Tubuh disandarkan pada sofa bilik tidur miliknya. Tangan naik mengurut pelipis kening. Aduh terlalu banyak pekerjaan yang harus dia selesaikan. Untung saja Emiir sentiasa membantu. Kalau tak, memang lingkup syarikat mereka.
Beep Beep!
Tangan mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Mesej yang diterima dibuka. Berkerut wajahnya saat melihat gambar Naura bersama lelaki lain. Gambar itu di zoom agar dapat dia lihat wajah itu dengan lebih jelas.
Naura?
Bibir diketap kuat. Telefon bimbit digenggam kuat. Turun naik nafasnya saat ini. Melampau! Sangat melampau.
Naura melangkah naik ke atas biliknya. Tangan naik mengurut belakang lehernya. Letih. Entah apa dia buat asyik letih saja.
Tombol pintu dipulas. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Arhan sedang duduk sambil menyilang tangannya ke dada. Jelas kelihatan riak wajah lelaki itu merah seperti sedang menahan kemarahannya. Naura hanya beriak biasa seolah-olah tidak peduli dengan apa yang berlaku.
"Dari mana?"soal Arhan dingin.
"Keluar. "jawab Naura sepatah. Dia melangkah menuju meja solek. Tangan mencapai tisu basah.
Arhan berdiri lali melangkah mendekati Naura. Lengan Naura direntap kasar. Berkerut-kerut wajah Naura menahan sakit. Boleh tahan kuat juga Arhan mencengkam lengannya.
"Apa ni? Sakitlah."adu Naura. Cengkaman tangan Arhan cuba dileraikan.
"Sakit?" Arhan ketawa mengejek.
"Eh tak sesakit hati aku tengok kau bermesraan dengan jantan lain laa!"tempik Arhan. Dahi Naura ditunjal.
Naura mengetap bibir. Mencerlung mata memandang Arhan. Mahu saja dia melempang pipi lelaki itu.
"Abang ni dah kenapa hah? Gila? Siapa lagi tabur fitnah ni hah?" Bertubi-tubi soalan Naura berikan. Sungguh dia tidak berpuas hati. Siapa yang beritahu Arhan ni? Tak guna!
Arhan meraup wajah kasar. Telefon bimbit mililnya diserahkan pada Naura. Naura mengambil telefon itu kasar. Terpampang gambarnya bersama Imran. Gambar saat Imran mengucup mesra pipinya.
Tak guna. Siapa pula tangkap gambar ni? Aduh.
"Hah kau nak cakap apa? Tu bukan kau? Eh jelas-jelas kau curang belakang aku. Kau jangan nak nafikanlah Naura."ujar Arhan masih cuba mengawal emosinya. Ikutkan hati dah biru badan Naura dia kerjakan. Tapi disebabkan rasa sayang dia tidak sanggup melukai Naura.
Mata dipejam sekejap. Otaknya ligat memikirkan alasan apa yang boleh dia gunakan untuk menipu Arhan. Aduh serabut. Aku dapat tahu siapa gambar ni memang siap.
"Erm.. Ni…"
Arhan menyilang tangan ke dada. Mata tidak dialihkan dari memandang Naura. Dah rupa harimau nak makan mangsanya. Arhan menunggu jawapan apa lagi yang Naura ingin berikan.
"Alaa gambar je pun. Eh abang zaman sekarang gambar tu boleh editlah. Otak tu pakai sikit."bidas Naura dengan berani melawan bicara Arhan.
Arhan ketawa. Serupa orang gila. Naura menjungkitkan kening. Lawak ke?
"Edit? Eh Naura.."
Pipi Naura dicengkam kuat.
"Sakitlah abang." Naura memegang tangan Arhan berada di pipinya.
"Kau kena ingat. Kalau aku dapat tahu benda ni betul. Kau siap."
Naura merenung tajam ke dalam mata Arhan.
"Why? Nak ceraikan Naura? Selepas apa yang Naura buat untuk abang, itu balasan abang. Sampai hati abang." Perlahan-lahan air matanya mengalir di pipi. Berharap agar Arhan jatuh kasihan padanya.
Arhan melepas cengkaman tangannya di pipi Naura. Hatinya menjadi sakit melihat Naura menangis. Terhinjut-hinjut bahu Naura menahan tangisnya. Naura menerkup muka.
"Sayang.."
Arhan mengusap lembut lengan Naura.
"Don't touch me. Abang jahat. Abang jahat pada Naura."ujar Naura serak.
Arhan menarik tubuh isterinya masuk ke dalam dakapannya. Belakang tubuh Naura diusap lembut. Dia cuba menenangkan Naura.
"Sayang shuhhh. Maafkan abang. Abang just tak suka tengok sayang dengan lelaki lain. Please jangan nangis."pujuk Arhan lembut. Dengan mudah, api kemarahannya reda.
Naura membalas pelukan Arhan.
"Takpe Naura maafkan abang."ujar Naura perlahan. Dagu diletakkan di atas bahu Arhan. Air mata dikesat. Senyuman sinis terukir. Arhan Arhan, tak sangka cara ni masih berkesan. Alahai dasar lelaki bodoh.
Otaknya ligat memikirkan siapa yang berani mengirimkan gambar itu kepada Arhan. Takpe, aku akan minta Imran selesaikan. Mamat tu bukannya ada kerja apa pun.
Nara membuka mesej yang dia kirimkan kepada Arhan. Double tick. Tapi satu apa pun tak kata. Takkan dia tak marah. Ke sebab aku guna nombor lain?
Nara meraup rambut kasar. Argghh lantaklah. Jari kuku tangannya digigit.
Tapi aku tak rasa benda tu cukup untuk aku jadikan bukti. Aku kena cari tahu siapa lelaki tu? Apa hubungannya dengan Naura? Mesti ada something yang tak kena.
Bahunya ditepuk lembut. Terhinjut bahu Nara. Pantas dia menoleh ke sisi.
"Ya Allah, abang." Nara mengusap dadanya lembut. Boleh kena heart attack macam ni.
Zayyan melabuhkan punggung di samping Nara.
"Kenapa ni? Kau macam ada masalah je."soal Zayyan risau. Sejak daripada Nara tidak bercakap. Selalunya riuh saja rumah ni dengan suara Nara.
Nara mengeleng. Bibir cuba mengukir senyum. Meskipun terpaksa.
"Tak dah apa."jawab Nara perlahan.
Abang Zayyan tak boleh tahu benda ni.
Zayyan menjungkitkan kening. Wajah Nara direnung lama. Seakan tidak mempercayai apa yang Nara katakan.
"Yea ke ni? Macam tak boleh percaya je."ujar Zayyan.
Nara ketawa di buat-buat.
"Yea abang. Takpelah Nara masuk dulu ye. Selamat malam abang." Nara melangkah menaiki anak tangga ke biliknya.
Zayyan hanya diam memandang Nara. Perasaan curiga menyerbu hatinya. Ada sesuatu yang tak kena. Apa yang Nara cuba sembunyikan dari aku?
Langsir jendela diselak luas. Mata meliar memandang sekeliling. Angin malam menyapa lembut pipinya. Tubuh disandarkan pada palang balkoni. Skrin telefon dipandang lama. Nak call ke tak? Tapi dia pesan jangan call selagi dia tak call.
Keluhan berat dilepaskan. Rambut diselitkan ke belakang telinga. Harus berapa lama lagi dia menunggu? Kata 3 hari je ni dah nak dekat 5 hari tak balik sini. Aduh risaulah.
"Kakak bila kakak nak balik ni? Suha dah tak tahu nak buat apa dekat sini. Emiir pun satu takkan tak boleh call langsung. Tsk."
Suha mendail nombor telefon bimbit Sarah. Tsk! Mailboxlah pula.
"Miss."
Suha menoleh ke belakang. Kelihatan seorang gaji rumah itu sedang berdiri di belakangnya sambil memegang sampul berwarna coklat. Sampul itu diserahkan kepada Suha.
"Thank you."ucap Suha lembut. Pembantu rumah itu senyum lalu berlalu meninggalkan Suha.
Suha membuka sampul yang diterimanya. Dengan teliti, Suha membaca setiap butir isi surat itu.
"What?! Malaysia?"
Laporan kad kredit Sarah yang digunakan di Malaysia? Tak mungkin. Bukan dorang dekat Australia ke?
Suha mengetap bibir kuat. Emiir dan Sarah mempermainkan dirinya. Surat itu digenggam kuat.
hai semua.. dah ye.. Cherry dh updated dua2 baby Cherry.. sorry ye.. kalau ad typo Cherry mnta maaf.. Cherry mnaip dlm emosi tk stabil.. thank you smua.. nnti Cherry btulkan if ad typo
Share this novel