Chapter 11

Romance Series 14668

Sebulan sudah berlalu , hubungan aku dengan Anaqi semakin rapat tapi tidak dengan keluargaku.Hubungan aku dengan mereka semakin renggang.

Aku melangkah masuk ke kelas dan duduk di tempatku .

"Eh perempuan...aku tak suka kau rapat dengan Izzat tau" Aku memandang tiga figura perempuan di depanku dengan wajah bosan. Yes ! Mereka lah yang pernah buli si El dulu je sekarang El dah reti balas balik hahaha

"Kau dengar tak apa aku cakap ?!"jeritnya

"Bisinglah...tak malu ke terjerit macam orang hilang laki ? Ke memang dah ada pengalaman"
senyum sinis diukir dan kening diangkat berkali-kali

"Kurang ajar !"tangannya naik untuk menamparku namun aku sempat menahan dan genggam kuat tangannya . Dirah mengerut mukanya tanda tahan sakit.

"Aara !" Ternaik bahuku mendengar suara garau menjerit dari pintu belakang kelas. Aku menoleh ke belakang lalu melihat Anaqi dan rakan-rakannya termasuk along dan angah memandangku serius.

"Lepas tangan dia Aara" aku tersentak mendengar suara dingin Anaqi .

"Lepas Aara !"jerkah Anaqi depan rakan-rakan kelasku dan kebetulan El baru masuk ke kelas turut terkejut dengan jerkahan dari Anaqi

Aku melepaskan tangannya dengan kasar . Dirah mula mengaduh sakit .

"Aww !" aku mengerling pergelangan tangan Dirah yang kelihatan merah hanya beriak selamba

"Apa yang Aara cuba buat ni ?"tanya along

"Apa yang ada dalam fikiran abang Zaf sekarang ni ?" tanyaku tanpa menjawab pertanyaan along

"Buli"jawab alongku pantas

Aku hanya berikan senyuman sinis pada mereka bertiga. Airil dan Izzan hanya menunggu di depan pintu kelas bersama El yang sedang memerhatikan kami.

Aku mendekatkan diri ke telinga along dengan menjingkitkan kaki dan berbisik kepada along.

"I think we will never be a good siblings...
anymore"aku tekankan perkataan 'anymore' lalu mengangkat kaki dari situ . Aku melangkah ke tandas .

Along dan angah meraup muka kasar . Angah juga terdengar kata-kataku tadi. Along memandang Dirah tajam.

"Kau ganggu Rara lagi...jangan tanya kenapa aku sendiri akan tampar muka kau...walaupun kau sepupu kepada Izzat sekalipun"habis sahaja kata-katanya terus meninggalkan Anaqi dengan Dirah and the geng. Begitu juga angah.

"Weh...kita nak ikut siapa ni?"soal Izzan mula bingung sambil menggarukan kepala

"Kau tunggu abang kau , aku ikut Zaf dengan Zemir"Airil terus mengejar langkah mereka yang semakin jauh.

Izzan melangkah masuk ke dalam kelas Aara lalu berdiri di sebelah Izzat sambil menyilangkan tangan ke dada

"Dirah okay ?"tanya Izzat lembut

"Dirah okay...cuma sakit sikit je lah"balas Dirah lembut

"Nanti balik sapu ubat okay"pesan Izzat sambil menggosok lembut rambut Dirah yang paras bahu

Dirah dan Izzat rapat daripada kecil. Izzat memang suka manjakan Dirah sehingga kini.

Dirah tersenyum malu apabila dilakukan begitu oleh Izzat.Izzan menayangkan wajah bosan dengan sikap abangnya ini. 'dia ni tak sedar ke yang Dirah syok kat dia'gumam Izzan dalam hati.

******************************

Aku kembali ke kelas setelah mendengar bunyian loceng tanda guru masa pertama akan masuk sebentar lagi.Aku mengambil buku sains dan melangkah keluar menuju ke makmal sains

Aku tumpukan perhatian kepada guru yang sedang mengajar di hadapan.

"Baik..Saya nak awak buat 1 kumpulan 3 orang...tak kesah lelaki atau perempuan untuk lakukan eksperimen ini sebentar lagi"kata Cikgu Zurah

Aku dan El pandang sesama sendiri.

"Err...siapa lagi sorang ni ?"kataku mula menggaru kepala

"Aku masuk sini boleh ?"sampuk suara garau

Aku dan El menoleh ke arah suara gerangan tersebut.

"Faris ! aku ingat kau dah tak nak kawan dengan kita orang dah"kata El seperti jauh hati

"Ala...aku ingat korang yang tak nak kawan dengan aku"kata Faris sambil menayangkan wajah simpati

Kami bertiga ketawa serentak . Entah apa yang kelakar pun tak tahu. Jenis mudah terhibur memang gitu !

Kami bertiga mula menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.Kawan Dirah iaitu Maya
tolak aku ke belakang dan tanpa sengaja aku terlanggar perlahan Dirah yang sedang memegang air panas . Air panas tersebut ditumpahkan dengan sengaja ke lenganku.

"Aww !"aku mengetap bibir menahan peritnya air panas yang terkena di baju lengan ku meresap ke kulit.

Faris dan El melihat kejadian itu terus memaklumkan kepada Cikgu Zurah.

Aku dibawa ke bilik rawatan dan Faris hanya menunggu diluar.

Aku membuka tshirt sukan dan hanya singlet sahaja yang tersarung di tubuhku.

El Letakkan lenganku di air yang sedang mengalir selama 20 minit dan kawasan yang melecet ditutup dengan pembalut lembab .

"Kau rehat dulu...nanti lepas rehat baru masuk kelas, tu pun kalau kau rajin nak masuk lah"kata El setelah siap membalut lenganku

"Okey...nanti rehat panggil aku kat sini tau"pesanku perlahan

"Dah lah tata...aku gerak dulu"aku membalas lambaian tangannya

Faris memandang pintu selepas terdengar bunyi pintu terbuka, kepala dipanjangkan untuk mengintai aku di dalam.

"Aip no no no...kawan kita tu tengah seksi"
beritahu El pantas apabila melihat Faris yang cuba untuk intai Aara di dalam

"Haa , seksi?"Faris terkejut dan matanya bersinar memandang El

"Amboi laju je kau...tu kawan kita tau , kau jangan berani nak fikir bukan-bukan pasal dia ehh" El bagi amaran dan memberi renungan tajam kepada Faris

Faris tersengih.

"Sabar - sabar.Bawa bertenang aku gurau je"ujar Faris sambil menggosok belakang lehernya

"Ha tahu takut, jom masuk kelas"kata El lalu mengangkat kaki dari situ. Begitu juga dengan Faris.

******************************

"Weh...aku minta maaf pasal tadi"ucap Izzat dengan penuh rasa serba salah

Zafran dan Zemir mengerut dahi memandang Izzat

"Sebab apa?"tanya kembar seiras itu serentak

"Pasal aku terjerkah Aara tadi" Izzat melepaskan keluhnya dengan kasar.

"Tak apalah...benda dah jadi dah kan ?"balas Zafran pasrah.Zemir juga menganggukkan kepala tanda setuju.

Mereka terdiam tanpa perbualan.

Tok !
Tok !
Tok !

"Assalamualaikum rakan-rakan kelasku semua"sapa Izzan yang baru masuk ke kelas dengan memegang 3 kertas berbeza . Airil di sebelahnya hanya beriak menyampah dengan sifat ceria Izzan sepanjang masa.

"Cuba teka ini apa?"tanya Izzan ceria lalu memandang semua rakan kelasnya termasuk sahabatnya sendiri sambil menunjuk kertas yang dipegangnya

"Ini ialah kerja sekolah baru kita !"bagitahu Izzan dengan ceria kepada rakan kelasnya yang dari tadi membisu

"Suka tak dapat kerja sekolah baru ?"belum sempat Zemir mahu membalas , Izzan dah menjawab soalannya sendiri

"Mestilah suka betul tak ?! Jadi sila ambil di depan sorang tiga helai okay"senyuman manis tak lekang dari bibirnya dari tadi

"ni mesti kau yang mintak cikgu kerja sekolah kan?"kata Zemir perlahan sambil mata memandang wajah ceria Izzan itu

Dengan selamba nya dia mengangguk dengan wajah tidak bersalah.

"Jangan merungut ya...tanpa kerja sekolah...
korang semua tak kan pandai...tanpa kerja sekolah juga korang-"kata-kata Izzan dicantas oleh kembar seirasnya , Izzat

"Tak kan tahu wujudnya Izzan Aysar"

Semua rakan kelasnya ketawa melihat muka cemberut Izzan manakala Izzat tersenyum sinis melihat wajah adik kembarnya begitu.

******************************

KRING !

Aku tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi loceng sekolah yang menandakan masa rehat sudah tiba. Aku menyarungkan tshirt sukan semula ke tubuhku sementara menunggu kehadiran El .

BANG !

Aku memandang pintu setelah mendengar pintu dibuka dengan kasar. Aku melihat Dirah menuju ke arahku dan menampar pipiku kuat sehingga berdarah di hujung bibirku.

PANG !

"Kau dah kenapa?!"jerkahku

"Disebabkan kau...nama aku masuk dalam pelajar bermasalah kau tahu tak ?!"marah Dirah

"Memang kau bermasalah pun...kau ingat aku tak tahu kau memang sengajakan tumpah air panas tu kat lengan aku kan ?! Memang padanlah muka kau"aku menjelingnya. 'dah buat salah,nak serang aku pahal?'gumamku dalam hati

Dirah mencengkam lenganku di bahagian balutan El . Aku mengetap gigi menahan geram. Sakit tahu tak !! Aku dah tak tahan sakit lalu menolaknya kuat . Dirah yang tidak bersedia dengan tolakanku terus jatuh terduduk . Kepala Dirah terhentak perlahan di pintu bilik rawatan.

"Mana kau El...."kataku perlahan sambil tangan memegang balutan yang sudah basah dengan air gelembung. Kelopak mataku sudah bertakung menahan sakit.Aku mengambil tempat di atas katil semula.Dirah yang terduduk di hadapan pintu aku abaikan

"Rara.Apa kau buat ni?"tanya suara garau membuatkan aku memandang gerangan. Bukan seorang tapi berlima. Yup ! Along and the geng.

"Izzat.Aara tolak Dirah"kata Dirah perlahan. Dahi Dirah mempunyai darah sedikit. Pandangan Dirah menjadi kabur lalu rebah namun Izzat sempat sambut dan membawa Dirah ke bilik rawatan sebelah.

Aku mengalihkan pandangan. 'Dah lah lengan aku sakit , sekarang hati aku pun sakit...nasib kaulah Aara'rungutku di hati

"Rara okay ?"tanya along sambil memegang kedua-dua pipiku untuk aku membalas pandangannya.Along perasan hujung bibirku berdarah tapi dia diamkan sahaja.

Aku menepis tangan along perlahan namun tangan along masih tidak bergerak dari pipiku. Angah yang perasan mula bersuara

"Lengan Rara kenapa?"tanya angah memandang tepat di anak mataku. Along turun melakukan hal yang sama.

"Kalau Rara bagitahu pun bukan korang nak percaya...tolong panggilkan El please"balasku sinis namun suaraku mula bergetar seperti hendak menangis meminta mereka memanggilkan El sambil mengerut kening menahan pedih

"No ! Biar along dengan angah yang rawat.Izzan dengan Airil boleh tunggu luar tak?"katanya perlahan tidak mahu rakan-rakanya melihat tubuh adik kesayangannya itu.Izzan dan Airil mengangguk faham.

Along menanggalkan tshirtku perlahan-lahan. Aku sudah menangis teresak-esak kerana pedihnya semakin kuat.Angah memeluk pinggangku dari tepi dan menarik kepalaku untuk melabuhkan di bahunya.Angah tidak berhenti untuk memujukku.Along meneruskan kerjanya ialah merawat semula melecurku sekiranya bertambah parah, along akan meminta izin guru untuk membawa aku ke klinik.Along ni persatuan Bulan Sabit Merah ye guys.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"tanya along setelah membalut semula dengan kain bersih.

Aku hanya mendiamkan diri . Along mengesat lembut air mataku lalu membawaku ke dalam pelukannya.Angah juga ditarik ke dalam pelukan alongnya.

"Eh kenapa korang tunggu luar ni ?" kata Izzat memandang Izzan dan Airil hairan

"Diorang tengah rawat luka Aara kat lengan...tu yang kena keluar"balas Izzan

Izzat hanya menganggukkan kepala.

"Eh korang buat apa kat sini ?"tanya El sebaik tiba di hadapan bilik rawatan yang ditempatkan oleh Aara

"Tu untuk Aara eh?"kata Izzat sambil mengerling ke bekas polisterin bersama air mineral yang dibawa oleh Aara

El hanya menjatuhkan kepala sekali.

Aku di dalam terdengar suara El terus merungkaikan pelukan along dan angah yang aku dari tadi tidak membalasnya.

"El ! Masuklah !! Jangan bagi orang luar intai !" Jeritku menyuruh El masuk sempat aku bagi pesanan kepada El harap dia mengerti bahawa aku hanya berpakaian singlet di tubuh.

"Eh...abang-abang kau pun ada?"kata El sebaik
tiba di dalam bilik rawatan dan menutup pintu dengan pantas.

Aku hanya mengangguk malas. Along dan angah mengeluh dalam diam . Buntu bagaimana untuk pulihkan hubungan mereka adik beradik seperti dahulu.

BERSAMBUNG...

Komen kat bawah kalau nak Farah teruskan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience