Bab 34

Romance Series 191605

   Sarah mengerling Emiir yang sudah lena dibuai mimpi di atas sofa bilik. Hausnya. Sarah melangkah keluar dari bilik. Dengan langkah berhati-hati dia turun ke bawah untuk membasahkan tekaknya yang dahaga. 

  Sarah mencapai gelas dari kabinet lalu diisikan dengan air. Air diteguk beberapa kali. Hah lega, kering sangat tekak aku. Selamba saja dia memakai baju tidur yang agak sexy dalam rumah agam ni. 

  Terasa pinggangnya dirangkul seseorang. Bahunya yang terdedah dikucup lembut. Sarah menjungkitkan kening. 

  "I miss you sayang."ujarnya bersuara lunak. Bibir tersungging senyuman sinis. Hee rindu laa sangat. Dulu kau buat adik aku macam sampah. 

   Arhan tanpa segan silu sesuka hati memeluk tubuh Sarah. Bibir cuba mengukir senyum meskipun dia tidak rela. Sarah menoleh ke belakang memandang Arhan. Tangan naik melingkari leher Arhan. 

  "Miss me? Are you sure?"soal Sarah dengan nada mengoda. Pipi Sarah dikucup lembut. 

  "Sure sayang."jawab Arhan sambil mengelus rambut Sarah. 

  Sarah ketawa kecil. Mata Arhan direnung. Arhan menarik dagu Sarah perlahan-lahan rapat padanya. Ingin dia kucup bibir munggil milik Sarah. 

  "Abang."

  Terhenti perbuatan Arhan bila Naura memanggilnya. Sejak daripada tadi Naura hanya memerhati adegan yang mereka lakukan. Naura mengetap bibir kuat. Pantas dia mendekati mereka berdua. 

  "Eh kau! Kau ni memang perempuan gatal ke apa hah?!" Tangan Sarah yang melingkari leher Arhan direntap kasar. Sarah hanya beriak biasa. Senyuman sinis terukir di bibir. 

  "Excuse me. Bukan I yang goda suami you ye. Suami you tu yang gatal. Dah ceraikan I but still tak boleh lupakan I ke? Kesiannya."ujar Sarah ketawa sinis. 

Pang! 

  "Kau jangan nak reka cerita. Suami aku takkan tergila-gilakan kau kalau kau tak berpakaian macam pelacur. Oh lupa memang kau pelacur pun kan."ujar Naura selamba. 

  Tangan naik memegang pipi yang terasa pedih. Sarah mengetap bibir. Berani kau tampar aku. Sarah memandang tajam ke arah Naura yang sedang berdiri di hadapannya. 

  "Eh kau.."

  "Suha."

  Sarah berpaling ke arah tangga. Kelihatan Emiir sedang berdiri sambil menyilang tangannya ke dada. Riak wajah lelaki itu sungguh mengerunkan bila marah. 

  "Naik."arahnya bernada tegas. 

  Tsk! Dengan rasa malas, Sarah menurut perintah. Kaki dihentak perlahan sebelum dia melangkah naik ke atas bilik. 

  Emiir mengikuti langkah Sarah. Arhan hanya diam membisu. Naura berpaling memandang Arhan. 

  "Abang dah kenapa?"soal Naura ingin tahu apa yang cuba suaminya lakukan. 

  "Kenapa apa? Dahlah abang penat." Arhan mengorak langkah menaiki anak tangga meninggalkan Naura. 

   Naura mendengus. Panas hatinya bila melihat Arhan hampir mengucup Sarah. Lock screen telefon bimbitnya dibuka. 

  "Hello. Aku nak jumpa kau esok. Aku tak kesah kau sibuk ke apa. Yang penting aku nak jumpa kau."arahnya sebaik saja panggilannya dijawab. 

  "Ceh fine. Aku jumpa kau esok."jawab si pemanggil. 

  Naura menamatkan panggilan. Kau tunggu nasib kau perempuan. Ingatkan dah mati, hidup lagi rupanya. Ish! Tangan mencapai gelas di dalam kabinet lalu dituangkan air. Dengan sekali teguk saja Naura menghabiskan air yang dituangnya. 

  Sarah merebahkan tubuh ke atas katil tanpa mempedulikan pandangan tajam dari Emiir. Selimut ditarik ke paras dada. 

  "How many times do I have to tell you? Jaga kelakuan kau. Jadi seperti Suha, bukannya Sarah." Nada Emiir sudah naik. Degil sungguh. 

  Sarah mengajuk bicara Emiir. Membebel je pakcik ni. Tak reti diam agaknya. Sarah tidak menjawab apa-apa. Bicara Emiir dibiarkan. 

  Emiir menghela nafas berat 

  "Sarah kau dengar ke tak apa aku cakap ni hah?!"soal Emiir bernada tegas. Boleh darah tinggi dia dengan perangai budak ni. 

  "Eee I tau lah. Dah laa diam, I letih."jawabnya malas. 

  "Kalau kau tak boleh nak jadi seperti Suha, kita batalkan plan ni n balik London semula." 

 "WHAT?!" Pantas Sarah duduk dari baringannya. Wajah Emiir dipandang. 

 Emiir menjungkit bahu. Tanpa mempedulikan Sara, Emiir baring di atas sofa. Mata dipejam rapat. 

  Sara mengetap bibir. Eee mamat ni suka hati je. Takpe takpe. Sarah menarik semula selimutnya kasar. Mata dipejam rapat. 

  Sarah turun ke bawah sebaik saja selesai membersihkan diri. Zariff, Aila dan juga Asmah sedang menikmati sarapan pagi mereka. 

  "Selamat pagi semua."ucap Sarah dengan bersemangat. 

  "Morning kak Salena."jawab Aila. Hanya Aila yang membalas ucapan Sarah manakala Zariff dan Asmah hanya diam. 

  Sara menarik kerusi duduk disamping Aila berhadapan Asmah dan Zariff. 

  "Mana Emiiir?"soal Aila sambil menuangkan teh panas ke dalam mug. Mug diberikan kepada Sarah. 

  "Dekat atas lagi. Tengah bersiap. Thank you."jawab Sarah. Mug bertukar tangan. 

  Sarah mengambil sekeping roti lalu disalutkan dengan jem strawberi. Sarah mengunyah roti dengan berselera. Zariff menjungkit kening memandang Sarah. 

  "Kenapa kau datang lagi ke rumah ni? Kau tak diperlukan pun dalam rumah ni." Zariff ketawa sinis. 

  Ingat Sarah. Behave. Jadi seperti Suha. 

  Sarah tersenyum. 

  "Saya datang sini sebab nak ikut Emiir je. Emiir kan husband saya."jawab Sarah bernada lembut. 

  Asmah tayang wajah menyampah. Sungguh tak terduga, Emiir sanggup mengahwini gadis seperti Suha. Disangkaan selepas diceraikan Arhan, dia takkan jumpa perempuan ni lagi. 

  "Yea ke Emiir suami kau? Ke kau menipu ni?" Zariff ketawa sinis. Bukan mudah dia mempercayai gadis seperti Suha. 

  "Morning." Emiir mengucup lembut pipi Sarah. Tergamam Sarah seketika. Tak jadi dia nak membalas bicara Zariff. 

  Aila cuba menyembunyikan senyumannya. Suka melihat kebahagian yang dimiliki Suha tika ini. 

  Emiir melabuhkan punggung disamping Sarah. Bibir mengukir senyuman manis. 

  "Why semua senyap? Tadi bukan main meriah meja makan ni." Emiir menopang dagu. Wajah Zariff dan Asmah dipandang silih berganti. 

  Zariff mendengus. 

  "Hilang pula selera makan aku." Kerusi ditolak kasar ke belakang. Zariff meninggalkan meja makan itu. 

  "Ibu pun sama. Rasa loya pula tekak ni."

  Asmah turut meninggalkan meja makan. Aila hanya mengelengkan kepala. Bingung dengan perangai ibu dan abangnya. Ada saja yang tidak kena. 

  "Maafkan ibu dan Zariff ye Emiir, Kak Salena." Aila berasa segan bila Asmah dan Zariff melayani Suha sama seperti dulu. 

  "Eh takpe takpe. Bukan salah Aila. Jangan risau okay."ujar Sarah dengan senyuman terukir di bibir. 

  "Kak Salena tak berubah dari dulu ye. Baik sangat."puji Aila. Pipi Sarah mula berasa panas. Malu. 

  Emiir hanya memerhati. Tanpa dia sedar, bibirnya tersungging senyum. Wajah Sarah direnung lama. 

   

  "Mana dia ni? Dari pukul 7.30 lagi kot aku tunggu." 

  Baru saja dia ingin mencapai telefon bimbitnya, sosok tubuh yang ingin dia temui sudah berada di hadapannya. 

  Kening dijungkitkan. Wajah lelaki itu direnung tajam. 

  "Laa dah kenapa pandang aku macam tu? Sorry lah aku ada kerjalah tadi."ujarnya sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi. 

  Naura tayang wajah menyampah. 

  "Aku tak peduli lah kau buat apa. Sekarang ni kau reti buat kerja ke tak hah?"soal Naura mula berasa bengang. Apa pun tak jadi, semua rancangannya sia-sia. 

  Imran ketawa. Rambut disingkap ke belakang. 

  "Eh kau ingat semua ni jadi salah aku ke? Dah kau tu bodoh sangat bagi Arhan ceraikan Suha kenapa?"bidas Imran sinis. 

  Naura ketap bibir. Kecil besar je aku tengok kau ni. 

  "Mulut kau. Eh kalau aku tak mengandungkan anak kau semua ni takkan jadilah Im. Lagipun aku tak kemaruk sangat nak cinta Arhan tulah. Apa yang aku nak hanya Emiir."ujarnya selamba. 

  Imran mengelengkan kepala. Sah perempuan ni tamak. Semua dia nak. 

  "Dah tu kenapa kau dengki sangat dengan Suha tu? Dulu kau juga pujuk dia kerja kat kelab malam tu kan. Kononnya supaya dapat sara keluarga. Tapi sebenarnya kau agenda lain kan." Bibir tersungging senyuman sinis. 

  "Yes memang aku suruh. Aku ingatkan hidup dia sengsaralah kat sana. Eh tahu-tahu dia jumpa Arhan pula. Kecil sangat dunia. N for you information not dengki okay. Aku benci dia disebabkan dialah aku kehilangan mama papa aku." Naura menepuk meja kuat. 

  Kejadian yang menimpa kedua orang tuanya masih segar di ingatan. Andai waktu itu kedua orang tuanya tidak membantu Salena Suha mesti mereka tidak akan terkorban ketika itu. Sekian lama dia cuba mencari tahu sebab kematian mama dan papanya. Tapi hal yang amat mengejutkan ialah Salena Suha lah penyebabnya. 

  "Yea yea aku tahu. Semua jadi sebab Suha kena kejar dengan along kan. Aku tak sangka ayah aku kahwin dengan keluarga bermasalah."

  "Yea malang sangat kau dapat adik macam dia." Naura ketawa mengejek. 

  "Excuse me. Adik tiri ye. Dahlah aku malas nak tahu pasal dia."jawab Imran malas. 

  Tangan Naura ditarik lalu digenggam. 

  "Don't you miss me my dearyou?"ujar Imran dengan nada mengoda. Naura sudah tersenyum. 

  Perlahan-lahan kepala dianggukkan. Imran membalas senyuman Naura seraya mengucup tangan Naura dengan lembut. 

Haha chak.. Cherry bru dpt siapkan.. nsib smpt.. n for those yg tunggu Terus Mencintaimu Cherry tngh taip if smpt Cherry updated oky.. thank you smua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience