Chapter 10

Romance Series 14668

Kami berkumpul di dewan sementara menunggu kehadiran bas .Pelajar Smk Melati sudah bergerak lebih awal .

"Weh abang kau masih marahkan kau ke?"tanya El tiba-tiba

"Tak tahu malas nak amik tahu"jawabku selamba

"Ish kau ni"kata El geram

Aku hanya beriak biasa.

Kami mengangkat punggung apabila Cikgu Atikah menyuruh kami beratur sebelum menaiki bas.Kehadiran diambil bagi memastikan tiada siapa yang tertinggal.Bas mula bergerak setelah mendapat isyarat daripada Cikgu Atiqah.

Kami tiba di sekolah pada jam 2 petang. Ramai pelajar yang sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Mak aku da sampai...aku gerak dulu"Aku menjatuhkan kepala sekali.

Aku melangkah ke tempat parking di mana tempat abangku meletakkan kereta 3 hari yang lalu.kosong.

Aku mengeluh kasar lalu telefon pintarku dikeluarkan .'kena naik grab lah ni'gumamku dalam hati.

Aku tidak menuju terus ke rumah , aku singgah KFC .Lapar.Aku mengambil tempat duduk setelah mendapatkan makanan.

Tiba-tiba aku rasa ada seseorang mengambil tempat di hadapanku.Aku mengangkat kepala
lalu terkejut melihat Anaqi memandang serius ke arahku.

"Apa?"kataku dengan nada malas

"Memang suka buat abang-abang kau risau eh?"
tanya Anaqi dingin

Keningku terangkat mendengar pertanyaan dari Anaqi.Aku tergelak sinis .

"Risau?"Mataku memandang wajah beku Anaqi sambil mulut sedang mengunyah kentang.

Anaqi hanya menganggukkan kepala.

"Siapa tinggalkan siapa dulu ya? Saya atau abang-abang saya?"kataku dengan muka menyampah

Anaqi terdiam mendengar kata-kataku.'ishh...aku dah agak dah, Zafran dengan Zemir ni memang nak kenalah'rungut Anaqi dalam hati.

"Awak tak risaukan saya ke ?"tanyaku lembut.
Anaqi hanya memekakkan telinga seperti tidak mendengar pertanyaan dari mulutku

"Aku hantar kau balik"katanya sambil mengerling makananku yang sudah habis dimakan.Anaqi terus melangkah keluar dari KFC.

Telefonku bergetar tanda mesej masuk.Aku mula mengerut kening membaca mesej tersebut

+018 - **** ****
Cepat ! Lambat aku tinggal

"Tinggal?"aku terkebil-kebil memandang mesej itu.Lama.
Telefonku bergetar dan lagu Make You Wanna - Dolla dimainkan

Lihat oh lihat , ku cuba mendapat perhatianmu ~

Aku bingung sama ada mahu menjawab atau biarkan sahaja

Jerat terjerat , tiga satu lima sudah lamaku tunggu ~

Aku memutuskan untuk menjawab panggilan itu.

"Hello"sapaku di corong telefon

"Kau nak aku tunggu kau berapa lama lagi ni?"Aku mengerut kening hairan . Anaqi ke ni?

"Cepat ! Jangan sampai aku heret kau keluar"
belum sempat aku membalasnya , panggilan dimatikan oleh Anaqi.

Aku mula mengangkat kaki keluar dari KFC dan memandang sekeliling . Kepala yang dibalut tudung aku garu.

"Dia kat mana pula ni"gumamku sendiri

"Kat sini...."suara itu tepat di tepi telinga kananku

Gulp !

Aku menelan air liur kemudian memandang di sisi kananku.

"Ish Anaqi ! Terkejut laa..."aku melepaskan nafas kasar lalu memandang Anaqi yang sedang ketawakan aku. Mataku tak berkelip memandang Anaqi yang sedang seronok menggelakkan aku.

EHEM !

Anaqi berdehem kuat telah mematikan lamunanku.

"Tak pernah tengok orang gelak ke?"katanya . Muka mula membeku tanpa senyuman memandangku.

"Orang lain pernah tapi kalau orang bernama Izzat Anaqi tak pernah lagi hehe"kataku sambil tersengih menayangkan gigiku yang cantik tersusun

Muka Anaqi mula merah . Anaqi terus mengajakku ke arah keretanya tanpa memandang mukaku.

******************************
Anaqi mematikan enjin apabila sampai di depan rumahku.Aku mengerut kening lalu memandang wajah Anaqi.

"Awak nak masuk sekali ke?"tanyaku

"Haah...by the way , Zafran dengan Zemir tengah mengamuk kat dalam...semua orang kat dalam tengah tunggu kau"terang Anaqi dengan berwajah risau

"Dah...jom masuk , jangan risau aku sentiasa ada dekat sisi kau"Anaqi memberikan senyum manis kepadaku untuk menghilangkan debaran di dada.

Aku mengangguk perlahan dan kaki melangkah masuk ke rumah.

Along memandangku tajam sebelum mendekatiku sebaik sahaja kakiku berada di tempat mereka berkumpul.

PANG !

Aku terkedu . Air mata mula mengalir laju . Aku tak faham apa yang along marahkan sangat sampai sanggup naik tangan padaku.

Anaqi dan yang lain terkejut dengan tindakan Zafran.Anaqi masih berdiri di sisiku.

"Mummy dan daddy tak pernah ajar kamu belasah anak orang sampai masuk ICU Rara...ini yang Rara balas dekat mummy, lepas mummy besarkan Rara dengan penuh kasih sayang ?"kata mummyku dengan penuh kekecewaan

Aku tahan rasa mendengar kata-kata mummy.
Aku mula memandang wajah - wajah yang berada di situ. Mataku terhenti di wajah Sofeya dan Nadia yang sedang memandang sinis ke arahku

Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan.'kau kena tenang bila bercakap dengan dua bakal pesakit mental ni'pujukku sendiri

"ICU ? Hospital mana?"balasku tenang memandang Sofeya dan Nadia

Aku perasan wajah Sofeya dan Nadia cuak namun mereka cepat mengawalnya.

"Mak Hana tak benarkan kita orang bagitahu kau tentang keberadaan Hana sekarang...takut kau serang Hana lagi"Nadia hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Sofeya.

"Ye ke? Atau takut kantoi ?"kataku selamba

"Sudahlah Rara dah salah mengaku je lah...
kenapa susah sangat?"kata angahku dingin

Aku terdiam mendengar kata-kata angah seolah-olah aku seorang yang salah. Yang lain hanya diam memerhati.

"Korang datang sini semata-mata nak bagitahu hal ni je ?"tanyaku tenang. Dalam hati rasa benci kepada geng girly semakin dalam

BAM !

Daddy menepuk meja di hadapan sofa dengan kuat. Ternaik bahuku lalu memandang wajah bengis daddy.

"Rara mengaku je lah !"jerkah daddyku sambil memandang tajam ke arahku

"Rara nak mereka berdua jawab dulu soalan Rara tadi"kataku mula dingin .

"Mak Hana suruh bagi amaran dekat kau sekeluarga...ja..jangan ganggu Hana kalau tak nak kena saman" jawab Nadia sedikit gagap

"Saman je lah...aku dah buat anak dia masuk ICU kan?tunggu apa?ingat perkara ni main-main ke?memang nak kene bagi warning dulu ?"aku memeluk tubuh .Mata tak lepas dari memandang mereka berdua

"Mak Hana bagi kau dua pilih...jangan ganggu Hana lagi atau mak Hana akan saman kau dan keluarga kau dapat malu"kata Sofeya

"Haih...tak faham lah, aku dah buat anak dia masuk ICU kan ?kenapa tak saman terus?"aku mula memicit dahi . Pening.

"Okay...dah selesaikan tugas korang ? Tunggu apa lagi ? Nak kena bentang karpet merah baru reti nak balik?"sambungku selamba. Mata mummy tajam memandangku.

"Siapa ajar Rara layan tetamu macam ni ?"ujar mummyku sebaik sahaja mereka keluar dan pulang ke rumah

"Rara tak pernah ada tetamu manusia yang bertopengkan syaitan macam tu "bidasku

"Rara...jaga mulut tu bila cakap dengan mummy"
tegur daddy

"Sorry"ucapku perlahan. Aku mula mengambil tempat di sebelah Izzan. Anaqi duduk di sebelah along.

"Apa yang Rara buat kat budak tu sampai masuk ICU?"suasana kembali tegang apabila angah mula bertanya soalan itu

"I slapped her more than twice "jawabku jujur

"Along tak percaya...sampai masuk ICU tau Rara, kalau mati budak tu macam mana?"sampuk along

"Mati tanam je lah"jawabku selamba

" I'm serious Rara"kata along

"What? Along sendiri tak percayakan adik sendiri...bukan along sorang, tapi keluarga Rara sendiri tak percayakan Rara dan lebih percayakan orang luar betul tak?"air mataku mula mengalir laju

"Tadi along tanyakan...kalau budak tu mati macam mana? Kalau budak tu mati , Rara ni pembunuh lah simple right ?"tambahku

"astaghfirullah al- azim...mengucap Rara !"jerkah daddy setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulutku

"Apa lagi daddy?bazir air liur Rara je kalau beria Rara terangkan tapi keluarga Rara sorang pun tak nak percaya"kataku dengan penuh sebak.Air mata dari tadi tak berhenti mengalir.Laju.

"Apa yang dia buat kat Rara lagi teruk daripada apa yang Rara buat kat dia tahu tak ?! untuk pengetahuan mummy daddy...budak yang Rara tampar dan dua orang perempuan yang datang tadi tu yang menyebabkan kawan-kawan Rara mati !! Dan pasal Alia..."kata-kataku terhenti . Aku mula menarik nafas dan hembus cuba untuk beriku kekuatan untuk sambung kata-kataku yang terhenti. Wajah mummy dan daddy yang terkejut aku hiraukan.

"Arwah Alia mati bukan sebab terlalu terkejut tentang kematian Aina dan Aqilah...tapi sebab Hana tekup bantal dekat muka Alia lepas buka alat bantuan pernafasan Alia tu , Sofeya dan Nadia pun bersubahat sekali dan along angah
tahu pasal ni tapi diorang tak pernah pun bagitahu Rara pasal benda ni "aku mula menangis teresak-esak.Terkelu lidah along dan angah apabila adiknya sudah tahu rahsianya

"Kalau along dengan angah nak tahu...Rara tampar pempuan tu sebab dia longgarkan tali Rara masa Rara nak turun dari Climbing Wall tu...tak boleh nampak lagi ke yang dia memang nak Rara ikut jejak Alia, Aqilah dan Aina tu"

"Atau nak tunggu jenazah Rara sampai rumah baru nak ambil tindakan?"sambungku sinis

Semua terdiam mendengar kata-kataku termasuk Airil.

"Anaqi...boleh awak teman saya keluar?"kataku mula perlahan.Lemah.

Anaqi menganggukkan kepala

"Bila?"tanya Anaqi

"Sekarang"terus kaki melangkah keluar tanpa memandang sesiapa.Hatiku sakit bila keluarga
sendiri lebih percayakan orang lain.

"Bro...tolong jagakan adik aku elok-elok...apa-apa hal bagitahu aku"pesan Zafran kepada Anaqi

Zafran dan Zemir meraup kasar wajahnya . Menyesal.

Daddy memujuk mummy yang sedang menangis setelah mendengar kata-kata dari mulut Aara.

Airil dan Izzan mengeluh dalam diam.Marah dengan tindakan sahabatnya itu.

******************************

"Saya tahu Hana tak teruk mana pun" aku mulakan perbualan sebaik sahaja Anaqi mengambil tempat di sebelahku

"Kau yakin ke ? Aku tengok muka dia lebam pun macam teruk je" aku memandang Anaqi

"Teruk bahagian muka je bukan bahagian kepala sampai boleh masuk ICU"balasku menyampah

"Pasal Hana longgarkan tali tu kau masa tu...aku nampak dan aku sempat amik vidio...nak tengok ?"mataku bersinar memandang Anaqi

"Nak !!"jeritku ceria

Aku melihat rakaman di telefon Anaqi.Jelas senyum sinis Hana di situ.Aku pulangkan semula telefon itu kepada Anaqi.

"Saya tak rasa yang diorang akan berhenti kacau saya sebab sekolah baru saya dan alamat rumah saya pun diorang dah tahu" aku mengeluh perlahan

"Janganlah mengeluh...balik solat minta pertolongan dari Allah...InsyaAllah dipermudakan nanti"kata Anaqi dan memberikan senyuman manis kepadaku

Mataku tak berkelip memandangnya.

"Haih...baru bagi senyuman dah tergoda ke sampai pandang aku pun tak berkelip matatu" Anaqi tersenyum senget sambil mengangkat kening berkali-kali.Mukaku terasa bahang melihat senyum senget itu lalu mengalihkan pandangan.

Aku mendengar gelakkan kecil dari Anaqi saat aku mengalihkan pandangan.

"Izzan kata kalau nak happykan seseorang kena bagi orang tu makan aiskrim" kata Anaqi memandang hadapan

"Awak nak belanja saya aiskrim ke?"tanyaku ceria memandang Anaqi

Anaqi menganggukkan kepala lalu memandangku semula

"Nak aiskrim apa?"tanya Anaqi lagi

"Cremeria ! Tak kesah perisa apa"jawabku pantas

"Sama macam Izzan...."ujarnya perlahan

"Tapi saya tak nak Izzan...saya nak Izzat Anaqi je"kataku selamba

Anaqi terkedu mendengar kata-kata yang selamba keluar dari mulutku

"Aku pergi beli ais krim dulu...kau duduk sini diam-diam"pesan Anaqi

"Baik boss"sambil tangan diletakkan di tepi dahi

Anaqi menggelengkan kepala melihat gelagatku yang sudah kembali ceria

******************************
Selepas keluar dengan Anaqi , aku terus mengurungkan diri dalam bilik.

Tok !
Tok !
Tok !

Aku mendengar pintu diketuk sebelum pintu dikuar oleh angah

"Mummy panggil Rara turun makan sekali"kata angah sambil memandangku

"Okay jap lagi aku turun"balasku dingin tanpa membalas pandangan angah

Angah mengeluh dalam diam. Kesal dengan apa yang jadi petang tadi. Angah menganggukkan kepala sebelum pintu bilik tidurku ditutup.

Aku meletakkan telefon pintaku di atas katil lalu melangkah turun ke bawah.

Aku hanya mendiamkan diri apabila tiba di ruang dapur.Aku mengambil tempat di sebelah mummy bukan di sebelah along mahupun angah seperti selalu.

Suasana di meja makan menjadi sunyi tanpa perbualan.

Krekk~

Aku menolak kerusi kebelakang dan menuju ke singki. Selepas selesai membasuh pinggan , aku melangkah ke arah tangga dan menuju ke bilik tidurku tapi aku sempat ucapkan terima kasih kepada mummy .

"Terima kasih mummy masakan makanan malam Rara...sorry kalau menyusahkan mummy"

BERSAMBUNG...

komen and support kalau nak Farah teruskan update kat sini okay ( ꈍᴗꈍ)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience