Aku mencelikkan mata memandang siling bilikku yang berwarna merah jambu. Kain basah di atas dahiku diabaikan sahaja.
Krek~
"Alhamdulillah Rara dah sedar"
Aku menoleh ke arah maksu yang sudah berada di birai katilku.
"Dah pukul berapa maksu?"tanyaku dengan suara serak
"6 pagi"jawab maksu ringkas
'Lama juga aku tak sedarkan diri ni'getusku dalam hati
Aku bangun dari perbaringan lalu bersandar di kepala katil.
"Rara nak pergi sekolah. Minggu depan ada exam"kataku lembut berharap agar maksunya memberi keizinan untuk ke sekolah.
"Iyalah Rara. Dah pergi mandi, solat, siap-siap lepastu turun sarapan nanti maksu hantarkan Rara ke sekolah"pesan maksu sebelum melangkah keluar dari bilikku.
Aku menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap.
Setelah 30 minit berlalu , aku berpakaian lengkap puteri islam masih lagi belek-belek muka pucatku di hadapan cermin.
"Eh siapa kau? Muka macam mayat hiduplah haha"terhibur sendiri.
"Rara dah siap ke belum?!"
Aku yang menerung cermin daripada tadi terus terkejut dengan jeritan maksunya
"Macam mana paksu boleh bertahan dengan maksu ni?"bebelku sendirian lalu mengambil beg sekolah dan keluar dari bilik menuju ke ruang makan.
"Mana spek Rara? Dari semalam maksu nak tanya" Pertanyaan maksu membuatkan aku sedar dan menepuk kuat dahi sendiri.
"Tertinggal kat rumah mama lah"balasku sengih. Maksuku tahu yang aku gelarkan mama dan papa pada kedua-dua orang tua Izzat Anaqi.
"Habis macam mana ni? Boleh nampak jalan tak?"tanya maksu selamba
"Hello maksu. Rara rabun je okay bukan buta. Lagipun Rara bukan rabun teruk sangat. Kalau tak pakai pun boleh nampak cuma tulisan tu kabur-kabur sikit lah"jelasku panjang.
Maksunya hanya mengangguk tanda faham.Kami mula bersarapan sebelum keluar dari rumah. Paksuku balik petang nanti. Paksu dan maksuku bekerja dalam hospital yang sama.
"Jom"
************************
Aku berjalan perlahan menuju ke kelas 5 akaun.
"Aara ke tu?"
Aku menoleh ke belakang melihat gerangan yang menyebut namaku. Anaqi dan rakan-rakannya.
Tersentak mereka bertiga memandang wajah pucatku.
'Pucat pun cantik'puji Anaqi di hati
"Nak apa ya?"soalku lembut
"Mana spek kau?"tanya Anaqi hairan. Izzan dan Airil mengangguk tanda mahu tahu.
"Kat rumah awak, lupa nak amik"balasku sedikit lemah
"Kau okay tak ni?"tanya Izzan sambil mengerut dahi memandangku dari atas sampai bawah. Mata Airil juga bergerak ke seluruh tubuhku takut ada luka-luka yang disembunyikan olehku.
Aku mula tidak selesa dengan pandangan mereka berdua. Anaqi sudah lama perasan dengan perbuatan Izzan dan Airil lalu memijak kuat kasut mereka berdua.
Terbuntang mataku dengan tindakan selamba Anaqi. Aku mengangkat kening ke arah Anaqi tanda kenapa.
"Mata macam nak terkeluar tengok bakal tunang aku tadi" Tersenyum suka aku mendengar gelaran yang Anaqi sebutkan tadi.
Kring!
"Ish dah lah saya pergi dulu" Aku melajukan langkah tetapi sempat aku mendengar pesanan dari Anaqi.
"Take care baby!"
"What the heck?!"ucap Izzan dan Airil terkejut dengan pesanan si head prefect kita ni.
"Take care baby!"ajuk Izzan sambil mengenyit mata ke arah Airil. Airil membuat muka menyampah namun masih dilayan cara Izzan menyindir Izzat itu.
"Okay bye sayang!"balas Airil lalu meniru cara jalan laju si Aara.
"Weh dia tak balas apa-apa, jalan je"tegur Izzan kepada Airil
"Oh okay balik semula balik semula" Airil berdiri semula di hadapan Izzat.
"Take care baby!"ajuk Izzan sambil mengenyit mata ke arah Airil. Airil mendiamkan diri dan mengatur langkah pergi daripada situ.
"Ha macam mana? Samakan?" Izzan mengangkat kening berkali-kali memandang abang kembarnya.
"Stupid"komen Izzat ringkas dengan tangan dimasukkan ke kocek seluar dan berjalan meninggalkan Izzan yang masih terpinga-pinga.
"Setahu aku stupid tu...."gumam Izzan perlahan.
Kebetulan El baru datang berjalan melepasi Izzan. Izzan pantas menarik perlahan beg sekolah El.
"Apahal?"tanya El sambil memeluk tubuh
"Muhasabah"laju Izzan menjawab siap menggayakan tangannya sekali.
Tercengang El mendengarnya dan bersuara
"Otak kau ! Kau tarik beg aku ni sebab nak cakap ni je?"kata El sedikit kuat
"Eh bukan. Aku nak tanya maksud stupid tu aku macam pernah dengar tapi aku lupalah maksudnya apa, kau tahu tak?"soal Izzan bingung membuatkan El melepaskan tawa habis-habisan.
"Betul nak tahu?"tanya El dengan tawa yang tersisa
Laju Izzan memberikan anggukan.
"Stupid tu kurang bijak, bahasa senang untuk kau faham ialah..."sengaja El menghentikan kata-katanya terhibur dengan Izzan yang boleh lupa maksud perkataan itu.
"Bodoh"
El meneruskan langkah ke kelas dan berharap cikgu waktu pertama belum masuk lagi.
"Bodoh? Maksudnya Izzat kata aku bodoh?"tanya Izzan masih keliru
"Tak guna punya abang kembar"omel Izzan perlahan sambil mengerut-ngerut mukanya apabila baru sedar dengan kata Izzat Anaqi.
******************************
"Kak Hana ni tak sekolah ke?"
Hana tersentak dengan pertanyaan Rayyan yang membuatkan mama Anaqi dan Abang Irsyad memandangnya sekali meminta jawapan.
"Er tak "balas Hana ringkas
"Kenapa tak?"tanya Rayyan lagi
Hana buntu tidak tahu mahu jawab apa. Irsyad dalam diam sudah tersenyum sinis melihat Hana tidak senang duduk.
Ting!
Irsyad membuka mesej daripada rakan sekerjanya.
Taufiq
Aku dah jumpa bukti yang Hana dan seorang upahannya terlibat dalam kemalangan jalan raya parents Aara. Ada CCTV yang ikut kereta parents Aara dari Airport lagi. Selebihnya nanti kau tengoklah.
Okay teruskan rancangan kita seterusnya.
Irsyad berdehem untuk menarik perhatian sebentar.Semua menoleh ke Irsyad yang sudah bersedia untuk berkata.
"Irsyad nak keluar sekejap"
Irsyad bangun menyalam tangan mama dan adik bongsunya dan melangkah keluar menuju ke keretanya. Sikit pun tidak memandang Hana.
Nombor Zafran didail sebaik sahaja melabuhkan punggung di tempat pemandu.
"Hello Zafran" sapa Irsyad di corong telefon
"...."
"Next plan"kata Irsyad ringkas sudah membuatkan Zafran mengerti
"...."
"Terus call esok kita dah boleh keluarkan waran tangkap untuk Hana"ujar Irsyad lalu mematikan panggilan dan memulakan perjalanan ke tempat kerjanya untuk berjumpa dengan Taufiq
******************************
Aku memberi tumpuan kepada Cikgu Syafiqah yang sedang mengajar di depan. El di sebelah tidak lepas memandang wajah pucatku.Risau agaknya.
"Okay sekarang saya nak awak buat latihan 1-3 . Dah siap baru boleh rehat. Lagipun senang je soalan ni"
Aku mula membuka buku tulis dan pen hitam dan pen biru dikeluarkan.
"Woi buatlah. Kau sibuk tenung muka aku ni macam boleh siap je latihan tu"tegurku membuatkan El terangkat bahunya. Terkejut mungkin.
"Ish yela Aaraku sayang tapikan Aara..."kata El berhenti di situ seperti memikir untuk meneruskan ayatnya atau tidak.
"Tapi apa?"sampukku memandang El
"Err...aku tak sedap hatilah. Kau balik dengan aku harini eh? Tak payah naik grab"sambung El membalas pandanganku serius
"Eh awal betul kau tak sedap hati ? Rehat pun belum dah pikir balik. Apalah kau ni"gurauku padahal hatiku mengiakan kata-kata El dengan keadaan aku tidak sihat lagi.
"Aku seriuslah Aara!" Terdiam aku setelah menerima jeritan kuat El tetapi tidaklah sampai menganggu rakan-rakan yang lain.
"Okay-okay"balasku mengalah apabila perasan air mata El bertakung.
Aku dan El menyambung membuat latihan yang diberikan oleh Cikgu Syafiqah.
Apa yang tak sedap hati sangat tu?
BERSAMBUNG...
Share this novel