“Im... Imran... jangan tinggalkan aku...”
Tak sangka lakonannya menjadi sebentar tadi. Pisau yang tercacak pada perut Naura dipandang dengan penuh senyuman sinis. Kerjanya selesai untuk malam ini. Dia tidak perlukan Naura lagi.
“Im, kenapa... kau buat aku... macam ni?” soal Naura tersekat-sekat. Dia cuba menarik pisau yang menembusi perutnya.
“Sebab aku tak perlukan kau lagi. Siapa suruh bodoh sangat percayakan aku?” Imran ketawa besar. Suka dia melihat Naura yang ketika ini rasa terseksa ditikam olehnya. Kemungkinan besar, riawayatnya akan tamat sebentar lagi.
“Imran....” Naura menangis perlahan. Sedaya-upaya dia cuba untuk menarik pisau itu namun sia-sia. Kesakitannya tidak tertanggung.
“Shhh... aku nak telefon seseorang. Kau dengar, ya?” Imran meninggung di hadapan Naura sambil mendekatkan telefon bimbitnya di antara mereka berdua.
“Hello...” suara seseorang kedengaran sebaik saja si dia mengangkat panggilan. Imran sudah tersenyum senget.
“Kerja aku dah settle. Minah ni dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kau ada nak cakap apa-apa kat dia untuk kali terakhir?”
Naura mendongakkan kepala. Sakitnya semakin menyengat. Darah mengalir deras dari perutnya. Dalam fikirannya teringatkan Arhan. Dia mahu lelaki itu datang menyelamatkannya saat ini. Namun hanya sia-sia. Hati lelaki itu sudah dia sakiti. Dan sekarang Arhan langsung tak tahu di mana dia berada sekarang.
“Seriuslah dah settle. Wah! Hebatlah kau, Im. Aku kagum gila! Patutnya dari dulu dia mati!” sorak dia di hujung talian.
Imran ketawa sambil menggelengkan kepala.
“So, kau bila nak jumpa aku? Tak rindu aku ke?” soal Imran sambil tersengih. Mata dipakukan ke arah Naura yang semakin lemah.
“Okey. Esok kita jumpa! Aku akan belanja apa aje yang kau nak, Im...”
“Macam nilah Sarah yang aku sayang. Tak macam Suha.” Imran ketawa suka.
Terkejut Naura mendengar nama itu. Siapa Sarah? Sarah tak seperti Suha? Bermakna perempuan yang dia jumpa selama ini bukan Suha? Suha ada kembar. Tapi macam mana?
“Sa...sarah?” soal Naura lemah.
Imran menunjal kepala Naura selamba sebelum bangkit berdiri. Dia menyambung perbualannya dengan Sarah sebelum talian dimatikan.
“Adios, Naura!” Imran melambaikan tangannya ke arahnya tanpa perasaan belas kasihan lagi.
“Im...Imran...” panggil Naura berkali-kali. Semakin lama pandangannya semakin berbalam-balam. Akhirnya, dia rebah di situ tanpa ada sesiapa yang tahu.
“Seriuslah dah settle. Wah! Hebatlah kau, Im. Aku kagum gila! Patutnya dari dulu dia mati!”
Ayat itu bermain-main di dalam fikiran Aila dari semalam. Jantungnya dari tadi berdegup kencang. Kenapa Suha cakap macam tu? Siapa yang dia maksudkan? Dari dulu dia patut mati? Siapa? Suha tengah berdendam ke sekarang ni?
“Patut ke aku beritahu Nara? Nara sekarang pun dah serupa detektif sukarelawan. Macam-macam dia siasat dan hasilnya semua memuaskan hati. Patut ke aku beritahu apa yang kak suha cakap tadi?”
Tiba-tiba Aila ternampak Zariff sedang menuruni anak tangga sambil melilitkan jam tangan pada pergelangan tangannya. Laju saja dia mendekati si abangnya. Dia perlu jumpa Nara secara bersemuka. Kalau bercakap dalam telefon, takut-takut sesiapa di dalam rumah ini terdengar.
“Abang, nak jumpa Nara eh?” soal Aila dengan selamba.
“Erk... haa.. nak jumpa dia. Dia call abang tadi. Kenapa?”
Aila menganggukkan kepalanya.
“Tunggu Aila. Aila nak jumpa Nara. Sekejap Aila bersiap. 5 minit!” ujar Aila sambil berlari naik mendaki anak tangga menuju ke biliknya.
Zariff terpinga-pinga. Apakah? Aila nak ikut? Baru aje nak berdua-duaan dengan Nara. Lepas perjumpaan mereka ini, Zariff fikir mahu ajak Nara jalan-jalan di taman tasik. Haih...
“Kau nak pergi mana?” soal Arhan dengan mukanya yang kelihatan letih. Penat dia menghubungi Naura dari semalam lagi. Langsung tak berjawab.
“Keluar.” Jawab Zariff acuh tak acuh.
“Kau nampak tak mana Naura? Dari semalam dia tak balik.” Soal Arhan dengan harapan kalau-kalau Zariff ada terserempak dengan Naura.
“Mana aku tahu. Dia kan isteri kesayangan kau. Tak akan aku nak ambil tahu. Kau pun percayakan dia sangat. Aku dah menyesal dah percayakan dia. Sudahlah, aku pergi dulu.” Zariff terus meninggalkan Arhan dalam keadaan terpinga-pinga.
“Apa maksud dia?” soal Arhan sendiri.
Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.
Aila terus saja lalu depan Arhan tanpa bertegur sapa. Lagi sekali Arhan terpinga-pinga. Kenapa semua orang buat dia seperti tidak wujud? Macam-macam hal. Malas dia mahu memikir pasal mereka. Laju saja dia masuk ke dalam bilik semula dan bersiap. Dia mahu mencari di mana keberadaan Naura sekarang.
Nara memandu kereta sambil berfikir pelbagai soalan yang bermain di mindanya. Zariff baru saja beritahunya yang Aila ikut sekali dan mahu bertemu dengannya. Kata Aila ada berita yang mahu dia sampaikan. Berita apa? Adakah ada kena mengena dengan perempuan yang serupa Suha itu? Hatinya dari semalam tidak sedap hati.
Srekkkk!
Nara menekan pedal brek secara mengejut apabila ada satu kelibat yang tiba-tiba saja keluar dari semak-samun dan terus saja melintas. Dia meraup wajahnya. Janganlah dia terlanggar sesiapa. Cuak dibuatnya. Laju saja dia menanggalkan tali pinggang keledar lalu melangkah keluar dari keretanya.
“Sakit...” Suha memegang sikunya berdarah akibat tergeser dengan batu di jalanan ini.
“Kak Suha?” Nara teragak-agak mahu mendekati Suha. Betul ke apa yang dia nampak sekarang ni?
“Na... Nara? Nara tolong akak... akak takut...” Suha menghulurkan tangannya ke arah Nara.
Sekali dengar suara dan cara bercakap Nara sudah ketahui siapa yang berada di hadapannya ini. Laju saja dia memapah Suha masuk ke dalam keretanya. Suha dibaringkan di atas seat belakang. Nara terus saja masuk ke dalam kereta dan memecut ke klinik yang berdekatan.
“Sabar, kak. Nara bawa akak pergi klinik. Kejap ya...” Nara risau melihat keadaan Suha yang tidak teurus. Pakaiannya kotor. Rambutnya serabai. Apa yang terjadi dengan Suha? Ke mana selama ini kakaknya pergi?
“Nara, tolong bawa akak jauh dari sini. Jangan pergi klinik dulu. Kita... kita rawat dekat mana-mana. Janji luar kawasan sini. Akak tak nak dia tahu akak ikut Nara. Nanti Nara dalam bahaya.” Rayu Suha dengan teresak-esak.
“Baiklah, kak. Nara ikut cakap akak. Jangan nangis, kak. Nara bawa akak rumah kawan Nara. Kita tumpang dekat sana, ya. Akak berehat dulu. Nanti Nara kejut, ya.”
Suha tersenyum kecil sebelum memejamkan matanya. Doanya termakbul. Mujur saja dia bertemu dengan Nara. Separuh nyawa dia cuba melepaskan dirinya. Pergelangan tangannya melecet teruk. Dia mampu bertahan saja. Adanya Nara dia cuba untuk kuat. Dia sudah jumpa dengan orang yang dia kenal. Rasanya bolehlah dia menarik nafas lega sebentar.
Aku dah agak. Perempuan yang selalu dengan abang Zayyan tu mesti kembar kak suha. Aku yakin sangat. Dan sekarang dah terbukti. Tak apa, aku tahu jawapan untuk soalan-soalan aku ni semua ada pada kak suha. Kak Suha kuncinya. Dan aku perlu dapatkan kunci itu untuk membuka identiti siapa perempuan itu. Dan apa muslihat dia. Kau tunggu saja. Jangan harap kau dapat kahwin dengan abang aku. Tak semudah yang kau sangka. Dasar penipu!
Asslmualaikum slmt pagi smua... Cherry updated awal skit ye.. thank you smua sbb support Cherry.. love you all.. truskan support Cherry ye.. tnpa korng Cherry ni tkde apa2
Share this novel
X sabar nak tau cerita seterusnya..Next chapter please..
X sabar nak tau cerita seterusnya..Next chapter please..
X sabar nak tau cerita seterusnya..Next chapter please..