Ehem !
"Perhatian semua pelajar. Kumpul kat sini sekejap!"
Aku dan El menoleh gerangan. Alisya dan empat rakannya.
"Terutamanya kau!"kata Auliyah menunjukkan ke arah aku. Semua pelajar di kantin memandangku. Auliyah kawan kepada Alisya ya....
"Pahal?" Aku bersuara tetapi masih lagi duduk. El sudah meluat melihat perangai Alisya dan rakan-rakanya yang tidak kurang dengan rakan sekelas, Dirah dan dua rakannya itu.
"Okaylah tak nak bangun tak apa. Aku cuma nak bagitahu dekat semua orang yang sekarang ni....aku dah jadi girl friend kepada Izzat, ketua pengawas kita tu! Ni cincin sebagai bukti"jerit Auliyah ceria sambil menunjuk cincin di jarinya. Hati aku dihempas ke batu berulang kali. Retak, lebih tepat pecah dan hancur seperti debu.
Semua di situ mengucapkan tahniah kerana berjaya mencairkan hati beku Izzat Anaqi. El tergamam masih tidak percaya, dia tahu Izzat memang sayang pada Aara bukan pada perempuan seperti ulat beluncas itu.
Aku memejam mata berharap aku bangun dari mimpi ngeri ini. Ya ! Izzat Anaqi dengan ulat beluncas bercinta ? Tak sepadan weh!
"Aara kau percaya ke?"tanya El tanpa teragak-agak mengeluarkan soalan itu
"Mestilah tak" balasku ringkas. Aku percaya Izzat Anaqi kerana jika dia tiada perasaan terhadapku takkan dia mahu teruskan ke hubungan yang lebih serius?
"Headprefect dengan ulat beluncas? Hmm" Tergelak kecil kami berdua apabila menyebutkan kata-katanya sama.
"Aara!"
Gelak kami terhenti setelah mendengar jeritan Auliyah.
"Kau dah kenapa? Tadi senyum sampai ke telinga... Now?" Pelik aku dengan sikap Auliyah.
"Aku tak nak kau ganggu Izzat. He is mine now"
tegas Auliyah berkata. Aku dan El mendiamkan diri sahaja. Angguk pun tidak, geleng pun tidak.
Kring!
"Bye ! Wish me luck untuk BM kertas 2" Aku dan El mengangkat kaki daripada situ selepas memberikan kata-kata dan kenyitan mata pada Auliyah yang masih menahan amarah itu.
******************************
"Baik. Pelajar boleh menjawab sekarang"
Aku menulis rumusan terlebih dahulu tanpa henti. Lancar sahaja tangan menulis kerana idea sudah ada. Alhamdullilah tidak mengantuk walaupun tidak lambat semalam.
Dua jam tiga puluh minit telah berlalu.
Kring!
"Baik. Masa menjawab sudah tamat. Cikgu akan kutip kertas kamu semua"kata Cikgu Syafiqa
"Terima kasih Cikgu"kata aku dan semua rakan kelasku serentak selepas Cikgu Syafiqa mengambil semua kertas peperiksaan.
Aku dan El keluar dari kelas meninggalkan Faris dan Riz yang masih lagi di dalam. Riz memang tidak balik bersamaku kerana dia akan menyinggah ke pejabat along setiap kali balik sekolah.
"Kau balik naik apa ni?"tanya El sambil membetulkan tali beg sekolahnya yang senget sebelah.
"Naik grab"
"Naik kereta aku"
Aku mengerut kening memandang El lalu menoleh ke kanan melihat siapa empunya suara sebentar tadi. Airil ?
"Eh Airil. Mana Anaqi?"tanyaku hairan selalunya mereka muncul mesti bertiga.
"Kau ada nampak aku macam bini dia ke?"bidas Airil dingin
"Nampaklah sikit. Tapi ada yang lagi sesuai dari kau"kataku melayankan sahaja bidasan Airil. El bergilir-gilir memandang aku kemudian Airil.
"Aku tahu kau nak cakap kau paling sesuai" Mukaku terus dicemberutkan
"Ish kacaulah awak ni. Biarlah saya yang cakap"
marahku
"Ha cakaplah"pantas Airil menjawab
"Malas"ujarku ringkas. Aku mendengar Airil tertawa sinis membuatkan aku menjeling tajam ke arahnya.
"Tak payah nak jeling sangat. Izzat dan abang-abang kau tak ada kat sini, bolehlah aku buli kau. Jom" Airil menarik beg sekolahku sempat memberikan senyum pendek pada El yang masih bingung melihat gelagat mereka.
"Ish sabarlah laju-laju nak pergi mana?!"suaraku ditinggikan. Airil menghentikan langkah lalu menjentik dahiku sehingga terdapat kesan merah.
"Sakitlah. Saya bagitahu kawan-kawan awak nanti huh"marahku sambil mengusap kesan merah itu. Aku melihat kereta Anaqi lalu pantas menuju ke sana. Dua susuk tubuh kembar seiras itu juga berada di hadapan kereta itu.
"Awak!" Aku berlari anak ke arah Anaqi. Anaqi mengangkat kepala terkejut melihat aku berlari.
"Asal kau lari?"tanya Anaqi
"Awak nak tahu tak...tadikan Airil jen-"
kata-kataku terhenti apabila Airil menyumbatkan kasar biskut oreo ke dalam mulutku.
"Ish sakitlah!"jeritku geram. Nasib baik tak terluka bibir merah delimaku ini.
Anaqi dan Izzan sudah menggelengkan kepala melihat kami berdua bagaikan anjing dengan kucing.
"Dah jom masuk kereta"ujar Anaqi bagi menghentikan pertelingkahan itu
"Ish sabarlah saya belum mengadu dengan awak lagi"rungutku sambil hentak kaki perlahan
'Alala comel dahlah pendek'getus Anaqi di hati.
"Hentaklah lagi kaki tu harap-harap bukan terseliuh je tapi patah terus" kata Airil sambil memeluk tubuh. Mata masih memandangku
"Ish diamlah saya tak nak dengar suara awak !"
marahku terus membuka pintu penumpang di hadapan dan melabuhkan punggung di situ sebelum menutup pintu kereta. Tiga jejaka itu masih lagi di luar.
"Aku tumbuk juga kau ni Ril, kalau tak jumpa rindu...kalau ada sibuk nak bertekak"bebel Izzat kepada Airil.
Izzan pula terhibur dengan kemarahanku lagi tepat merajuk. 'Itu baru Aara. Kalau El lagi rawr aku rasa haha'ujar Izzan dalam hati
"Rindu nak gaduh je bukan apa pun"balas Airil lalu masuk ke dalam kereta diikuti juga Anaqi dan Izzan.
Anaqi menghidupkan enjin kereta dan memandang sekilas wajah cemberutku.
"Nak mengadu apa tadi?" tanya Anaqi mendatar
Wajahku terus ceria dan bersedia untuk dilepaskan. Aku memusingkan tubuhku menghadap Anaqi. Misi membalas dendam hehe
"Tadikan El tanya saya balik naik apa lepastu saya jawablah naik grab lepastu masa saya jawab tu ada suara jembalang sekali. Takut saya lepastu saya pandanglah jembalang tu rupa-rupanya kawan tak guna awak ni, Airil" Airil membuntangkan mata memandang aku yang masih lagi bercerita. Izzan di sebelah Airil sudah ketawa terbahak-bahak mendengar panggilan selambaku , jembalang.
"Lepastu kan dia tarik beg saya pastu saya jelinglah dia lepastu dia kata macam ni tak payah nak jeling sangat. Izzat dan abang-abang kau tak ada kat sini, bolehlah aku buli kau. Jom" sambungku dengan mengajuk suara dingin si Airil. Anaqi melepaskan tawa mendengar celotehku.
Aku melihat cermin kecilku sebelum kembali bersuara.
"Ha ni nak mengadu. Nampak merah ni?" Anaqi laju mengangguk. Izzan yang di belakang pun pantas ke depan untuk melihatnya. Airil sudah mengullingkan mata ke atas tanda menyampah.
"Ni semua sebab kawan awak tu"marahku tiba-tiba sambil jari telunjukku digerakkan ke arah Airil di belakang.
"Apa tunjuk-tunjuk? Aku potong jari kau bagi haiwan liar makan baru tahu" Aku hanya menjelingnya sebagai balasan.
"Masih sakit ke?"soal Anaqi prihatin. Izzan sudah ke belakang semula dan bermain telefon pintarnya.
"Tak sakit dah hehe"balasku tersengih malu. Anaqi mengangguk tanda faham dan memulakan perjalanan pulang menghantar aku terlebih dahulu kemudian Airil. Aku membetulkan kedudukanku lalu memakai tali pinggang.
Aku baru teringat sesuatu tapi masih berkira mahu bertanya ataupun tidak.
"Ada nak cakap apa-apa ke?" Anaqi memandangku sekilas.
"Saya nak tanya. Tadi waktu rehat Auliyah buat pengumuman yang dia dah jadi girl friend awak, betul ke?"tanyaku mendatar
Anaqi menekan brek secara tiba-tiba. Nasib baik di belakang tiada kereta.
"Anaqi, terkejut saya"kataku sambil mengusap dada. Izzan dan Airil turut terkejut di belakang.
"Dia bagitahu semua orang?"tanya Anaqi dan kembali memandu. Izzan dan Airil hanya memerhati sahaja
"Pelajar yang ada kat kantin je tau"balasku tenang
"Tadi kita orang ada latihan teater, aku hero dia heroin" Anaqi mula memberikan penjelasan.
"Kenapa bukan Alisya?"sampukku hairan
"Alisya minat Zafran bukan Izzat"terang Izzan. Aku mengangguk faham. Macam tu pula?
"Itu je tak ada lebih pun. Yang cincin tu dia punya sendiri, aku sarungkan je"sambung Anaqi lagi saja bagitahu tentang cincin. Euw tak malu ke cincin sendiri mengaku orang lain bagi?
'Khabar angin je lah ni? Eh tak-tak , tu namanya syok sendiri'gumamku perlahan
Suasana di dalam kereta kembali senyap membuatkan aku mengantuk dan terlelap.
BERSAMBUNG...
Share this novel