Bab 10

Romance Series 191605

    Suha mengisi ke semua pinggan yang ada di atas meja makan dengan mee goreng yang dimasak olehnya sendiri. Seawal 7 pagi lagi, dia sudah bangun dan masak sarapan pagi untuk keluarga mertuanya. 

  Kelihatan Aila orang pertama yang turun ke bawah untuk bersarapan diikuti Lukman dan Zariff. 

  "Wah wah kak Salena. Wanginya bau." puji Aila. Tangan menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan. 

  "Mari makan mesti sedap ni Salena masak. " puji Lukman. Lukman mula menjamah hidangan tersedia. 

  Aila makan dengan senang manakala Zariff hanya beriak dingin. 

  "Wahh sedapnya. Kak Salena ke masak semua ni? " soal Aila yang makan dengan begitu sopan. Seakan tidak percaya masakan Suha mengenai tekaknya. 

  Suha tersenyum. Lega Aila menyukai masakkannya. 

  "Betul cik. Puan Salena yang masak semua tu." jawab pembantu rumah yang sedang berdiri di samping Suha. 

  Aila ternganga seketika. Kagum. Bukan sahaja cantik, Suha juga boleh masak makanan sesedap ini. 

  "Wah kak Salena. Hebatnya akak. Bukan je cantik pandai masak pula tu. Bertuah along dapat akak. " puji Aila seraya menjongketkan kedua-dua belah keningnya, menyakat

   "Betul tu." sampuk Lukman membenarkan pujian Aila. 

  Suha hanya mengelengkan kepala saat dipuji oleh Lukman dan Aila yang sedang makan dengan begitu selera. Suha mengerling ke arah pinggan Zariff yang masih kosong. 

  "Zarif tak makan ke? " soal Suha pada Zariff yang sedang mengangkat sebelah keningnya memandang tajam ke arah Suha. 

  Zariff bangun dari duduknya. Kerusi ditolak kasar ke belakang. 

  "Kau tak payah nak berlagak baik. Tak perlu nak susah nak ambil hati kami sekeluarga." sindir Zariff. Zariff melangkah mendekati Suha. Kecut perut Suha bila melihat wajah dingin Zariff. 

  Zariff tersenyum sinis. "Rasanya kau faham kan apa maksud ibu yang 'aku takkan terima kau sampai bila-bila'?.Jadi aku rasa baik kau berambus dari rumah ni dan hidup along aku. " bisik Zariff dan terus berlalu keluar rumah. 

  Air mata mula bertakung teringat kejadian itu. Senyuman Suha cuba terbitkan pada bibir. Air mata di tahan dari mengalir. 

  "Maafkan dia Salena. Ibu dan angah tu sebenarnya baik cuma keras kepala je. " ujar Lukman yang rasa bersalah. Layanan buruk yang diberikan Asmah dan Zariff membuatkan Lukman mengasihani Suha. 

  Suha sama sahaja seperti Naura. Kedua-duanya adalah menantu dalam keluarga ini. Tidak dia duga Suha seorang gadis yang kuat. 

  "Takpe ayah. Salena okay. " ujar Suha dengan senyuman manis terukir pada bibir. 

  Setelah Aila selesai makan, Suha memberi Aila bekal nasi goreng tanpa diminta Aila. Aila semestinya seorang gadis yang sibuk dan tidak sempat untuk mengisi perutnya. 

  "Alaa akak susah-susah jelah." ujar Aila. 

  Suha mengeleng menidakkan kata-kata Aila. 

  "Tak susahlah. Akak masak special untuk Aila. Makan tau. " 

  Aila tersenyum bersama keluhan berat. Tangan Suha digenggam erat. 

  "Thank you akak. Akak baik sangat. " dari tadi tidak henti memuji Suha. 

  Suha hanya ketawa mendengar pujian dari Aila. Baikkah dia?  Bukankah dia sudah merampas suami rakan baiknya sendiri?  Masihkah dia layak menerima pujian seperti itu?

  "Oh akak hampir terlupa. Kalau jumpa along, tolong bagi along beg ni ye. " pesan Suha lalu memberikan satu beg kertas lagi untuk Arhan. Sejak dari tadi, kelibat Arhan tidak kelihatan. Sudah pasti Arhan dan Naura sudah berangkat ke kerja. 

  Aila tersenyum nakal. Kening dijongketkan saja mahu menyakat Suha. Suha memukul lembut lengan Aila. 

  "Dah cepat pergi kerja. Ayah dah tunggu tu. " Suha menolak lembut tubuh Aila. Aila tergelak lalu melangkah keluar. 

  Suha menutup pintu rumah agam. Mata meliar memandang sekeliling. Melihat keadaan rumah agam, senyuman Suha mati. Apa yang harus aku lakukan di sini?

  "Puan Salena, saya nak tanya mana satu warna yang puan suka untuk cadar tilam puan? " soal pembantu rumah yang sudah berdiri disamping Suha. Tangannya memegang dua cadar berwarna kelabu dan juga putih. 

  Suha berkerut pelik dengan soalan itu. Tidak pernah lagi seumur hidupnya dia dilayani seperti puteri. 

  "Akak tak payahlah panggil saya puan."ujar Suha seraya tersenyum manis. Cadar berwarna kelabu Suha ambil dari tangan pembantu rumah itu. 

  "Tapi puan kan isterinya encik Arhan. Jadi saya kenalah panggil puan..puan."
Bersungguh-sungguh pembantu rumah itu menerangkannya kepada Suha. Sudah ketawa kecil lalu mengangguk faham. 

  "Tak perlu panggil dia puan bagai. Dia tidak ubah seperti wanita simpanan Arhan saja." 

  Kedengaran lantang suara Asmah dari tingkat atas yang sedang melihat ke arah Suha. Pembantu itu tunduk lalu meminta diri. 

  "Ibu, ibu nak makan tak?" soal Suha dengan nada bergetar. 

  Asmah tidak mengendahkan soalan Suha. Jelingan diberikan kepada Suha lalu Asmah masuk ke dalam biliknya. Suha mengatur langkah ke dapur. 

  "Saya nak bawa makan untuk ibu. Kakak semua makanlah ye, sayang makanan tu ada lebih. " ujar Suha pada pembantu rumah yang berada di dapur saat itu. Suha mengangkat dulang berisi makanan. 

  "Kami tak boleh makan masakan puan. Puan kan puan besar dalam rumah ni."ujar salah seorang dari mereka. 

  Terhenti langkah Suha bila mendengar ucapan itu. Senyuman sumbing timbul saat teringatkan kata-kata Asmah tadi. 

  "Saya ni tak ubah seperti perempuan simpanan Tuan Arhan saja. Jadi janganlah nak banding-bandingkan ye. " ujar Suha menahan sebak. Suha memandang ke atas menahan air mata dari mengalir. Suasana di dapur menjadi sunyi seketika. 

  "Jadi semua makan tau. Saya nak hantar makanan Puan Sri kejap." Suha meminta diri lalu tersenyum seperti orang bodoh. 

  Mereka semua mengikut arahan yang diberika Suha dan mula mengambil tempat masing-masing. Baru sahaja Suha ingin menaiki anak tangga. Sekali lagi langkahnya terhenti saat mendengar perbualan mereka. 

  "Kesian kan puan tu. " ujar salah seorang dari mereka.

  "Puan Salena bersusah payah nak ambil hati semua orang dalam rumah ni. Sedangkan Puan Naura hanya duduk diam dan disukai semua orang. " 

  "Nak buat macam mana. Macam tulah nasib isteri nombor dua. Pastinya dilayan macam hamba. "

  Sebagai seorang hamba?  Perkataan itu berat namun itulah hakikat yang harus Suha terima. Menjadi isteri nombor dua kepada Tuan Besar rumah ini adalah perkara yang sulit baginya. 

  Suha harus belajar menelan kenyataan itu meskipun terasa pahit tidak ubah seperti hempedu. Air mata di tahan. Dia harus kuat. Ini jalan yang dia inginkan. 

  Suha mengelengkan kepala perlahan. Keluhan dilepaskan. Suha melangkah menaiki anak tangga.  

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience