Bab 40

Romance Series 191605

Suha membuka mata perlahan. Kepalanya masih berasa pening akibat kesan daripada ubat klorofom. Aku dekat mana ni? Mata meliar memandang sekeliling. Suha cuba membuka tali yang mengikat kedua-dua pergelangan tangannya.

Kenapa aku boleh dekat sini? Mana phone aku?
Mata meliar mencari telefon bimbitnya. Mana? Dalam pada dia sedang bergelut mencari telifon bimbit miliknya, tiba-tiba perbuatannya itu tertahan seketika. Pendengarannya telah menangkap bunyi sepasang kaki dari arah luar yang melangkah menghampiri tempatnya. Siapa pula tu?

Jantungnya berdegup dengan sangat kencang. Nafasnya seakan tersekat. Perasaan takut mula menyerbu dirinya. Air liur ditelan.

"Wahh kau dah sedar ye." Imran tersenyum sinis sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik kurungan Suha. Tangan naik menyilang ke dada.

Suha mengetap bibir kuat.

"Abang! Kenapa abang buat macam ni?"soal Suha menahan marahnya.

Imran tertawa sinis. Kepala digelengkan sekali. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Suha.

"Suha Suha.. Kenapa kau tanya? Soalan apa kau bagi ni hah?" Kening dijongketkan. Kerusi dicapai lalu dia duduk berhadapan Suha. Pipi Suha dibelai dengan lembut.

Wajah dipalingkan ke sisi. Tidak mahu di sentuh lelaki seperti Imran. Jijik!

"Hurm now aku nak buat apa dengan kau? Hah apa kata kita main game. Nak tak?"cadang Imran seraya ketawa. Lawak sangat agaknya. Ke gila?

"Abang lepaskanlah adik. Tolonglah."rayu Suha lembut.

"Aww why adik sayang? Sakit ke tangan tu?" Imran mengerling ke arah pergelangan tangan Suha yang sudah kemerahan. Hah tulah kau paksa lagi kan dah merah tangan tu. Boleh tahan kuat juga aku ikat.

Air mata mengalir perlahan di pipi. Sungguh dia berasa takut. Akak Sarah. Tolong aku.

Imran mengesat air mata Suha dengan lembut.

"Jangan nangis adik sayang. Nanti tak cantik." Bibir tersungging senyum.

Suha merenung tajam wajah Imran. Hujung bibir diketap kuat.

"Abang suka tengok muka adik macam tu." Imran mencuit hidung Suha. Geram.

"Apa kau nak hah?!"tempik Suha. Sungguh dia berasa tidak sanggup lagi melayani kerenah bodoh Imran.

Pecah ketawa Imran. Jarang sekali nak lihat Suha mengamuk macam ni sekali. Mungkin pada pandangan orang lain mereka akan takut. Tapi tidak pada Imran. Baginya sesuatu yang menyeronokkan.

"Hurm wah first time adik marah ye. Selalu budak baik. Ikut je perintah abang."Rambut Suha di belai lembut.

“Aku cakap jangan sentuh aku gila!” Suha menjeling ke arah Imran. Memang tak faham bahasa lelaki ni.

Imran ketawa. Matanya dipejam sekali gus menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali. Memang dia tak sangka Suha dah berubah sebegini. Dengan tiba-tiba tawanya mati, tangannya naik mencengkam dagu Suha dengan kuat sehinggakan wajah gadis itu berkerut-kerut.

“Sakitlah!” Suha menjerit kuat. Dia cuba merontakan tubuhnya minta dilepaskan. Namun hanya sia-sia, Imran langsung tak pedulikannya.

Dzzt... dzzt...

Imran berdecit tatkala terasa getaran telefon bimbit dari dalam poket seluarnya. Dagu Suha dilepas secara kasar sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. Nama yang tertera pada skrin membuatkan dia tersenyum senget. Wah, dah lama perempuan ni tak call aku. Ingatkan dah lupakan aku tadi. Nasib baik ingat. Kalau tak dah lama aku penggal kepala minah ni.

“Hah, nak apa? Baru nak ingat aku?” terjah Imran sebaik saja dia mengangkat panggilan tersebut.

“Im, sorry. Aku sibuk sikit...”

Imran tertawa sinis. Sibuk apalah tu, ya? Haih...

“Hmm... nak apa?” soal Imran acuh tak acuh.

“Im, aku nak minta tolong kau. Aku merayu sangat. Aku tahu kau marah aku sebab dah lama tak contact kau. But please, aku nak minta tolong kau bunuh dia. Bunuh dia secepat yang mungkin.”

Imran mengeluh panjang. Selamba saja dia mematikan talian kemudian telefon bimbitnya dicampakkan ke atas sofa berhampirannya. Wajah Suha yang sedang memandangnya ditenung lama dengan senyuman senget. Penuh tersirat.

“Lepaskan akulah, Imran!”

Imran mengubah posisinya kepada baring. Kemudian, lengannya diletakkan di atas dahi. Buat pekak saja bila Suha menjerit-jerit mahu melepaskan diri. Sekejap lagi penatlah tu. Baik dia rehat. Nanti ada kerja besar nak kena buat.


“Suha, awak pilihlah tema apa untuk majlis perkahwinan kita nanti..” ujar Zayyan sambil tersenyum.

Sarah tersipu malu. Dia sendiri tak tahu kenapa setiap kali dengan Zayyan dia akan tewas. Perasaan aneh muncul dalam hatinya. Pelbagai jenis cincin yang terpampang di hadapannya ditilik satu per satu. Nara yang berada di belakang hanya memandang kosong. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan bahawa di hadapannya ini bukan Suha. Dari segi penampilan dan cara memang tidak seperti Suha. Tapi siapa dia sebenarnya?

“Nara... okey tak kak suha pilih ni?” soal Zayyan membuatkan Nara tersentak dari lamunannya. Segera dia mendekati abangnya.

“Cantik. Tapi pada Nara, ni lagi cantik. Kena sangat dengan kak suha. Yelah, kak suha kan suka yang simple dan tak nampak mewah sangat.” Sengaja Nara memerli. Dia nak tengok sangat air muka gadis di hadapannya ini macam mana.

“Eh, ni lagi cantik daripada yang Nara pilih tu. Yang Nara pilih tu klasik sangat. Macam cincin biasa-biasa.” Laju saja Sarah menafikan. Nak pakai cincin simple sangat macam tu? Memang bukan standard dia.

Nara menyembunyikan senyumannnya. Sah perempuan depan dia ni bukan kak Suha. Cara bercakap pun lain sangat. Ada aura gedik di situ.

“Ikut akak lah. Nara bagi pendapat aje.” Kata Nara dengan nada malas.

Sarah menjeling. Ada ada aje budak ni. Sibuk aje nak bagi pendapat. Aku yang nak kahwin bukan dia.

“Okey tak apa. Kita ikut pilihan kak suha. Kalau suha suka yang tu, saya belikan.”

Nara sekadar menganggukkan kepala. Malas nak layan abang dia yang tengah angau. Tak apa. Bersantailah dulu. Jangan harap dia lepaskan abang dia berkahwin dengan perempuan serupa Suha ni. Sebelum majlis perkahwinan tu berlangsung, dia akan cari Suha dengan bantuan Zariff. Bagus juga ada PA ni. Makin mudah kerja dia.

Nara memerhatikan suasana sekeliling pusat membeli-belah itu sebelum matanya terpaku pada susuk tubuh seseorang yang sepertinya sedang memerhatikan mereka dari jarak jauh. Laju saja kakinya melangkah ke arah lelaki berhoodie itu. Zayyan dengan Sarah masih lagi berada di dalam kedai emas tersebut.

“Abang Emiir?” teka Nara sambil menarik pergelangan tangan Emiir. Dia kenal sangat susuk tubuh Emiir dari jauh. Emiir tak sempat melarikan diri. Dia sudah tertangkap dengan Nara. Habis rancangan dia mahu mengekori Sarah.

“Kau nak apa?” keras nada suara Emiir bertanya.

Nara berkerut seribu. Suara Emiir ni macam orang lepas putus cinta je. Patah hati ke?

“Kenapa abang ekori kami?”

“Bukan hal kaulah.” Dingin Emiir.

Nara mencebik. Orang tanya elok-elok, macam tu pula jawabnya.

“Abang, jujur dengan Nara. Tu bukan kak suha kan? Tu orang lain kan? Kembar kak suha ke? Kak suha ada kembar?”

Soalan Nara sangat mengejutkan Emiir. Kenapa budak ni cerdik sangat? Ketara sangat ke Sarah tu bukan Suha?

“Abang jawablah...” rengek Nara gaya anak kecil. Lengan Emiir digoyang-goyangkannya.

“Kau nak merepeklah budak. Kau tu pelik-pelik je. Dahlah jangan ganggu aku. Aku nak balik. Kebetulan je aku terserempak korang kat sini. Nak tegur rasa malas pulak. Bye.” Emiir berlalu meninggalkan Nara begitu saja.

Nara tersenyum sinis. “Oh, aku yang pelik ke, kau yang pelik sekarang ni? Macam-macam ragam manusia aku kena hadap. Boleh gila macam ni. Tak apa. Aku akan cari tahu dengan siapa abang aku berkahwin. Ingat senang-senang aku nak lepaskan abang aku dekat orang lain? Get lost!”

Entah ke berapa kali dia mengeluh. Berdecit. Kenapalah Imran ajak jumpa pada waktu malam macam ni? Dekat kelab malam pula tu. Memang hari ni dia tak ada mood langsung nak jumpa sesiapa. Penat bertekak dengan Arhan tak hilang lagi. Ni nak jumpa mamat ni pulak tengah malam-malam macam ni.

“Mana pulak mamat ni? Dah setengah jam aku tunggu. Kata dekat sini...” rungut Naura sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding luar bangunan kelab malam tu. Imran mengajak dia untuk berjumpa di kawasan belakang kelab malam. Dekat satu lorong yang betul-betul sunyi.

Naura meraup wajahnya. “Berapa lagi aku nak tunggu? Gila macam ni!” jerit Naura. Kakinya mahu melangkah pergi dari situ.

“Kau ni memang tak reti menyabar kan? Aku ada kerja sikit tadi. Sorry...” Selamba saja Imran menarik pergelangan tangannya sehingga jarak mereka terlalu dekat. Hanya seinci saja jarak mereka. Masing-masing terdengar deruan nafas sendiri.

Imran mengucup leher Naura membuatkan Naura terkaku. Dia sudah termakan dengan godaan lelaki itu dengan mudah. Aura Imran memang membuatkan dia tewas. Tidak seperti Arhan.

“Imran, apa...”

Jari telunjuk Imran mendarat pada bibirnya menyebabkan percakapannya terhenti. Perlahan-lahan jari lelaki itu teralih ke tepi sebelum bibir mereka bersentuhan lama. Naura memejamkan mata. Dia melayan saja godaan Imran itu.

“Urkkk!” Naura tersentak tatkala sebilah pisau menembusi perutnya. Pisau itu ditekan ke
menyebabkan Naura termuntah darah.

Imran terkejut. Terundur dia beberapa langkah ke belakang. Naura yang berada di hadapannya dipandang lama.

“Kau... kau... tak guna...” ujar Naura tersekat-sekat sambil memegang pisau yang berada di perutnya. Dia jatuh terduduk bersandarkan pada dinding bangunan. Sekali lagi dia memuntahkan darah.

“Im...Imran... jangan... tinggalkan aku...” Naura menghulurkan tangannya meminta bantuan lelaki itu. Tapi malangnya, Imran hanya mendiamkan diri. Terkaku dirinya melihat Naura sebegitu.

Asslmualaikum.. maaf andai trlewat updated.. maklum laa Cherry busy mngalahkan PM.. haha tk tk gurau..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience