Aku diam tak berkutik menunduk tidak mampu membalas kerlingan tajam Anaqi di sebelah.
Ting!
Anaqi mengambil telefon pintarnya lalu menghulurkan kepada Izzan .
"Baca"arah Anaqi sepatah
"Zafran suruh kita bawa Aara pergi Syarikat ZZ Holding" balas Izzan selepas membaca pesanan dari Zafran.Anaqi terus menukar arah jalan dengan membelok ke kiri.
"Syarikat daddy?"tanyaku mula hairan memandang Izzan.
Izzan menjatuhkan kepala mengiakan pertanyaan aku.
"Nak buat apa?malaslah baik ajak aku pergi butik mummy tu"rungutku terus berpaling ke tingkap.
"Nanti habis spm kau uruslah butik mummy kau.Sekarang kita gerak Syarikat ZZ Holding dulu"putus dari Anaqi.
"Dah diam.Berhenti merungut"tegur Anaqi apabila perasan mulutku bergerak berkata sesuatu tetapi tidak mengeluarkan suara.
Aku terdiam mendengar teguran Anaqi.Aku kembali bersuara apabila melihat stesen minyak.
"Awak berhenti kat situ sekejap boleh?"pintaku sedikit manja.Anaqi memandang ke arah jari telunjukku.Stesen minyak.
"Nak buat apa?"sampuk Izzan sambil mengerut wajah.
"Nak beli air.Hauslah"rengekku tanpa sengaja.
"Kau nak minum minyak kereta ke?"tanya Izzan selamba kerana masih tak faham.
Aku tercengang mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Izzan.
"Dalam tu kan ada jual air minuman dengan makanan manusia.Awak ni bodoh ke bengap"marahku terus keluar malas nak layan kebodohan si Izzan.
Tergelak kecil Airil dan Anaqi mendengar kata-kata yang dilepaskan olehku kepada Izzan .
******************************
Aku bernyanyi kecil mengikuti lagu yang dimainkan di radio kereta Anaqi.Ikutkan nak beli minuman sahaja tetapi nampak makanan pula itu yang terbeli sekali, perempuan mana yang tak gembira kan ?
"Sebentarku pulang.Cari rezeki sebentar untuk aku bawa pulang"
"Untuk keluarga kusayang sanggup.Biar kutak makan"
"Janji terasa senang walaupun banyak yang kurang"
"Asalku rasa tenang"
Badanku juga bergerak mengikut rentak lagu pulang daripada K-Clique.Jari telunjuk dan ibu jari dicantum dan digerakkan bagi menghasilkan bunyi petikan jari.
"Lima tahun lalu.Sekumpulan niat nak cipta lagu"
"Bersama hadap jalan berliku.Hingga waktu bertukar waktu"Tapak tangan digerakkan ke atas dan ke bawah seperti berombak.
"Tak pernah tangguh.Selagi mampu.Aku tuju yang kumahu"Jari terlunjuk ditunjuk ke Anaqi yang sedang fokus memandu.
"Sebentarku pulang.Cari rezeki sebentar untuk aku bawa pulang"Suaraku dikuatkan sedikit.
Izzan dan Airil sudah terkesima melihat gelagatku sebagai adik kepada sahabatnya yang tidak semenggah ini.
Izzan yang mula dengki terus mengalihkan siaran radio lain. Terkemuka - Sandra Dianne&Zizi Kirana
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka~
"Pergi cari kapur putih conteng di papan hitam"
"Cipta ekuasi sendiri daripada perlu pinjam.Ingin jadi virtuoso"
"Ganda usaha kerja.Ganjaran kemudiannya datang menyusul pula"
Mata mereka bertiga mula membuntang melihat aku selamba sambung nyanyi lagu di siaran radio baru dengan rap pula.Anaqi menutup radio.Aku tak puas hati terus kembali diam sambil menyilang tangan ke dada.
"Parah weh adik Zafran dengan Zemir ni.Entah apa yang dia ajar si Aara waktu kecik-kecik dulu"kata Izzan masih kagum dengan rapku.Airil di sebelah mengangguk tanda setuju.Anaqi mendengar kata-kata Izzan hanya mengukir senyum pendek.
'Aku ingatkan kau minat lagu gegirl macam tu, rupanya sangkaan aku silap'ujar Anaqi di hati.Teringat dengan kata-kata sahabatnya menerangkan tentang Aara yang terlalu suka dengan benda yang berwarna merah jambu.Tergeleng kepala Anaqi seketika.Tak sesuai !
"Jom turun"kata Anaqi lalu mematikan enjin kereta.Kami berempat keluar dari kereta telah mendapat perhatian pekerja di sana.
******************************
Aku membuka pintu pejabat Along tanpa memberi ketukan terlebih dahulu.Along yang melihat tindakanku pantas memandangku tajam.
"Along! I miss you so much"ucapku teruja sambil memeluk along.Pandangan along yang tajam seperti pisau diabaikan sahaja.
Along membalas pelukanku sebelum merungkai pelukan yang melemaskannya.
"Angah mana?"tanyaku.Mata memandang sekeliling pejabat along.Ada perubahan sedikit.
Rindu arwah daddy rindu hm.
"Hello adik sayang"sampuk angah yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat along.Aku berlari kecil ke arahnya dan memeluk kemas angah.Aku melepaskan pelukan aku tetapi angah masih memelukku erat.
"Lepaslah angah...aku belum mati lagilah"kataku selamba telah menyentak keempat-empat jejaka itu. Mimpi Zemir mula bermain dalam fikiran mereka.
"Rara jaga kata-kata tu"tegur along dingin.Air liurku ditelan.Takut.
"Okay sorry"ucapku perlahan tapi mereka dapat mendengarnya.Angah melepaskan pelukan lalu dibawa duduk di sofa. Begitu juga yang lain.
"Along nak surat tu"pinta along tiba-tiba
"Surat apa?"jawabku pura-pura tidak faham kerana aku tidak mahu mereka terlibat dengan kerja gila Hana ini.Iya aku dah tahu waktu masuk ke dalam stesen minyak , aku terima mesej dari Hana.
Kematian kau akan tiba tak lama lagi dan itu membuatkan aku happy tau. Kalau kau tak nak yang lain susul kematian kau , jangan bagitahu pasal ni.Remember my words.
"Aara bagi jelah"sampuk Anaqi mula masuk campur. Yang lain hanya memerhati.
"Along nak Rara datang sini sebab ni je ke?"
kataku tidak puas hati
"Yes"jawab Along sepatah
"Tak rindu Rara pun?"soalku teragak-agak memandang wajah dingin along.Sengaja aku melambatkan.
"Tak"Laju along menjawab membuatkan aku rasa seperti syok sendiri rindu mereka berdua.
"Sejak along dan angah dah kerja kat sini.
Langsung tak ada masa untuk Rarakan?"kataku sedikit emosi.Air mata sudah bergenang.
Sudahlah aku tengah datang bulan , abang-abang aku pula layan macam ni. Huwa ! Nak nangis.
Tergamam mereka berempat melihat air mataku sudah mengalir laju.Angah di sebelah menarikku ke dalam pelukan.Teresak-esak aku menangis.
Along meraup wajah kasar dan keluh kesal dilepaskan.
Aku merungkaikan pelukan angah dan meminta izin ke tandas.Aku terus keluar dari pejabat along.Aku mahu menggunakan tandas pekerja sahaja.
Aku merenung cermin memandang air mata sendiri mengalir laju.
"Aku ni tak layak bahagia ke sampai kau nak kacau hidup aku Hana?"soalku sendirian
"Haah"
Aku menoleh ke arah pintu.Hana?
"Kau buat apa kat sini?"tanyaku tanpa gentar
"Ni pun syarikat keluarga aku"jawab Hana angkuh
"Hello ? Kau sedar tak ni? Tempat kau kat Jepun sana , keluarga kau semua kat sana " kataku dingin
"Kat sini pun ada keluarga aku, arwah daddy kau tu kan keluarga mak aku tapi sayang dah mati kena langgar"balas Hana sinis.Jangan cakap kau rancang semua ni?
"Yes"sambung Hana seperti tahu soalan dalam fikiranku
"Aku nak kau tahu yang aku tak main-main kalau kau berani libatkan si abang-abang tak guna kau tu termasuk Riz"Aku terkelu lidah mendengarnya.Rizkan abang susuannya , takkan tak ada sayang langsung?
"Abang susuan ke tak abang susuan ke tetap menyusahkan hidup aku.Korang yang rampas kebahagiaan aku Aara"ujar Hana menyilangkan tangan di dada
"Kau ingat kau boleh bahagia ke atas penderitaan orang lain?"kata Hana mendekati tubuh kakuku.
"Mak aku sebok puji-puji kau depan aku , kau nak aku rasa apa gembira? Tertawa? Bahagia?"Wajah Hana semakin merah melepaskan amarahnya.
"Because of you ! Aku tak dapat kasih sayang yang sempurna dari kedua-dua orang tua aku"Hana masih lagi melepaskan apa yang dipendam selama 4 tahun.
"Tapi Riz kata kau yang buat perangai sebab tu mak kau suruh pindah sini"balasku geram dengan Hana tidak habis-habis mahu menyalahkannya
"Aku jadi macam tu pun sebab mak aku tak putus-putus desak aku suruh jadi macam kau ! Happy ? Sekarang kau jadi contoh yang baik bagi mak aku. Kau happy tak ?"jerkah Hana kuat membuatkan air mataku mengalir laju . Tidak menyangka mak Hana akan menyuruh Hana menjadi sepertiku. Sebab aku.Hana sepupu aku sendiri bencikan aku.
Tanpa aku sedar Hana mengeluarkan pisau kecilnya lalu
"Aara!"
BERSAMBUNG...
Share this novel