Kedengaran pintu diketuk. Suha yang sedang menonton televisyen keruta dahi. Dikerlingnya jam di dinding. Baru 3.30 petang. Takkanlah Arhan? Bergegas suha menuju ke arah pintu utama lalu membukanya.Terpamer wajah Arhan menyapa mata. Seperti biasa, tangan Arhan dicium lembut.
"Urm awal abang balik hari ni. " berasa sedikit kekok dengan panggilan itu. Suha cuba membiasakan dirinya.
"Oh.. aku saja balik awal. Aku penat. " jawab Arhan sambil membuka tie. Kaki melangkah menuju sofa. Punggung dilabuhkan, Arhan bersandar ke belakang. Mata dipejam rapat.
"Abang nak air ke? " soal Suha perlahan. Arhan mengelengkan kepala.
"Tak perlu."
"Erm abang. " Arhan membuka mata perlahan. Mata memandang ke arah Suha.
"Kau kenapa? " soal Arhan. Kening sebelah kiri dijongketkan.
"Err Naura. Dia dah balik ke? " sedikit bergetar suara Suha.
"Mungkin hari ni." Suha hanya diam membisu. Seperti dalam dunia ciptaannya sendiri.
"Kau kenapa? " soal Arhan pelik bila melihat Suha hanya diam membisu.
"Abang, sampai bila kita nak rahsiakan benda ni?" Suha memulakan bicara.
Arhan mendengus mendengar kata-kata dari Suha. Suha mengigit bibir. Semestinya dia tahu, Arhan tidak akan suka dengan soalan yang dia berikan.
"Saya tak sanggup abang. Kesian dekat Naura. Kita dah tipu dia." Suha masih lagi meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya. Sungguh dia tidak sanggup harus menipu Naura, kawan baiknya sendiri.
"Aku kata nanti. Nantilah! " Suara Arhan tegas.
"Tapi sampai bila? Saya dah tak sanggup. Naura kawan baik saya abang." Suha masih lagi tidak mahu mengalah.
Arhan meraup rambut kasar. Kaki mengorak langkah mendekati Suha. Tangan naik memegang pipi Suha membuatkan Suha mendongak memandang wajah Arhan.
"Aku dah pernah kata bukan. Perkahwinan ni kau kena rahsiakan. Kenapa baru sekarang kau beria nak bagitau Naura? Sebab kau rasa bersalah ke?". Suha menelan air liur.
"Yea memang saya rasa bersalah sangat. Lebih-lebih bila saya tahu yang Naura adalah isteri abang. "
"Ap.. Apa..? " Arhan dan Suha pantas menoleh kearah pintu utama. Terlihat Naura yang sedang berdiri kaku memandang ke arah mereka berdua. Naura mendengar setiap bait bicara mereka.
"Sa.. Sayang.. " Arhan melepaskan pegangan dari pipi Suha. Lalu mendekati Naura.Silap mereka tidak menyedari Naura masuk ke dalam rumah itu.
"Naura saya boleh jelaskan. Sebenarnya saya... " Belum sempat Suha menjelaskan keadaan sebenar. Arhan sudah terlebih dahulu mencantas bicaranya.
"Kau diam! Kau jangan nak keruhkan keadaan lagi." tempik Arhan. Wajah berubah bengis. Pandangan tajam diberikan kepada Suha
"Abang.. Kenapa perlu tinggikan suara? Rasanya abang tak perlu pun macam tu. Suha tak buat salah apa pun." ujar Naura dengan tenang. Terbuntang mata Suha begitu juga Arhan bila Naura hanya berlagak tenang.
"Sayang.. " Arhan memegang lengan Naura.
"Saya dah tahu abang. Abang dan Suha dah berkahwin bukan." Naura mengeluarkan beberapa keping gambar sewaktu Arhan dan Suha ditangkap basah sehingga mereka dipaksa untuk berkahwin.
Arhan membelek gambar yang diberikan Naura. Tak mungkin. Jadi selama ini Naura tahu. Tapi mengapa isterinya ini memilih untuk berdiam? Pelbagai persoalan bermain dalam minda Arhan.
"Jangan risau sedikit pun saya tak marah. Abang, saya pernah cakap kan dulu. Kalau saya berjumpa semula dengan Suha, saya nak jaga dia dengan cara apa sekali pun. Dan abang dah tunaikan permintaan saya. " Bibir tersungging senyum. Berkerut seribu dahi Arhan.
"Sayang sedar tak apa sayang cakapkan ni." soal Arhan. Naura dah tak betul ke? Takde perempuan yang gembira bila dapat madu.
Naura mengorak langkah mendekati Suha. Suha sudah tidak keruan. Pelbagai bayangan menjelma. Maunya Naura belasah dia sebab rampas suami dia. Naura menarik Suha masuk dalam pelukan.
"Saya happy sangat. " Air mata mengalir perlahan di pipi. Suha meleraikan pelukan.
Kepala digelengkan. "Naura, awak okay tak ni? Awak ingat benda ni gurauan ke? " soal Suha tidak berpuas hati dengan sikap Naura.
Naura memegang pipi Suha seraya tersenyum. Dia hanya ingin menebus salahnya pada Suha. Biar kesalahan itu hanya dia sahaja tahu.
"Suha, saya tak marah pun. Saya lagi suka. Awak jangan risau. Saya yakin Arhan akan layan awak dengan baik sekali." Naura menoleh ke arah Arhan.
Arhan menghela nafas. Sungguh suka baginya memahami apa yang difikirkan oleh isterinya.
"But abang, ibu dan ayah belum tahu kan tentang benda ni? " Arhan mengelengkan kepala.
"Belum lagi. Ibu dan ayah sedang bercuti. Abang tak nak ganggu. Hanya Aila sahaja tahu tentang perkahwinan abang dan Suha. " jelas Arhan.
"Ohh macam tu. Takpelah abang nanti bawa laa Suha jumpa ibu. Explain betul-betul dengan ibu."
Arhan mendekati Naura, dahi isterinya itu dikucup lama. "Yea abang faham."
Suha hanya diam memerhati kemesraan pasangan suami isteri dihadapannya itu. Terdetik suatu perasaan di dalam hati Suha. Cemburu? Tidak mungkin! Suha tidak layak berasa cemburu. Bila-bila sahaja Arhan akan menceraikannya.
Suha tidak rela jika itu terjadi. Tangan naik ke dada. Perasaan ini harus ditanam sedalamnya. Jangan pernah bermimpi untuk kau berasa bahagia Suha,desus hatinya.
"Sayang jom balik. Mesti sayang letih kan. Sayang balik naik apa ni hurm?" soal Arhan, kepala Naura diusap lembut.
"Alaa naik bas la. Ingat nak bagi suprise kat abang. Tapi tak tau pula abang kat rumah isteri nombor dua abang. " ujar Naura gelak mengekek.
Suha hanya mampu tersenyum meskipun senyuman itu terpaksa diukir. Arhan menarik tangan Naura ke muka pintu.
"Bye Suha. Jumpa awak esok ye.." Naura melambai ke arah Suha. Tanpa menoleh, Arhan melangkah meninggalkan Suha. Naura dan Arhan berjalan seiringan ke lif.
Suha melabuhkan punggung di atas sofa. Jantungnya berdegup kencang. Sesak di dada menyukarkan dia bernafas. Suha cuba mengatur pernafasannya. Lega bila Naura tidak membenci mahupun memarahinya.
Tapi..
Bertemu dengan keluarga Arhan? Mampukah dia? Kuatkah dia berhadapan dengan keluarga Arhan? Akankah keluarga Arhan menerimanya sebagai menantu?
Persoalan demi persoalan. Bayangan demi bayangan menjelma. Suha menampar lembut pipinya. No! Tak boleh fikir negatif. Aku kena positif. Suha berdiri mengorak langkah masuk ke dalam bilik tidur. Masanya untuk dia berehat.
Cherry akui chapter kali ni pndek.. maafkan Cherry.. Cherry writer blok sbnrnya.. but Cherry cuba updated juga sebab ad yg tnya.. hahahah nd mau kna tagih jadi Cherry tunaikan.. untuk next chapter Cherry tk jnji bila blh updated ye.. thank you sbb sudi bca novel tk sberapa ni..
Share this novel