Bab 8

Romance Series 191605

   Sejak dari tadi Suha hanya diam membisu melihat kebahagian yang terjalin indah di hadapannya kini. Seawal pukul 6 pagi lagi, Naura sudah mengetuk pintu rumahnya dan mengajaknya ke rumah. Naura meminta agar Suha menetap di rumahnya untuk beberapa hari. 

  "Suha. " 

  Suha menoleh. Kelihatan wajah tegang Arhan. 

  "Yea ada apa abang? "soal Suha sedikit takut bila melihat wajah Arhan. 

  Arhan menarik Suha ke dapur. Suha hanya menurut tanpa membantah. 

  "Parents aku dah balik. Aku kena bawa kau jumpa mereka. " ujar Arhan perlahan. 

  Suha menghela nafas lega. Sangkakan ada apa-apa yang buruk berlaku. 

  "Ohh tak apa, saya okay je." balas Suha dengan sangat yakin. Amboi yea ke tu okay Suha hoi. 

  Arhan mengurut lembut pelipis keningnya dengan dahi yang berkerut seribu..Wajahnya tunduk melihat lantai. 

  "Aku tak tahu nak buat apa. Bercakap dengan ibu bukanlah perkara yang mudah."

  Suha yang melihat Arhan menjadi kasihan. Apa akan terjadi pada Arhan jika bertemu dengan ibu ayahnya nanti? Disebabkan dirinya, Arhan terpaksa menghadapi semua masalah. 

  "Saya minta maaf abang. Tapi saya kena berjumpa dengan ibu dan ayah abang juga kan untuk meminta agar merestui hubungan kita ni." ujar Suha. Sampai bila dia harus melarikan diri? 

  Arhan mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Suha. Perlahan-lahan tangan Arhan naik menyentuk pipi Suha. Pipi Suha diusap lembut membuatkan Suha tergamam seketika. 

  "Comot. " tipu Arhan. Saja dia berkata seperti itu. Sememangnya dia ingin menyentuh pipi gebu isterinya itu. 

  Suha pantas mengesat kawasan pipinya yang dikatakan comot itu. Mudahnya Suha dipermainkan. Arhan hanya melihat menahan tawanya dari pecah. 

  "Okaylah, aku nak keluar kejap. Around 5 aku balik. Pastikan kau dah kemas semua pakaian apa yang patut. Kita gerak nanti. " arah Arhan lalu pergi meninggalkan Suha. 

  Suha termenung sendirian. Hati berdegup kencang bila membayangkan perjumpaan kali pertamanya dengan keluarga Arhan. Bagaimana kalau keluarga Arhan tidak menerima dirinya? Ya Allah, kenapa aku tak sedap hati ni? 

   "Suha.. " terhinjut bahu Suha akibat terkejut.

  Naura mengukir senyuman manis. 

  "Kenapa ni? Termenung jauh nampak. " soal Naura. Gelas dicapai lalu kaki melangkah menuju peti sejuk. Naura mengambil kotak susu jenama Dutch Lady perisa coklat. Naura menuang susu ke dalam gelas lalu diteguk. 

  Suha mengaru kepala yang tidak terasa gatal. 

  "Tak ada apa. Saya cuma terfikir macam mana nak hadap keluarga Arhan je. Saya takut sebenarnya.. " 

  Naura ketawa lalu datang mendekati Suha. Pipi Suha dicubit perlahan. 

  "Don't worry, ibu dan ayah baik tau. Saya yakin mereka akan terima awak. Awak cantik, pandai masak. " puji Naura. Naik kembang Suha bila dipuji seperti itu. 

  Keluhan berat dilepaskan. Pujian Naura seakan tidak dapat menenangkan hatinya. Naura menepuk-nepuk lembut bahu Suha. 

  "Alaa Suha relaks okay. Dah awak pergi kemas pakaian awak. Awak nak gerak hari ni kan? " Suha mengangguk perlahan. 

  "Okay jom. Saya tolong awak okay. " Naura menarik tangan Suha. Suha hanya mengikut langkah Naura. 

  

  Kereta diberhentikan di dalam garaj rumah. Suha mengerling ke arah rumah agam yang agak besar disampingnya. Wow besarnya! 

  "Dah jom. " Arhan membuka pintu kereta lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Suha yang terpinga-pinga ditinggalkan. Bergegas Suha mengejar Arhan dari belakang. 

  Suha menoleh ke sisi melihat Arhan yang hanya menundukkan wajah memandang lantai. Kedengaran dari bawah suara ibu Arhan mengamuk besar saat mengetahui kedatangan kami. 

  "Abang okay? " soal Suha sambil mengusap lembut bahu Arhan. 

  Soalannya hanya dibiarkan. Langsung tidak dijawab oleh Arhan. Pandangan mereka beralih melihat dua gerangan, seorang lelaki tua dan seorang wanita muda yang lebih muda darinya berjalan mendekati mereka. 

  "Assalamualaikum ibu, ibu shat? " soal Arhan yang terus mengucup tangan wanita itu. 

  Baru sahaja Suha ingin melakukan perkara sama, wanita itu pantas menarik tangannya dari dikucup Suha. 

  "Anak ni Suha,ya? " soal lelaki disisinya ramah setelah melihat Suha Yang terkebil-kebil. 

  Pasti ini ayah Arhan. Suha mengambil tangan lelaki itu lalu dikucup. Suha mengangguk. 

  "Yea pakcik. Saya Suha. Salena Suha. " jawab Suha lembut. 

  "Eh apa berpakcik bagai ni. Suha kan menantu ayah. Panggil saja ayah dan ibu ye. " ujar Tan Sri Lukman. 

  Suha mengangguk dengan senyuman terukir pada bibirnya. Suha mengerling ke arah ibu mentuanya. Nampak gaya seperti ibu mentuanya tidak menyukai dirinya. 

  "Ayah sihat? Maafkan Ayden tak dapat ikut serta dengan aktiviti di sana. Macam mana?  Okay tak? " soal Arhan.

  Arhan bercakap sopan sahaja dengan ayahnya. 

  "Kami sihat. Alhamdulillah jangan risau. "

  Belum sempat Arhan bertanyakan lebih lanjut mengenai aktiviti mereka. 

  "Tak dapat serta sebab Ayden kahwin lain belakang kami kan?" perli Puan Sri Asmah dengan wajah cemberutnya. 

  Arhan menghela nafas berat lalu beralih ke arah ibunya. Kedua-dua tangan ibunya dikucup lembut lalu wajahnya disembabkan ke riba ibunya. 

  "Maafkan Ayden ibu. Ayden tak berniat nak buat ibu terasa hati. Ayden tak pernah terfikir pun nak membelakangi ibu dan ayah tapi perkara ini terjadi dengan mendadak ibu.. " luah Arhan sedikit serak. 

  Suha berasa sangat bersalah melihat Arhan seperti itu. Ayden seakan ingin menghamburkan tangisannya. Semua ini berlaku kerana Suha. Jika malam itu Suha tidak meminta bantuan dari Arhan, mesti Arhan tidak harus berhadapan masalah seperti ini. 

  "Maafkan Suha kerana menyampuk tapi semua ni bukan salah Arhan. Suha yang bersalah ibu. " sampuk Suha. Nada suara perlahan namun cukup jelas. 

  Dengan kekuatan yang ada, Suha cuba membantu Arhan. Tan Sri hanya diam mengunci mulut manakala Puan Sri pula merenung tajam merenung tajam ke arah Suha. Suha kecut perut. Pembantu rumah yang menghidangkan minuman dipanggil Puan Sri. Gelas berisi air jus epal disimbah ke wajah Suha. 

  "Ya Allah, awak!" Tan Sri menahan isterinya yang terus menyimbah wajah Suha dengan air jus epal itu. Suha menundukkan wajah saat air mata mengalir deras. 

  "Kau ni memang perempuan tak tahu malu! Anak aku ni suami orang. Mesti kau yang goda anak aku untuk kau jadikan pak sanggup. Perempuan jenis apa kau ni hah?!

  Suha terus ditengking oleh Puan Sri Asmah. Arhan yang sudah berdiri di sisi ibunya hanya diam melihat Suha dimarahi. 

  "Ma.. Maafkan Suha.. " bergetar suara Suha menahan esakan. 

  Puan Sri mendekati Suha, membuatkan Suha semakin membongkok dihadapannya. 

  "Aku takkan sesekali terima kau sebagai menantu. Jadi jangan berangan nak jadi menantu aku! Dan aku Puan Sri Asmah takkan merestui hubungan kau dan anak aku sampai bila-bila! " tengking Asmah lagi. 

  Lutut Suha seakan lemah sebaik sahaja mendengar sumpah dari Puan Sri Asmah.   

  "Ibu.." serak suara Arhan memanggil ibunya. 

  Suha semakin rasa bersalah. 

  "Maafkan Suha ibu. Tolonglah maafkan Suha. " rayu Suha bersungguh-sungguh. Suha tidak sanggup jika ibu tidak merestui hubungan ini. Tidak diberi restu adalah sesuatu yang menyakitkan. 

  "Kalau Ayden sayangkan ibu, ceraikan perempuan ni.! "Jari naik menunding ke wajah Arhan. 

  Suha mengeluh. Wajah Arhan dipandang sebelum Suha memejam mata rapat. Suha tidak mahu diceraikan. 

  "Astagfirullahalazim.. Bawa mengucap awak. "pujuk Lukman langsung tidak Asmah endahkan. Asmah melangkah meninggalkan mereka diikuti Lukman. 

  Suha terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak. Arhan hanya diam membisu. 

  "Tanpa restu ibu, hubungan ni takkan berjaya dan bahagia.. "gumam Arhan perlahan. 

  Tangisan Suha semakin kuat sebelum Arhan memapah Suha naik ke atas bilik lalu berlalu keluar meninggalkan Suha. 

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience