Bab 32

Romance Series 191605

Dua tahun kemudian, 

   Zayyan membuat keputusan untuk berhenti mencari Suha. Selama ini dia langsung tidak menerima apa-apa berita daripada Suha. Mungkinkah Suha telah mati? Zayyan menepis tanggapan negatif yang masuk ke dalam mindanya. 

  Keluhan berat dilepaskan. Suha, please where are you? Sungguh dia terseksa dengan kehilangan Salena Suha. Kepalanya berdenyut kuat. 

  "Argh!" Zayyan hampir rebah. Dia berpaut pada meja. Penglihatannya mula menjadi kabur. 

  "Nara.. Nara!" Bergema bilik itu bila dia menyeru nama adiknya dengan lantang. Bergegas Nara masuk ke dalam bilik abangnya. 

  "Ya Allah, Abang!" Nara membantu Zayyan untuk berdiri. Tubuh Zayyan dibaringkan di atas katil. 

  Laci meja disebelah katil Zayyan dibuka. Tangan meraba-raba di dalam laci itu. Tsk mana ni? Takkanlah. 

  "Abang mana ubat abang? Abang letak kat mana?"soal Nara mula berasa risau. Zayyan perlu mengambil ubat itu secepat mungkin. Inilah akibatnya jika Zayyan tidak makan ubat. 

  "Hah jumpa pun." Nara membuka plastik ubat. Ubat dimasukkan ke dalam mulut Zayyan lalu gelas berisi air yang berada di atas meja disua pada bibir Zayyan. 

  Zayyan meneguk air beberapa kali. Kepala disandarkan pada kepala katil. Nafasnya tercungap-cungap. Nara menampar lengan abangnya. 

  "Kenapa abang tak makan ubat hah? Saja nak buat Nara susah hati ke apa."ujarnya bersuara serak. Nara cuba menahan tangisnya. 

  Zayyan ketawa kecil. Kepala Nara diusap lembut. 

  "Sorry." Tu je mampu dia cakap. Sorry? 

  Nara memeluk erat abangnya. Nara menghamburkan tangisnya. Zayyan tersenyum sambil membelai rambut adiknya itu. 

  "Janji dengan Nara. Abang akan makan ubat on time." Terhinjut-hinjut bahunya menahan esakan. Jahat. Zayyan sengaja membuat dia takut. Nara memeluk erat tubuh Zayyan. 

  "Kalau aku tak nak, macam mana?" Saja Zayyan menyakat adiknya. Zayyan menahan tawanya. 

  Nara meleraikan pelukan. Nara memukul kuat dada Zayyan. Terbatuk Zayyan dibuatnya. Hah kan dah mendapat. Siapa suruh bergurau lagi. 

  Zayyan ketawa. Kepala digelengkan. Alahai gurau sikit pun tak boleh. 

  "Yea yea. Aku faham. Aku makan ubat lepas ni." Terpaksa akur kehendak Nara. Kalau tak maunya mulut Nara muncung sedepa. 

  Nara mengecilkan mata. Macam tak boleh percaya je. 

  "Abang janji." Jari kelingking disua kepada Zayyan. 

  Zayyan menghela nafas. Aduh macam-macamlah dia ni. 

  "Yea aku janji."ujar Zayyan seraya memaut jari Nara. Nara tersenyum suka. 

  Zayyan membalas senyuman Nara. Rambut Nara dibelai lembut. Andai suatu hari nanti ditakdirkan dirinya tidak berada di sisi Nara, siapa akan menjaga adiknya ini? 

  "Abang.." Zayyan merenung wajah Nara. 

  "Hurm kenapa?"soal Zayyan membetulkan duduknya. 

  Nara mengigit lembut bibirnya. 

   "Kenapa ni?"

   "Abang rasa kak Suha dekat mana? Dah dua tahun berlalu tapi kita tak dapat kesan di mana kak Suha berada."ujar Nara perlahan. Sungguh dia berasa rindu kepada Suha. 

  "Aku pun tak tahu Nara. Mungkin dia dah tak dah di dunia ni." Membulat mata Nara bila mendengar Zayyan berkata begitu.

  "Abang apa cakap macam tu. Tak baiklah. Doa jelah kak Suha tu selamat." Nara menyilang tangan ke dada. Ada ke cakap macam tu? Tapi macam mana kalau benda tu betul. 

  "Aku cakap je."

  "Abang tak rindu kak Suha ke? Nara kasihan dengan keadaan Aila bang. Dia dah berubah sejak Suha tinggalkan dia."jelas Nara menahan sebak. Aila telah berubah menjadi seorang yang panas baran. Meskipun kesilapan yang dilakukan seseorang tu kecil, Aila akan marah. 

  Zayyan seakan berada di dunianya sendiri. Rindu? Soalan apa kau bagi ni Nara. Mestilah aku rindu dia. Rindu sangat. Andai aku diberi peluang untuk bertemu dengan dia semula, aku berjanji akan membuat dia bahagia. 

  "Abang.. Dengar tak ni?" Nara memegang lengan Zayyan membuatkan Zayyan tersedar dari lamunannya. 

  Pantas Zayyan menganggukkan kepala. Zayyan mengurut pelipis kening. 

  "Kau keluarlah. Aku nak rehat."arah Zayyan seraya merebahkan tubuh. Selimut ditarik ke paras dada. 

  "Baik, apa-apa panggil je Nara okay." Nara melangkah keluar dari bilik abangnya. 

   Zayyan memandang kosong lampu biliknya. Kau ke mana Salena Suha? Dah hampir dua tahun kau menghilang. Kembalilah Suha please. Zayyan memejam rapat matanya. Dia memerlukan rehat yang cukup. 

 

   Jam di dinding menunjukkan tepat 12 malam. Arhan cuba mendail nombor isterinya. Tapi malangnya tidak dijawab. Tsk mana dia ni? Dah tak tahu jalan balik rumah ke apa. 

  Arhan menyandarkan tubuh pada sofa ruang tamu. Mata dipejam rapat. Sejak kebelakangan ini Naura sering kali pulang lewat malam. Penah sekali Naura sama sekali tidak pulang ke rumah. Buntu Arhan memikirkan perangai isterinya yang sudah berubah 360 darjah itu. 

  Bunyi enjin kereta diberhentikan di dalam garaj mencuri perhatian Arhan. Arhan diam menunggu di dalam ruang tamu yang gelap itu. 

  Naura melangkah masuk ke dalam rumah. Baru saja dia ingin menaiki anak tangga. 

  "Naura Naqila." Terhenti langkahnya saat namanya dia seru. Keluhan berat dilepaskan. Tak tidur lagi rupanya. Naura tayang muka menyampah. 

  "Dari mana? Kenapa baru balik ni?"soal Arhan sambil melangkah mendekati Naura. Tangan naik menyilang ke dada. 

  Nara menoleh memandang Arhan. Kening dijungkitkan. 

  "Kenapa nak tahu? Penting ke?" Naura menyelitkan rambut ke belakang telinga. Sungguh dia berasa malas berhadapan dengan Arhan. Dahlah dia penat. Ngantuk. 

    

 "Naura Naqila!" Bergema ruang tamu itu dengan suara lantang Arhan. Arhan mengetap bibir. Naura telah berani melawan katanya. 

  "Ish apa jerit-jerit ni. Bingit tau tak. Dahlah Naura penat nak tidur." Naura melangkah naik ke atas bilik. 

  "Naura, abang tak habis cakap lagi. Naura!" 

  Naura tidak menghiraukan panggilan Arhan. Apa dalam mindanya saat ini ialah dia nak rehat. 

  Arhan menghela nafas berat. Sejak berpindah ke rumah lamanya. Naura berubah seperti ini. Akan tetapi jika mereka menginap di rumah Asmah, perangai Naura berubah sebaliknya. Apakah Naura sedang berpura-pura dihadapan keluarganya? 

  Arhan sendiri tidak pasti. Apa nak jadi dengan bini aku ni? Ya Allah. Arhan melangkah lemah naik ke masuk ke dalam biliknya. Dilihat tubuh isterinya yang sudah tidur di atas katil. Tubuh direbahkan disebelah isterinya itu. Pinggang isterinya dirangkul. 

  "Tsk janganlah peluk. Rimas panas tahu tak."ujar Naura seraya meleraikan pelukan Arhan. 

  "Dah kenapa tak boleh peluk pula ni?"soal Arhan tidak berpuas hati. Dulu boleh je peluk. 

  "Panas. Rimas faham."jawab Naura selamba. 

  Arhan berdiri lalu melangkah ke arah sofa yang berada di dalam bilik mereka. Tubuh direbahkan di atas sofa itu. Tangan naik mengurut kepalanya. Malas nak berbalah dengan Naura yang sudah pasti tidak mahu mengalah. 

  Dia membelek majalah yang baru dia terima. Di muka depan majalah itu terpampang wajahnya sebagai duta produk yang terkemuka di negara itu. 

  Senyuman sinis terukir pada bibir. Siapa sangka dia boleh jadi terkenal dengan begitu cepat. Gelas berisi jus oren dicapai lalu diteguk sekali. 

  Kaki mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Kelibat gadis itu di cari di setiap pelusuk rumah. 

  "Where is she?"soalnya pada salah seorang pembantu rumah itu. Pembantu rumah itu menunjukkan jalan ke arah gadis yang dicarinya. 

  Bahu gadis itu diusap lembut. Terhinjut bahu saat dia disentuh begitu. Pipi dikucup lembut. 

  "So how's your day?"soalnya lembut. Dia melabuhkan punggung disebelah gadis itu. Majalah di tangan gadis itu dirampas lalu dibelek. Bibir tersungging senyum. Wow impressive. 

  "I'm good."jawabnya sepatah. Wajah itu direnung lama. Bagaimana seseorang seperti dia boleh berubah sangat drastik? 

  Kepala dianggukkan beberapa kali. 

  "Good. So how's your plan?"soalnya ingin mengetahui rancangan gadis itu. 

  Gadis itu hanya tersenyum sinis. Yea ini saatnya dia meneruskan rancangan yang selama ini dia rancangkan. 

Asslmualaikum smua.. hahah nah nah kata rndu kan.. so esok mngkin cherry akn plih nk updated mna stu.. pstu sbtu n ahd tk updated tau.. shb cherry busy urskn ssuatu.. hehe thank you smua

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-03-18 23:37:25 

nite, dear. tqvm. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience