Bab 30

Romance Series 191605

    "Argh!"

   Zayyan menolak semua barang yang berada di atas meja kerjanya. Apa yang Aila ceritakan sungguh membuat dirinya hampir hilang kawalan. Ayden Arhan. Kau tak guna! Aku akan pastikan kau terima balasannya. 

  Nara melangkah masuk ke dalam bilik Zayyan. Tangan naik menerkup mulut. Apa dah jadi dengan bilik ni? Bilik yang tadinya kemas dan tersusun tapi boleh jadi seperti ini. Nara menghela nafas berat. Kaki digagahkan untuk mendekati Zayyan yang sedang berdiri membelakangi dirinya. 

  "Abang."

  "Kita ke rumah Arhan hari ni juga."ujar Zayyan dengan nada tegas. Tidak pernah lagi abangnya berubah seperti ini. 

  "Ta.. Tapi abang.."

  Zayyan menoleh memandang ke arah Nara. Wajahnya begitu tegang. Seakan harimau yang ingin menerkam mangsanya. Nara menelan liur. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala 

  "Baik abang. Nara faham."jawab Nara perlahan. Mengigil tubuh kecil bila melihat wajah Zayyan seperti itu. Hanya kerana nama Salena Suha dia berubah drastik. Kali terakhir dia melihat Zayyan seperti ini adalah waktu dia dan Zayyan harus berpisah. 

  Zayyan mengepal penumbuk. Bibir diketap kuat. Ayden Arhan. Ingin saja dia membelasah Arhan saat ini tapi dia perlu mengawal emosinya. Jika dia melakukan hal itu, semestinya Suha akan berada dalam kesusahan. 

Bush! 

  Suha bingkas bangun dari tidurnya. Habis basah pakaiannya akibat disimbah Arhan. Arhan tersenyum sinis. Baldi dicampakkan ke atas lantai. 

  "Seronok kau tidur ye. Lena tak?"soal Arhan berbaur sinis. 

  "Ini kerja kau ye. Dasar pemalas! Nasib baik aku cuti hari ni boleh juga aku perhati perangai kau dekat dalam rumah ni." Arhan menyilang tangan ke dada. Mata tidak dialihkan dari memandang Suha yang hanya diam menekur lantai. 

  "Hoi, kau dengar tak aku cakap ni? Aku tengah cakap dengan tunggul ke apa ni?" Arhan menunjal-nunjal kepala Suha. 

  "Dengar abang."jawab Suha terketar-ketar. 

  "Sekarang kau mandi. Badan kau ni dah macam bau bangkai. Pastu kau turun dan bersihkan satu rumah ni. Faham ke tak?!"arah Arhan lantang. Suha hanya mengangguk. 

  Arhan mencengkam pipi Suha membuatkan Suha meringis kesakitan. Kolam matanya terasa panas. Air mata mula bertakung. 

  "Kau faham ke tak?" Sengaja Arhan menekan suaranya. Perlahan-lahan Arhan menguatkan cengkaman di pipi Suha. 

  "Fa.. Faham abang." 

  Arhan melepas kasar cengkamannya. Arhan melangkah keluar dari bilik itu. Pintu dihempas kuat. Suha terduduk lemah di atas lantai. Wajahnya ditekup lalu tangisan dihamburkan.

  Kenapa ? Ya Allah kuatkan aku. 

  Dengan penuh berhati-hati, dia menyelak bajunya sedikit. Kelihatan bekas pukulan daripada Arhan meninggalkan kesan lebam. Kesan lebam di perutnya dipandang dengan sayu.

  Meskipun tubuhnya masih berasa lemah, dia tetap mengagahkan dirinya untuk melakukan pekerjaan yang Arhan arahkan. 

   

  Hah! Siap pun. Suha mengesat peluh di dahi. Kawasan rumah dikerling sekali lagi. Sunyi. Agaknya mana semua penghuni rumah ni. Sejak daripada tadi dia tidak melihat sesiapa melainkan Naura dan dirinya. Keluar agaknya. 

  Suha mengangkat baldi mop yang berisi air kotor. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga rumah itu. 

  "Suha."

  Suha mendongak ke atas. Kelihatan Naura sedang berjalan mendekati dirinya dengan perutnya yang hanya menunggu hari. 

  Senyuman terukir di bibir Suha. Comelnya perut Naura. Andai saja dia tidak keguguran pasti dia merasai pengalaman menjadi seorang ibu. Suha meletakkan semula baldi. 

  "Awak lapar ke? Nak makan? Kesian baby lapar ye."soal Suha lembut. Baru saja dia ingin menyentuh perut, Naura menepis tangan Suha. 

  "Kau jangan nak sentuh aku." Tersentak Suha bila Naura yang dihadapannya bukan seperti Naura yang dikenal. Wajah gadis itu tidak lagi terhiasi senyuman yang ceria tapi sebaliknya. 

  "Naura awak okay tak? Kenapa ni?"soal Suha mula berasa cemas. Naura ketawa mengejek. 

  "Kau ni memang bodoh ye. Mudah sangat percaya dengan orang luar." Naura menyilang tangannya ke dada. Senyuman sinis terukir di bibir. Tubuh Suha ditilik daripada atas hingga ke bawah. Sungguh dia berasa Suha tidak layak memakai pakaian mahal seperti ini. 

  "Suha Suha, kau tak rasa ke yang kau ni tak ubah macam perempuan simpanan Arhan saja." Air mata perlahan-lahan mengalir di pipi. Sahabat yang selama ini dia sayangi sanggup menghina dirinya. 

  "Awak salah. Saya isteri sah Ayden Arhan. Dan selamanya isteri Ayden Arhan."jawab Suha dengan berani. Dia mengesat air mata di pipi. Matanya memandang tajam ke arah Naura. 

  Naura mengetap bibir. Wajah itu. Wajah yang amat dia benci. Berani sangat kau tengok aku macam tu. Kau fikir kau siapa?

  Naura menolak tubuh Suha. Hampir saja Suha jatuh dari tangga untung dia sempat berpaut pada pemegang tangga. Suha memandang Naura. 

  "Kau dah kenapa?! Nak aku mati ke hah?!"tempik Suha. Untuk pertama kalinya Suha tidak mampu berlembut lagi. Cukuplah selama ini dia hanya memendam rasa. 

Pang! 

  Suha memegang pipinya yang terasa pedas. Turun naik nafas Naura menahan api kemarahannya yang membuak-buak saat ini. 

  "Berani kau ye. Berani kau lawan aku hah! Eh kau sedar diri sikit kau tu siapa, jangan lupa asal usul kau. Kau tu pelacur!"ujar Naura dengan wajah menyeringai. Jari naik menunding ke wajah Suha. 

  Suha ketawa kecil. Berkerut wajah Naura. Dah kenapa dengan dia ni? Gila ke? Suha merenung wajah Naura. 

  "Aku tak sangka. Pandai kau menipu semua orang dalam rumah ni dengan perangai polos kau. Kau butakan setiap orang yang berada di dalam rumah ni." Naura ketawa. Kepala dianggukkan beberapa kali. Tidak dinafikan, dia memang pandai berlakon. Kalau saja dia masuk anugerah bintang popular sah-sah dia juara. 

  Naura mendekati Suha merapatkan jurang di antara mereka. Baldi yang berada disebelah kaki Suha dipandang lama. Bibir tersungging senyum. Naura menyepak baldi itu. 

  Lantai tangga yang baru saja Suha bersihkan kembali kotor akibat kelakuan Naura. Ni kalau Arhan pulang sah-sah Suha yang disalahkan. Kena cop pemalas. Keluhan dilepaskan. Tsk, melampau betullah. 

  "Naura kau ni dah kenapa?Aku baru je mop lantai ni tahu tak." Naura tayang wajah menyampah. 

  "Eh ada aku kesah ke? Lantak kaulah. Dah tu memang kerja kau. Kau bukannya tuan puteri pun dalam rumah ni yang hanya tahu duduk diam tidur makan je."jawab Naura berbaur sindiran. 

  "Kau tak layak untuk bahagia kau kena ingat tu. Kau tak layak." Naura menyambung bicaranya. 

  

   Arhan memberhentikan keretanya di dalam garaj. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Ada yang aku tinggal ke? Arhan meraba-raba poketnya. Telefon bimbit miliknya tertinggal di dalam kereta. Tsk cuailah kau ni Arhan. 

   "Argh..!"

  Langkah kaki Arhan terhenti. Baru saja dia berkira-kira mahu kembali ke kereta untuk mengambil handphonenya. Pantas Arhan memulas tombol pintu dan berlari ke arah tangga rumah agam itu. 

  "Sayang!" 

  Arhan melangkah mendekati Naura yang terduduk di atas lantai tangga. Naura mengerang kesakitan. Perutnya dicengkam kuat. Darah mengalir dari celahan pahanya. Suha menerkup mulut. Tubuhnya menggigil kuat. 

  "Apa kau dah buat Salena Suha?!"tengking Arhan dengan wajah bengis. Terhinjut bahu Suha, kepalanya digelengkan beberapa kali. 

  "Sa.. Saya tak…"

  "Abang…" Naura mengenggam erat baju Arhan. Perlahan tubuhnya longlai di dalam dakapan Arhan sebelum matanya terpejam rapat. 

  "Naura.. Sayang! Tsk." Arhan mencempung tubuh Naura. Riak wajahnya jelas amat risau dengan keadaan Naura. Tubuh Naura dibaringkan dengan berhati-hati ke dalam kereta. 

   Suha berlari keluar. Kereta Arhan memecut laju keluar dari perkarangan rumah agam itu. Nafas Suha tercungap-cungap. Tak, aku tak buat semua tu. 

   Arhan hanya diam menekur lantai. Sudah hampir 1 jam, Naura dirawat di dalam bilik bedah itu. Aila mengusap lembut bahu Suha. Sebaik sajaj dia pulang ke rumah, Suha pantas mengajaknya ke hospital. 

  "Ayden, Ayden macam mana keadaan Naura?"soal Asmah sebaik saja sampai dia terus mendekati Arhan. 

  "Dia masih dekat dalam."jawab Arhan lemah. 

  "Ya Allah Naura.." 

  "Ibu." Pantas Emiir menyambut tubuh Asmah yang hampir rebah. Emiir memimpin Asmah duduk disamping Arhan. Sempat dia mengerling ke arah Suha. Wajah pucat gadis itu ditatap lama. 

  "Macam mana benda ni boleh jadi?"soal Asmah ingin tahu. 

  Arhan mengangkat wajah merenung tajam ke arah Suha. Suha mengigit bibir saat melihat Arhan yang sedang memandangnya. 

  "Ni semua sebab perempuan ni!"ujar Arhan. Nada suaranya sudah naik. 

  Arhan berdiri dari duduknya lalu melangkah mendekati Suha. Tubuh Suha mengigil kuat. Aila yang berada disamping sudah mula berasa takut. 

  "Kau. Apa kau buat dekat Naura? Kau tolak dia sampai dia jatuh kan!" Arhan mencengkam kuat bahu Suha. Suha mengelengkan kepala. Air mata deras mengalir di pipi. 

  "Along bincang elok-elok."pujuk Aila lembut. Habislah Arhan dah diluar kawalan ni. 

  "Kau diam! Kau jangan masuk campur!" Aila mengunci mulutnya. Untuk pertama kalinya, Arhan menengking dirinya. 

  Semakin kuat Arhan mencengkam bahu Suha. Matanya merenung tajam ke dalam mata Suha. Air mata Suha seakan tidak dapat melembutkan hatinya. Senyuman sinis terukir di bibir. 

  "Kau tak payah nak menangis sangatlah. Kau jeles kan sebab tu kau buat Naura macam tu."

  "Tak.. Saya.. "

   Arhan mengangkat tinggi tangannya. Suha memejam mata rapat. Emiir menahan tangan Arhan dari memukul Suha. 

  "Cukup Arhan."ujar Emiir tenang. 

  Arhan ketawa sinis. Tangannya direntap dari dipegang Emiir. 

  

 "Wah wah, kau bela dia Miir. But wait, memang patut pun kau bela dia kan Miir. Dia kan buah hati kau sejak daripada dulu." Arhan menepuk tangan sekali. Berkerut wajah Emiir. 

  "Apa kau merepek ni?" Emiir mula tidak berpuas hati pada Arhan. 

  "Kau suka dia kan. Eh Emiir dia bekas aku tau. Kau nak ke ambil bekas aku." Emiir mencengkam leher baju Arhan. 

  "Arhan kau jangan nak melampau."

  Suha memegang tangan Emiir. Emiir mengerling wajah Suha yang berdiri  diantara mereka berdua. 

  "Emiir please."pinta Suha dengan nada sedikit serak. 

   Emiir melepas kasar baju Arhan. Untung saja Suha menghentikan dirinya. Kalau tak dah pecah dah muka Arhan hari ni. 

  "Abang saya tak.." 

  "Aku ceraikan kau Salena Suha binti Ahmad dengan talak satu "ujarnya dengan riak wajah bengis. Sedikit pun dia tidak memikirkan perasaan isteri nombor duanya itu. Asmah tersenyum bila mendengar Arhan melafazkan cerai ke atas Suha. 

 

  Belum sempat Suha menerangkan perkara sebenar, Arhan telah menjatuhkan talak ke atas dirinya. 

  "Along!" Aila seakan tidak percaya apa yang baru saja keluar daripada mulut Arhan. 

  Tangan naik memegang dadanya. Nafasnya mula tidak teratur. Hampir saja dia rebah, Emiir menyambut tubuh Suha. 

  "Suha kau okay tak ni?"soal Emiir risau. Suha hanya diam membisu. Air mata semakin deras mengalir di pipi. Emiir jatuh kasihan melihat keadaan Suha. Perlahan-lahan tangan naik mengesat air mata Suha. 

  Emiir memapah tubuh Suha. Wajah Arhan dipandang tajam. 

  "Kau akan menyesal dengan apa yang kau dah buat ni Ayden Arhan." Emiir melangkah pergi dari situ bersama Suha. 

  "Kak Salena, Emiir.." Arhan merentap tangan Aila membuatkan Aila berhenti melangkah. 

  "Lepas along. Aila nak ikut kak Salena." Aila cuba melepaskan genggaman tangan Arhan. 

  "Kau duduk dekat sini diam-diam. Jangan sesekali kau jumpa dengan perempuan tu lagi. Kalau aku dapat kau, kau siap."ugut Arhan dengan nada serious. Aila menelan liur. Kak Salena. Dengan keadaan terpaksa, Aila menuruti arahan Arhan. 

  Arhan kembali melabuhkan punggung disebelah Asmah. Asmah menepuk lembut bahu anaknya itu. 

  "Itu adalah keputusan yang terbaik Ayden pernah buat."ujar Asmah seraya tersenyum. Padan muka kau perempuan. Sekarang puas hati aku, dah tak dah lalat dalam rumah tu lagi. 

  Suha hanya membontoti langkah Emiir. Fikirannya seakan kosong. Seumpama dia sedang bermimpi. Dia telah diceraikan. Status janda sah menjadi miliknya. Suha terduduk menghamburkan tangisnya. 

  "Suha.." Emiir duduk menyinggung dihadapan Suha. Sungguh dia berasa kasihan pada gadis ini. Sejak daripada dulu hidupnya seringkali tidak bernasib baik. 

  "Apa saya nak buat sekarang Emiir? Saya nak ke mana lepas ni. Saya dah tak ada hala tuju. Baik saya mati je." Suha meraung sekuat hati. Emiir menarik Suha masuk ke dalam dakapaannya. Rambut Suha dielus lembut. 

  "Shuhh aku janji. Aku akan jaga kau Suha. Takkan ada yang akan sakiti kau lepas ni. Ni janji aku." Emiir telah bertekad. Jika dia harus mengadaikan nyawanya sekalipun dia sanggup demi Suha. 

  

  

Hari yang d tnggu telah tiba bukan.. haha Suha dh bebas dri Arhan tapi ad kaa lepas ni dia akan bhgia..? Maaf andai ada typo.. Cherry n typo smmgnya tidak blh d pisahkn hahah sila laa ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience