Ni tentang kak Suha." Berkerut wajah Zayyan bila mendengar nama Suha disebut Nara. Perasaannya mula berasa tidak tenang. 

  "Kenapa dengan Suha?"soal Zayyan serious. Tiada lagi riak wajah Zayyan yang seperti tadi. Sememangnya jika hal ini berkaitan dengan Suha, dialah yang paling laju. 

  Nara tersenyum. Yes, Zayyan tidak boleh menipu diri sendiri. Perasaan cintanya kepada Suha masih ada meskipun Zayyan sering kali menafikannya. 

  "Abang akan tahu esok. Esok Nara dah janji dengan Aila. Abang boleh tanya apa saja yang abang nak tahu dari Aila."jawab Nara sambil menepuk bahu abangnya. Nara melangkah ke katil lalu merebahkan tubuh. 

  Zayyan mengeleng perlahan. Naraa tidak akan menceritakan apa-apa kepadanya. Saja nak buat aku tak lena tidur ke ni? Zayyan ketawa kecil. 

  Zayyan mengorak langkah ke arah katil Nara. Selimut milik Nara ditarik ke paras bahu. Rambut Nara diusap lembut. 

  "Good night princess abang."ucap Zayyan lembut. Sempat menutup suis lampu bilik Nara sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. 

  Salena Suha. Apa lagi yang jadi dekat kau? Kau buat aku tak keruan Suha. Aku harap tak dah benda buruk jadi dekat kau. 

Asslmualaikum hahaha Cherry curi² taip wktu krja ni.. maaf kalau hambar.. so sila laa ye

Share this novel

Anis Insyirah
2021-03-14 16:19:07 

takutlah ...... baca sambil makan nugget.


NovelPlus Premium

The best ads free experience