Chapter 14

Romance Series 14668

Suasana menjadi sunyi selepas mendengar suara dingin along.Anaqi and the geng memandang tajam kepada Dirah dan kedua rakannya.

"Siapa ajar Dirah buat kerja macam ni ? Mana pergi sifat kemanusiaan Dirah yang Abang kenal selama ni?"ucap Anaqi.Terkilan.

"Dirah tak sengajalah"balas Dirah perlahan

"Tak sengaja?kawasan melecur Aara besar macam tu Dirah kata tak sengaja?!"tanpa Anaqi sedari , dia telah meninggikan suaranya ke arah Dirah. Ternaik bahuku mendengar suara tinggi Anaqi.Begitu juga yang lain.

Dirah terdiam. Air mata sudah bertakung , tunggu untuk mengalir sahaja.

"Kawal amarah kau Zat , sepupu kesayangan kau tau ni"kata Izzan supaya Anaqi bertenang.

Anaqi hanya meraup wajah kasar terus mengangkat kaki daripada situ.Rakan-rakannya yang lain pun mengikuti Anaqi dari belakang. Along sempat meninggalkan pesan padaku.

"Balik tunggu aku"

Aku memandang Dirah and the geng lalu memandang El sambil mengangkat kening

"Diorang nak berdiri kat sini berapa lama?"
bisikku pada El

El hanya mengangkat bahu sebagai balasan.Aku dan El aktiviti kami yang terhenti tadi iaitu makan !

"Aku benci kau !"kata Dirah tiba-tiba sebelum melangkah pergi.Kedua rakannya hanya mengikut Si Dirah sahaja.

Aku terkebil-kebil melihat pemegian Dirah dan rakan-rakannya.

Salah aku ke guys ?

******************************

Aku menyandarkan diri pada kerera along sambil mengerling jam tangan .

2:45pm

Aku mula mencangkung. 'Mana diorang ni , kaki aku dah lah tak baik lagi'getusku dalam hati

3:00pm

Aku bangun menuju ke blok tingkatan 6.Aku melangkah masuk setelah memastikan tiada guru di dalam kelas abangku.

Pak !

"Boleh tak bagitahu aku dulu yang kau balik lambat harini?!"kataku kuat .Mata memandang along tajam.Along membalas pandangan tajamku.Dingin.Along bangun dan menarik aku keluar dari kelasnya.

"Boleh tak jaga bahasa Rara bila bercakap dekat along ?"tegur along perlahan

"Kejap.Jangan pergi mana-mana"kata along sebelum masuk ke kelas semula.Tiba-tiba ada lima orang perempuan keluar dari kelas memandangku sinis.

"Eh perempuan , nama kau Aara kan? Asal Zaf dengan Zemir panggil kau Rara eh? Gedik betul kau eh nak ada panggilan special bagai"

Aku menutup mata bila mendengar suara itu tak lain tak bukan Alisya and the geng.

"Weh...kau dengar tak apa aku cakap !"marah Alisya lalu menolak kasar bahuku. Nasib baik aku sempat menyeimbangkan badan daripada jatuh terlentang.

"Kau ni saja nak naikkan amarah aku kan ?!"
marahnya perlahan namun tangannya tak reti duduk diam. Tangannya menggengam kawasan balutan melecur semalam dengan kuat. Aku cuba merentap tapi tidak boleh pantas aku mengangkat tangan ke arahnya

Pang !

"Sakitlah gila !!"jerkahku sehingga pelajar di dalam keluar mula keluar begitu juga along dan rakan-rakanya.Aku mengusap lenganku sambil mengetap bibir.Lenganku mula berdenyut-denyut akibat genggaman tadi.

"Asal ni ?"suara dingin menegur setelah melihat ketegangan daripada aku dan rakan sekelasnya.

"Budak ni tampar aku"adu Alisya pada Anaqi. Ye ! Tadi tu Anaqi bukan along.

"Aku tak kan tampar kau tanpa sebab lah !"jeritku memandang tajam ke arah Alisya.

"Rara sabar"tegur angah

"Apa dia buat sampai kau nak naik tangan kat dia?"tanya seorang lelaki yang berdiri di sebelah Alisya.

"Kau tanyalah dia sendiri...tu pun kalau dia bagi jawapan jujur lah kat kau"kataku sinis

"Aku cuma tanya dia kenapa Zaf dengan Zemir panggil dia Rara itu je...apa yang dia sensitif sangat pun aku tak tahu"balas Alisya sambil mengusap pipi merahnya

"See.Bagilah penjelasan sampai habis sister...dah besarkan ? Siapa ajar bagi penjelasan tak habis ni ? "tanyaku cuba mengumpan Alisya

"Lepastu aku pegang tangan dia je"sambung Alisya

"See ! Yang kau nak lempang dia tanpa sebab kenapa...gila?!"kata lelaki sebelah mula tinggi

"Sabar Rul"kata along apabila melihat Hairul meninggikan suara ke arah adiknya

"Datang kelas orang buat macam kelas sendiri pula...dah serang Zaf nak tampar Alisya kau ingat kau ha?! walaupun umur kita tak jauh mana...
boleh tak hormat kitaorang ?"kata Hairul

"I'm sorry sebab masuk terus serang kesayangan korang iaitu Zaf tapi pasal Alisya still...bukan salah aku"kataku sambil menekankan nama Zaf

"Dah.Sekarang ni kita dengar penjelasan sebelah pihak sahaja...daripada Aara kita tak dengar lagikan?"tegur headprefect kita

Semua pelajar di situ memandangku.

"Apa yang dia cita tadi betul tapi yang awal jelah...pasal dia tolak-tolak aku dia tak cerita
pasal dia genggam-"kata-kataku dipintas oleh Hairul

"Macam mana kitaorang nak tahu benda yang kau cakap tu betul ?"tanya hairul mendatar

"Macam mana korang tahu apa yang keluar dari mulut dia tak tipu?Macam mana korang boleh salahkan aku padahal aku diam elok je kat luar ni ? kalau si Alisya ni tak serang aku...tak menyakitkan hati aku...tak kan tiba-tiba dapat penampar? Ha macam mana?"tanyaku semula sambil menunjuk Alisya yang sedang menangis akibat ditampar olehku

Semua terdiam tanpa jawapan.Aku menjeling mereka sebelum mengangkat kaki daripada situ.

Menyampah ! Dah tingkatan 6 pun nak kena ajar berfikir secara logik ke ?

******************************

Aku mengeluarkan telefon pinta untuk menempah grab.

"Terima kasih"ucapku lalu memberikan RM12 kepada pemandu grab

Aku melangkah masuk ke rumah selepas membuka sandal hitam lalu melangkah ke dapur untuk melegakan tekak. Haus !

"Rara baru balik? Mana along dengan angah?"
tanya mummyku

"Rara balik naik grab"aku terus naik ke atas dan masuk ke bilik.

"Ish mula-mula Geng Girly pastu Dirah pastu Alisya pastu classmate along dengan angah pastu siapa lagi ? Penatlah nak berfalsafah untuk bela diri sendiri"omelku

Aku melihat balutan basah di lengan.

"Ishh.Bila nak baik kalau macam ni ? Orang-orang yang gaduh dengan aku ni pun satu tak ada benda lain ke nak pegang.Tariklah tudung ke bolehlah aku balas dengan tarik rambut diorang pula.Ni tak habis-habis pegang tangan memang dapatlah penampar daripada Aara Elina nasib baik merah je muka diorang kalau ada bentuk tampak tangan aku ha aku tinggalkan sekali tandatangan aku huh"bebelku sambil menukar balutan.

Aku melangkah ke bilik air untuk mandi. Aku membaringkan tubuhku di atas katil selepas siap mandi.Aku hanya bersinglet hitam dan berseluar panjang berwarna biru tua.Aku terlelap kerana terlalu letih.

******************************

"Mummy...Rara mana?"tanya along perlahan sebaik sahaja melihat kelibat mummy di dapur

"Ada kat bilik...kenapa balik tak sama dengan Rara?"tanya mummy berasa hairan

"Err.Along lupa nak bagitahu Rara yang along dengan angah balik lambat sikit.Sampai Rara marah bila datang kelas along..err ada juga pergaduhan kecil tadi"terang along sambil menggarukan kepala

Mummy hanya menggangguk tanda faham. Along dan angah naik ke bilik Rara .

Tok !
Tok !
Tok !

Along dan angah melangkah masuk perlahan apabila melihat susuk tubuhku sedang tidur.
Along menyelak selimutku bahagian kaki .

"Amikkan first aid kit kat atas meja tu"pinta along setelah melihat balutan di kakiku belum di tukar.

"Erm...rindu"rengekku bila tidurku terganggu dengan bau minyak wangi along dan angah.
Diorang pakai minyak wangi yang sama, kembarlah katakan.

Angah menepuk bahuku perlahan supaya aku tertidur semula.Aku tanpa sengaja memeluk pinggang angah erat.

Tersenyum kedua abangku melihat sifaf manjaku walaupun hubungan kami masih dingin.

'Sorry...kami tak tolong Rara tadi'getus mereka serentak

BERSAMBUNG...

Tinggalkan komen yang menarik untuk Farah terus update kat sini okay , tata !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience