Special Chapter [3]

Romance Series 14668

Aku dan kawanku yang lain merenung rumah banglo dua tingkat di hadapanku. Kami memandang sesama sendiri.

"Macam kosong je"komenku memecahkan kesunyian antara kami.

"Betul tu"sokong Dilah lalu menekan lecong rumah di tembok sebelah pagar mewah itu.

Ting tong~

Pagar mewah itu terbuka dan kami melihat seorang lelaki muda sedang menyarung selipar sebelum mendekati kami.

"Yes? Who are--Aara right?" El dan yang lain memandangku hairan. Aara kenal mat saleh ni?

"Er yup it's me Aara hai!"balasku teruja melihat anak mata berwarna hijau itu. Kawan-kawanku masih bingung dengan situasi ini hanya mendiamkan diri. Andronico nama diberi.

"What are you doing here?" Niko mengerut kening memandang kami berlima. Aku tersengih lalu bersuara.

"Ni rumah Faris Adnan kan? Sepatutnya saya yang tanya awak, awak buat apa kat sini?"soalku kembali membuatkan Nico tergelak kecil sambil menggelengkan kepala. 'Dia faham bahasa Melayu ke?'bisikku dalam hati.

"Faris Adnan tu adik kandung sebapa aku. Sebelum ada yang tanya, aku jawab dulu okay. Warna mata aku ni sebab ikut genetik mak aku." Jatuh rahang kami berlima memandang Nico tidak percaya. Nico memeluk tubuh membalas pandanganku sahaja.

"Mesti kau ingat aku ni umur sebaya dengan Riz kan little twin?" Mendengar sahaja gelaran itu pantas aku marahnya.

"Hei! Itu Riz je boleh panggil gelaran itu. Awak jangan nak sibuk okay" Aku menjeling tajam wajah Nico yang sudah tersengih itu. Sinis pula tu, apahal?!

"Eh korang!"

Kami berlima termasuk Nico menoleh gerangan. Faris Adnan.

"Weh kita orang rindu kau!"ucap El kuat. Dirah,Dilah dan Dhia menggelengkan kepala menafikannya. Faris menahan diri daripada ketawa melihat gelagat El dan rakan-rakannya yang lain kemudian mengalihkan pandangan ke arahku lalu mengangkat kening.

"Tak nak ajak kita orang masuk ke?"tanyaku tanpa menjawab persoalan yang berada di fikiran Faris.

"Jomlah masuk" Aku yang membuntuti El terhenti apabila Niko memegang hujung lengan baju sekolahku.

"Korang masuk dulu. Aku ada benda nak cakap dengan little twin ni" Aku menggulingkan mata ke atas tanda menyampah. Lagi dilarang lagi disebutnya.

Semua masuk ke dalam rumah meninggalkan aku bersama Nico di halaman rumah. Nico menarikku duduk di kerusi berdekatan.

Niko berdehem memulakan perbualannya.

"Dario tu umur 18, Syahmi pula umur 17 tahun. Aku sama dengan Dario" Aku mengangguk faham maksudnya Nico dan Dario sebaya dengan along dan angah lah.

"Kita orang kenal dari kecik sebab mak kita orang kawan rapat ummi" Terdiam aku mendengar panggilan 'ummi' itu sehingga sekarang aku tidak berjumpa dengan mak Hana.

"Kita orang pun tahu apa yang Hana buat kat kau" Aku mendiamkan diri sahaja.

"Hana tak boleh tahan kot bila mak dia dengan Riz tu asyik sebut pasal kau je sebab tu lah dia berdendam dengan kau macam tu sekali" Aku membuat muka meluat.

"Harini ummi bawa Hana balik Jepun semula" Aku menoleh ke arah Nico setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nico.

"Tak bahaya ke?"soalku selamba membuatkan Nico memandangku tajam. Aku mengalihkan pandangku tanpa rasa serba salah.

"Kau nak cakap dia gila?" Badanku mengigil kecil mendengar suara dingin Nico.

"Lamanya borak. Jomlah masuk. Tak elok berdua-duaan dekat luar ni"

Aku pantas mengangkat kaki masuk ke dalam meninggalkan Nico dan Faris.

"Woi!" Faris dan Niko memandang sesama sendiri sebelum Faris kembali bersuara.

"Siapa lambat masuk dalam dia anak katak"

Faris dan Niko berlari masuk ke dalam rumah.

"Sorry ya ini je ada" Faris menghidangkan kami berlima air oren bersama samyang carbonara sudah diletak perencah.

"Wow samyang pink!"jeritku teruja namun kembali muram. 'Er   tak apa kot kalau makan satu pinggan je, Anaqi bukan tahu pun hehe'getusku di hati.

"Kenapa?"tegur Faris. Aku hanya menggelengkan kepala. Tanpa aku sedari, El sudah tersenyum senget melihatku tetapi El mendiamkan diri sahaja.

"Jom makan!"

Kami mula menjamu selera dengan gembira sehingga terlupa tujuan sebenar kami singgah ke rumah Faris itu.

******************************
Aku melangkah masuk ke dalam rumah sambil memandang ke bawah sahaja. Seronok sangat jumpa Faris sampai lupa tengok jam hm.

"Kau pergi mana, pukul 6 baru nak balik?" Aku mengigit bawah bibir menahan tangisan. Teringat kata-kata Anaqi pada hari pertama mereka berdua solat subuh berjemaah.

•Flashback•

Aku mencium belakang tangan Anaqi manakala melabuhkan bibir hangatnya di dahiku.

"Kalau aku tak panggil kau dengan gelaran sayang tu maksudnya aku betul-betul marah kau. Boleh tak?" Terkebil-kebil memandang anak mata Anaqi yang sudah merenung mataku sedalam-dalamnya.

"Boleh ke tidak?" Anaqi menarikku ke dalam dakapannya. Daguku diletakkan di atas dada bidangnya lalu mendongak memandang semula wajah Anaqi.

"Kalau saya cakap tak boleh?" Sengaja aku tidak menjawab persoalannya tadi.

"Kenalah boleh. Mana ada orang marah cakap baik-baik" Aku mencemberutkan muka tanda tidak setuju.

"Kasar sangatlah kau aku tu. Kalau saya nangis nanti macam mana?" Tanganku melingkari pinggang Anaqi erat. Mataku tidak terlepas dari anak mata Anaqi.

"Aku buat bodoh jelah"jawab Anaqi tanpa riak. Aku memuncungkan bibir tidak puas hati dengan jawapan Anaqi.

"Awak tak sayang saya lah tu" Anaqi merungkaikan tanganku dari pinggangnya lalu bangun keluar dari bilik meninggalkan aku tanpa balasan.

"Ish tak sweet langsunglah encik husband ni"rungutku sambil melipat sejadah.

"Aku dengar sayang" Aku menoleh ke arah pintu melihat Anaqi menyandarkan diri pada dinding sebelum berlalu pergi tetapi sempat mengeyitkan mata kepadaku.

"Eh?!" Aku memegang dada dapat aku merasakan degupan jantungku laju.

•End Flashback•

"Pergi rumah Faris"jawabku perlahan tanpa memandang renungan tajam Anaqi.

"Buat apa sampai lama kat rumah orang? Kau dah ada suami kat rumah ni kau tahu tak?"soal Anaqi geram dengan isterinya yang pulang lewat itu.

"Borak-borak je dengan Faris. Lama tak jumpa"jawabku lagi semakin perlahan.

"Dengan Faris ke dengan mat saleh kawan Riz tu?" Aku yang daripada tadi menahan tangisan bertukar kepada menahan ketawa. 'Husband kita cemburu ke? Eheks'bisikku di hati.

"Solat asar dah ke belum?" Aku menjatuhkan kepala. Mata masih memandang lantai. Maklumlah lantai lagi menyenangkan hati daripada renungan tajam encik suami itu.

"Pergi mandi tukar baju. Malam nanti abang-abang kau datang makan malam kat sini" Aku pantas mengangkat kepala lalu mendekati Anaqi dan mencium pipi Anaqi.

"Okay. Janganlah cemburu baby, Anaqi saya lagi hot berbanding Niko bermata hijau tu" Terkesima Anaqi dengan tindakan selambaku. Sebelum ni nak kena ugut baru nak buat. Alasannya sebab malu. Malulah sangat...

"Yeay my brothers nak datang!" jeritku sambil berlari masuk ke dalam bilik sempat aku mencium pipi mama yang baru muncul di ruang tamu.

"Kenapa dengan Rara tu?"tanya mama pelik dengan sikap menantu kesayangannya itu. Anaqi mengangkat bahu tanda tidak tahu kerana malas mahu menceritakan perkara tadi.

Mama mengangguk faham lalu melangkah ke dapur semula.

"Aku marahlah tadi bukan cemburu ish"rungut Anaqi sendirian

"Abang Izzat cemburu? Cemburu tu bukan ke orang tengah cium-cium tu" kata Rayyan baru sahaja muncul.

Anaqi membuntangkan mata memandang Rayyan.

"Itu cumbulah pandai. Eh mana kau belajar perkataan ni? Jangan cakap kau tengok drama bukan-bukan?"tuduh Anaqi memandang Rayyan tajam. Rayyan tidak berkelip mata melihat abangnya tiba-tiba mahu marahnya.

"Abang Izzan ajar"jawab Rayyan polos sahaja mukanya. Anaqi menepuk dahi mendengar nama yang keluar dari mulut adik bongsunya itu.

Memang nak kenalah Izzan ni haihh~

******************************
Malam menjelang tiba. Anaqi masih mendiamkan diri selepas menunaikan solat isyak berjemaah. Merajuk ke baby?

"Baby"panggilku meleret memandang Anaqi sedang bermain telefon pintarnya tanpa menghiraukanku.

"Baby"panggilku sekali lagi sambil melanggarkan bahuku ke bahunya perlahan

"Baby! Saya nak awak bayar balik hutang awak harini"kataku mula serius lalu menyilangkan tangan ke dada. Anaqi mula mengerut kening memandangku sambil mengangkat kening. Telefon pintarnya diletakkan di atas meja kecil yang berdekatan.

"Aku mana ada hutang apa-apa dekat kau"balas Anaqi tidak puas hati apabila aku menuduhnya tiba-tiba.

"Adalah. Dari balik rumah tadi sehingga sekarang, awak tak ingat hutang awak pada saya? Seriously Izzat Anaqi?!"kataku dengan nada sedikit tinggi membuatkan Anaqi terasa hati tanpa aku sedari.

Anaqi menarik nafas terlebih dahulu dan dihembus perlahan-lahan kemudian memandangku semula dengan pandangan redup.

"Aku hutang apa dengan kau sayangku intan payung gebu-gebu macam bomboloni ni? Ha apa? Hutang apa?"soal Anaqi bertubi-tubi sambil mencubit kedua-dua pipi tembamku perlahan. Aku menahan ketawa apabila Anaqi samakan aku dengan bomboloni. 'Kenapa comel sangat ni baby?'gumamku di hati

"Baby hutang attention"jawabku manja dengan membuat wajah sedih meminta simpati encik suami.

"Alo ciannya isteri kita ni tak dapat attention ya harini?" Anaqi melayankan sahaja perangai manjaku yang tiba-tiba muncul itu.

"Malam nanti eh? Sekarang kita keluar turun bawah dulu. Kesian abang-abang kau tunggu kat ruang makan tu dah kebulur dah"

BERSAMBUNG...

Komen tau, saya suka baca komen korang :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience