Malam menjelang tiba , mereka berlima masih di ruang tamu menyiapkan kerja sekolah kecuali Izzan. Mummy dan daddy juga belum pulang ke rumah .
"Bah!"sergah Izzan apabila melihat kelibatku di dapur sedang membasuh pinggan
PRANG !
Pinggan yang berada di tanganku jatuh di lantai.Aku menutup mata dan mengetap bibir menahan keperitan serpihan kaca yang berada di atas kakiku.
Izzan melihat kejadian itu terus menjerit memanggil along dan angah.
"Zafran ! Zemir !"
Mereka yang berada di ruang tamu tersentak selepas mendengar bunyi kaca pecah dan jeritan Izzan. Mereka semua melangkah laju ke dapur.
"Ya Allah Rara ! " kata along dan angah serentak
Along mencempung Aara lalu dibawa ke sofa di ruang tamu.
Aara ringan je okay !
Angah membersihkan kepingan dan serpihan kaca yang berada di lantai kemudian mengangkat kaki ke ruang tamu.
"Mana Zafran ?"tanya angah kepada Anaqi
"Kat atas amik first aid kit"balas Anaqi
Aku hanya diam merenung kaki yang berdarah.
"Apa jadi tadi?"tanya angah lagi. Mata memandang ke arahku yang dari tadi menunduk je sambil menepuk bahuku
Aku terkebil-kebil memandang angah di sebelah kananku.
"Hah?"muka blur dipamerkan
Angah tergelak kecil melihatku muka blurku.Aku menjeling angah sebagai balasan.
"Sini letak kaki atas peha along"pinta along yang sudah mengambil tempat di sebelah kiriku
"Sakitlah macam mana nak angkat"rungutku dengan muka tidak puas hati memandang along.
Along selamba mengangkat kedua-dua kakiku ke atas pehanya.Aku yang belum bersedia , sudah terbaring di atas riba angah.
"Ish sakitlah !"marahku sambil mengerut muka
"Manja !"kata along dan angah serentak. Angah sempat mencuit hujung hidungku.Angah membetulkan kedudukanku supaya bersandar di badan sasanya lalu angah merangkul bahuku sehingga bahuku berlaga dengan bahu angah.
"Rindunya adik angah ni"kata angah lalu mencium tepi kepalaku
EHEM !
"Kami bertiga masih ada kat sini lagi"kata Izzan sambil mengerling ke arahku.Aku hanya menjeling tajam kepada Izzan.
Izzan terdiam melihat jelinganku.
GLUP !
Air liur ditelan.Kesat.
Tak ada rasa aiskrim dah kat lidah... Huwa!
"Muka kau kenapa pucat je ni tiba-tiba?"tanya Anaqi berasa hairan
"Ni mesti kau yang kacau Aara masa Aara buat kerja kat dapur tadi kan"tuduh Airil sambil tersenyum sinis memandang muka pucat Izzan .' Binggo ! Tepat sekali' gumam Airil dan Aara serentak dalam hati
Along yang mendengar kata-kata Airil terus memandang Izzan tajam. Begitu juga angah.
"Betul ke?"tanya along dan angah serentak. Dingin.
Tersengih Izzan memandang along dan angah. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Aku sergah dia je"balas Izzan jujur
Aku hanya menahan senyum melihat kejujuran Izzan . 'Adakah Anaqi juga akan jujur macam tu'bisik di hati
"Rara !"panggil along kuat
Aku tersentak lalu membalas pandangan along sambil mengangkat sebelah kening .
"Fikir apa sampai along panggil tiga kali tak dengar-dengar"rungut along
Err aku termenung ke tadi?
Aku hanya mengangkat bahu . Masih mahu mogok tak nak cakap dengan diorang hehe
Mataku sudah kuyu dan hampir sahaja terlelap .
"Aku angkat Rara bawa masuk bilik dia jap"kata along lalu mencempungku naik tangga. Rumah dua tingkat je tak payah berlif bagai.
Aku yang mengantuk hanya memeluk leher along dan melabuhkan kepalaku di bahunya . Mataku terkebil-kebil bagi menahan ngantuk.
Along meletakkan tubuhku di atas katil lalu membuka tudung dan kardigen lalu membaringkan aku.
"Kerja sekolah dah siap?"tanya along lembut sambil mengusap rambut panjangku.
Aku hanya mendiamkan diri.Mataku masih memandang wajah along. Rindu hm
"Along tanya ni"tangan along turun mengusap pipi lembutku
"Tak ada kerja sekolah harini"jawabku perlahan.Along tersenyum setelah mendengar balasan dariku .
"Harini tidur awal okay.Biar along kemaskan buku ikut jadual Rara.Esok naik along dengan angah pergi sekolah...no excuse"pinta along tegas namun pandangan masih redup memandangku.
Aku menjatuhkan kepala.Along mengusap rambutku sehingga terdengar dengkuran halusku. Along tersenyum melihat aku terlelap lalu along mencium dahi kemudian membawa diri ke ruang tamu .
"Lamanya?"tanya Airil apabila melihat kelibat Zafran
"Tidurkan Rara tadi" Yang lain hanya menganggukkan kepala tanda faham.
"Dah pukul 9 ni...mummy daddy kau tak balik lagi ?"tanya Izzat
"Balik pukul 11 kot...korang dah nak balik ke??"
tanya Zemir
"Haah...takut mama aku bising"jawab Izzan bagi pihak Izzat.Airil mengangguk tanda setuju.
"Ha okaylah...sorry suruh korang stay sampai malam pula"kata Zafran dengan penuh rasa serba salah
"Takpa kitaorang okay je...kitaorang gerak dulu"kata Airil lalu mengangkat kaki keluar menuju ke arah motornya.Izzat dan Izzan pula menuju ke keretanya.
"Kau drive sebab kau buat hal kat umah orang"
pinta Izzat dingin
"Ishh...yelah"balas Izzan pasrah
******************************
Aku tersedar pada jam 5:40am terus melangkah ke bilik air untuk mandi.
"Auch!"terjerit kecil aku sambil menahan sakit. 'macam mana aku boleh lupa yang kaki aku kena kaca semalam'bisikku seorang diri sambil menepuk dahi.
Aku mengerling ke kawasan melecur semalam . Semakin baik Alhamdulillah tapi masih perlu dibalut.
Selepas mandi , aku keluar dari bilik air dan duduk di birai katil untuk menukar balutan di lengan begitu juga di kaki.
Tok !
Tok !
Tok !
"Boleh mummy masuk ?"tanpa menunggu jawapan dariku terus membuka pintu bilik
"Meh mummy tolong balutkan...ni dah cuci luka ni?" Aku menggelengkan kepala sahaja.
Mummy meneruskan kerjanya selepas melihat gelengan dariku.
******************************
Aku berjalan menuju ke kelas dengan bersandal hitamku
Tok !
Tok !
"Maaf cikgu saya lambat"kataku lalu menundukkan badan sedikit
Cikgu Maira hanya menganggukkan kepala sekali.
"Baik mari kita teruskan"kata Cikgu Maira setelah memastikan aku duduk di tempatku
"Eh kaki kau asal?"bisik El
"Ishh...nantilah aku cerita...fokuskan yang kat depan tu"tegurku tanpa memandang El.
El hanya beriak menyampah denganku.
"Baik.Saya nak awak siapkan kerja sekolah ni.Esok saya nak tengok...saya tak nak dengar alasan ye"pesan Cikgu Maira
Kami sekelas menjatuhkan kepala tanda faham.
"Bangun ! " kata ketua kelas 5 Akaun
"Terima kasih Cikgu !"ucap kami sekelas serentak. Cikgu Maira memberikan senyuman lalu melangkah keluar.
"Haa...ceritalah ceritalah"desak El
"Izzan sergah aku pastu aku terkejut pastu pinggan tu jatuh atas kaki aku"jawabku selamba
"What! Izzan ni memang nak kenalah"muka El berkerut-kerut menahan geram
"Ehh sabar-sabar...aku yang kena kau yang berangin apahal"kataku.Mataku memandangnya tajam.
"Eh kau tak tahu ke kita ni dah sehati sejiwa tau, kau sakit aku pun akan rasa sakit sekali...patutlah semalam aku rasa tak-"katanya dipintas olehku
"Ha sudah-sudah...aku malas nak layan drama kau"kataku lalu memberikan senyuman manis pada El.
"Nak merajuk ah macam tu"ujar El lalu memalingkan mukanya ke tempat lain dengan menyilangkan tangan ke dada
"Kalau kau macam tu , aku macam ni pulak...."
aku sengaja menghentikan kata-kataku
"Apa?"jawabnya memandang ke arahku
"Aku amik dua-dua..Anaqi dengan Izzan"kataku tanpa mengeluarkan sebarang suara
El membuntangkan mata setelah mengetahu kata-kata anginku.El mendekatkan diri ke arahku dan berkata
"Kalau Anaqi dengan Izzan kau punya...mereka berdua pun aku punyalah...kitakan sehati sejiwa"tersenyum senget El
Aku menunjuk buku limaku ke arahnya. El melepaskan tawanya apabila melihat reaksiku
Hello Anaqi is mine okay !
******************************
Aku duduk di pondok kecil sementara menunggu kehadiran El yang sedang membeli makanan.
"Seronok kena air panas?"
Aku memandang gerangan dengan malas
"Seronok nama ada dalam senarai pelajar bermasalah ?"balasku sinis
Dirah mengetap bibir menahan amarah yang kian meletus.Rakan-rakannya sebuk mengusap belakang tubuh Dirah.
Aku mengangkat kening apabila tiada balasan dari mereka bertiga.
"Dirah buat apa kat sini?"sampuk Anaqi yang tiba-tiba muncul.Bukan Anaqi sorang , rakan-rakannya pun ada.
"Aara ni saja nak cari pasal dengan Dirah"adu Dirah kepada Anaqi
Aku memandang mereka berlima sambil mengangkat kening sekali lagi tanda 'kalau berani tuduhlah lagi'
"Abang Izzat dengar tak ni?"rungut gedik Dirah
Aku membuka suara , rosak mata aku tengok perempuan ni tergedik-gedik dengan crush aku hm
"Siapa yang duduk siapa yang berdiri sekarang ni ? Siapa yang kacau siapa sekarang ni?" Aku tersenyum sinis setelah melepaskan kata-kata.
"Hello Aara ! Sorry lambat "sampuk El lalu melabuhkan punggung di sebelahku
"Kenapa ramai-ramai ni? Aku dengan Aara tak buat berkelah pun kat sini "ujar El berasa hairan
"Err kalau ada pun kami berdua tak ajak korang lagi-lagi tiga orang perempuan ni, sorry nama anda bertiga tiada dalam list kami"tambah El siap berdiri menundukkan badan sedikit tanda hormat. 'Aiyo bengong El memang tak boleh dibuat-buat'getusku dalam hati sambil menahan diri daripada gelak
"Ha ! Lagi satu sesedap kuah maggie tomyam kau je nak tumpahkan air panas dekat lengan member aku eh ? Dah lama hidup ?!"jerkah El tiba-tiba
Kami terdiam termasuk tiga perempuan tu.
"Kau sengajakan tumpahkan air panas dekat Rara? Kau lupa ke apa yang aku pernah pesan dekat kau semalam?" sampuk along mula dingin
BERSAMBUNG...
kalau ada nampak typo tu boleh tegurlah okay , I'm happy with that. (◕ᴗ◕✿)
Share this novel