Beberapa bulan kemudian...
Zayyan termenung jauh. Entah apa yang difikirkannya pun tak tahu. Suha yang perasan akan perubahan Zayyan mengundang rasa khuatir di dalam hatinya. Dia melabuhkan duduk di sebelah suaminya itu. Senyuman cuba diukir pada dua ulas bibir Suha.
“Abang jauhnya abang termenung. Menungkan apa tu?”
Zayyan tersentak dari lamunannya. Segera menoleh ke sisinya. Dia tersenyum melihat Suha yang sedikit berisi. Seri wajahnya juga kelihatan.
“Tak ada apa sayang. Fikirkan sayang je.” Zayyan tertawa kecil. Bahu Suha dipeluk erat ke dadanya. Perut Suha yang semakin membesar diusap lembut. Sekarang Suha sedang hamil anak sulung mereka.
“Ye ke abang fikirkan sayang? Betul?” sakat Suha sambil mencuit pipi Zayyan.
Zayyan menganggukkan kepalanya. Pipi Suha diusap lembut. Dia tak sangka dia dapat memiliki suha setelah lama dia menanti gadis itu untuk menjadi miliknya.
“Abang... abang nak namakan anak kita apa?” soal Suha. Dia bermain-main dengan jari-jemari Zayyan.
Zayyan mengusap dagunya lembut.
“Abang tak fikir lagi. Sayang ada idea?”
Suha tersenyum. Kepala dianggukkan sekali.
“Adam Akasyah.”
Zayyan tersenyum. Pandai isterinya ini memilih nama untuk bakal anak mereka nanti. Doktor sudah pun maklumkan jantina anak mereka iaitu lelaki.
“Pandainya sayang cari. Cantik sangat nama tu. Adam Akasyah.”
Suha tersengih. Dia melentukkan kepalanya pada bahu Zayyan.
“Kenapa sayang? Sayang masih fikirkan Sarah?”
Suha terdiam seribu bahasa. Ya dia mengaku yang dia rindukan Sarah. Selepas beberapa hari Sarah ditahan di wad malam itu mereka mendapat satu berita mengejut. Sarah hilang di wad itu dan sampai sekarang tidak dapat dijejak. Laporan polis pun dah buat. Sampai sekarang tak ada khabar berita. Ke mana kembarnya pergi? Sarah Afeeya sajalah satu-satunya darah daging yang dia ada. Imran sekarang berada di dalam penjara.
“Janganlah fikirkan sangat. Abang pasti dia tak apa-apa. Jaga diri sayang tu. Tak lama lagi sayang nak bersalin dah.”
Suha tersenyum. Wajah Zayyan diusap lembut. Dia sendiri tak sangka yang dia akan berkahwin dengan Zayyan dan boleh bermanja dengan lelaki yang bergelar suami ini. Sejak dia berbadan dua memang makin melarat-larat perangai manja dia tu. Mujur saja Zayyan melayan semua kehendaknya.
“Sayang boleh janji dengan abang?” Zayyan membelai rambut Suha.
“Apa dia?”
“Janji dengan abang yang sayang akan kuat untuk jaga anak kita walaupun abang tak ada dengan sayang.”
Suha terpanar. Hatinya dicuit dengan seribu satu perasaan. Tak semena mena dadanya berasa ketat. Perasaan sebak menghuni hatinya.
“Kenapa abang cakap macam tu? Abang nak tinggalkan sayang ke? Sampai hati abang...” Suha menangis teresak-esak.
Zayyan menggaru kepalanya. Ah sudah tulah kau Zayyan konon nak buat ayat mengusik jiwa. Salah time la. Aduh...
“Sayang bukan tu maksud abang. Janganlah menangis ya. Abang minta maaf. Dah dah shuhh...” Zayyan memujuk. Suha memeluk tubuh Zayyan erat. Tak sanggup dia mahu kehilangan suami kesayangannya ini. Cukuplah dulu dia dikecewakan.
“Sayang janji tapi abang tak boleh tinggalkan sayang. Tak boleh.” Suha mencebik. Zayyan ketawa. Bibir suha dicuit lembut. Manja isterinya seorang ini.
“Okey abang janji. Sayang pun tak boleh tinggalkan abang. Tak boleh.” Zayyan mengajuk cakap Suha. Sama.
Suha ketawa. Kepala diangguk-diangguk.
“Abang jom makan luar. Laparlah...” Bibir dimuncungkan. Tangan naik mengusap perutnya yang sudah memboyot.
“Jom!” Zayyan menggenggam tangan Suha sambil tersenyum bahagia.
Ini tak kena. Semua tak kena. Zariff mengeluh. Apa kena isterinya seorang ini? Semuanya tak kena. Balik-balik dia yang kena marah. Padahal semua permintaan Nara sudah ditunaikan. Ada apa yang tak kena lagi ni? Zariff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tie pada leher ditanggalkan kemudian digantung pada bibir kerusi.
“Sayang, awak nak apa ni? Janganlah muncung sangat. Saya rindukan awak.” Harap-harap cairlah Nara dengan pujukan dia ni. Boleh tahan kebal juga isterinya ini. Kalis pujukan. Bahaya.
“Tak ada apalah. Tak nak. Sana-sana...” Nara menolak-nolak tubuh Zariff ke tepi. Sengaja dia mahu menyakat suaminya itu. Sejak menjadi suami isteri perangai gedik dia tu tiba-tiba menjadi semakin ketara. Entah kenapa pun dia sendiri tak tahu. Tak akanlah dia berbadan dua. Eh? Dia baru saja berkahwin dengan Zariff 4 bulan yang lalu. Tak akanlah.
“Sayang... janganlah tolak. Sedih hati saya.” Zariff masih memeluk erat tubuh Nara.
“Awak nak tahu apa salah awak?” tanya Nara dengan nada dingin. Sengaja dibuat-buat suara itu.
Zariff mendongak memandang wajah bersih milik Nara. Dia ada buat salah meh? Tak tahu pula dia. Balik-balik kerja saja muncung Nara sudah panjang sampai ke pintu. Tak sempat dia bersihkan diri dah kena hadap isterinya yang kuat merajuk sekarang ni.
“Lupalah tu. Tak pun buat-buat lupa. Seronok sangat dapat makan dengan kawan sekerja perempuan dekat situ.” Perkataan perempuan ditekannya mendalam bagi jelas di pendengaran Zariff. Ada bau-bau cemburunya di situ ya.
“Huh?” Zariff blur. Nara menolak dada Zariff.
“Awak janji yang awak nak belikan saya sandwich Subway tu. Mana? Lama saya tunggu dari tengah hari tadi. Bila chat sikit pun awak tak balas tapi online.” Mata Nara berkaca-kaca. Ah sudah habislah kau Zariff. Sendiri lupa. Al maklumlah dah lama tak spend time dengan kawan-kawan sekolah lama.
“Erk. Sumpah saya lupa, sayang. Saya janji esok saya belikan ya?” Zariff mengangkat tangannya seperti orang berikrar. Kononnya janjilah tu.
“Tak payahlah. Aila dah belikan. Saya craving bukan awak kisah pun.”
Zariff semakin dihurung dengan perasaan serba salah. Lagi-lagi bila tengok air mata Nara yang bertakung di tubir mata. Aduh macam mana dia nak pujuk ni. Kesian pula tengoknya.
“Sayang... saya janji. Esok saya beli. Awak nak yang macam mana?”
Nara tidak menjawab. Kepalanya yang tiba-tiba pening diurut-urut. Masa macam ni lah nak pening. Sekejap pening sekejap okey. Dah kenapa dengan dia ni?
“Tak apalah. Saya nak tidur. Kepala saya sakit.” Nara masih lagi dengan rajukannya. Teruk Zariff kena. Adui apa dia nak buat sekarang ni. Tak akan nak biar Nara tidur dalam keadaan merajuk macam tu. Patut ke dia keluar dan beli? Sekarang baru jam 8 malam. Subway pun masih bukak lagi.
“Sayang saya keluar sekejap ya. Nak beli Sub...” Tak sempat Zariff mahu bercakap. Nara menariknya terlebih dahulu sehingga dirinya terbaring di atas katil.
“Dah malam. Esok esok je. Saya bukan kejam sangat nak bagi awak keluar malam malam macam ni. Rehatlah.”
Zariff tersenyum. Dia tak sangka isterinya termakan dengan pujukannya. Tubuh Nara langsung dipeluk erat. Tak lama itu dia terdengar bunyi dengkuran halus dekat dengannya. Bibirnya menguntum senyum.
“I love you sayang.” Bisik zariff.
Asslmualaikum.. maaf bru dpt updated.. saja bgi korang rndu.. maaf andai Cherry ada salah.. trima ksih smua
Share this novel