Aku hanya mengikut sahaja mereka berempat dari belakang.Pekerja-pekerja yang melihat kehadiran kami sekali lagi kecoh.
"Buat kerja, jangan bergosip!"tegur Riz dingin kemudian menarik lembut tanganku supaya jalan seiring dengan mereka berempat.
Tiba sahaja di dalam lif, kami berlima diam seketika.
"Kerlip ah bintang nun-"mulutku ditekup oleh Riz bila mendengar aku bernyanyi perlahan.
Ting!
Kami keluar dari lif Riz masih menekup mulut ke sambil berjalan masuk ke dalam pejabat along.
Krek~
Along dan angah memandang kami berlima tapi matanya terhenti pada aku dan Riz. Mereka mengerut kening memandang sesama sendiri dan memandang aku dan Riz semula.
"Kenapa kau tutup mulut Rara?"tanya angah hairan. Anaqi dan yang lain sudah melabuhkan punggung di sofa.
"Kau tahu tak Ra-" Aku pantas menekup mulut Riz lalu tersengih memandang angah dan along.
"Tak ada apa" Aku melepaskan tekupanku pada Riz setelah menjawabkan soalan angah. Bibir Riz sudah mengukir senyum sinis tanda mengejek. Aku hanya menggulingkan mata sahaja. Menyampah !
"Ada apa nak jumpa adik kesayangan awak semua ni ? Er kecuali Anaqi"tanyaku selamba memeluk tubuh lagak seperti bos
"Tolong ki-" Aku menggeleng dan kembali bersuara
"Tak. Nak. Dengarkan?"balasku dingin. Penatlah hari-hari nak dengar nama Hana. Tak ada nama lain ke?
"Okay fine. Taknak tak apa tapi ada orang nak jumpa Rara sekejap lagi"
Krek~
"Assalamualaikum sorry lambat"ucap gerangan yang baru sahaja muncul
Aku menoleh ke arah pintu. 'Nadia? Sofea? Er..ni ke mak Hana?'bisikku dalam hati
"Nak buat apa ni? reunion?" tegurku sinis memandang tiga wanita di hadapanku
"Ummi nak minta maaf dengan apa yang Hana pernah buat sebelum pada Rara. Ummi tak sangka pula Hana akan jadi macam ni sekali"ujar Raihana kesal
"Kita orang pun nak minta maaf. Sebabkan kita orang 4 starlight dah tak ada" Nadia menggangguk laju dengan kata-kata Sofeya.
"Kau tak layak nak sebut nama kumpulan tu. Dah habiskan ? Rara maafkan semua orang" Aku keluar dari pejabat along lif untuk turun ditekan.
Ting!
Aku masuk ke dalam lif. Telefon pinta di tangan dihidupkan. Grab ditempah.
Ting!
Aku keluar mencari kelibat kereta Myvi berwarna biru. Aku membuka pintu kereta di bahagian belakang dan melabuhkan punggung selepas memastikan ciri-ciri kereta sama dengan di skrin telefonnya. Rumah maksu dituju.
******************************
Cubalah mengerti perasaanku~
Ku ingin dirimu mengerti aku~
Zafran mengangkat panggilan Irsyad.
"Hana dah keluar dari rumah mama, kawan aku ada nampak Hana dan seorang lelaki ikut kereta yang Aara naik sekarang. Kereta Izzat ke?"
Hati Zafran berdegup kencang mendengar kata-kata Irsyad. 'Rara naik grab ke? Huh'keluh Zafran di hati. Kesal.
"Aku rasa itu grab"balas Zafran di corong telefon
"Er Irsyad sekejap lagi aku call kau balik, ada orang call aku ni"sambung Zafran sebelum mematikan panggil dan diangkat panggilan 'Adik Kesayangan'
"Hello"sapa Zafran
"Maaf ini abang ni abang kepada owner telefon ya?"tanya seorang lelaki untuk memastikan apabila melihat nama di contact ialah 'Abangku Saiyang'
"Ya saya"balas Zafran ringkas
"Boleh datang ke sempang kiri dekat dengat Syarikat ZZ Holding tak?"soal lelaki itu lagi
"Sebab kereta yang dinaiki adik abang kemalangan. Tapi saya jumpa telefon yang sedikit retak ini sahaja , adik abang dan pemandu grab saya tak jumpa lagi"sambung lelaki itu.
Zafran sudah menggenggam tangannya sehingga urat hijau kelihatan di tangan kasarnya.
"Okay saya datang sekarang"panggilan dimatikan.
"Jom"
Zafran melangkah keluar. Tiada masa untuk memberi penjelasan.
******************************
Aku tersandar di dahan pokok. Begitu juga seorang lelaki yang sedikit berusia bernama Syed. Nasib baik kami berdua sempat keluar dari kereta itu apabila Pak Syed memberitahuku bahawa brek seperti tidak berfungsi.
"Pak Syed okay ?"tanyaku prihatin melihat dahi Pak Syed berdarah. Kakiku sebelah kiri tidak boleh digerakkan akibat terlalu sakit.
"Okay nak. Pening sikit je lah"balas Pak Syed lemah
Aku mengeluh pasrah apabila telefon pintarnya hilang.
"Kat sini rupanya Aara Elina berada"
Aku terkedu dengan penampilan Hana yang tidak terurus. Rambut kusut dan muka comot .
"Harini juga kau akan mati !!"
Hana memandang wajah lemahku tajam sebelum melangkah ke arah aku perlahan dengan memegang pisau yang penuh dengan darah. Pak Syed resah melihat Hana mendekati aku.
"Hana Zafira!"
Hana menghentikan langkah apabila mendengar suara seseorang yang dia rindui.
"Sini Hana"pujuk Raihana sebak melihat Hana tidak terurus seperti itu.
"Ummi!" Hana melepaskan pisau lalu memeluk tubuh Raihana.
Yang lain pantas membawa aku dan pakcik ke hospital untuk rawatan. Irsyad dan beberapa rakan sekerjanya sahaja masih di situ memerhati Raihana dan Hana.
Tiba-tiba Hana merungkai kasar umminya dan mengambil pisau itu semula dan membenamkan pisau tersebut pada perut Raihana. Raihana tidak sempat membuat apa-apa hanya terkilan dengan tindakan anak kandungnya sendiri.
"Ummi tipu. Ummi tak sayang Ana langsung ! Ummi sayang si kembar tak guna tu je !" Hana mengamuk membuatkan Irsyad dan rakan sekerjanya tersentak.
Mereka keluar dari persembunyian. Taufiq mendekati Hana mengetuk leher Hana dan Hana rebah tidak sedarkan diri.
Kebetulan ambulans baru tiba dan membawa segera Raihana ke hospital. Hana pula dibawa ke hospital sakit jiwa untuk rawatan sepatutnya.
BERSAMBUNG...
Share this novel
best sangat....