Seminggu rumahku di hospital agak membosankan.Harini hari terakhir aku berada di dalam wad dan malam ni sudah boleh keluar. Luka di kepala sudah sembuh begitu juga dengan kawasan melecurku namun telah meninggalkan kesan parut agak besar. Haish buruk dah lengan aku !
"Hello Aara Elina"sapa tiga suara perempuan serentak
Aku menoleh lalu terkedu pantas aku mengawal wajah tenang memandang mereka bertiga.
"Orang Islamkan? Bagilah salam.Nak apa datang maghrib-maghrib ni.Macam tak ada masa lain pula korang nak datang"tegurku walaupun hatiku berdegup kencang.
Tersenyum sinis mereka bertiga melihatku masih lagi berani berkata-kata.
"Aku datang sini nak bagitahu kau"Hana mula mendekati aku yang sedang duduk bersila di atas katil.
"-aku akan muncul bila-bila masa yang aku nak and now aku nak pesan sikit je"sambung Hana
Sofeya dan Nadia juga mendekati Hana yang duduk di birai katilku.
"Bukan Hana je.Aku dengan Nadia sekali"kata Sofeya membetulkan ujaran Hana
"Sekali kitaorang muncul-" sengaja Nadia memberhentikan kata-katanya lalu menepuk pipiku perlahan sebanyak dua kali
"Bom !"jerit Hana kuat ditelingaku sehingga terangkat bahuku akibat terlalu terkejut
"Kau akan jadi orang yang paling loser sekali dalam kalangan orang sekeliling kau termasuk kitaorang"sambung Sofeya. Senyum ngeri diukir pada wajah mereka bertiga.
Aku hanya wajah menyampah kepada mereka . 'Ingat gempaklah tu main sambung-sambung ayat'komen aku dalam hati.
"Dah habis ?"balasku sambil mengangkat kening sebelah
"Kalau dah...nampak pintu tu ? Pintu tu sentiasa mengalu-alukan kedatangan korang ke sini jangan risau"jawabku lagi
"Eh tak-tak maksud aku bukan hospital ni tapi-"
aku mengusap dagu tanda memikir
"Hospital sakit jiwa !"sambungku dingin .
"Blah sekarang ! Asal tengok muka korang je buat aku rasa macam nak emm"saja aku menggantungkan ayat
"Nak apa ?!"jerkah mereka bertiga
"Nak daftar nama korang dalam senarai pesakit mental tahap kritikal yang tak boleh tengok orang bahagia dan sentiasa cemburu dengan kebahagian orang yang bernama Aara Elina"
ujarku panjang
Mereka mengetap bibir dan memandang tajam kepadaku.
"Memang ! Memang disebabkan kau ! Semua sebab kau ! Bukan kau sorang...kawan-kawan kau yang dalam kubur tu pun sama ! Kau dengan kawan-kawan kau memang tak guna !"jerit mereka serentak secara tiba-tiba lalu melangkah pergi
BAM !
Terhinjut bahuku. Bukan kerana bunyi pintu tapi mendengar jerit mereka bertiga. Mulutku terkunci dan cuba menghadam kata-kata mereka .
"Kami ada buat salah ke dengan korang ?"tanya pada diri sendiri bagi pihak 4Starlight
Air mata mengalir laju teringat peristiwa hitam itu.
"Aku minta maaf tak dapat bantu korang" Trauma.Terkilan.Mula menguasai diri.
"Patutnya hiks aku pun kena ikut hiks jejak korang hiks sekali"Tersedu-sedu aku menahan tangisan yang semakin kuat sambil memeluk bantal kesayanganku.
Krek~
"Aara...kenapa ni ?"tanya Anaqi mula cemas melihatku menangis sebaik sahaja masuk ke dalam wadku.
"Nak hiks ab hiks bang"pintaku dengan tangisan semakin kuat. Along dan angah je boleh pujuk aku dengan memberi pelukan hangat .Sedangkan mummy dan daddy pun tak mampu menghilangkan tangisanku. Sebab itulah aku lebih rapat dengan along dan angah.
Anaqi menggaru kepala selepas mendengar permintaanku.
"Err.Abang kau datang lambat sikit ada projek nak hantar kat sekolah"terang Anaqi dengan teragak-agak
Tangisanku semakin kuat mendengar kata-kata Anaqi.
"Berhentilah nangis.Aku call abang kau sekarang"kata Anaqi lembut
Anaqi mendail nombor telefon along apabila melihat tangisanku mula berkurangan cuma masih tersedu-sedu.
"Assalamualaikum"ucap Zafran di corong telefon
Anaqi menjauhiku setelah mendengar panggilannya diangkat.
"Waalaikummussalam...dah selesai ke ? Aara nangis cari korang berdua"jelas Anaqi
"Dah selesai dah.Aku tengah naik lif ni jap lagi kitaorang sampai"balas Zafran pada sahabatnya itu , Izzat Anaqi . Anaqi terus mematikan panggilan lalu memandang wajah basahku yang penuh dengan air mata membuat Anaqi bingung bagaimana untuk memujukku.
"Nak...a...bang"kataku mula perlahan dan dadaku mula berombak , sesak nafas .
Anaqi yang melihat terus menekan butang merah dan keluar menunggu bayangan doktor di situ namun tiada.
"Weh...asal?"tegur Zemir melihat sahabatnya seperti mencari seseorang dengan wajah cemas
"Aara sesak nafas"pantas Anaqi membalas
Terbuntang mata Zafran dan Zemir terus menuju ke bilik Doktor Alana untuk meminta alat bantuan oksigen yang sudah tiada dalam wad Aara kerana wad Aara sudah dikemas , tunggu nak pulang sahaja.
******************************
Along mengusap kepalaku yang sedang terlena dalam pelukannya dengan memakai alat bantuan oksigen. Angah yang melihatnya mengeluh dalam diam. Risau dengan keadaan adiknya yang kerap sesak nafas .
Izzat sudah pulang ke rumah setelah memastikan aku dalam pemeriksaan Doktor Alana. Zafran tidak mengizinkan dia untuk melawatku sekarang kerana adiknya tidak bertudung dan memerlukan masa rehat . Izzat mengangguk tanda faham terus mengangkat kaki daripada situ.
Along mengesat air mataku menggunakan hujung lengan hoddienya lalu membaringkan tubuhku di atas katil. Aku ditahan wad 1 hari lagi untuk memastikan kesihatanku semakin membaik.
"Zaf"panggil angah
Along memandang angah sambil mengangkat kening
"Dah seminggu dah polis buat rondaan.Kelibat Hana dengan kawan-kawan dia tak nampak pun"kata angah yang sedang membalas pandangan abang kembarnya.
"Itu satu hal"balas along pendek.
Angah terdiam melihat wajah kekusutan abang kembarnya selama seminggu ini.Kesian , niat nak bantu namun dihalang oleh along sendiri .
'tak apa...biar aku selesaikan sendiri...tugas kau belajar dan ajar aku balik masa kat rumah nanti...tu pun dah cukup mengurangkan masalah aku okay' - pinta Zafran lembut
Zemir hanya mengangguk pasrah.
Semut berkawad satu-satu hora-horey ~
Pantas Zemir mengangkat panggilan apabila lagu didi and friend dimainkan. Wajah Zafran yang terkesima mendengar lagu itu diabaikan sahaja olehnya.
"Hello" sapa Zemir di corong telefon
"....."
"Ye saya"balas Zemir tenang walaupun sudah tidak sedap hati , panggilan mummynya dijawab oleh orang lain
"Ibu dan ayah encik telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sebentar tadi...boleh encik datang ke Hospital Melur sekarang"
Terpempan Zemir mendengarnya lalu berkata
"Baik saya datang sekarang"balasnya perlahan dan mematikan panggilan
"Mummy dan daddy dah tak ada"
Zafran memandang Zemir dengan wajah tidak percaya.
"Kau tipu !"jerit Zafran
"Aku tak tipu...jururawat kat sini suruh kita datang untuk urus jenazah diorang"jawab Zemir lemah
Zafran dan Zemir serentak memandang sayu padaku yang tidur dengan mata yang masih sembab.Mereka terus mengatur langkah ke luar menuju ke bilik mayat Hospital Melur.
******************************
Keesokkan harinya , aku dikejutkan dengan berita bahawa mummy dan daddy meninggal dunia . Aku hanya mendiamkan diri sejak dari proses kebumian kedua-dua orang tuaku hingga pulang ke rumah Anaqi.Semua berkumpul di ruang tamu sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
"Aara pergilah rehat dalam bilik tetamu yang sebelum ni Aara pernah duduk tu"tegur Anaqi apabila melihat wajahku masih pucat dan lemah akibat terlalu banyak menangis.
Along pantas mencempungku setelah melihatku yang mahu jatuh terduduk. Yang lain hanya memerhati dan memandang sayu kepadaku.
Rayyan turut berasa kesian apabila memandang wajah muram kakak kesayangannya walaupum agak bingung dengan apa yang berlaku.
"Duduk jelah sini dulu...dah okay baru balik sana"
pinta mama Anaqi iaitu Roslina .
Tersenyum hambar memandang mama Anaqi.
"Tunggu Zaf lah...Zemir ikut dia je"balas Zemir kekok
"Zaf.Duduk jelah sini dulu...dah okay baru balik sana tau"kata Izzat mengulangkan permintaan mamanya apabila melihat kelibat Zafran.
Zafran menjatuhkan kepala dua kali tanda setuju . Tak ada mood untuk membantah.
"Macam biasa.Kau tidur dekat bilik aku.Zemir tidur bilik Izzan"jelas Izzat
"Ayyan nak tidur dengan kakak cantik boleh?"
sampuk Rayyan perlahan
"Hari lain boleh ? Kakak cantik tengah tak sihat tu"jawab mama Anaqi lembut
Terangguk-angguk Rayyan mendengar jawapan daripada mamanya.
"Nanti Ayyan bagi kakak cantik panadol lah sebab abang Isat kalau tak sihat selalu minta Ayyan amikkan panadol...boleh tak mama?"
terkelip-kelip matanya memandang mata mamanya.
"Mestilah boleh"balas mama Anaqi lalu mencuit hidung anaknya sekilas.
Yang lain mula tersenyum melihat keprihatinan Si Rayyan pada Aara Elina
******************************
Tok!
Tok!
Tok!
Aku bangun melangkah lemah ke arah pintu lalu membukanya. Aku mengerut kening melihat tiada siapa dan aku mula menutup pintu namun terhenti apabila mendengar suara kecil dari bawah.
"Hai kakak cantik"sapa Rayyan ceria
Aku tersenyum melihat susuk tubuh Rayyan di hadapanku. Rindu !
"Hai Rayyan.Buat apa kat sini?"tanyaku dengan suara serak
"Ayyan bawakan kakak cantik panadol...let me hug you and say get well soon kakak cantik !"laju Rayyan menjawab dan memeluk kakiku
"Terima kasih"ucapku walaupun sedikit terkejut tindakan si Rayyan ni.
Rayyan menghulurkan panadol dan air mineral pantas aku menyambutnya.
"Bye kakak cantik.Good night ! Esok Rayyan nak tidur dengan kakak cantik tau !"katanya lalu berlari naik ke atas menuju ke bilik mama dan papanya.
Aku mengelengkan kepala seketika melihat Rayyan berlari laju naik ke atas. Hilang sedihku sedikit melihat keceriaan si Rayyan ni.
Haishh , comel macam abang Izzan ups ! Silap , macam abang Anaqi kitalah walaupun Anaqi berwajah beku je memanjang eheks
Aku menutup pintu .Tiba-tiba semua lampu di rumah Anaqi terpadam.Gelap.
BERSAMBUNG...
Komen okay , nanti Farah update lagi
Share this novel