KRING!
AARA ELINA memadamkan bunyi jam loceng yang berada di sebelah kirinya dengan penuh kesal . Tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembus. Sabar Aara sabar. Rungutnya dalam hati kerana ngantuknya masih ada.
Terkebil-kebil mata Aara memandang siling bilik tidur yang berwarna merah jambu untuk menghilangkan ngantuknya.
"Shuh shuh pergi kau sana wahai syaiton," kata Aara sambil membesarkan matanya lalu ditepuk-tepuk perlahan kelopak matanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sendiri .
Setelah memastikan ngantuknya sudah hilang, Aara terus bangun lalu melangkah masuk ke bilik air dan bersiap untuk pergi ke sekolah barunya.
Setelah bersiap , Aara turun ke bawah untuk sarapan.
"Assalamualaikum and good morning mummyku yang tercinta!" jerit Aara ketika kakinya tiba di ruang dapur dan melihat kelibat mummynya yang sudah siap menghidangkan sarapan di atas meja makan.
Mengurut dada si mummy apabila mendengar jeritan Aara.
"Waalaikumussalam, good morning juga Rara. Cepat makan, karang lambat nanti," kata mummy.
Iya, Rara ialah panggilan manja Aara. Hanya untuk keluarganya sahaja.
"Baik mummy," jawab Aara pendek lalu disuapkan roti berinti nutella ke dalam mulutnya.
Serentak dengan itu, kedengaran bunyi riuh di ruang dapur apabila tibanya tiga susuk tubuh lelaki iaitu daddy dan abang-abang kesayangan Aara.
Nama abang pertama Aara ialah Zafran Zaqeel tapi Aara memanggilnya Abang Zaf atau along.
Seterusnya, nama abang kedua Aara iaitu Zafuan Zemir. Aara memanggilnya Abang Emir ataupun angah . Zafran dan Zemir ni kembar tak seiras tau. Hehe dua dua handsome.
"Good morning mummy , good morning Rara." Kata serentak tiga lelaki itu.
"Morning too," balas Aara perlahan.
Tiba-tiba rasa gementar nak masuk sekolah baru ni walaupun sekolah tu ada my brothers. Semoga dikelilingi orang yang baik-baik, aamiin! bicaranya dalam hati.
Suasana di meja makan menjadi sunyi dan hanya bunyi pinggan berlaga dengan sudu sahaja .
"Jom Rara, aku tak nak kau lambat first day sekolah harini," kata Zafran perlahan cukup dengar di telinga penghuni-penghuni di meja makan. Suaranya juga terselit dengan nada tegas Zafran apabila berkata.
Zafran mengangkat punggung daripada kerusi.
Ya, Zafran memang dingin dan agak kasar tapi Aara memang sudah biasa walaupun kadang-kadang dia terasa hati juga tapi Aara okay je.
"Kau pergi panaskan enjin kereta dulu, biar aku tunggu Rara," jawab Zemir bagi pihak Aara. Kesian melihat adiknya yang tadi mengunyah roti dengan tenang bertukar menjadi gelojoh kerana tidak mahu menaikkan amarah alongnya di pagi hari.
Tanpa banyak soal, Zafran terus menyalam tangan mummy dan daddynya terus menapak keluar untuk panaskan enjin kereta.
Hanya tingkatan 6 sahaja boleh membawa kereta ke sekolah. Jadi, kira beruntung juga la Aara mempunyai abang tingkatan 6 ini.
Sebaik tiba Aara dan Zemir di dalam kereta, Zafran memulakan pemanduanya. Jarak dari rumah ke sekolah agak jauh dan memakan masa 30 minit. Jadi, mereka perlu bergerak dari rumah dalam jam 6:30am dan akan sampai ke sekolah tepat pada jam 7:00am.
Next?
Jangan lupa tinggalkan komen , tunggu next chapter !
Share this novel