Aku masuk ke kelas menuju ke tempat dudukku di sebelah tingkap. Aku menongkat dagu termenung selepas melabuhkan punggung di kerusi.
"Woi!"
Terangkat bahu mendengar jeritan Dirah. Dhia dan Dilah sudah menghamburkan tawa ke arahku.
"Kau pahal? Tak reti panggil elok-elok?"kataku lalu mencubit kuat lengan Dirah.
"Auch! Sakitlah sengal!"rungut Dirah sampai menggosok bekas cubitan berbisaku itu.
"Hello my friends!"sapa El yang baru sahaja masuk ke kelas 5 Akaun dengan melambaikan tangan kepada semua rakan sekelas. El mengambil tempat di sebelahku dab kembali bersuara.
"Mana Faris eh? Dah sebulan dia tak datang. Sebelum ni dia macam mengelak je dari kita. Asal eh?"soal El membuatkan kami berempat turut hairan.
Senya antara kami mula memikirkan tentang seorang lelaki bernama Faris Adnan itu.
"Kau ada alamat rumah dia tak?"tanyaku kepada El. El laju mengangguk. Kami memandang sesama sendiri sebelum mengangguk tanda setuju untuk singgah ke rumah Faris pulang nanti.
"Assalamualaikum semua! Kembali ke tempat duduk masing-masing"
Pembelajaran bilik darjah telah dimulakan oleh Cikgu Maira.
******************************
Kring!
"Terima kasih cikgu!"ucap aku dan semua rakan kelasku serentak. Aku mengemas buku tulis dan buku teks yang berada di atas meja masuk ke dalam beg.
"El. Kau dengan yang lain pergi kantin dulu. Aku nak singgah tandas sekejap" El mengangguk faham. El melangkah keluar dari kelas bersama Dirah dan yang lain.
Tuala kecil berwarna merah jambu dilipat kemas sebelum keluar dari kelas menuju ke tandas perempuan.
Tiba-tiba seseorang menarikku ke arah hujung tangga lalu menghempaskan lembut badanku ke dinding. Aku mahu melepaskan amarahku kepada gerangan terhenti apabila melihat wajah senyum senget encik suami. Aku menjeling tajam Anaqi. Suka sangatlah tu buat aku marah...
Aku mencemberutkan muka dan menyandarkan tubuh ke dinding sambil menghela nafas lega. Kalau tak tengok muka tadi, memang dah kena dah kena penampar dari Aara Elina.
"Terkejut ke sayang?"soal Anaqi selepas mendiamkan diri memandang wajah putih kemerahanku. Aku menghiraukan sahaja pertanyaan daripada Anaqi.
Anaqi dengan beraninya mendekatkan diri sehingga kasut kami bersentuhan. Kedua-dua tangannya diletakkan pada pinggang rampingku. Terkebil-kebil mataku memandang anak mata Anaqi seolah-olah menganalisis tindakan Anaqi sebentar tadi.
"Awak ni tertelan ubat peran--" Anaqi pantas menekup mulutku sambil menggelengkan kepalanya. Sebelah tangan lagi menjentik dahiku kuat sebelum kedua-dua tangannya itu diletakkan semula pada pinggangku.
Aku mengusap bekas jentikan Anaqi itu. Tanpa aku sedari air mataku setitis telah jatuh serentak dari kedua-dua kelopak mata.
"Sakitlah! Baik awak amik kayu pukul kepala saya terus biar saya ames--" Kata-kataku terhenti apabila Anaqi memeluk tubuhku lama sebelum melepaskan pelukannya itu.
"Sorry okay. Janganlah cakap benda yang merepek lagi. Aku tak suka" Anaqi memberikan ciuman hangat di kawasan jentikannya. Tangannya mengesat air mataku yang mengalir sedikit.
Aku menundukkan kepala tidak sanggup melihat panahan mata encik suami yang membuatkan sayangnya kepada lelaki di hadapanku ini semakin bertambah.
"Aku terserempak dengan El tadi. Dia beritahu aku yang kau ada nak minta izin aku keluar balik sekolah nanti. Nak pergi mana?"soal Anaqi mendatar. Itulah tujuan dia mencari isterinya sebenarnya.
"Nak pergi rumah Faris. Dia dah lama tak datang sekolah. Risaulah saya"kataku bersungguh-sungguh tanpa perasan riak wajah Anaqi sudah bertukar menjadi dingin.
"Awak. Awak dengar tak apa saya cakap tadi?"balasku lagi. Hairan apabila melihat wajah Anaqi tanpa perasaan itu tadi. Dingin.
"Awak cemburu eh?" Aku mula menyentuh berkali-kali bibir lembut Anaqi menggunakan jari telunjuk tanda mengusik. Seperti biasa, Anaqi pantas menggigit jariku perlahan sebelum aku menarik jariku.
"Baby izinkan tak ni?"tanyaku menggunakan suara lembut dan panggilan manjaku kepada Anaqi bila mahukan sesuatu.
Tersengih sinis Anaqi lalu mengepit hidungku perlahan. Geram!
"Lama tak dengar panggilan tu"kata kami serentak. Aku menghamburkan tawa kecil. Aku sudah hafal ayatnya setiap kali aku menggunakan panggilan manjaku kepadanya itu.
Kalau bukan itu jawapannya mesti merengek suruh aku panggil panggilan manja itu.
"Panggillah baby dulu. Aku dah lama tak dengar sayang guna panggilan tu" Mengada bukan?!
"Iyalah pergilah rumah Faris tu, nanti malam jangan peluk aku. Peluklah Faris tu"jawab Anaqi pasrah sambil memeluk tubuhnya.
"Eh boleh ke?!"kataku konon teruja memandang mata Anaqi. Aku melihat gelagatku yang asyik mahu mengusiknya sahaja pantas mengepit wajahku pada ketiaknya. Bau maskulinnya kuat membuatkan aku hampir rebah.
Anaqi menyambut tubuhku berdiri tegak semula. Dia menolak pipi kiriku lembut apabila aku tersengih macam kerang busuk. Bukan dia tak tahu tahap kegatalan isterinya itu. Gatal sungguh ya! Anaqi menggelengkan kepalanya memandang wajah berseriku.
******************************
Aku dan Anaqi melangkah ke kantin menuju tempat biasa.
"Mana kawan-kawan aku?"tanyaku lalu mengerut kening memandang Airil dan Izzan di hadapanku.
"Diorang kata nak singgah koperasi"jawab Izzan mendatar. Aku mengangguk faham. Aku mengerling Airil yang tidak memandangku langsung.
"Makan elok-elok abang Airil nasi tu tak lari pun. Nanti kalau tersedak macam mana?" Airil mendiamkan diri sahaja. Aku masih tidak berpuas hati lalu mendekatkan diri kepada Airil.
"Dah lah single"
Pap!
Terangkat bahuku apabila Airil menepuk kuat meja kantin. Matanya memandangku tajam. Aku memberikan sengihan kepada Airil.
"Bye!" Aku pantas melarikan diri ke koperasi mencari kelibat kawan-kawanku meninggalkan Airil.
"Nasib baik tu bini kau tu aku anggap adik kesayangan aku tau. Kalau tak dah lama aku lumur mulut dia dengan tahi arnab belakang rumah aku tu"rungut Airil geram dengan kata-kataku sebentar tadi.
Izzan menghamburkan tawa melihat Airil melenting dengan status singlenya. Anaqi menggelengkan kepala sahaja. Malas mahu layan.
Setibanya aku di koperasi, aku mengerut kening melihat tiada siapa pun di situ kecuali tiga susuk tubuh lelaki di pondok kecil sebelah koperasi itu. Hairul dan rakan-rakannya.
"Kau buat apa kat sini?"tegur Hairul hairan. Fakhrul dan Iqram juga memandangku tetapi dengan pandangan nakal.
"Cari El dengan Dirah semua tu"balasku kekok. Ngerilah juga dengan kawan-kawan Hairul ni.
"Diorang mana ada datang sini"kata Hairul. Aku mengangguk faham seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Aku menghampiri Hairul yang sedang makan mee kari dalam bekas bercorak kartun angry bird. Garfu diambil lalu diacu kepada kedua-dua rakan Hairul.
"Apa tengok-tengok? Aku tahu aku gorgeous nyah tapi mata tu cover sikit. Kau duk scan aku sampai nak tembus tu pasai pa?!" Aku menghempas garfu ke tempat asal semula. Aku menglibas tudungku ke arah wajah mereka lalu menjeling tajam mereka berdua.
"Sakit syaitan!"jerit Fakhrul dan Iqram serentak memandangku tajam. Hairul mendiamkan diri melihat kedua-dua rakannya mengamuk itu.
"Korang berdualah syaitan! Aku bidadari dari syurga. See my level!"balasku yakin lalu melarikan diri ke kantin semula apabila Fakhrul dan Iqram mula bangun daripada tempat duduk mereka. Hairul hanya menghamburkan tawanya.
'Bini kau ni Zat tak padan kecik, bab sakitkan hati orang nombor satu'gumam Hairul di hati. Jujur dia terhibur dengan perangai gadis seorang Aara Elina.
******************************
Kring!
Aku melangkah ke kelas dengan tercungap-cungap. Penat! Kau bayangkan aku lari ke kantin tiba-tiba bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat.
"Kau pergi mana tadi? Kita orang tunggu kau dekat library tak datang-datang pun"tegur Dhia sambil mengerut kening. Semua kawan-kawanku memandang ke arahku meminta penjelasan.
'Koperasi kepala akak awaklah Izzan'getusku di hati. Tercengang mendengar kata-kata Dhia tetapi memilih untuk berdiam sahaja. Penat satu hal, tu tak termasuk kena tipu dan bangunkan amarah daripada dua orang buaya sejati tu lagi. Haihh macam-macamlah...
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum semua, harini cikgu Bahasa Inggeris korang tak datang. Jadi ulangkaji di tempat masing-masing sahaja okay"pesanan daripada abang ketua pengawas kita iaitu Izzat Anaqi.
Aku keluar dari kelas setelah meminta izin dari ketua kelas lalu menarik hujung baju sekolah Izzan berjauhan sedikit dari kelasku.
"Ish awak tipu saya!"bentakku memandang Izzan yang sudah tersengih sambil mengusap belakang lehernya.
"Aara Elina binti Ryaan Eszra" Terdiam aku mendengar suara Anaqi memanggilku penuh dingin. Airil memerhatikan sahaja.
"Eleh tak bagi kita marah kembar dia la tu"bisikku perlahan namun tiga jejaka itu masih mendengarnya.
Anaqi mencubit kuat bibirku sambil memandangku tajam.
"Emo sangat ni kenapa? Mengandung eh?"soal Anaqi perlahan. Kami berempat sahaja mendengarnya.
"Ish mengarutlah awak ni. Mesti dulu-dulu awak skip kelas sains kan? Tu yang mereng sebelah"
BERSAMBUNG...
Share this novel
wahh.....xsabar nak tggu...
teruskan usaha...kak suka cerita nie...ada yg kedua tak...
makin best la.... xpuas baca....klu jd novel ni mesti laku keras la semua perasaan ada