Chapter 27

Romance Series 14668

"Aara!"

Aku menggulingkan mata ke atas tanda menyampah dengan suara Riz yang tidak boleh panggil namaku elok-elok.Aku mengesat kasar air mata yang jatuh ke pipi dan menepis pantas sehingga pisau kecil itu jatuh lalu aku memijaknya.

Hana tergamam melihat kecekapanku tetapi masih tidak mahu mengalah. Hana cuba untuk menampar pipiku pula. Aku memegang tangan kanan Hana sambil memandang anak mata Hana yang penuh dengan dendam terhadapku lantas aku memusingkan tangan Hana ke belakang sehingga Hana mengerang kesakitan.

"Aku tak pernah tahu pun kewujudan kau sebagai sepupu aku dan kau patut bersyukur ada abang susuan. Aku ada along dan angah tapi sayang. Waktu kau reka cerita kata kau masuk ICU bagai...family aku sorang pun tak nak percayakan aku dan kau nak tahu tak ? Family aku tak bagitahu pun yang aku ada abang kembar. And now ? Kau dah ada abang susuan kau masih tak reti nak hargai?"bisikku dingin ke arah telinga Hana. Ada juga aku suruh along azan kan si Hana ni kang haih

"Aku ada marah kau dengan mak kau ke sebab pisahkan aku dengan Riz ? Tak ada kan?! Kau ada nampak macam aku kesah sangat ke dengan life kau ? Tak ada langsung okay ! Kau je yang terhegeh-hegeh muncul dalam life aku !"jerkahku serentak menolak Hana kuat. Hana yang tidak bersedia sudah jatuh terduduk dan kepalanya terhantuk di dinding.

Riz yang mendengar jerkahanku terus megeluarkan telefon pintar dan menghubungi along.

"Kau suruh kawan-kawan kau ikut rancangan bodoh kau ni ! Ahli 4 starlight yang tak tahu apa-apa pun kau libatkan sekali, kau ingat tak ?! Kau buat aku kehilangan semua sahabat aku dan mummy daddy aku tau ! Sekarang kau nak ugut aku pula jangan bagitahu orang lain kalau aku tak nak diorang mati ?! Kau ingat kau siapa nak ugut aku macam tu ?!"jerkahku sekali lagi.Dadaku berombak besar. Penat dengan masalah otak tak betul si Hana ni.

"Jangan macam budak-budaklah Hana.Kau dah besar kot.16 tahun masih tak boleh fikir secara waras ke? Mak kau suruh kau duduk Malaysia sebab mak kau nak tengok kau jadi anak yang baik dan dengar kata.Mak kau cakap macam tu supaya kau ada semangat untuk kau ubah perangai tak senonoh kau tu. Bukan cemburu tak tentu pasal macam ni ! Aku yang tak tahu apa-apa pun kena terlibat sekali ke ?! What the hell ! Kau ada fikir tak mak kau kat sana sentiasa menunggu kepulangan anak perempuan dia? Tapi kau kat sini sebok dengan dendam bodoh kau ni!"marahku lagi

"Kau rasa apa perasaan mak kau bila tahu anak perempuan dia dah jadi seorang pembunuh ? Bukan sorang tapi lima orang tau.Umur macam kau ni sepatutnya masih belajar kat sekolah tau baru nak kenal addmath...baru nak kenal sains rumah tangga semua tu bukan sebok fikir macam mana nak bunuh orang"kataku sinis.Mata masih memandang tajam si Hana yang terduduk lemah.

Hana terdiam mendengar kata-kataku. Yes ! Raihana tidak tahu pun apa yang berlaku dari pertama kali lagi si Hana duduk Malaysia.

Bam!

Aku dan Hana menoleh ke arah pintu serentak mereka berenam masuk.

"Eh keluarlah. Nikan tandas perempuan!"tegurku cemas.

"Ana kau okay tak ni ?"Entah kenapa aku berasa kecil hati melihat Riz mengambil berat pasal Hana. 'Adakah sebab terlalu sayang sampai Riz tidak mahu memberitahu tentang perkara sebelum ni pada mak Hana' getus di hatiku.

Tanpa aku sedar air mata mengalir laju. 'Ya Allah kau buangkan perasaan dengki dan ketidakpuas hatiku pada Hana sekarang'pintaku dalam hati lagi.

"Rara"panggil along menarik aku ke pelukannya sehingga wajahku betul-betul letak pada dada bidang along.Aku mendengar yang lain melepaskan nafas lega melihat keadaanku baik-baik sahaja.

Aku tak penting ke bagi Riz ?

******************************

Aku mengurungkan diri di bilik seperti biasa. Sakit hati dengan semua orang. Kenapa nak kena bawa Hana duduk tinggal sini?

•Flashback•

Semua penghuni di rumah Anaqi berkumpul di ruang tamu. Airil turut ada.

"Nama kamu Hana?"tanya Papa Anaqi

Hana menjatuhkan kepala sekali.Yang lain hanya memerhati sahaja.

"Anak sedara kepada daddy Aara?"tanya Papa Anaqi lagi

"Ya uncle"Senyum pendek dipamerkan ke arah Papa Anaqi

"Papa.Riz nak minta izin Hana duduk sini dalam beberapa hari boleh?"Terbuntang mata aku mendengarnya lalu bangun bersuara.

"Suruhlah dia duduk dengan penjaga dia yang sepatutnya kat Malaysia ni. Suka hati kau je ajak dia duduk sini. Kau ingat ni hotel ke?"bidasku tanda tidak setuju

"Tak apa Rara mama tak kesah, Hana ni sepupu kamu jugakan?"balas Mama Anaqi lembut

"Rara tak pernah mengaku pun dia sepupu Rara"
kataku mendatar membuatkan along,angah dan Riz memandangku tajam.

"Rara. Biar tuan rumah sendiri yang buat keputusan.Rara jangan menyebok"tegur along sebagai amaran

"What?!"jeritku dan sekali lagi air mata bertakung

"Diam Rara. Dengar je jangan menyampuk"tegur Riz pula lagi membuatkan aku seperti tiada hak untuk bersuara

"Rara tak ada niat nak kurang ajar dengan mama dan papa.Tapi kalau betul mama dan papa setuju dengan cadangan Riz. Rara rela angkat kaki keluar dari sini duduk dekat rumah mummy daddy seorang diri. So...teruskan bincang tanpa Rara"

•End Flashback•

Mata semakin membengkak tidak dihiraukan.

Tok! Tok! Tok!

"Akak Aara. Ayyan nak masuk ni bukalah pintu"pinta Rayyan selepas mengetuk pintu bilikku

Krek~

"Hai Rayyan. Jom masuk"

"Kenapa Kak Hana duduk dengan kita?"tanya Rayyan sambil mencebik tidak suka

Aku menutup mata menahan kekecewaan yang sudah menyelubungi diri. Diorang memang nak aku pergi dari sini ke?

"Kak Aara"

Aku membuka mata dan air mata jatuh tanpa sengaja.Rayyan memandangku simpati.

"Kak Aara janganlah nangis" tersebik-sebik Rayyan memujukku. Dia pujuk aku ke dia tengah pujuk diri sendiri supaya jangan nangis?

Tersenyum kelat diukir pada bibirku. Aku mengeluarkan beg baju dan beg tangan untuk mengemas barang-barangku untuk keluar dari sini.

"Kak Aara nak pergi mana?"tanya Rayyan diselangi tangisannya.

Aku mendiamkan diri dan tangan masih lagi mengemas.

Setelah 20 minit selesai mengemas , aku mengeluarkan telefon pinta lalu mendailkan nombor telefon maksu.

"Hello"sapaku di corong telefon

"...."

"Rara nak duduk dengan maksu boleh?"pintaku manja dengan suara serak

"...."

"Okay Rara tunggu"

Panggilan dimatikan.Mata memandang Rayyan semula.

"Nanti Kak Aara datang lagi okay"kataku lembut sambil mengusap pipi gebu si Rayyan

"Kak Aara hiks jangan hiks tinggalkan Ayyan" Rayyan memelukku erat.

"Ayyan nak hiks tidur dengan hiks siapa malam ni?"sambungnya

"Rayyan tidur dengan mama okay...jadi good boy tau"pesanku tidak mahu Rayyan memberontak dengan keluarganya sendiri

"Kenapa Kak Aara nak keluar dari rumah ni?"
tanyanya masih tersedu-sedu

"Hati ni sakit sangat bila orang yang bersalah disokong , orang yang tak tahu apa-apa dihiraukan.Ingat kita ni patung ke tak ada perasaan"

Aku tersenyum hambar melihat Rayyan mula bingung dengan kata-kataku.

"Nanti dah besar Rayyan fahamlah"

Ting tong ~

Aku bangun mengangkat barang-barangku dibantu oleh Rayyan sendiri. Comel !

Setibanya kaki berada di ruang tamu , kebetulan semua masih di tempat perbincangan tadi.

Anaqi dan Airil mendekati aku lalu bersuara.

"Nak pergi mana ni?"tegur Anaqi

"Dah nak maghrib ni bahayalah Aara"sambung Airil sambil memandangku

"Betul kata Izzat tu"kata along dan angah serentak.

"Duduk jelah sini. Hana tak kacau kaulah"
sampuk Riz membuatkan amarahku semakin naik. Aku mendekati Riz dan

Pang !

Semua di situ terkejut dengan tindakan aku termasuk Rayyan.

"Kau jangan sesekali bersuara bila depan aku...."
kataku sengaja dihentikan sambil memandang tajam mata Riz

"Sebab itu membuatkan aku bertambah benci dekat kau sebagai kembar aku"kataku dingin.Aku menyalam tangan mama, along dan angah.

"Kamu duduk dekat rumah mummy kamu ke?"
tanya mama perlahan sambil mengusap air mataku yang jatuh. Sakit. Terlalu sakit.

"Jangan risau mama. Rara tinggal dengan maksu" Mama mengangguk faham lalu menolong aku membawa barang-barangku keluar terlebih dahulu.

"Dan kau Hana" Aku merenung tajam wajah acah polos si Hana dan

Pang!

"Kau dengan kau sepatutnya ada kat Jepun tau sekarang. Tak payah muncul lagi senang sebab kehadiran korang berdua cukup membuat hidup aku jadi huru-hara"kataku kepada Hana dan Riz. Riz terkelu lidah mendengar kata-kataku daripada tadi

"Kau jangan ingat kau menang Hana. Nak tengok sangat bad side akukan? Wait and see"bisikku di tepi telinga Hana. Dapat aku merasakan tubuh Hana menggeletar kecil.

Aku melambaikan tangan kepada Rayyan terus melangkah keluar menuju masuk ke dalam kereta maksu.

******************************

"Argh ! Ayyan benci semua orang kecuali mama dan papa"jerit Rayyan menjeling semua orang dekat situ.

"Assalamualaikum!"

Sapa satu suara dari arah pintu telah menari perhatian mereka. Irsyad Nadiem is back !

"Hati ni sakit sangat bila orang yang bersalah disokong , orang yang tak tahu apa-apa dihiraukan.Ingat kita ni patung ke tak ada perasaan"kata Rayyan tiba-tiba walaupun tak faham sangat maksud disebalik kata-kata itu.

"Pandai Ayyan berkata-kata?"tanya Irsyad berasa hairan.

"Bukan Ayyan punya kata tapi Kak Aara !"terus berlari berkurung dekat bilik tetamu yang pernah jadi bilik tidurku.

Tercengang Irsyad mendengar adik bongsunya tiba-tiba marah itu.Yang lain terkedu mendengar kata-kataku yang dikeluar dari mulut Rayyan.

'Maaf mummy dan daddy, Riz gagal nak memberi kegembiraan pada kembar Riz sendiri'gumam Riz di hati.

BERSAMBUNG...

Komen kat bawah, korang suka watak siapa. Thankyou !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience