Chapter 16

Romance Series 14668

"Hey Aara"

Aku menoleh ke arah pintu wajah tenang dipamerkan walaupun tak sedap hati .

Hana and the geng is back guys !

"Aku rasa kau yang suruh Sofeya dan Nadia datang rumah aku konon konon nak bagi aku amaran jangan sakitkan kau lagi or lagi tepat jangan hadap kau lagi.Tapi tak sangka kau yang tercari-cari aku...rindu eh?"diakhir dengan gelak sinisku sambil memandang mereka bertiga.

"Kau ni tak padan sakitkan.Patutnya kau ikut je member lama kau tu...senang hidup aku"sakit hatiku mendengar Hana mengungkit kisah lama.

"Asal senyap? Taknak lawan macam sebelum ni ? Ni pipi aku taknak tampar lagi?"tanya Hana berasa hairan

"Hana.Perempuan ni kan tengah sakit...mestilah tak larat"jawab sofeya sinis

"Lemah"kata nadia dengan senyuman sinisnya memandangku

Aku mengetap bibir. Benar apa kata mereka , bila aku demam automatik badanku lemah.Aku menggengam kuat selimutku lalu menutup mata. Tarik nafas , hembus , tarik , hembus. Aku membuka mata semula memandang mereka tajam.

"Korang tak pergi sekolah ke ? Tak kan sanggup ponteng sekolah semata-mata nak melawat aku"aku menekup mulut tanda tak percaya

"Aww so sweet of you...tapi terima kasih sahaja lah aku tak perlukan manusia bermuka-muka ni macam korang ni so sila berambus"tambahku mula dingin

"Bla lah tunggu apa lagi ?! Mata aku sakitlah pandang sampah masyarakat macam korang !"
jerkahku kuat nasib baik wad aku tiada pesakit lain.

Terhinjut bahu mereka bertiga lalu melangkah keluar selepas meninggalkan kata-kata sinis kepadaku

"Aku akan pastikan hidup kau tak
bahagia...remember my word"

Mataku mula bergenang setelah melihat pintu wadku sudah tertutup.Aku mula menangis teresak-esak.

"Aina hiks Aqilah hiks Alia hiks I need you guys"tersedu-sedu aku berkata lalu memeluk lutut dan menyembamkan kepala di atas lutut.

"Rara kenapa ni ?"suara lembut menyapa telingaku pantas aku memeluk Doktor Alana yang duduk di birai katilku.

Doktor Alana agak terkejut dengan tindakanku namun diabaikan sahaja . Tangannya mula mengusap belakang badanku cuba untuk menenangkan aku. Aku makin kuat menangis membuatkan Doktor Alana terpaksa memakaikan aku alat bantuan oksigen . Aku mula tenang lalu terlelap dalam dakapan Doktor Alana iaitu maksuku.

Maksu membaringkan tubuh lemahku dengan berhati-hati.Maksu hanya merenung wajah sembabku akibat menangis tadi. Tiada keceriaan pada wajah anak saudaranya menjadi tanda tanya pada fikirannya.

'Where my happy go lucky nephew Rara?what happen to you actually ?'bisik Doktor Alana dalam hati.Sebak.

******************************
KRING !!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat.

"Mana member kau tak datang ? Ponteng je tau...ingat ni sekolah bapak dia punya ke ?"serang Dirah dan dua rakannya.

El hanya menjeling mereka sebelum melangkah pergi.

"Gila"gumam El perlahan namun dapat didengari oleh mereka.

Dirah membuntangkan mata apabila mendengar kata dari mulut El.

"Kurang ajar"jerit Dirah lalu menampar kuat pada pipi El sehingga bibir El terluka dan berdarah

El mula menarik rambut Dirah yang acah diva . Geram !

"Kau jangan ingat selama ni kau buli aku.Aku lemah.Kau silap"kata-kata El terhenti seketika lalu menggengam kuat rambut Dirah

"Dengan cara kau buli aku...telah mengajar aku cara untuk membalasnya.Kau tahu tak macam mana?"tanya El . Kedua rakan Dirah yang cuba menepis genggaman rambut Dirah hanya sekali tepis tangan mereka terhentak pada sisi meja

"Auch"kata kedua rakan Dirah serentak

"Buat benda yang sama macam apa yang kau buat kat aku sebelum ni.Contohnya...."

PANG !

Tepi bibir Dirah juga turut terluka dan berdarah. Adil lah kan?

"Aisyah Elmaira !"

El memandang gerangan . Wah diorang ni memang tak boleh berpisah ke ? Asal datang je berlima

Izzan melangkah ke arah El terlebih dahulu dengan riak wajah serius

"Sejak bila kau jadi macam ni?"tanya Izzan mula dingin

"Sejak ni"El tunjuk luka kecil di tepi bibirnya sambil memandang tepat pada anak mata Izzan

"Aku tak kan balas kalau tak ada yang datang serang"sambung El

Izzan terkejut mendengar kata-kata El terus memandang tajam  sepupunya.

"Semalam Aara harini El...kau memang jenis tak boleh tengok orang lain bahagia eh tanpa gangguan langau kau ni"bidas Izzan

Izzat,Zafran, Zemir dan Airil memandang sesama sendiri apabila melihat tindakan Izzan memarahi Dirah disebabkan El. Pelik.

Izzan ni seorang yang selamba je sedangkan sahabatnya gaduh teruk pun dia lagi sokong bukan bantu meleraikan. Itulah dengan sokongan annoying Izzan dapat mengukuhkan persahabatan mereka sehingga kini.Sahabatnya tidak jadi meneruskan pergaduhan lalu mula menyedari kesalahan sendiri disebabkan ego masing-masing.

Dirah dan kedua rakannya pecut melarikan diri .

El menganalisis wajah lima jejaka yang berada di hadapannya sambil memeluk tubuh. 'Hm not bad , muka semua kacak seperti Nadhir Nasar pelakon projek anchor spm tu'bisikku dalam hati.

Lima jejaka itu mengerut dahi apabila perasan dengan tenungan El pada wajah mereka lalu mereka berdehem serentak .

EHEM !

El tersentak terkejut semualah.Berdehem lima orang jejaka sekaligus ha kuat mana agak agak?

"Err.Korang buat apa jalan kat sini?"tanya El berasa hairan

"Cari kau"jawab Zemir dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar memandang serius ke arah El.

"Sebab?"tanya El

"Aku nak bagitahu kau yang aku suka ka-"
kata-kata Zemir terhenti apabila kepalanya diketuk oleh botol air Izzan. Ye ! Izzan bawa air dari rumah dan selalu bawa ke kantin.

PAP !

"Aww...sakitlah Zan"adu Zemir dengan muka masam

Izzat , Zafran dan Airil menggelengkan kepala melihat gelagat diorang.

"El"panggil Zafran

El mengangkat kening memandang abang sulung Aara.

"Rara tak datang sebab masuk hospital demam nanti balik tunggu kitaoranglah kalau kau nak ikut kitaorang lawat si Aara"kata Zafran sekali nafas

El mengerutkan kening lalu bertanya

"Semalam elok je"balas El hairan

"Semalam dia gaduh dengan classmate aku maybe dia banyak fikir tu yang sampai demam...dia akan demam kalau terlalu banyak fikir or stress lah"terang Zemir selamba. Serentak yang lain menepuk dahi termasuk Izzan.

Terangguk-angguk El namun terhenti setelah menyedari kata-kata dari Zemir.

"Ni mesti si Alisya tu kan "tuduh El lalu melangkah ke kantin mencari kelibat Alisya

Lima jejaka terkejut melihat susuk tubuh El sudah hilang dari pandangan. Kelam kabut mereka menuju ke kantin mencari El.

Bahaya pula El ni haha

******************************

"Rara"

Suara lembut menyapa telingaku membuatkan aku mencelikkan mata.Mummy.

"Ni mummy ada buat bubur ayam.Jangan risau bubur ni tak tawar pun kena dengan tekak Rara"jelas mummy tersenyum manis kepadaku

"Nak mummy suap tak?"mummy sengaja tanya untuk memastikan Rara masih dingin dengannya atau tidak.

Aku mengangguk laju dengan memberikan senyuman lemah.

Mummy menyuap bubur ke dalam mulutku sehingga habis dan memberikan air mineral.

Aku minum air itu dan diakhiri dengan mengelap mulutku menggunakan tisu yang disediakan mummy.

"Kenapa mata Rara makin sembab?"tanya mummy pelik

"Mana ada mummy...perasaan mummy je tu"
balasku lega maksunya tidak memberitahu sesiapa .

"Mummy nak buat kerja kejap kat sana okay...Rara rehat je kat sini"kata mummy menunjuk sofa dan meja di tepi katilku.Aku hanya menganggukkan kepala.

Aku termenung mengingati kata-kata Hana

'Aku akan pastikan hidup kau tak kan bahagia...remember my word'

Tanpa aku sedari , air mata mula menitis laju.

"Hey...kenapa nangis ni ? Sakit ke? "Aku tersentak bila mummy memegang bahuku

"Tak adalah mummy...mummy sambunglah buat kerja mummy"balasku mendatar lalu membaringkan tubuhku ke katil

'Kalau benda buruk berlaku dekat Rara...mummy daddy along dan angah akan tetap percayakan Rara tak?'

Pertanyaan itu mula bermain di fikiranku dan tertidur.

******************************

Aku memandang ke luar tingkap lalu menoleh ke arah pintu apabila mendengar bunyi bukaan pintu

Krekk~

"Assalamualaikum Rara" kata along dan angah serentak lalu melabuhkan ciuman di tepi kepalaku yang ditutupi tudung sarung hitam

"Waalaikummussalam"jawabku lemah

"Aara !"
"Kau ni suka buat aku risau"
"Kau okaykan sekarang ? Tak ada rasa sakit mana-mana"

Suasana wadku yang hambar kembali kecoh dengan suara El

Aku tergelak kecil melihat kekalutan El memegang bahuku dan menggerakkan kiri kanan

"Aku okay"kataku tenang

Krekk ~

"Hello my little Aara !"sapa Izzan ceria

Tersenyum lemah aku melihat keceriaan Izzan seperti aku dahulu.

"Aara ni your Anaqi ada bawakan kfc dengan air coolblog but air coolblog ni kau boleh minum sikit je pastu bagi El sebab kau tak sihat lagi dan lagi satu kitaorang malas nak dengar bebelan abang-abang kau merangkap sahabat kitaorang ni"kata Izzan panjang dengan mengerut-ngerut mukanya menerangkan kepadaku

"Okay"balasku ringkas

Kami mula menjamu selera di dalam wad Aara Elina.Mummy kembali ke butik setelah mendapat panggilan dari pekerjanya.

"Aara" panggil Anaqi

"Ye"sahutku memandang Anaqi yang berada di tepi katilku

"Get well soon !"ucap Anaqi lalu memberikanku senyuman manis kepadaku

"Thanks.Er saya nak tanya satu soalan pada awak tapi awak kena jawab jujurlah"aku mengigit bawah bibir dan memikirkan semula untuk bertanya ataupun diamkan sahaja

"Apa dia? Janganlah gigit bibir tu berdarah nanti"tegur Anaqi lembut

"Kalau ada sesuatu buruk berlaku pada saya...awak tetap percayakan saya tak?"terkelu lidah Anaqi mendengar soalan yang keluar dari mulutku

"Emm tak apalah"jawabku sedikit kecewa sebab aku tak yakin keluarga aku akan percayakan aku jika ada bukti walaupun bukti itu palsu . Aku mengeluh dalam diam.

"Jangan risau.Aku percayakan kau.Kaalau perkara buruk berlaku depan mata aku sekalipun aku akan cari bukti untuk tunjukkan yang kau tak salah"balas Anaqi

"Dah jangan fikir lagi.Aku tahu ramai cuba jatuhkan kau.I'll stay beside you promise"
sambung Anaqi cuba meyakinkan aku

"Saya harap awak tepati janji awak"suaraku mula bergetar dan air mataku mula mengalirkan laju

"Hey.Janganlah nangis.Aku sentiasa ada dengan kau.Itu janji aku.Aku minta maaf sebelum ni tuduh kau sekarang aku dah kenal siapa kau dan orang sekeliling kau.Aku tahu ramai dengki dengan kau...walau apapun terjadi aku cuba untuk percayakan kau okay"pujuk Anaqi lembut lalu mengambil tisu dan mengelap air mataku di pipi

Aku cuba mencari anak mata Anaqi untuk mencari kekuatan untuk percaya kata-katanya dan anak mata kami bertembung terus Anaqi mengukirkan senyuman bagi meyakinkan kata-katanya.

El dan yang lain sedang berbual kosong tanpa menghiraukan kami berdua.Tanpa mereka sedar ada seseorang yang memerhati dan aku perasan lalu memandang susuk tubuh berpakaian hitam. Dia memberikan senyuman sinis kepadaku sebelum berlalu pergi.

"Pandang apa?"tanya Anaqi apabila perasan aku memandang ke arah pintu

"Tak ada apa apalah"jawabku mendatar. Dalam hati sudah berdebar melihat susuk tubuh Hana seolah-olah memberi tanda amaran.

"Aku benci kau sangat-sangat Aara" -Hana

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience